Bab 21
“Awak, jom balik!”
Nadeen membawa Remy untuk pulang setelah dia keluar dari bilik air. Entah kenapa dia sepertinya tergesa-gesa seperti dikejar sesuatu. Remy mengangkat tangan memanggil pelayan dan membayar bil makanan mereka. Setelah itu, Nadeen menarik tangan Remy keluar.
“Nadeen, awak kenapa ni?”
“Saya Cuma tak sedap badan. Hantar saya balik.”
“Yalah. Jom!”
Sepanjang jalan Nadeen hanya berdiam. Sesekali Remy melirik melihatnya. Malas bertanya kerana pasti Nadeen takkan jawab apa-apa. Sampai di asrama pekerja Nadeen terus turun tanpa berkata apa-apa kepada Remy. Remy hanya menggelengkan kepala lalu memandu keretanya pulang.
Nadeen masuk ke biliknya dan berbaring. Dia tak menyangka yang dia akan bertemu Rafael sekali lagi. Lelaki yang menghancurkan hidupnya.
“Dalam banyak manusia, kenapa aku jumpa lelaki tak guna tu?”
Ingatannya kembali saat kejadian di hadapan bilik air tadi. Rasa nak tercabut jantungnya melihat Rafael di sana sedng tersenyum menegurnya. Entah apa yang diinginkannya kali ini.
“Nadeen…”
Nadeen mengangkat wajahnya dan melihat Rafael. Tangannya bergetar dan ingin pergi dari sana. Tapi tangannya ditarik rafael.
“Awak nak apa? Antara awak dan saya dah tak ada apa-apa hubungan lagi tau!”
“Saya Cuma nak minta maaf.”
Tak percaya tapi Nadeen yakin kata-kata yang keluar dari mulut Rafael adalah sebuah kata maaf.
“Lupakan.”
“Nadeen, saya minta maaf. Saya tahu saya tak layak, tapi saya merayu dekat awak, maafkan saya.”
“Selepas hidup saya hancur? Apa dosa saya dekat awak? Awak lupa macam mana awak hancurkan hidup saya. Awak lupa?”
Rafael hanya terdiam memandang Nadeen. Sungguh mendapatkan kemaafan itu adalah perkara yang mustahil. Nadeen baring dan berfikir semula. Untuk apa takdir membawanya kembali bertemu dengan Rafael? Apa lagi rencana yang Allah atur untuknya? Tidak cukup dengan kehadiran Qash semula kini harus muncul seorang lagi?
SANDY membuka sampul yang dia sediakan untuk melakukan sesuatu yang akan menentukan hidupnya. Selagi dia tak hancurkan hidup Nadeen selagi itu dia takkan dapat bersama Qash. Kalau dia tak dapat qash, dia akan pastikan hidup Nadeen juga hancur.
“Kau yang nak sangat bermain api, kan? This is just a beginning, Nadeen.”
Sandy tersenyum puas. Dia ada rancangan baik hanya menunggu masa sahaja untuk dia lakukan. Sementara itu dia harus selesikan urusan asmaranya bersama Qash yang masih tergantung. Sengaja dia membawa kek untuk Qash kerana dia juga tahu makanan kegemaran Qash. Sampai sahaja dia terus masuk ke bilik Qash.
“Sayang! Surprise!”
“Buat apa kat sini? Saya busy sekarang. Please jangan ganggu.”
“Sayang…” sandy duduk di pemegang kerusi sebelah kiri Qash lalu memicit lembut bahu Qash namun ditepis oleh Qash.
“Saya ada bawa kek kegemaran awak.”
“Bawakan saya? Nak bagi saya tidur lagi?”
“Tidur? Apa awak cakap ni?”
“Jangan sangka saya tak tahu awak nak perangkap saya hari tu. Nasib awak baik sebab saya dengan Nadeen masa tu,. Kalau tak, saya dah saman awak. Keluar, dan jangan tunjuk muka awak dengan saya lagi. And one more thing! Between you and me, it’s over! Saya takkan pernah kembali ke lorong hitam yang saya dah tinggalkan. Saya dah taubat!”
