Bab 6
“Wah! Seronoknya jadi orang kaya ni. Semua apa yang aku nak, aku main tunjuk je. Nasib aku baik sebab pungut budak tak guna tu dulu.”
Karin berbelanja sakan dengan duit yang Datin Maya berikan untuk membeli Nadeen. Tanpa pengetahuan Nadeen dia kini sudah sah menjadi hamba kepada datin Maya.
Dari satu kedai ke satu kedai Karin masuk. Tak ada habisnya dia Berbelanja. Beruntunglah dia mendapatkan hasil lumayan tanpa berbuat apa-apa. Sementara Nadeen menanggung segala padah dari perbuatan ibu angkatnya itu.
Datin Maya baru sahaja sampai saat Rafina hendak keluar. Tanpa mempedulikan ibunya, Rafina hanya melimpasi Datin Maya.
“Rafina, nak ke mana tu? Keluar senja, balik subuh. Nak jadi apa Fina ni?”
“Mama, please. Jaga anak kesayangan mama tu. Fina ni bukan sesiapa pun kan?”
“Jangan kurang ajar, Fina. Mama ni mama Fina tau!”
“Fina takkan kurang ajar kalau mama ajar Fina. Masalahnya, Cuma cikgu yang ajar Fina. Mama? Sibuk jaga anak jantan mama tu!”
Pap!! Rafina memegang pipinya. Cairan jernih mengalir di pipinya. Pandangan matanya berapi melihat ibunya yang tak tahu menjaga perasaannya.
“Mama tak pernah ajar Fina kurang ajar macam ni tau! Nak keluar sangatkan? Keluar jangan pulang-pulang! Jangan harap duit satu sen pun dari mama.”
“Aku tak hadaplah dengan duit kamu! Aku hidup berlimpahan duit pun tapi kalau kurang kasih sayang tak ada gunanya pun. Aku akan keluar dari rumah ni. Mama tak kisah pun kan? Aku ni memang bukan anak mama dan papa! Aku benci kamu!”
Rafina akhirnya keluar tanpa membawa apa pun dari rumah tersebut. Hatinya terbakar bila ibunya langsung tak memperdulikan perasaanya. Ikut hati, mahu saja dia bunuh agar dia terus tenang.
“Ada anak pun tak berguna langsung! Nanti dah susah, tahulah kau nak pulang. Nak fikirkan kau, tak ada untung!” bebel Datin Maya
NADEEN menyediakan mkan malam tapi Rafael tak kunjung pulang. Tak seperti hari-hari sebelumnya, malam ini Rafael langsung tak pulang ke rumah. Nadeen terfikir kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi. Nadeen tertidur di ruangtamu menunggu suaminya. Awal pagi barulah Rafael pulang dan melihat Nadeen terbaring di atas sofa.
Sengaja dia membiarkan Nadeen terus tidur kerana dia pun sangat penat. Tak sangka dia harus bermalam di pejabat untuk siapkan kertas kerja yang harus dia bentangkn siang nanti. Rafael membuka pintu bilik dan terus baring dengan pakaian kerjanya. Terjaga dari tidur, Nadeen segera menuju ke bilik dan melihat Rafael sudah ada.
“Ya, Allah! Kenapa aku tak sedar dia dah balik? Dah makan kah belum suami aku ni?” bisiknya perlahan
Melihat Rafael masih lengkap berpakaian kerja, perlahan Nadeen mendekatinya dan membuka stokin kaki Rafael perlahan-lahan. Nadeen mengerling ke arah jam dan dia terus menunaikan solat subuh kemudian ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Makanan semalam Yang tak terusik di simpan ke dalam bekas dan di masukkan ke dalam peti sejuk.
Mihun goreng menjadi menu pagi ini. Selesai menyiapkannya, Nadeen menggosok pakaian kerja Rafael dan menyediakan air untuk Rafael mandi. Jam menunjukkan pukul 7pagi, Nadeen segera mengejutkan Rafael kerana takut dia terlambat masuk pejabat.
