part 12

870 17 0
                                    

Bab 12


Lana membuka matanya. Pandangan masih kabur dan terasa tengkuknya sakit akibat hentaman yang kuat. Dia berusaha untuk duduk. Dia berada dalam sebuah bilik yang agak mewah.
“Aku kat mana ni?” kata Lana sambil menggosok lembut tengkuknya
Lana berdiri berjalan ke arah pintu bilik. Dia memulas tombol pintu dan ternyata pintu tersebut tak berkunci.  Lana segera berlari keluar dan cuba membuka pintu hadapan tapi seseorang mentertawakannya. Lana menoleh ke belakang dan melihat Datin Maya sedang ketawa besar sambil bertepuk tangan.
“Kau boleh bergerak bebas dalam rumah ni, tapi jangan mimpi kau akan dapat keluar dari sini. Aku dah letak penjaga setiap penjuru rumah ni. Kau akan tinggal di sini sampai Rafael dapatkan semua harta Dato’ Syam.”
“Datin nak apa sebenarnya? Saya dan Rafael akan berpisah. Saya dah tak ada kena mengena dengan Rafael!”
“Oh, ya? Kalau berpisah pun, Rafael tetap sayang kau! Kau harapan terakhir aku untuk dapatkan apa yang aku mahu. Aku dah bagi kau amaran dulu, jangan dekati anak aku tapi kau degil!”
Lana terpana. Dia tak sangka dia akan bayar setiap apa yang dilakukan oleh Rafael. Andai dia tidak terlalu menurut perasaannya, semua ini tak akan dia lalui. Mahu di sesalkan pun sudah tidak berguna. Apa yang dia mampu buat sekarang hanya berharap Rafael datang dan membebaskannya.
“Dengar sini Lana! Kau takkan bebas dari sini, sampai Rafael buat apa yang aku suruh. Jadi jaga perangai kau dekat sini. Orang aku akan beri kau makan. Dalam rumah ni tak ada apa-apa yang boleh kau gunakan untuk lepaskan diri. So, have a nice day, daughter in-law!”
Lana cuba berlari keluar tapi pantas pintu tertutup rapat dan dikunci dari luar. Lana mengetuk-ketuk pintu tapi tak di endahkan oleh sesiapa pun.

SUDAH hampir pukul 2petang. Rafina pun pulang dari kolej dan terkejut melihat tamu wanita yang tertidur di sofa. Di melangkah perlahan dan mencari Nadeen di dapur. Dia melihat Nadeen sedang membersihkan dapur sepertinya tamu itu makan dan minum di rumah Qash.
“Kak, siapa dekat luar tu? Kawan akak kah?”
“Entah. Akak pun tak kenal. Katanya nak tunggu Abang Qash. Fina tak kenal?”
Rafina menggeleng lalu membuka peti ais dan menuangkan jus oren ke dalam gelas lalu diteguk perlahan. Baru sahaja dia mahu meletakkan gelas di atas meja tiba-tiba kedengaran suara seseorang masuk ke dapur.
“Korang ni memang kerja makan gaji buta je kah? Qash bayar korang untuk duduk, makan dan bercerita macam ni?”
“Kau cakap apa? Kau ni siapa?”
“Aku ni bakal puan besar kamu tau. Jaga bahasa tu sikit!”
Rafina tergelak besar lalu menarik Nadeen masuk ke biliknya. Malas dia nak melayan perempuan gila tu. Entah dari mana datangnya. Sebelum mereka masuk, Rafina menoleh dan berkata kepada perempuan itu.
“Keluar ikut pintu tu. Kami tak menerima tamu gila. Lagipun, kau bukan tamu kami pun.”
Mendengar kata-kata Rafina buat dia bengang. Serta merta dia menarik beg tangannya dan keluar dari sana. Sepanjang jalan ke keretanya dia membebel seorang diri memaki Rafina yang bermulut lancang itu. Baru dia ingin membuka pintu keretanya, Qash pun sampai. Dengan tergedik-gedik dia berjalan mendekati Qash yang keluar dari keretanya.
“Qash! Qash, awak tengok apa orang gaji awak buat dekat saya.”
“Orang gaji?”
“Yalah! Orang gaji awak yang tak sedar diri tu, halau saya keluar dari rumah kita ni.”
“Rumah kita? Hmmmm, yang awak ni tiba-tiba datang sini buat apa, Senah?”
“Berapa kali saya nak kena ingatkan awak, Qash? Panggil saya Sandy!”
Qash tersengih bila Senah menggelarkan dirinya sebagai Sandy. Dah kalau nama Senah tu, Senah lah cik adik oi! Qash hairan, macam mana Sandy boleh ada di rumahnya. Dia bersandar di keretanya dan bertanya hajat Sandy datang ke rumahnya.
“Awak buat apa dekat sini, Sandy?”
“Nak jumpa awaklah. Awak balik sini tak bagitahu sya. Tinggalkan saya macam tu je. Tak fikir perasan saya, kah?”
“Let me remind you, if you forget. You and me, it’s over.”
“Qash, saya dah janji nak berubah. Bagi saya peluang sekali lagi. Saya akan jadi yang terbaik untuk awak dan anak-anak kita.”
“Saya dah lupakan awak, Sandy. Hubungan kita selama ni, Cuma saya yang banyak pertahankan dan bagi awak peluang. Awak baliklah.” Kata Qash lalu masuk ke dalam keretanya semula
“Qash! Qash! Buka pintu ni!”
Qash tak pedulikan rayuan Sandy. Sandy adalah wanita pertama yang Qash cuba untuk jadikan sebagai teman hidup, tapi ternyata Sandy terlalu sosial. Mungkin kerana kejutan budaya di negara barat menyebabkan Sandy berubah. Hubungan yang dibina dari sekolah menengah akhirnya kandas kerana sikap Sandy sendiri. Kini dia datang dengan harapan Qash akan memberinya sekali lagi peluang untuk buktikan yang dia dah berubah.
Sandy masuk ke dalam keretanya lalu memecut laju menuju ke rumahnya. Dia akan tambat semula hati sang kekasih. Mengenangkan semula kenangan saat remaja hingga Qash jadi berjaya sekarang, dia yakin, Qash takkan lupakan siapa yang setia berdiri di sebelahnya saat jatuh dulu.
“Dia pasti akan maafkan aku. Aku yang bersama dia saat susah senang. Takkan senang-senang dia nak lupakan aku.”
Sampai di rumah, Sandy terus masuk ke bilik dan menyalin pakaiannya. Setelah bersiap dia keluar semula bertemu dengan kawan-kawanya. Kerana Qash belum memaafkannya, dia pun melepaskan sakit hati keluar bersama kawan-kawanya yang lain.
“Esok baru berubah! Now, I nak enjoy. Hidup ni hanya sekali.”

