8 - New Year

2.7K 162 11
                                    

31 December, 23:50 p.m

Sekejap sahaja masa berlalu, esok dah masuk tahun baru. Aku bakal menduduki peperiksaan besar iaitu PT3.

Huaaaa takutt. Aku harap masuk form four nanti aku masuk kelas akaun. Walaupun math aku kelaut tapi tak pe, kita kena berusaha!

Ting!

Siapa pula yang wasap aku ni.

Aku mengeluarkan telefon yang berada di dalam poket seluar aku.

Rayden?

Dah kenapa tiba-tiba pula ni.

Rayden Mikael

Assalamualaikum

Waalaikummussalam. Kenapa?

Rindu nak chat kau. Lagipun tahun depan kan aku dah tak ada dekat sekolah.

Hek eleh. Poyo lah kau! Kau jadi jurulatih sementara kan tahun depan? Acah sedih pula *laugh emoji*

Gurau pun tak boleh :(

Nak kena sepak ke?

Halah halah. Eh, happy new year Bella!

Happy new year too Ray! Bulan tiga amik result. Uu~

Jangan cakap pasal bulan tiga please. Borak pasal benda lain.

Aku mana tahu nak borak apa

Sedih lah kau ni. Macam mana nak ada boyfriend?

Cakap orang, dia pun single.
*bluetick*

Eh, bluetick aku? Sakai betul. Dia yang mula dulu.

Tengok macam tiada tanda-tanda mahu balas, aku matikan telefon. Jam sudah menunjukkan pukul 12.03 a.m

Welcome to club of PT3 candidate!

Huh!

Memandangkan aku kebosanan. Aku tidur je lah. Practice tidur awal walaupun sekarang dah pukul 12. Hshshs

•••

13 January, 7.30 a.m, sekolah

Sekarang ada perjumpaan badan beruniform. Walaupun aku tak suka perjumpaan tapi kena datang juga sebab nak bolot jawatan. Ehek!

“Saya melantik Raina Nabila untuk menjadi setiausaha. Ada bantahan?” Cikgu Sofia melantik aku.

Ehh, aku ni bukanlah cantik sangat tulisannya. Cikgu nii..

Aku memandang pelajar-pelajar yang ada di belakang aku. Tiada yang angkat tangan ke? Aku tak nak jadi setiausaha, nak jadi bendahari.

“Tiada bantahan? Okay, Raina bangun. Berdiri sebelah saya.”

Aku bangun. Dengan perlahan aku pergi dekat cikgu. Tiba-tiba aku rasa panas.

Aku agak malu untuk berdiri di depan khalayak ramai. Dia rasa macam semua akan makan kau.

“Raina catat ya nama-nama yang di lantik.”

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now