Bab 10
Datin Maya cuba berlagak tenang bila Dato’ Syam menanyakan Rafael dan juga Nadeen. Meski sebenarnya dia gusar kalau-kalau suaminya itu dapat tahu tentang kehilangan Nadeen. Majlis sudah hampir bermula tapi Dato’ Syam masih belum melihat kelibat anak menantunya itu.
“Awak dah cuba call Rafael? Dah pukul lapan, takkan tak sampai-sampai lagi.”
“Tahulah dia jalan ke sini tu. Mungkin ada kerja penting. Abang pun tahukan, Rafael tak suka menundakan pekerjaannya.”
“Boleh je kan dia hantar Nadeen. Tak pun, driver saya boleh pergi jemput Nadeen.”
“Abang, Nadeen tu isteri Rafael, bukan isteri abang. Kita tak ada hak tau nak ambil Nadeen tanpa izin Rafael.”
Seboleh-bolehnya Datin Maya cuba untuk mengelak. Mendemgar Dato’ Syam mengeluh membuatkan Datin Maya sedikit lega. Mereka kemudian mula melayan para tetamu yang hadir sebelum upacara pemotongan kek. Datin Maya berusaha menghubungi Rafael tapi masih tetap tak berjawab. Sementara Dato’ Syam bertegas agar Rafael dan Nadeen datang segera kerana ada sesuatu yang ingin dia sampaikan.
Merasakan sesuatu itu adalah hal penting, Datin Maya semakin panas buntut kerana Rafael tidak menjawab panggilan telefonnya. Anaknya itu semakin mencabar kesabarannya. Dia kemudian menghubungi seseorang dan mengarahkannya agar mendapatkan Rafael atau isterinya Lana. Hnya dengan menggunakan Lana mampu membut Rafael menurutinya.
“Raf sengaja nak cabar mama kan?”
NADEEN menggerakkan kepalanya kekiri dan kekanan. Merasakan kepalanya sakit, perlahan dia cuba mengingati apa yang terjadi. Dengan pantas Nadeen membuka matanya lalu duduk dan menjerit meminta tolong.
“Tolong! Jangan apa-apakan aku! Tolong!”
“Nadeen! It’s okay, it’s me Abang Qash. Nadeen selamat. Tengok abang, Nadeen selamat. Okay?”
Nadeen melihat Qash lalu memeluknya. Ke mana Rafael? Macam mana dia boleh tiba-tiba terbaring di sini? Fikirannya bercelaru namun apa yang penting adalah dia selamat dari Rafael.
“Dia dah pergi. Lelaki tak guna tu dah pergi.”
Qash memujuk Nadeen yang trauma dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia tak menyangka suami Nadeen berani datang ke rumahnya dan memaksa Nadeen dengan cara kasar. Inilah kali pertama dia melihat lelaki yang sanggup mengasari wanita demi kepentingannya.
Nasib baik, Qash sempat sampai di rumah sebelum Nadeen di bawa pergi. Patutlah hatinya terasa berat hati untuk keluar rumah, rupanya ada sesuatu yang terjadi. Pipi Nadeen yang lebam membuat hatinya seperti hancur melihatnya. Perlahan pipi Nadeen diusap lalu dia membaringkan Nadeen semula.
“Nadeen baring, abang masakkan bubur untuk Nadeen. Lepas tu makan ubat.”
Nadeen angguk dan menutup matanya. Namun setiap kali matanya dipejam, bayangan Rafael yng menariknya kembali muncul. Akhirnya Nadeen duduk dan menekup wajahnya pada kedua lututnya lalu melepaskan tangisannya. Kenapalah hidupnya diuji seberat ini?
RAFAEL berdiri di depan Dato’ Syam sambil cuba meyakinkan bahawa apa yang disampaikannya adalah benar. Sementara Dato’ Syam bukanlah seorang yang cetek akal sehingga dengan mudahnya mempercayai kata-kata Rafael.