BELUM ada khabar Lana yang Rafael dapatkan. Rafael tahu, Lana sudah pun sampai di Malaysia setelah memeriksa ke KLIA dan nama Lana tersenarai sebagai penumpang. Tapi kenapa langsung tak dapat di hubungi. Rafael akhirnya masuk pejabat seperti biasa. Sampai sahaja dia di sana, setiausaha Dato’ Syam memintanya untuk menemui Dato’. Tanpa berlengah, Rafael terus ke ruangan kerja Dato’ Syam. Pintu di ketuk dan Dato’ Syam mengarahkannya untuk masuk ke dalam.
“Papa cari Raf?”
“Raf dari mana? Tahu tak kita kerugian jutaan ringgit sebab Raf gagal dapatkan projek tu? Papa nak dengar alasan Raf, kenapa tak beri proposal tu dan bentangkannya? Be profesional, Raf. This is not a games!”
“Raf… Raf tak dapat lupakan Nadeen, pa. Apa yang berlaku, buat kepala Raf serabut. Satu apa pun Raf tak boleh buat.” Kata Raf memberi alasan yang buat Dato’ Syam terdiam.
“Lupakan perempuan tu! Cari perempuan lain, bagi papa cucu, dan Raf ambil alih empayar papa ni. Papa hanya harapkan Raf sekarang. Papa dah tua, dah tiba saatnya bersara dan bermain dengan cucu.”
Hati Rafael menjadi girang bila mendengar kata-kata Dato’ Syam. Tak sangka, alasanya sangat tepat hari ini. Tak sia-sia dia gunakan nama Nadeen sebagai alasan.
“Tapi, Qash?”
“Papa dah buang nama dia dari pewaris sejak dia khianat Raf dengan merampas Nadeen. Now, papa Cuma ada Raf dan Fina. Dan sebut pasal Fina, cari adik kamu tu dan bawa dia pulang. Nak harapkan mama, tak baliklah adik kamu tu.”
“Okay, pa. Kalau tak ada apa-apa, Raf keluar dulu.”
Senyuman Rafael penuh makna. Sekarang dia yakin, Datin Maya akan puas hati bila tahu yang Rafael akan jadi presiden di empayar Dato’ Syam. Setelah namanya tersenarai dalam wasiat sebagai pewaris utama, dia akan bebaskan dirinya dari ibunya yang selalu menentukan hidupnya selama ini. Tak akan ada lagi ‘ya, mama’ selepas itu. Apa yang paling penting, Datin Maya takkan menyentuh orang-orang yang dia sayangi.
Baru sahaja Rafael duduk, pintunya ditolak dan Datin Maya muncul dengan wajah yang sangat bengis. Dia sangat marah kerana tindakan Rafael yang bodoh bakal menghancurkan segalanya.
“Raf memang nak mama marah, kan? Raf ke mana berapa hari ni? Raf nak mama sakiti isteri Raf kah baru Raf nak dengar cakap mama?”
“Jadi betullah, Lana dengan mama sekarang?”
“Yes! Dan Raf jangan mimpi dia akan bebas selagi Raf…”
“Mama kena lepaskan Lana. Sebab dia akan jadi jambatan buat kita. Kalau Lana mengandung, papa akan bersara dan jadikan Raf presiden gantikan Papa.”
Membuntang mata Datin Maya bila dapat tahu hal tersebut. Tapi selagi tak terbukti dia sulit untuk percaya.
“Jangan main-main, Raf. Mama tahu ini helah Raf untuk bebaskan Lana.”
“Jangan salahkan Raf kalau mama tak dapat walau satu sen pun lepas ni. Papa sendiri cakap,dia dah buang nama Qash Raezal dari nama pewaris. Terserah mama nak percaya atau tak.”
“Baik! Mama akan bebaskan Lana. Tapi mama takkan lepaskan macam tu je. Raf kena buat apa yang mama arahkan.”
