Kami menunggu Batrisha yang sedang mengikat tali kasut. Kami semua baru sahaja keluar dari surau. Selepas ini, kami akan gerak ke padang untuk selfie!
“Bat... Cepatlah nanti ramai sangat kat padang.” Kata Maisarra. Kami mengangguk kepala mengiakan Maisarra.
“Sabarlah. Adomak.” Batrisha terus bangun. Lepastu selamba badak dia tinggalkan kitorang.
“Aku debik dia ni sia-sia kang.” kata Suraya dengan kegeraman.
Kami mempercepatkan langkah supaya tak ketinggalan oleh Batrisha.
“Eh sebelum tu, aku nak pergi Tealive.” Kata aku. Aku craving strawberry pudding smoothies tu.
Duit ada lagi, tadi singgah MPH tak ada beli apa-apa, so kita beli air. Tapi macam pelik lah, selalu singgah Popular atau MPH ada je bawa keluar plastik. Ini tangan kosong. Jarang berlaku.
“Cun! Aku pun nak pergi.” Kata Ilham. Macam yang kami kenal, Ilham ni kuat makan. Semua dia makan kecuali batu kayu.
Aku dan Ilham berpegang tangan. Yang lain ikut sahaja kami. Nanti diorang beli juga air. Macam tak tahu.
Sampai sahaja di Tealive, dah nampak dah orang beratur. Ramai pula tu.
Aku cepat-cepat beratur. Karang makin panjang.
“Korang nak air apa?” tanya aku.
“Aku nak strawberry pudding smoothies.”
“Aku amik signature brown sugar pearl milk tea.”
“Aku sparkling honey lemon tu.”
“Aku sama macam Bat.”
Aku angguk. Macam biasa. Main phone. Buka instagram. Explore aku penuh anime. Dari situ boleh cari anime apa lagi yang belum tengok.
Hue hue~
Bila dah nak sampai dekat kaunter, aku simpan phone.
“Miss nak order apa?”
“Erm, strawberry pudding smoothies dua, sparkling honey lemon dua, signature brown sugar pearl milk tea satu.”
“Semuanya 42 ringgit 50 sen.”
Aku mengeluarkan sehelai 50 ringgit Malaysia.
“Here your balance.” Aku mengucap terima kasih dan beralih ketepi.
Aku tengok nombor di resit, 59.
“Nah duit.” Maisarra bagi duit.
Aku geleng kepala.
“Tak payah. Aku belanja. Bukan selalu aku belanja korang.”
“Duh kau ni, amiklah.” Maisarra tetap nak bagi duit. Hish, orang belanja tu cuba terima. Ingat senang ke nak suruh aku belanja. Aku ni kedekut orangnya.
“Kau kalau nak suruh aku terima duit kau, kau kena bagi dua kali ganda. Pilih nak bayar dua kali ganda atau aku belanja.”
Yang lain dah tergelak. Nak sangat bayarkan. Padan muka.
Muka Maisarra dah masam.
“Yelah yelah. Gigit kang.”
“Dasar vampire.” Kutuk aku.
“Nombor 59!”
Terlalu leka sampai tak sedar air dah siap. Semua pergi dekat bahagian pick up.
Selepas itu semua bergerak ke padang.
...
“Wei wei, boomerang jom. Letak air korang kat tengah.” Ilham mengeluarkan phone. Sebelah tangan pegang phone, sebelah lagi pegang air Tealive.
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Любовные романы[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...