“Papa ni bukan bodoh! Papa perasan dari wajah Nadeen dan cara dia bercakap dengan Raf, tak sama seperti Raf layan dia depan papa. Apa yang berlaku sebenarnya? Mustahil Nadeen lari ikut lelaki lain!”
“Raf tak tipu. Kalau papa tak percaya, papa boleh pergi jumpa Nadeen dan buktikan apa yang Raf cakap ni. Dan papa takkan percaya siapa yang Raf jumpa di sana.”
“Siapa?”
“Qash Raezal bin Dato’ Syam!”
Seperti dihempap batu, Dato’ Syam terkejut dengan kenyataan Rafael. Betulkah Qash adalah lelaki yang Rafael katakan itu benar-benar dia? Anak yang telah lama meninggalkan dia? Tapi dengan Nadeen, mustahil!
“Raf tak salah lihatkah? Mustahil Nadeen lari ikut Qash. Mesti ada sesuatu yang buat Nadeen lari. Lagipun, Qash bukan dekat Malaysia. Jangan nak salahkan orang lain atas kesilapan yang Raf sendiri buat.”
“Terserah papalah. Mestilah papa bela Qash, Raf ni siapalah?”
Selepas Rafael keluar, Dato’ Syam duduk dan memikirkan apa yang di katakan oleh Rafael. Hatinya tiba-tiba panas. Andai kata benar apa yng Rafael katakan, dia akan membuang nama Qash dari senarai wasiatnya.
“Tak habis-habis dendam Qash dekat papa? Sudah terlalu lama rasanya, kenapa Qash?”
DATIN MAYA yang mendengar perbualan Rafael dan suaminya mengetap bibir. Selepas hampir 10tahun keluar dari rumah, kenapa sekarang anak sulung Dato’ Syam muncul semula. Datin Maya merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia berfikir kalau kemunculan Qash adalah untuk merebut apa yang sepatutnya menjadi miliknya.
“Aku tak boleh biarkan anak tak guna tu rebut segalanya dari aku. Aku yang banyak berkorban. Aku yang layak dapatkan segalanya!”
Dia harus mencari tahu di mana Qash tinggal sebelum Dato’ Syam menemui anaknya itu. Itu boleh menghancurkan segala yang telah dia rancang. Sebelum suaminya menandatangani surat wasiat rasmi dia akn berusaha untuk menghancurkan hubungan antara Dato’ Syam dan juga Qash Raezal.
QASH sedang berfikir bagaimana caranya untuk dia bebaskan Nadeen dari Rafael. Sungguh dia tak menyangka Nadeen terperangkap dalam jerat permainan Rafael dan ibu tirinya. Sejak awal wanita itu menjadi penyebab hancurnya rumahtangga ibu dan ayahnya. Rasa sakit dan dendam terhadap Datin Maya semakin membara setelah tahu mereka cuba untuk merampas harta dan mempergunakan ayahnya sebagai mangsa.
“Licik sungguh perempuan ular tu! Kalau aku tak jumpa Nadeen, mungkin aku tak tahu papa dipergunakan.”
“Abang, cakap apa seorang diri ni?”
“Tak ada apa. Kenapa tak tidur lagi?”
“Saya tak mengantuk. Abang kenapa tak tidur?”
“Nadeen, duduk sekejap. Abang nak tanya sesuatu.”
Nadeen pun duduk sambil matanya memandang Qash. Qash membalas pandangan Nadeen tanpa berkata apa-apa. Belum masanya Nadeen tahu tentang hubungannya dengan Rafael. Apalagi untuk mengatakan bahawa dia adalah anak Dato’ Syam. Tapi dia harus melakukan sesuatu agar semuanya terbongkar.
“Abang nak tanya apa?”
“Nadeen kenapa kahwin dengan Rafael?”
Nadeen terdiam. Haruskah dia berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar? Tentang Karin yang menjualnya pada Datin Maya?
“Nadeen?”
