Setelah peristiwa kami 'dating'. Aku terus menumpukan perhatian aku pada pelajaran.
PT3 around the corner!
Sungguh aku bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Tak dapat cemerlang pun tak apalah, janji ada beberapa A.
Aku dan Rayden masih lagi contact. Rayden Mikael sudah pun berlepas ke Jepun. Betul-betul seminggu selepas kami 'dating' tu.
Sekarang aku stress dengan matematik. Macam tiber je kan tapi kisah pe aku.
Boleh jadi naik gila bila selesaikan math ni. Susah nak mati!
"Argh! Serabut kepala otak aku." Aku menolak buku matematik yang berada di depan aku.
Aku mencapai telefon yang sentiasa berada di sebelah aku. Maksud aku telefon tu dekat sebelah buku matematik.
Aku membuka password dan menekan aplikasi whatsapp. Aku membaca chat aku dengan Rayden. Ada yang aku star. Aku baca yang aku star dulu.
Eh! Cantiknya wei kau pakai heels...
Aku suka bila dia puji aku. Rasa seperti bertebangan diawang-awangan.
Happy birthday my Bella, May Allah bless you and grant all your wishes. Aku doakan kau supaya PT3 cemerlang!
Nampak macam simple, tapi membawa seribu satu makna dalam hati aku. Eh eh
Suami mak senah membeli kayu,
Dia bertukang dikhayalak umum,
Saya datang nengetuk pintu,
Assalamualaikum bakal makmum.Dag dig dug
Didalam dada
Jantung berdebar
Hati berbunga
Amboi ~Eh, ternyanyi lagu Haiza pula.
Sabar wahai diri, sabar...
Aku dah nak sambung belajar dah. Jangan rindu aku tau nanti kau nangis. Kau dah lah budak cengeng buerk.
Ah, kau! Aku bukan budak cengeng lah. Hmm, lepas ni tak ada dah nak gurau-gurau, nyakat kau. Bosan lah lepas ni kau tak ada.
Janganlah sedih sangat ayat kau Bell. Aku pergi belajar je.
Sumpah waktu ni, aku nak menangis. Kalau sambung belajar dalam Malaysia tak apa juga, ini luar Malaysia. Jauh kot! Tiket kapal terbang pun mahal..
Bell.. Belikan aku top up. RM5 je. Urgent ni! Nanti dekat sekolah aku bayar balik.
*gambar top up yang belum digores
RAINA NABILA! SAKAINYA DIA NI, YA ALLAH..
Aku sangat terhibur. Aku tahu dia stress, jadi aku cuba untuk menambahkan stressnya.
Semakin aku membaca chat aku dengan dia, semakin aku rasa sedih atas sebab dia pergi belajar jauh-jauh.
Hipotesis diterima.
Aku menutup aplikasi whatsapp dan membuka gallery.
Aku siap buat satu folder khas untuk gambar bersama Rayden Mikael je tau!
Aku menekan satu gambar. Gambar aku dan dia ketika makan di kedai burger.
Keluar hanya berlepak. Macam biasalah, korang keluar lepak sebab nak hilangkan stress kan. Hah, sama lah.
Kebetulan waktu tu, aku dan Rayden memakai baju bola Malaysia yang berwarna biru.
Maka, huru-haralah kedai tersebut akibat siulan-siulan nakal si kawan.
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Dragoste[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...