Isnin, 11.35 pagi
Aku bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Dari tadi aku asyik membetulkan awning tudung yang tak menjadi.
I'm stressed!
“Apa masalah kau ni, tudung? Aku penatlah.” Rungutku.
Dah lambat nak pergi sekolah ni, tak pasal-pasal aku kena denda.
Tok! Tok!
“Kakak! Dah ke belum? Cepatlah!”
Marah Sarina, adik aku.
Dengan bengangnya tudung tak jadi, aku terus amik beg dengan kasar. Aku membuka pintu bilik dan terus melangkah ke pintu utama. Aku memakai kasut dan berdiri terpacak seperti tiang bendera.
Sarina hanya pandang aku dengan pandangan pelik. Aku menjeling Sarina.
“Dari tadi suruh cepat. Hah, aku dah siap pakai kasut semua. Yang kau tercegat kat situ lagi buat apa? Cepatlah!” Aku memeluk tubuh.
Dah lah hari ni hari Isnin, dengan Monday blues nya, dengan awning tak jadi. Mood aku terus kelaut.
“Ha... Ye, okay okay aku panggil abah.”
~
Mata aku berair selepas menguap. Bosan gila duduk dekat tapak perhimpunan ni lama-lama, dengan dengar cikgu membebel benda yang sama setiap minggu atau hari. Kenapa pelajar terlampau degil?
Aku rasa aku dah macam orang tak betul. Orang tepuk tangan, aku tepuk. Orang main osom one two jus, aku terhibur. Biasalah, budak form one dengan form two mana matang. Masih terasa diri ni dalam kawasan sekolah rendah gitchuew.
Aku tengok sekeliling. Pengawas berdiri di bahagian barisan pelajar dan beberapa di depan barisan pelajar. Cikgu-cikgu di depan ada yang belek telefon. Mungkin main game candy crush saga. Typical makcik-makcik. Ada yang baca kertas apa tah yang pengawas atau cikgu agihkan. Ada yang berborak. Huh, cikgu pun bosan lama-lama dekat depan. Mesti tak sabar nak masuk kelas lepastu tanya kerja dah siap belum. Bila tak siap kena denda. Untung kena denda berdiri sambil buat kerja atau berdiri di atas kerusi. Ini dendanya keliling satu sekolah dengan adanya kotak atau kertas di leher seperti rantai yang bertuliskan “Hai, saya pemalas orangnya. Sebabtu tak siap kerja sekolah. #contohilahsaya” mati kau.
“Dengan ini, tamatlah perhimpunan rasmi kita. Sekian terima kasih. Pengawas, sila jalankan tugas anda.” Kata guru bertugas.
Oh wow!
Aku tak sedar perhimpunan dah habis. Huaaa bontotku sudah kematuuuu
Yiiung!
Bunyi nyaring dari microphone. MasyaAllah bingit!
“Sebelum tu kamu semua naik ke kelas, saya ingin memanggil pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti kawad kaki sekolah. Tunggu selepas ini ya.” Kata Cikgu Anida selaku guru bertugas.
Dang! Aku dah penat duduk sini lama-lama.
Aku melambaikan tangan dekat kawan-kawanku yang tak masuk kawad. Huh, apoo semua takut hitam.
Aku berjalan menuju ke tempat yang ramai orang. Takdelah ramai tapi ada lah dalam 100 orang atau lebih. Ada empat kadet iaitu Pengakap, Polis, Puteri Islam dan Krs.
Wuwu, ni semua pelajar yang bakal mengharumkan nama sekolah. Termasuk aku, ahaks!
“Please, take a seat first. Okay, since everyone are practise for your kawad kaki, I want to inform you the date of the competition on May. So, everybody including your teachers are busy with your competition and examination. Like before, the competition will start with Pengakap, Polis and Puteri Islam. And then, continue with Krs. So I hope you guys are not to compete to take the place. Like everyone knows, we don't have many places to make a practice court. With handball, hockey, netball and volleyball also. We get many tournament for this year. I hope you guys understand ya. Before I forgot, Krs please stay awhile. Your teacher and seniors would like to discuss something with you. So, we're done. Go to the class now. Thanks.” Panjang lebar Cikgu Marry memberi info.
YOU ARE READING
Married with crush || MALAY NOVEL
Romance[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai...