Prolog

2.5K 34 1
                                    

PROLOG





DATIN MAYA melemparkan fail di atas meja. Matanya di kecilkan seolah-olah sedang sarat memikirkan sesuatu. Wasiat yang baru sahaja dia lihat sangat-sangat mengganggu fikirannya. Kalau saja dia tak terjumpa fail itu, pasti dia masih tak tahu apa isi wasiat tersebut.
“Aku yang susah payah selama ni, tapi anak tak guna tu juga yang kau tabur dengan harta! Kita tengok, apa akan jadi selepas ni Dato’ Syam.”
Datin Maya meletakkan semula fail tersebut seperti sediakala kerana tak mahu dicurigai. Niatnya untuk mengajak suaminya makan tengah hari dibatalkan dan dia keluar dengan hati yang panas seperti gunung berapi ingin meletus.
Rafael yang melihat ibunya keluar dari bilik ayahnya tadi terus melangkah  mendekati ibunya.
“Mama!”
“Raf, mama nak cepat ni. Ada apa?”
“Tak. Mama buat apa dekat bilik papa?”
“Nak ajak makan. Tapi papa tak ada pula.”
“Papa ada mesyuarat dekat HQ. Takkan mama tak tahu? Mama tak ikut sekalikah?”
“Apa? Papa kamu ni dah melampau, tau! Mama ni dah macam tak ada makna dengan dia. Semua hal mama akan di belakangkan. Dia lupakah, mama yang kerja keras bangunkan syarikat ni.”
“Mama yang lupa, kita ni menumpang harta papa je.”
“Raf pun sama je! Menyakitkan hati betul!” balas Datin Maya lalu pergi
Rafael tersenyum sinis bila melihat ibunya tertekan dengan sikap Dato’ Syam. Rafael adalah anak tiri kepada Dato’ Syam juga merupakan orang kepercayaan Dato’ Syam. Dengan sikapnya yang sangat tegas dalam pekerjaan, membuatkan dia memiliki jawatan Naib Presiden dalam syarikat besar milik Dato’ Syam.
“NADEEN!”
Nadeen yang baru sahaja balik dari pasar bergegas lari ke bilik ibunya, Karin. Karin  adalah ibu angkat Nadeen. Nadeen adalah seorang anak terbuang yang di jumpai Karin di dalam sebuah bilik di sebuah hotel. Kerana merasa kasihan, Karin memutuskan untuk mengambil Nadeen sebagai anak angkat.
“Mak, ada apa?”
“Kau ni dah pekak, kah? Aku panggil dari tadi tak datang-datang!” kata Karin menarik telinga Nadeen
“Mak, sakit! Nadeen dari pasar tadi.” Balas Nadeen cuba melepaskan telinganya dari terus ditarik oleh Karin.
“Habis tak jualan kau?”
“Alhamdulillah, habis mak. Rasanya hasil jualan dah boleh kumpul untuk Nadeen masuk kolej nanti. Nadeen dah cuba apply dekat kolej yang terdekat.”
“Apa? Kau ingat aku nak biar kau masuk kolej? Kau tu perempuan, Nadeen. Tinggi mana pun kau sekolah, nantinya ke dapur juga. Lebih baik kau berjualan dekat pasar tu dan balas jasa aku ni yang bagi kau makan selama 18tahun. Faham!”
“Tapi, mak…”
“Dah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Keputusan aku muktamad! Pergi dapur sekarang! Banyak lagi kain orang tak basuh. Dah siap basuh keringkan dan hantar.” Arah Karin membuat Nadeen kecewa
Mahu tak mahu, Nadeen terpaksa melupakan segala angannya untuk melanjutkan pelajaran. Untung saja dia dapat habiskan SPM, kalau tak, mungkin dia akan merempat tanpa pelajaran. Nadeen melangkah perlahan dan mengerjakan apa yang Karin arahkan tadi. Selepas siap mengeringkan kain, Nadeen mengangkutnya dan menghantar dengan menaiki basikal.
“Nadeen! Kau nak ke mana tu?” tanya Dian sahabat baik Nadeen
“Nak hantar kain ni kat rumah orang kaya tu. Jomlah, temankan aku.” Jawab Nadeen
Mereka berduapun pergi bersama-sama menghantar kain tersebut. Seperti biasa, Nadeen akan masuk dari belakang kerana takut dengan tuan rumah yang garang tu. Pernah sekali Nadeen di simbah air kerana masuk dari pintu depan. Sejak itu Nadeen tak berani lagi masuk dari sana. Selesai tugas mereka pun terus pergi ke taman yang tak jauh dari sana. Masing-masing menyorong basikal kerana lebih suka berjalan kaki.
“Kau dah dapat tak tawaran dari mana-mana universiti?” tanya Dian
“Aku sebenarnya dah dapat kat satu kolej ni. Tapi mak aku tak bagi aku sambung belajar.”
“Teruknya mak kau, Nadeen.”
“Tak apalah. Bukan rezeki aku agaknya. Yang penting sekarang, aku kena balas jasa mak aku, Dian. Biar macam mana pun, dia dah jaga aku dengan baik selama ni.”
“Baik apanya? Kau tu dari kecik lagi dah berdikari sendiri tau. Bukan aku tak tahu mak kau tu gunakan tenaga kau je. Bukan mak kandung kau pun.”
“Tapi aku sayang mak aku, Dian.”
Dian hanya menggelengkan kepalanya bila melihat kepolosan sahabat baiknya itu. Dia hanya mampu doakan yang terbaik untuk Nadeen. Tak lama lagi, mereka akan terpisah sebab Dian akan ke universiti awal tahun depan.