“Saya kahwin sebab nak balas budi baik Dato’ Syam kerana langsaikan hutang mak saya. Mulanya saya tak setuju bila Dato’ minta saya kahwin dengan Rafael, tapi bila saya fikir balik, mungkin ini cara saya bayar balik hutang mak yang Dato’ langsaikan.”
“Ohh..”
Nadeen tunduk. Dia juga sama seperti perempuan lain yang ingin dicintai dan juga mencintai. Tapi takdir mengatakan yang lain. Ternyata harapannya agar Rafael berubah dan menerimanya hanya sebuah harapan yang sia-sia. Rafael terlihat sangat mencintai Lana hingga tak memikirkan perasaanya.
“Saya pernah bermimpi, suatu hari nanti akan hadir seorang lelaki yang akan menjaga dan melindungi saya. Menyayangi saya dan menyintai saya.”
Qash memerhatikan Nadeen yang sepertinya hanyut dalam dunia khayalan. Setiap bait kata Nadeen seolah menusuk terlalu mendalam. Kasihan dengan nasib Nadeen atau mungkin kerana apa yang berlaku seolah mengingatkan Qash dengan ibunya.
“Nadeen..”
“Saya tak minta banyak dalam hidup saya. Saya Cuma harap, saya bebas dari sangkar hidup yang membelenggu saya sekarang. Bukn ini yang saya mahukan.”
Perlahan Qash menggenggam jemari Nadeen. Sangat kemas hingga Nadeen memandang Qash seolah tak mengerti apa yang Qash lakukan.
“Awak akan bebas.”
“Harap-haraplah.”
LANA baru sahaja sampai di biliknya. Telefonya berdering dan dia melihat nama Rafael. Dia tersenyum, setelah hampir seminggu tak menghubunginya akhirnya Rafael menelefonnya juga. Skrin disapu menggunakan ibu jarinya untuk menjawab panggilan Rafael.
“Hello, Raf.”
“Sayang, sihat? Maaf baru ada masa call awak.”
“It’s okay. Saya sihat je. Bila saya boleh balik?”
“Soon, but not too soon. Sayang sabar ya. Saya rindu awak.”
“Saya pun rindu awak. Saya nak balik.”
Lana merayu ingin pulang. Berjauhan dengan Rafael membuatnya kesepian. Apalagi ayahnya juga tak tahu keberadaannya saat ini. Untung dia sempat memberitahu dia ke luar negara untuk bercuti. Kalau tidak, sudah pasti ayahnya akan mencarinya.
Selepas menghubungi Lana, Rafael terus menemui rakan niaganya. Sementara Dato’ Syam sering memerhatikan tingkah laku Rafael yang sepertinya tak ambil kisah tentang kehilangan Nadeen. Dia seperti menghidu sesuatu dalam hubungan mereka.
“Abang, kenapa?” tanya Datin Maya
“Saya nak cari Qash.”
“Apa? Buat apa nak cari anak tak guna tu? Tak cukup dia fitnah saya bukan-bukan, sekarang Abang nak cari dia? Sebab Rafael bukan anak abang? Abang sedar tak, Qash dah rampas isteri Rafael tau!”
“Mustahil Qash buat semua tu. Saya tahu, walaupun Qash bencikan Rafael, bencikan kita semua tapi dia takkan buat semua tu.”
“Kalau abang nak bawa dia balik rumah ni, saya akan keluar dari rumah ni!”
Datin Maya terus meninggalkan Dato’ Syam terpinga-pinga sendiri. Dia harus segera mencari Qash sebelum suaminya menemui Qash. Dia mula mengerahkan orang upahannya untuk mencari Qash dan bawa dia menemuinya. Namun ketika Datin Maya menemui tempat tinggal Qash, rumah itu sudah terbiar kosong tak berpenghuni. Qash lebih bijak berbanding mereka. Datin Maya mahupun Dato’ Syam gagal menjejaki keberadaan Qash. Ketakutan semakin membelenggu Datin Maya.
