Sudah dua minggu berlalu, akhirnya tarikh yang dinanti-nantikan telah tiba. Alhamdulillah, walaupun aku tak reti sangat pasal tali temali ni, aku hafal nama-nama spesifik dan pangkat. Aku harap dapatlah back up markah tali temali nanti.
Dekat kem nanti, aku tidur dengan Ain. Tak nak aku tidur dengan orang lain. Haizam pula terpaksa tidur dengan budak sekolah lain. Bukan apa, aku tak suka tidur dengan orang yang aku tak kenal walaupun ada yang sebaya, muda setahun atau tua setahun.
Esok pagi, kami semua akan tunggu di sekolah. Kami akan menunggu cikgu di sana. Tak lupa juga, ada Cik baru nanti. Nama dia Syuhaila. Macam biasa, kita kena panggil dengan ‘Cik’. Cik Syuhaila ni sama batch dengan Cik Aliff Cik Aliff kata biar ada senior perempuan, senang nanti kalau apa-apa berlaku, lagi-lagi pasal perempuan.
Tok! Tok! Tok!
Hilang lamunan aku tadi. Aku bangun dari kerusi dan berjalan ke pintu. Aku memulas tombol dan menarik pintu.
“Ibu rupanya..”
“Raina dah nak tidur ke?” Tanya ibu.
“lebih kuranglah. Kenapa? Eh sebelum tu, masuk lah bu..” Aku menjemput ibu untuk masuk ke dalam bilik aku. Mana elok berborak dekat depan pintu.
Ibu terus masuk selepas dipelawa dan duduk di kerusi yang aku duduk tadi. Aku pula duduk di hujung katil menghadap ibu.
“Barang semua dah pack?”
“Sudah..”
“Kau kat sana jangan nak suka-suka sangat. Mulut tu jaga, jangan kata lepas je. Tengok orang, jangan syok sendiri. Perangai tu behave dekat tempat orang.”
Typical mak-mak guys.
“Baik ibu.” Sebagai anak yang baik, aku hanya patuh sahaja.
“Dah, ibu masuk bilik dulu. Jangan tidur lambat. Ibu kejut, kau tak bangun siap ye.”
Aku tersengih memandang ibu. Ibu terus keluar dan menutup pintu.
Aku terus masuk ke dalam selimut. Memandang atas. Aku berdebar, takut tak dapat buat yang terbaik. Takut kecewakan Cik Aliff nanti.
Here we go, my over thinking and cengeng is coming.
Hah, mula lah mata ni nak menangis je. Tidak mahu melayan perasaan, aku memejam mata untuk tidur.
Semoga esok hari dan hari-hari yang akan mendatang, Allah permudahkan segala urusan aku.
•••
Semua dah sampai dekat sekolah, sekarang kita tunggu cikgu je.
“Semua dah ready pergi kem?” Soal Cik Aliff.
Disebabkan soalan tu, jantung aku makin bekerja keras.
“Dah Cik.” Jawab Ain dengan Haizam. Aku hanya anggukkan kepala.
“Kat sana aku tak nak kau berborak dengan siapa-siapa. Kawan lama kau ke, kawan baru ke aku tak nak. Bolot semua jawatan kalau ada. Buat betul-betul. Tak dapat pangkat, aku denda korang.”
Sumpah Naim Daniel aku kata, aku tengah takut sekarang.
“Kau ni, apa pula kata macam tu. Takutlah diorang nanti.” Marah Cik Syuhaila. Kami hanya menadah telinga. Tak lupa juga si Rayden Mikael yang sedang memerhati kami semua.
“Eh, tu cikgu!” Jerit Ain.
Aku, Ain, Haizam dan Cik Syuhaila naik kereta. Manakala Cik Aliff dan Rayden Mikael menaiki motor. Masuk sahaja ke dalam kereta, kami semua membaca doa menaiki kenderaan.
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Romance[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...