LANA yang baru sahaja sampai melihat Rafael sedang bermain telefon tanpa menghiraukan kepulangannya. Lana berjalan ke dapur lalu keluar membawa dua gelas berisi jus oren kemudian duduk di sebelah Rafael.
“Raf, sampai bila kita nak macam ni terus?”
“Macam apa?”
Lana menarik nafas panjang bila rafael seperti tak serius mendengarkan luahannya tentang hubungan mereka. Lana menarik telefon dari tangan Rafael dan memegang kedua pipi Rafael.
“About us. Sampai bila nak macam ni terus? Tak ada kesudahan langsung. Mama papa saya dah tanya tau. Bila nak kahwin?”
“You know my mom, kan? Bagilah masa sikit dekat saya. Ini mama tak tahu lagi tau saya ada awak, kalau mama tahu entah kita hidup lagi ke tak?”
“Raf, kalau hubungan kita ni tak ada hujungnya, lebih baik kita putus! Saya nakkan kepastian, Raf. Sampai bila nak tunggu?”
“Sayang, bagi saya masa, okay?”
“Entahlah. Saya nak mandi, penat.”
Rafael sangat menyayangi Lana hingga dia takut untuk berterus terang dengan Datin Maya. Dia takut kalau-kalau Datin Maya buat sesuatu dekat Lana. Dia sangat kenal siapa Datin Maya. Dan Rafael tak mahu untuk ambil risiko.

DATO’ SYAM bersandar di kepala katil sambil membaca majalah. Sementara Datin Maya sibuk menyapu losyen di badannya. Sesekali matanya melirik ke arah suaminya di atas katil. Kejadian di pejabat hari itu kembali di ingatannya.
“Abang, saya nak tanya sikit.”
“Ya, apa tu?”
“Abang dah buat wasiat tak? Maksud saya, umur kita ni kita tak tahu. Abang dah sediakan?”
“Saya tahulah apa saya nak buat. Awak jangan risau, okay?”
Datin Maya angguk. Dia memandang suaminya dari dalam cermin. Mungkin Dato’ Syam tak tahu yang isterinya sudah pun melihat isi wasiat yang dia tulis.
‘Jangan ingat aku bodoh! Aku akan pastikan semua harta tu jadi milik aku sebelum kau mati!’


KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now