Rafael akur asalkan Lana di bebaskan. Dia takkan biarkan ibunya terus menyakiti Lana. Dia sangat menyayangi Lana. Dan tak ada sesiapa yang akan dapat menggantikan Lana. 
Datin Maya berbaring di sebelah suaminya sambil tersenyum. Malam itu dia berias cantik kerana ingin mengorek sesuatu dari Dato’ Syam. Bukan tak percaya dengan Rafael, tapi mendengar dari mulut suaminya adalah lebih baik. Dato’ Syam yang melihat isterinya baring pun meletakkan buku yang sedang di bacanya. Kacamata di letakkan di meja sisi katil lalu dia melihat isterinya sambil tersenyum.
“Harum isteri abang malam ni. Selalunya tak sewangi ni. Nak shopping?”
Datin Maya tersengih. Dia pun melentokkan kepalanya ke dada suaminya lalu mengatur ayat untuk mengorek rahsia wasiat yang baru di tukar oleh suaminya.
“Dah tua macam ni, dah tak ada masa nak shopping, abang. Abang, terima kasih sebab percayakan Rafael. Walau pun dia bukan darah daging abang, tapi…”
“Sayang, abang dah anggap Raf macam anak abang. Selain dari sayang, abang Cuma ada Raf dan Fina. Qash, dia dah buang diri dia sendiri. Mungkin abang yang salah mendidik.”
“Saya pun tak sangka Qash sanggup buat Raf macam tu. Nadeen pula tak sedar diri!”
“Sebab tu abang dah buang nama Qash dari hidup abang.”
Dato’ Syam memeluk isterinya sementara Datin Maya sembunyi senyuman. Dia yakin, tak lama lagi, dia akan buang Dato’ Syam dan akan jadi peneraju empayar idaman ayahnya suatu ketika dulu. Kalau bukan kerana Dato’ Syam, ayahnya tak akan jatuh muflis dan dia tak akan kehilangan ayahnya.
‘Tak lama lagi, empayar tu akan jadi nama ayah! Maya janji!’ bisik hati Datin Maya
Ternyata, ada dendam yang tersimpan selama ini. Tak hairanlah kenapa Datin Maya sanggup merancang semua ini. Nampaknya, rancanganya akan segera terlaksana.  Keesokkan harinya, Datin Maya membebaskan Lana dan menghantarnya bertemu dengan Rafael seperti yang Rafael mahukan.
“Mama percayakan Raf, tapi jangan biar Lana hancurkan rancangan kita. Selesai saja semuanya, apa pun yang Raf mahu buat, mama tak akan ikut campur.”
“Thank you, ma.”
Setelah Datin Maya pergi, Lana terus menepis tangan Rafael dan menamparnya sekuat hati.
“Sakit ni tak berbaloi dengan apa yang kamu dah buat! Ceraikan saya, Rafael!”
“Sayang! Saya buat macam-macam demi hubungan kita. Sikit saja saya minta, tolong bertahan dengan hubungan kita. Semua ni sementara je.” Rayu Rafael
“Saya tak nak bersubahat lagi! Dato’ Syam tak buat dosa pun dengan korang. Tapi demi kepentingan kamu, sanggup kamu buat dia macam tu. Tahu tak selama korang semua hidup atas ihsan Dato’ Syam?”
“Lana!!”
Rafael mencengkam pipi Lana dengan kuat hingga Lana merasakan kesakitan.  Matanya merah menahan marah
“Saya dah cakap semua ni demi kita, demi awak!! Kalau awak berdegil, saya tak teragak-agak sakiti awak! Masuk bilik!”
Lana menghentakkan kakinya lalu masuk ke bilik dan menghempas tubuhnya ke atas tilam. Bagaimana pun dia cuba membenci Rafael, tapi dia tak mampu menipu dirinya sendiri. Dia sangat mencintai lelaki itu. Haruskah dia bertahan?