“Tuan, dan pukul tujuh. Bangunlah.” Kata Nadeen menyentuh hujung kaki Rafael
Rafael menggeliat kemudian mengerling ke arah jam dinding. Matanya masih mengantuk tapi kerana ada kerja yang lebih penting, dia bangun juga. Selesai bersiap Rafael ke dapur untuk sarapan.
“Saya tunggu tuan semalam. Tapi tuan tak balik-balik. Tuan ke mana?”
“Tak payah nak sibuk. Aku kerja pun nak bagi kau makan.” Balasnya dingin
Nadeen hanya tunduk smbil menemani Rafael bersarapan. Melihat wajah Nadeen yang langsung tak ada rasa tu, kasihan juga Rafael melihatnya.
“Kalau aku tak balik, kau tak payah tunggu. Aku dah besar, aku tahulah bila aku nak balik. Semalam aku siapkan kertas kerja. Sebab tu aku balik subuh.”
Nadeen hanya angguk kepala. Nasibnya baik sebab mood Rafael agak baik hari itu. Semuanya kerana Lana sudah pun kembali bersamanya. Hati Rafael pun berbunga-bunga. Kalau tak, mahu dia telan Nadeen setiap kali Nadeen bersuara.
Rafael berangkat ke pejabat dan sampai awal dari biasanya. Ajib yang baru sampai terkejut melihat Rafael di pejabat. Dari jauh lagi dia dah rasa nak tergelak melihat Rafael
“Aku sedang bermimpikah? Awalnya kau masuk office.”
“Aku ada meeting penting pagi ni. Nasib baik ada perempuan tu kejut aku.”
“Siapa? Lana?”
“Come on, Ajib! Isteri akulah!”
“Oh, ada isteri. Yalah. Eh! Jom pergi sarapan. Aku tak sarapan lagi ni.”
“Aku dah sarapan. Kau pergilah.”
“Amboi! Sejak dah kahwin ni, asyik makan dekat rumah je. Hati-hati, Raf. Air tangan isteri ni lain sikit. Boleh bikin jinak.”
“Ish! Tengok dia pun aku tak nafsu, ni kan pula nak jinak. Memang tak lah! Tapi dia masak sedap. So aku makan je lah!”
Ajib tersengih mendengar jawapan Rafael. Dia sangat susah nak puji perempuan, tapi masakan Nadeen dia puji pula. Rafael hanya mengabaikan Ajib lalu berjalan ke ruangan kerjanya.
Telefon berdering lalu Rafael mencapainya dan tersenyum bila melihat nama Lana di skrin telefonya. Sejak dia menjalin hubungan semula dengan Lana hidupnya kembali ceria. Hanya tunggu masa sahaja untuk mereka bersatu.
“Hello, sayang. Baru nak call, awak dah call saya.”
“Ingatkan dah lupa. Malam ni jangan lupa jemput saya pula. Awak dah janji nak jumpa saya.”
“Iya, malam ni saya jemput. Awak siap cantik-cantik. Saya rindukan awak.”
“Yalah. Saya pun rindukan awak. Tapi awak dah kahwin dengan orang lain.”
“Tapi saya Cuma cintakan awak. Awak sabar sikit masa je lagi. Awak pun tak nak papa awak halang hubungan kitakan. Ini je caranya untuk saya dapatkan harta papa saya. Dan masa tu tak ada siapa lagi yang akan halang kita.”
“Janji?”
“Janji sayang. Dah, saya ada banyak kerja ni. Nanti malam kita jumpa. Bye, sayang!”
Rafael meletakkan telefonnya lalu Bersandar di kerusinya. Gambar keluarga besar mereka di pandangnya sekilas lalu tersenyum. Dia tak pernah terfikir yang dia akan hidup mewah seperti sekarang. Meski Datin Maya juga terlahir sebagai anak bangsawan tapi hidup mereka berubah sejak syarikat yang diTerajui keluarganya jatuh muflis.
