Hari ni takde kelas, jadi satu hari aku berada di kafe. Tapi tak buat apa pun. Just duduk melanguk tengok orang keluar masuk.
“Raina... Kau okay tak?” Tanya Maisarra.
Aku memandang Mai. Terpancar raut kerisauan pada wajah Maisarra.
“Kenapa? Aku macam nampak tak okay ke?”
“Erm, kau nampak lain hari ni. Kau ada apa-apa ke? Sakit ke?” Penuh berhati-hati Maisarra bertanya.
Sakit? Ya, aku sakit.
“Tak. Tak sakit. Asal?”
“Kalau macam tu takpe lah.”
Aku angguk kepala. Maisarra pergi meninggalkan aku seorang diri. Selepas itu, Suraya pula yang datang kepada aku.
“Kau tak sihat ke Raina?”
Aku memandang pelik pada Suraya.
“Aku nampak macam tak sihat ke?” Aku bertanya balik.
“Sikit ah. Bibir kau pucat sikit.”
“Oh.. Entahlah. Aku rasa aku sihat je.” Jawab aku ala kadar. Nak jawab apa lagi kan?
“Okay ah camtu, nak sambung buat kerja.”
Aku angguk kepala.
Aku lebih kurang dalam keadaan merajuk. Aku tak marah cuma terasa mungkin. Merajuk lah kan? Entah lah, aku pun tak faham dengan diri aku. Aku merajuk ke marah? Ke aku nak tenangkan diri je?
Entahlah.. Pandai-pandai lah masa yang tentukan.
“Baby sayang! Baby okay ke sayang? Hmm?” Tak sorang, sorang jumpa aku.
RUPA AKU SEKARANG MEMANG MACAM MEMERLUKAN SOMEONE KE?
“Aku okay nyah. Asal?”
“Betul ni? Ke kau mengandung?”
Aku tersentak.
‘Itu cuma satu kesilapan. Biasalah, bila lelaki dan perempuan duduk sebumbung mesti terbabas punya.’
‘Mesti sebab Mika tak bernafsu dengan awak.’
Ya Allah.. Sakit..
“Merepek! Belum ada rezeki.”
“Takpe-takpe, boleh usaha heee.”
Aku memandang Batrisha dengan sayu.
Batrisha memeluk aku. Seolah-olah dia tahu yang aku memerlukan bahu untuk menangis.
Tiba-tiba aku teringat Rayden Mikael. Aku... Rindu dia.
“Feeling better?” Tanya Batrisha, lembut.
Aku senyum dan angguk.
Batrisha pun melepaskan pelukan dan pergi. Kembali lagi kita dalam suasana yang suram lagi menyedihkan.
“Raina.” Sorang lagi...
Aku memandang Ilham. Aku mengangkat sebelah kening.
“Aku tahu kau dalam masalah.”
Aku mengangkat kedua-dua kening aku.
Ilham duduk di depan aku. Dia mengambil kedua-dua tangan aku dan genggam. Cuba menyalurkan kekuatan. Ilham memandang aku, tepat.
“Kau dalam masalah kan?”
“Sikit. Tapi takde hal lah.” Cuba untuk mengelak.
“Cuba cerita dekat aku. Mana tahu, aku boleh tolong sikit-sikit.” Ilham bangun dan duduk duduk di sebelah aku pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/192989997-288-k296527.jpg)
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Romance[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...