“Qash… Cuma awak seorang yang pernah sentuh saya. Macam mana saya nak teruskan hidup? Siapa lagi yang nak dekat saya kalau awk pun tak nak!”
“I’m sorry. Saya tak layak. It was my past. Dan awak kena ingat, awak yang datang dekat saya bukan saya!”
Bertambah sakit hati Sandy bila Qash langsung tak memberinya peluang. Bertambah dendam dia terhadap Nadeen. Dia menganggap semua ini kerana Nadeen. Qash berubah hati kerana Nadeen. Kalau Nadeen tak pernah muncul dalam hidup Qash, mungkin sekarang mereka sedang berbahagia berdua.
“Kau akan rasa sakit yang aku rasa, Nadeen. Kau tunggu nasib kau lepas ni.”
Sandy terus berjalan ke arah keretanya. Kacamata hitam dikenakan bagi menutupi airmata yang mengalir.
PUAN ASMAH gembira mendengar khabar bahawa Remy akan menikah tak lama lagi. Telah lama dia harapkan untuk Remy agar segera berkahwin. Dada di sentuh lalu mengucap syukur kepada Allah.
“Alhamdulillah! Akhirnya anak mama ni kahwin juga. Bila nak tetapkan tarikh? Mama dah tak sabar nak sambut menantu.”
“Iya, papa pun dah tak sabar nak dukung cucu ni. Lagi cepat lagi bagus.” Sampuk encik Ishak.
“Insya Allah dalam masa terdekat ni. Sebab Nadeen tak ada keluarga, Nadeen minta kita uruskan semuanya.”
“Tak apalah, lepas ni kita akan jadi keluarga Nadeen. Mama akan buat persiapan secepatnya.”
Selepas berbincang bersama Nadeen akhirnya mereka semua setuju untuk adakan majlis sebulan kemudian. Tanpa apa-apa bantahan Nadeen hanya menurut dan serahkan segalanya kepada keluarga Remy. Segala persiapan telah pun dilakukan. Nadeen hanya perlu memilih baju nikah sahaja.
Khabar angin mula tersebar luas dan Qash mendapat tahu tentang majlis pernikahan Nadeen. Bagaikan empangan pecah Qash merasa kecewa namun dia juga mendoakan agar Nadeen berbahagia. Walau hatinya terluka namun dia tetap berharap Nadeen membuat pilihan yang terbaik untuk hidupnya. Mungkin mereka tak ada jodoh.
“Bro, kalau kau sayang Nadeen kau lepaskanlah.”
“Aku yang bodoh! Kalau aku tak fikir terlalu kolot aku takkan kecewa sekarang.”
“Terima kenyataan, Qash. Tak semua benda kau nak akan jadi milik kau.” Nasihat Fariz
Qash hanya angguk. Berhari-hari dia hanya habiskan masa untuk berkerja. Dato’ Syam hanya memerhatikan Qash. Seorang kecewa dengan ibunya seorang lagi kecundang dalam cinta. Rafina juga jadi pendiam. Dia sudah mula berkerja sambilan kerana malu untuk menerima duit dari Dato’ Syam.
“Dato’, ada surat.”
“Terima kasih. Kamu boleh keluar.”
Dato’ Syam membuka sampul tersebut dan melihat isi surat yang hanya bertulis satu perkataan berbunyi “HAHAHAHA”. Dato’ Syam mengerutkan dahinya. Entah siapa lagi yang mempermainkannya. Walau hanya satu perkataan tapi tulisan itu sangat menarik perhatiannya.
“Kau nak plan apa lagi, Maya? Aku dah bagi kau peluang untuk bebas sekarang kau muncul semula. Apa kau mahu?”
Dia sangat kenal tulisan pada kertas itu. Setelah lama menghilang sekarang Maya kembali. Dato’ Syam sudah tahu wanita itu takkan pernah puas selagi belum melihatnya jatuh. Dendam seorang wanita sangat berbahaya. Dia sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan Maya.