“Aku harap semuanya takkan berlangsung terlalu lama.” Keluhnya perlahan lalu menarik fail dan menyiapkan kerjanya
Selepas menyelesaikan kerja seharian di pejabat, Rafael pun pulang dan sempat singgah membeli sejambak bunga untuk Lana. Sampai sahaja dia terus bersiap semula untuk keluar menemui Lana. Nadeen hanya diam .emerhatikan suaminya. Kehadiranya langsung tak dihiraukan oleh Rafael.
Minyak wangi disemburkan ke leher dan sekitar permukaan bajunya lalu Rafael merapikan rambutnya. Perasan Nadeen sedang melihatnya lalu dia membesarkan matanya melihat Nadeen dari dalam cermin. Nadeen segera mengalihkan pandanganya ke arah lain.
“Kau kenapa?”
“Huh? Tak ada apalah.”
“Habis tu, yang kau tengok aku daripada tadi tu kenapa?”
Nadeen hanya menggelengkan kepala. Sebenarnya dia ingin bertanya ke mana suaminya hendak pergi. Tapi dia batalkan bila melihat wajah bengis Rafael. Dia berdiri kemudian keluar dari bilik. Nadeen masuk ke dapur dan menyiapkan sesuatu untuk mereka makan malam nanti.
Sedang Nadeen sibuk menyiapkan bahan untuk dimasak, terdengar suara pintu utama di tutup kuat. Nadeen beranjak keluar dari dapur dan melihat tak ada sesiapa di sana. Nadeen menuju ke arah tingkap dan melihat ke arah tempat meletakkan kereta. Benar dugaanya, Rafael keluar tanpa memberitahunya lagi.
“Keluar lagi? Aku ni dah macam tunggul dalam rumah ni. Kenapalah hidup aku jadi macam ni? Aku tak mahu hidup macam ni. Kesunyian. Ya, Allah!”
Nadeen memandang bahan masakan yang dia sediakan di atas meja. Tanpa membuang masa, Nadeen memasukkn semula bahan-bahan tersebut ke dalam peti sejuk. Tak guna dia masak. Bukannya dia ada selera makan seorang. Nadeen duduk di ruang tamu sambil berkhayal. Kalaulah dia tolak permintaan Dato’ Syam, tak adalah dia jadi seperti sekarang. Sikit masa lagi, Nadeen akan kemurungan dengan kesunyian yang dia hadapi.
SEMENTARA Rafael dan Lana sedang menikmati makan malam yang sangat romantis. Baginya wanitanya itu harus bahagia. Rafael berdiri dn menarik tangan Lana untuk menari bersamanya. Alunan muzik yng perlahan itu sangat sesuai dengan suasana romantis yang diwujudkan untuk makan malam mereka.
Lana tersenyum menyambut tangan Rafael lalu bahu Rafael dipaut seeratnya. Mata saling bertatapan menyalurkan rasa cinta. Dia takkan melepaskan lelaki yang dia cintai meski dia juga tahu lelaki itu dimiliki wanita lain.
“Sayang, dah lewat sangat ni. Saya hantar awak balik.”
“Rindu dekat isterikah? Biasa tak macam ni!”
“Sayang, bukan macam tu. Tapi kita kena jaga setiap langkah kita selepas ni. Jangn sampai papa tahu hubungan kita.”
“Yalah. Tapi ingat, jangan nak menggatal dengan perempuan tu!”
RAFINA termenung. Sudah beberapa hari dia tak pulang ke rumah. Nasib baik sahabat baiknya mahu menumpangkan dia di rumah. Syukur juga ibubapa sahabatnya tak keberatan setelah mendengar cerita Rafina.
Dia melihat betapa bahagianya kehidupan Wana ada ibubapa yang sentiasa mengambil berat dan memperhatikan setiap apa yang dia lakukan. Cemburu dia melihat kasih sayang keluarga kecil itum walaupun tidak semewah keluarganya tapi mereka cukup bahagia.
“Fina, kau kenapa duduk dekat sini? Tak sejuk?” tanya Wana
“Saja ambil angin malam. Mak kau dah tidur?”
