7 - pertandingan

3.1K 180 10
                                    

Saya bagi tahu awal-awal, mungkin chapter ni macam bosan since tajuk dia pasal pertandingan. Hshshsh apa-apa pun, jangan lupa vote! Kalau rajin comment lah mana tahu saya ada kesalahan yang terlepas pandang..

Happy reading ya!

———•••••———

Sebulan selepas itu...

Hari ini, tarikh bersejarah untuk aku dan kawan-kawan yang sama-sama berjuang untuk mengharumkan nama sekolah. Tarikh ini juga, amat menakutkan bagi aku sebab pertama kalinya aku menjadi ketua untuk pasukan aku.

Aku hanya duduk keseorangan di kantin sambil melihat pelajar-pelajar yang baru datang ke sekolah. Harini aku takde mood sebab tak tahu.

Pukul 3 je aku bangun untuk muntah dan perut aku memulas. Nervous punya pasal, macam-macam sakit nak datang.

Aku teringat malam semalam. Aku menangis bagai tiada hari esok. Sampai bengkak muka aku dibuatnya. Hidung merah, mata merah, nafas tersekat-sekat.

Puncanya sebab aku tak yakin. First time duwh jadi kk. Aku takut tak mampu yang terbaik. Aku takut kecewakan Cik Aliff. Aku takut aku tak dapat buat yang terbaik untuk squad aku.

Masing-masing pujuk aku yang serupa budak kecik yang tak dapat lolipop.

Sehari sebelum pertandingan, malam.

Rumah Hanida.

“Kau tengok dia bagi arahan. Aku nak kau pun macam tu. Tengok waktu belok tu, nak dekat kon habiskan arahan. Jangan lambat.” kata Cik Aliff sambil menunjuk satu video kawad dari sebuah sekolah. Yang pasti negeri lain lah.

Aku hanya terangguk-angguk seperti burung patuk. Aku memerhati video itu dengan serious. Walaupun sebelum ni dah berlatih, aku masih rasa yang aku tak mampu buat.

“Esok, jangan main-main. Kita nak hadap banyak sekolah. Kita baru first time hantar.”

“Lagi satu, esok aku tak ada sebab aku ada kelas. Rayden, tengok semua tau. Aku amanahkan dekat kau.” Cik Aliff menepuk bahu Rayden.

Tiba-tiba mata aku pedih.

Jangan menangis Raina.. Jangan menangis..

Setitik. Dua titik.

Akhirnya air mata aku jatuh juga. Aku tak boleh. Aku takut sangat lagi-lagi Cik Aliff tak ada. Bayangkan dia baru balik kelas dengan harapan ada berita baik. Tapi harapan dia musnah. Aku takut kecewakan dia.

Rayden dan cik Aliff tersentak. Tak sangka Raina menangis.

“Weh, jangan nangis.. Ya Allah, apa aku nak buat.” Rayden seperti gelabah.

“Raina.. Jangan macam ni. Aku tahu kau boleh buat. Waktu berlatih pun aku dah nampak yang kau boleh buat.” Pujuk Cik Aliff.

Lagilah air mata aku jatuh.

“Saya.. Saya takut saya tak dapat nak.. Nak buat yang terbaik.” Tersedu-sedan aku.

Ini lah seorang Raina Nabila yang sebenar. Dalam semua perkara, aku akan menangis. Gembira, menangis. Sedih, menangis. Stress, menangis. Penat, menangis. Ahh semua menangis lah.

“Dah dah. Sekarang dah pukul sepuluh. Aku nak kau pergi tidur sementara ayah kau sampai. Dah jangan menangis.”

Aku cuma menganggukkan kepala. Rayden hanya memerhati.

Aku bangun dan masuk ke dalam rumah Hanida. Aku tengok semua sedang bertungkus-lumus menggosok baju untuk di pakai hari esok.

Aku berjalan menghampiri Hanida.

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now