MAYA ketawa sambil menggigit jarinya. Ubat di atas meja hanya dipandang. Dia yakin yang dia sebenarnya tidak sakit. Dia hanya tertekan dan bukannya gila.
“Surat tu pasti sudah sampai dengan kau, kan? Let’s start the game! Kau akan bayar setiap perbuatan kau. Aku tahu kelemahan kau. Cukup lama aku hidup dengan kau.”
Maya sudah hampir hilang waras bila dia memulakan peperangan dengan Dato’ Syam. Kali ini dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya termasuk membunuh! Rafina adalah kelemahan Dato’ Syam. Dia tahu bahawa Rafina adalah salah satu anak kesayangan Dato’ Syam walaupun dia sudah tahu Rafina bukanlah anak kandungnya. Walau selama ini dia tak pernah menunjukkan tapi dari tindakan dn kerisauannya Maya tahu, Dato’ Syam sangat menyayangi Rafina.
“Aku nak tengok, kau sanggupkah tengok nyawa Rafina dihujung tanduk. Hahahaha!”
Belum habis lagi dendam yang berkurung dalam hatinya hingga sanggup mengorbankan sesiapapun. Maya semakin nekad dan tidak mampu untuk berfikiran jernih lagi. Bila-bila masa sahaja dia akan melaksanakan rancangan jahatnya.
“Mama, dah makan ubat?” Tegur Rafael sambil mengucup kepala ibunya.
“Buat apa aku nak makan ubat? Aku tak sakit pun. Tak nampakkah aku sihat walafiat ni?” balas Maya
“Mama, kenapa tak minum ubat. Mama kan belum sembuh lagi. Klau tak makan ubat nanti mama kena masuk ward lagi, nak?”
“Ward apa? Orang gila? Aku bela kau dari kecil tapi bila aku dah tua macam ni kau sanggup cakap mak kau gila! Kau dengar sini! Aku tak gila!”
“Yalah, mama tak gila. Tapi mama minum ubat dulu, okay?” Balas Rafael menghulurkan ubat kepada Maya lalu ditepis hingga jatuh ke lantai.
Rafael terkedu kerana harga ubat itu bukanlah murah. Nasib baik dia sudah menjadi pengurus, mampulah dia untuk menanggung kos ubat dan rawatan ibunya. Kalau tidak, mungkin ibunya sudah gila sekarang.
“Keluar! Aku tak gila! Aku akan buktikan dekat kamu semua yang aku akan berjaya rampas semula harta lelaki keparat tu! Aku tak gila!”
“Mama! Cukuplah, ma! Kita dah banyak buat dosa dengan papa. Buka mata mama. Apa yang mama buat ni salah. Sampai bila nak berdendam. Arwah atok meninggal bukan sebab Dato’ Syam tapi sebab papa kandung Raf! Sudah cukuplah dengan dendam mama tu. Takkan ada penghujungnya.”
Maya terdiam. Tapi itu tak mematahkan niatnya untuk membalas dendam kesumatnya. Dia hanya memandang Rafael tanpa merasa sedikit bersalah pun melihat hidup anak kandungnya terpinggir tanpa orng tersayang sama seperti dirinya.
Rafael terus keluar kerana dia perlu bertemu dengan Encik Mubarak untuk menghantar laporan kewangan restoran sepanjang sebulan dia memegang jawatan sebagai pengurus. Sampai sahaja dia terus berjalan menuju ke bilik Encik Mubarak dan mendapati dibilik Encik Mubarak ada tetamu. Dia mengambil keputusan untuk berdiri di depan pintu sementara menunggu tetamu tersebut keluar. Namun tanpa sengaja dia mendengar namanya di sebut yang membuatnya memasang telinga mendengar semua perbualan itu.
“Betul kata puan. Rafael memang layak dengan jawatan yang dia pegang sekarang. Terima kasih sebab beri saranan untuk saya berikan jawatan tersebut kepada Rafael. Suami puan memang orang yang hebat.”