“Dah tidur agaknya. Kau kenapa ni? Dari tadi aku tengok kau tak banyak bercakap. Ada yang kurangkah dalam layanan kmi? Maaflah, kau pun tahu keadaan kami ni.”
“Eh! Mana ada. Bukan pasal tu.”
“Habis tu?”
“Aku cemburu, hidup kau tak mewah macam aku tapi aku tak sebahagia kau. Aku tercari-cari kebahagiaan macam kau.”
“Fina, mana ada makbapak yang tak sayangkan anak. Kau sabar je. Sampai masanya kau pun akan bahagia. Bersangka baik dengan Allah.”
Fina anggukkan kepalanya. Dia tahu itu semua hanya sebuah khayalan yang tak mungkin jadi kenyataan. Kalau mama dengn papanya sayangkn dia, pasti dia takkan dipulaukan seperti sekarang. Terbukti, sudah beberapa hari dia tak balik, seorang pun tak ada yang mencarinya.
NADEEN mengemas pakaian kotor lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Satu persatu baju Rafael dimasukkan. Namun ada sehelai baju yang menarik perhatian Nadeen. Dari wangian yang melekat pada fabrik baju itu sangat asing dihidunya.
“Aku tak pernah hidu perfume ni. Mustahil Rafael guna perfume lembut macam ni. Ish! Takkan dia ada perempuan lain dekat luar sana. Tapi tak mustahil! Sejak kebelakangan ni, dia asyik keluar malam.” Bebel Nadeen seorang diri
Dia mencampakkan baju tadi masuk ke dalam mesin basuh dan tanpa sengaja Nadeen melihat ada kesan lipstick di bahagian dada sebelah kiri baju Rafael. Nadeen menarik baju tersebut dan cuba meneliti kesan lipstick tadi. Dan Nadeen semakin yakin, suaminya bermain cinta di belakangnya.
Nadeen letak ke tepi baju tersebut dan membasuh pakaian yang lain. Akan dia tanyakan hal tersebut kepada Rafael bila suaminya pulang nanti. Walau bagaimanapun, dia berhak untuk tahu kerana dia tetap isteri Rafael yang sah!
Petang itu, Rafael pulang awal kerana dia ada janji dengan Lana untuk keluar bersama seperti biasa. Sejak mereka menjalin hubungan kembali, mereka lebih kerap bertemu senyap-senyap kerana takut perbuatan mereka dihidu oleh Dato’ Syam. Nadeen yang melihat Rafael bersiap-siap pun mendekati Rafael bDan ditanganya ada baju yang ada kesan lipstick tadi.
“Tuan.”
“Kau nak apa?”
Nadeen menyerahkan baju tadi dan menunjukkan kesan lipstick kepada Rafael. Terkebil-kebil mata Rafael melihatnya kerana dia tak faham apa maksud Nadeen.
“Apa ni?”
“Sepatutnya saya yang tanya, ini apa? Kenapa ada kesan lipstick di baju tuan? Kenapa perfume ni bau perfume perempuan?”
“Kau siapa eh? Nak sibuk hal aku, kau tu siapa?”
“Saya tahu saya bukan siapa-siapa. Tapi saya ni isteri tuan. Saya berhak bertanya. Apa semua ni? Tuan ada perempuan lainkah dekat luar?”
“Ya! Memang aku ada kekasih lain. So what? Kau nak bagitahu papa? Kalau kau berani, kau bagitahulah.”
“Kalau tuan ada perempuan lain, kenapa kahwin dengan saya? Perlukah tuan hancurkan hidup saya? Apa salah saya denga tuan?”
“Kau dengar sini ya perempuan! Kau tak ada makna langsung dalam hidup aku. Kau bukan siapa-siapa dan tak ada hak nak mempersoalkan apa-apa. Kau Cuma simpanan!”
Mendengar kata-kata Rafael membuat Nadeen terdiam seribu bahasa. Dia tak menyangka hidupnya akan sesulit itu. Kenapa mesti dia yang dipilih? Kenapa semuanya membuat Nadeen tersiksa?
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...