NADEEN membeli barang keperluan dapur seperti biasa ditemani Qash. Tapi hari ini, bukan hanya barang dapur, tapi Qash membawanya masuk ke butik pakaian perempuan. Mungkin untuk teman wanitanya, fikir Nadeen. Qash memilih beberapa helai baju, seluar dan juga skirt lalu meminta Nadeen untuk mencubanya. Merasa sesuai, dia pun membelinya. Nadeen hanya berdiam. Begitu banyak Qash beli, nampaknya sayang sangat dia dengan teman wanitanya. Sekali lagi Nadeen berfikiran seperti itu.
“Singgah makan dekat sini. Saya lapar.” Kata Qash
“Okay.”
Nadeen yang hanya memakai t-shirt dan juga seluar jeans menjadi tatapan mata-mata yang duduk di tempat mewah itu. Merasa segan dia hanya mampu menundukkan pandangannya. Tiba-tiba, Qash menggenggam tangan Nadeen dan memimpinya duduk di meja VIP. Kerusi di tarik dan Nadeen duduk.
“Abang tak malukah ajak saya makan dekat tempat macam ni? Semua orang pandang saya. Saya malu.” Kata Nadeen
“Nak malu apa? Nadeen cantik tau dari mereka yang ada dekat sini.”
Nadeen tersipu bila Qash memujinya tanpa bertapis.  Mereka memesan makanan sambil berborak kosong. Qash yang banyak bercakap. Nadeen hanya angguk dan geleng.
“Qash! Awak makan dekat sini jugakah? Kebetulanya!”
Entah dari mana datangnya Sandy@Senah tiba-tiba merosak suasana. Sandy terus duduk di sebelah Qash dan menggedik seperti biasa.
“Eh! Orang gaji ni pun duduk makan dengan awak?”
“Sandy, stop it! Saya tak ada masa nak cakap dengan awak. Lebih baik awak pergi.”
“Qash, jauh tau saya terbang dari luar negara balik ke Malaysia semata-mata nak kejar cinta awak. Hargai sikit, please!”
“Saya dah bagi awak banyak peluang, Sandy. Saya dah tak boleh dengan awak.”
“But, why?”
“Because I love her. Nadeen bukan orang gaji, dia bakal isteri saya.”
“Apa? Awak dah gilakah?”
“Yes! I’m crazy about her.”
Qash mengatakan itu memandang tepat ke mata Nadeen. Dia seolah bercakap dari hati. Tak ada dusta!  Ada bunga cinta di pandangan matanya. Nadeen tak berkata apa-apa kerana dia tak mahu mengeruhkan keadaan. Apa yang dikatakan Qash, dia hanya anggukkan sahaja.
Sandy berdiri dan pergi tanpa berkata apa-apa lagi. Nadeen meneruskan makan sehingga habis. Untuk bertatap mata dengan Qash, dia sangat berdebar. Sepanjang jalan di mengelak dari bertentang mata atau bercakap dengan Qash. Qash yang perasan sikap Nadeen hanya tersenyum. Sampai sahaja di rumah, Nadeen terus turun dari kereta dan membawa masuk beg-beg pakaian dan diletakkan di ruang tamu. Barang-barang lain di susun di dapur.
“Nadeen…” suara Qash memanggilnya
Nadeen menoleh tapi tidak melihat ke wajah Qash.
“Semua baju ni abang beli untuk Nadeen.”
“Untuk Nadeen? Tak apalah abang, baju Nadeen ada lagi.” Balas Nadeen
Qash mengangkat beg-beg kertas tersebut dan berjalan menghampir Nadeen. Entah kenapa Nadeen berdebar. Semakin dekat semakin dadanya berombak ganas. Qash berdiri tepat di hadapan Nadeen.
“Kenapa tak pandang abang?”
“Hmm..”
Qash mendekatkan wajahnya dengan Nadeen hingga Nadeen menjauhkan sedikit jarak wajah mereka. Dadanya nak pecah kerana berdebar bila melihat wajah Qash terlalu hampir denganya.
“Pandang abang…” kata Qash separuh berbisik
Nadeen merasa seperti bulu romanya merinding saat nafas Qash menerpa wajahnya. Tiba-tiba dia pitam dan semuanya menjadi gelap. Qash yang melihat Nadeen lemah terus merangkul pinggang Nadeen hingga Nadeen tersentak lalu berlari masuk ke biliknya.
“Aik! Tak jadi pengsan? Drama sangatlah! Ihhhh geram abang tau!”


KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now