Mata Rafael membulat bila mendengar perbualan tersebut. Jadi selama ini dia memegang jawatan tersebut atas ihsan dari Lana? Bukan atas usaha keras yang dia lakukan. ‘Betapa lemahnya aku tanpa Lana’ Bisik hati rafael. Tanpa membuang masa, Rafael terus membuka pintu dan meluru masuk ke dalam bilik Enci Mubarak.
“Rafael?”
“R..af…”
“Apa semua ni? Kenapa? Sebab saya dah jadi macam ni awak dah tak yakin dengan saya? Why, Lana?”
“Raf, bukan macam tu. Saya Cuma…”
“Puan, saya rasa lebih baik puan dengan suami puan selesaikan dekat temoat yng lebih sesuai.”
“Tak perlu! Saya tahu dan saya dah faham. Saya memang langsung tak bererti pada awak sebab tu awak tak yakin saya boleh mula semuanya dari bawah.”
“Raf! Raf!”
Jeritan Lana langsung tak memberi kesan pada Rafael. Dia betul-betul rasa direndahkan bila Lana melakukan hal itu. Lana berjalan pantas mengekori langkah Rafael dan menarik tangan Rafael.
“I know everything! Awak yang masukkan duit dekat akaun bank saya. Saya tahu semuanya dan saya tak ke sini untuk berikan awak reward atas apa yang awak beri. Awak berdiri atas jawatan awak sekarang sebab awak layak! I just want you back! I want my husband back!” jelas Lana dengan mata yang bergenang.
Rafael tercengang! Betulkah isterinya inginkan dia kembali? Bermimpikah dia? Tapi bila melihat wajah polos Lana buat hati kecil Rafael meronta ingin memeluknya. Hanya tuhan yang tahu betapa dia sangat merindui isterinya itu. Tapi benarkah? Hanya soalan itu yang terlintas berulang kali di benaknya.
“Betulkah awak cakap ni?”
“Ada nampak saya senyum? Saya rindukan awak. Saya dan Raefad perlukan awak. Kenapa awak pergi macam tu je?”
Mereka menjadi tontonan para pekerja yang berada di ruangan itu. Nasib baik restoran masih lengang saat itu. Kalau tidak dah jadi drama tv3 adegan mereka berdua. Lana memukul dada Rafael lalu ditahan kedua tanganya oleh suaminya lalu dipeluk erat. Terlepas sudah rindu terpendam antara mereka.
“Saya memang pergi tapi bukan bermakna saya lepaskan tanggungjawab atau saya dah tak cintakan awak. Saya pergi sebab mama. Tanpa saya, apa akan jadi dekat mama. Hanya saya yang ada.”
Lana membalas pelukan Rafael. Tak ada lagi kata-kata yang ingin dia katakan. Cukup hanya pelukan, mampu meredakan kemarahanya. Selepas sendu mereda, Lana mengajak Rafael untuk pulang menemui anak mereka. Dengan langkah yang sangat berat kerana malu dengan ayah mertuanya, Rfael tebalkan muka juga demi Lana dan Raefad. Namun sambutan dari Dato’ Nasir ternyata sebaliknya. Rafael dilayan sama seperti dahulu tak terkurang walau sedikitpun. Ternyata dia tersilap selama ini menilai ayah mertuanya itu. Harta bukan segalanya.
Melihat Raefad, Rafael terus menitiskan airmata. Anak lelakinya itu sangat mirip dengan wajahnya. Bagaimana dia begitu kejam terhadap mereka selama ini. Rafael menggenggam tangan Lana.
“Saya jumpa Nadeen last week.”
“Nadeen? Apa khabar dia?”
“Dia baik. Jauh lebih baik dari yang saya sangka. Saya… dah minta maaf tapi…”
“It’s okay. Bukan mudah nak maafkan. Apa yang kita buat dulu sangat kejam, Raf. Ada masa kita jumpa dia dan minta maaf sekali lagi.”
NADEEN melihat kad jemputan yang ada di atas mejanya. Tak sangka dia akan berkahwin sekali lagi. Tapi Remy belum tahu masa lalunya. Perlukah dia beritahu? Atau tetap merahsiakannya… Dia masih SUCI…
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...