Sementara Qash dan Nadeen tinggal di tempat yang tidak mungkin akan ditemui oleh Rafael ataupun sesiapa yang tengah mencari mereka. Dia sedang memikirkan cara terbaik untuk menemui ayahnya dan menceritakan hal yang sebenar. Sesakit apa pun masa lalu yang dia lalui, dia tetap akan melindungi ayahnya.
“Sampai bila kita dekat sini, abang?” soal Nadeen dia dah bosan duduk dalam bilik hotel.
“Tak lama lagi. Hari ni kita akan checkout. Nadeen siapkan diri, abang bawa Nadeen ke satu tempat.”
Selepas mereka daftar keluar dari hotel, Qash membawa Nadeen ke pusara ibunya. Kemudian dia memandu ke pusat bandar lalu menuju ke suatu tempat yang sangat Nadeen kenal. Matanya membuntang memandang Qash.
“Kenapa abang bawa saya ke sini?”
“Nadeen ikut abang, nanti abang jelaskan semuanya.”
Hujung minggu, seperti biasa Dato’ Syam akan habiskan masanya berada di rumah. Sedang dia membelek akhbar meneliti setiap naik turun saham sambil menikmati kopi panas tiba-tiba seseorang berdiri di hadapannya. Dia memandang dari bawah ke atas dan terkejut melihat Qash Raezal berdiri di hadapannya. Bermimpikah dia? Namun melihat wanita yang berada di sebelah anaknya itu membuatnya sedikit terkesan. Benarkah apa yang dikatakan oleh Rafael?
“Jadi betullah apa yang rafael cakap?”
“Qash datang bukan nak berdebat dengan papa. Qash datang nak bagitahu papa belang anak dan isteri papa tu.”
Dato’ Syam senyum miring. Sudah dia agak! Qash takkan pernah berubah. Sejak dulu hingga sekarang ada sahaja benda yang tak kena tentang isteri dan anak tirinya itu.
“Qash memang tak pernah berubah. Sudah-sudahlah fitnah isteri papa tu.”
“Tapi papa, apa yang Abang Qash cakap tu betul. Mama dengan Raf…”
“Saya tak bercakap dengan awak! Saya pungut awak dari kaki lima, jadikan awak puteri tapi apa yang awak balas saya, Nadeen?”
Nadeen terdiam! Belum sempat dia habiskan kata-katanya sudah disambar oleh Dato’ Syam. Qash menarik Nadeen ke belakangnya.
“Nadeen lari dari rumah dengan lelaki lain! Kalau Rafael layan kamu buruk kenapa tak bagitahu papa? Kenapa perlu lari?”
“Nadeen lari sebab dia pukul Nadeen! Raf…”
“Raf apa? Awak nak fitnah saya depan papa? Saya cekup awak dengan jantan lain, awak fitnah saya pukul awak? Papa masih percaya cakap perempuan ni, pa?”
“Sekali saya ditipu, saya takkan percaya satu patah pun perkataan yang keluar dari mulut seorang penipu!”
“Papa…”
“Keluar!” bentak Dato’ Syam
Qash yang kasihan melihat ayahnya yang termakan kata-kata anak tirinya itu tersenyum sinis. Tangan Nadeen di genggam lalu dia memandang Rafael kemudian beralih memandang ayahnya.
“Papa akan menyesal nanti.”
Qash menarik tangan Nadeen menuju ke pagar. Namun belum sampai mereka di pagar, Dato’ Syam memanggil Nadeen . Perlahan Nadeen menoleh dan melihat wajah bengis ayah mertuanya itu.
“Nadeen, tunggu! Sebelum awak keluar dari rumah ni, saya nak rafael ceraikan awak!”
Semua yang ada di sana saling berpandangan. Bagi Nadeen ini adalah kebebasan tapi bukan bagi Rafael. Baginya ini adalah satu malapetaka yang akan dia tanggung bila Datin Maya dapat tahu. Haruskah dia menceraikan Nadeen atau melakukan sesuatu aar Nadeen terus menjadi isterinya?
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...