¹8 - Sad new year

2.4K 160 23
                                    

12 Disember

Hari ini, aku bakal mengambil keputusan PT3. Aku tak minta banyak, 5A pun sudah memadai.

Aku sungguh berdebar ya.

Sekarang aku sedang berada di kantin bersama HITRI. My bestfriends forever gitchuw.

Aku melihat jam di tangan.

7.15 a.m

Lagi 15 minit baru cikgu akan memberi slip keputusan.

“Kau rasa results kita elok tak?” Soal Batrisha.

“Doa jelah banyak-banyak. Ada rezeki, adalah.” Jawab Ilham.

“Jom lah gerak wei. Kita beratur terus.”

Kami bangun dan bergerak ke dewan terbuka. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Takut wei kot-kot ada subjek yang gagal ke.

Semua pelajar beratur dalam barisan kelas masing-masing. Lelaki depan, perempuan belakang.

As usual.

Semua pelajar menanti dengan sabar. Aku lihat ada yang berpeluk dengan kawan, ada yang sedih mukanya dan ada juga yang biasa-biasa saja mukanya. Duwh, tiada perasaankah kau?

Sekarang giliran Ilham mengambil slip keputusannya. Lama cikgu bercakap dengan dia.

Seterusnya, giliran aku. Cikgu memberi senyuman sebelum mencari nama aku.

“Nur Raina Nabila binti Zul Hakimi?”

“Ya.” Ya Allah, debaran semakin menggila.

Cikgu terangguk-angguk sahaja melihat slip keputusan aku.

“Kamu lemah subjek apa?”

“Matematik dengan sains.” Janganlah gagal.

“Tahniah, kamu dapat keputusan yang baik. Kamu cuma kena berusaha lebih untuk subjek yang kamu lemah tu. Tahniah dan terus berusaha ya.”

“Terima kasih cikgu.” Menggeletar tangan aku mengambil slip keputusan itu.

Aku dan Ilham menunggu mereka. Ada lah dalam 15 ke 20 minit menunggu, akhirnya semua sudah dapat slip keputusan masing-masing.

Kami berlima bergerak ke pondok wakaf untuk menunjuk results masing-masing.

“Dah sedia?” Tanya Maisarra. Semua mengangguk kepala.

“1... 2... 3!”

Aku terkejut dengan results aku. Batrisha, Maisarra, Suraya dengan Ilham pun terkejut.

Ilham telah mendapat 9A, Batrisha 4A 4B 1C, Suraya 6A 3B dan Maisarra 7A 2B. Aku? 5A 2B 2C.

Semua ada A lah!

“Uwu... Ilham dapat straight A!” Jerit Batrisha.

“Maisarra pun, 7A! Dah boleh potong Ilham.” Kata Suraya pula.

Ilham dan Maisarra ni memang pandai orangnya.

Semua riuh dengan results sendiri.

Aku melihat slip di tangan. Patutlah cikgu tanya tadi, rupa-rupanya matematik dan sains aku C.

Rayden, aku dapat 5A. Kau janjikan nanti nak belanja aku.

“Rai, jom celebrate dekat Mykori.”

“Huh? Okay, aku call mak aku jap.”

Aku mengeluarkan telefon dari poket baju sekolah aku.

“Hello, assalamualaikum.”

Married with crush || MALAY NOVELWhere stories live. Discover now