Bab 1
SUDAH seminggu berlalu selepas Datin Maya menemui surat wasiat tersebut tanpa di ketahui oleh Dato’ Syam dan dalam diam, Datin Maya mula mengatur strategi untuk membolot semua harta suaminya itu sebelum jatuh ke tangan anaknya. Hanya tinggal dia menjalankan rencangannya sahaja. Untuk itu, dia memerlukan Rafael untuk mencapai matlamat nya.
“Aku tak kisah, Rafael setuju atau tak. Yang aku tahu, Rafael harus turuti perintah aku!”
Datin Maya tersenyum sinis bila dia sepertinya dapat membayangkan hidup berlimpahan harta dari suaminya. Nasibnya sangat baik kerana dapat melihat isi wasiat tersebut. Kalau tidak, dia akan buta-buta percayakan Dato’ Syam.
RAFAEL meraup wajahnya bila Lana berkeras untuk memutuskan hubungan mereka berdua. Dia tak sangka yang Lana serius dengan kata-katanya sebelum ini. Rafael dalam keadaan serba salah. Dia bingung harus berbuat apa. Satu sisi dia sangat menyayangi Lana. Satu sisi lagi dia juga tahu yang Lana bukanlah calon pilihan Datin Maya. Dia tahu apa yang ibunya mampu lakukan andai dia cuba ingkar perintah.
“Sayang, tolonglah! Jangan buat saya macam ni. Tolonglah faham keadaan saya. Saya buat semua ni demi kebaikkan kita berdua. Kalau mama tahu, belum tentu lagi mama akan restu hubungan kita.”
“Awak tak cuba lagi, mana awak tahu? Lagipun sampai bila? Sampai bila nak gantung hubungan kita ni, Rafael?”
“Okay! Okay, saya akan bagitahu mama hal kita. Tapi tolong jangan tinggalkan saya. Saya sayangkan awak.’ Kata Rafael sambil mengucup tangan Lana
Lana akur untuk kali ini dan berharap ini bukanlah harapan palsu. Bukan dia tak pernah memberi Rafael sebelum ni. Tapi Rafael selalu menangguhkan dengan alasan yang sama.
Selepas berjaya memujuk kekasih hatinya, barulah Rafael lega. Tapi kali ini dia harus berdepan dengan Datin Maya. Rafael hanya berharap Datin Maya menerima Lana. Selama ni Datin Maya selalu berpesan berhati-hati dalam memilih wanita. Dan dia juga tak mahu Rafael tersalah memilih wanita. Dia mahukan Rafael mencari wanita yang sentiasa boleh di pergunakan bukan hanya mempergunakan Rafael.
‘Apa aku nak buat sekarang? Kalau aku tak bagitahu mama, aku akan kehilangan Lana.’
Akhirnya dengan berat hati, Rafael membuat keputusan untuk menemui Datin Maya dan berterus terang tentang hubungannya dengan Lana. Sampai sahaja di rumah, Rafael melihat ibunya sedang duduk sambil menonton rancangan di tv.
“Mama, seorang je? Papa mana?”
“Raf, ya seorang je lah. Papa kamu keluar dengan kawan katanya. Mama ni dah macam tunggul duduk dekat rumah seorang-seorang. Kamu tu dari mana? Balik dari office pukul 5, sekarang baru timbul dekat rumah.” Balas Datin Maya
Rafael mengambil tempat di sebelah ibunya kemudian duduk sambil menyilangkan kakinya. Dia cuba melihat reaksi ibunya sebelum dia memutuskan untuk berterus terang tentang hubungannya dengan Lana.
‘Kalau nasib aku baik, mama akan setuju. Kalau nasib aku tak baik macam mana pula?’ fikir Rafael
“Raf, kenapa diam?mama tanya, Raf dari mana ni baru balik?” tanya Datin Maya sekali lagi bila soalannya terbiar sepi tanpa jawapan
“Raf jumpa kawan tadi. Keluar makan sekejap tak sedar masa berlalu. Mama dah makan?”
“Dah pukul 10 malam, Raf. Dah makan awal lagi.”
“Iyalah. Errr… ma… I wanna say something.”
Datin Maya memindahkan pandangannya ke arah Rafael bila mendengar intonasi suara Rafael yang agak serius saat itu.
“Nak cakap apa? Macam serius je.”
“Yes, mama. It’s about me and my life.”
“Serius ni. Soal hidup dan mati, kah? Atau Raf nak kahwin?” kata Datin Maya cuba meneka
“Ya. Raf, sebenarnya ada berkawan dengan seorang gadis ni. She’s nice. I love her and I wanna..”
“No! My answer is NO!”
“Tapi, mama belum kenal pun dia. Apakata mama jumpa dengan dia dan nilai sendiri. Raf yakin mama akan suka dia. Dia dari keluarga berada juga. Bukan orang sembarangan.”
“That’s it! Sebab dia bukan orang sembaranganlah mama tak nak Raf kahwin dengan dia. Mama ada plan lain untuk Raf. Raf tak boleh kahwin dengan perempuan selain pilihan mama. Faham, tak?”
“Tapi..”
“Dah. Mama dah cakap, dan mama takkan ulang apa yang mama cakap. It’s an order!” balas Datin Maya kemudian berdiri meninggalkan Rafael
Rafael hanya mampu melopong bila dia langsung tak dapat berkata apa-apa. Apa lah yang akan dia cakap dengan Lana? Pasti hubungan mereka akan jadi lebih rumit selepas ini. Dan dia juga tak mungkin berkahwin dengan perempuan lain. Kerana dia hanya menyintai Lana. Rafael bukan seorang playboy. Baginya bila sudah sekali cinta, dia akan setia sampai mati.
KARIN membuka almari pakaian Nadeen. Satu persatu Karin selongkar sampailah dia menemui buku akaun bank simpanan Nadeen. Karin melihat jumlah duit yang Nadeen simpan sepanjang tahun untuk dia masuk ke kolej.
“Mak, ai! Banyak juga simpanan budak ni! Aku dah lama tak berjudi. Kalau aku keluarkan sikit rasanya Nadeen takkan tahu. Kalau dia tahu pun, aku tak kisahlah! Nanti menang, aku gantilah balik.”
Karin dengan gelap mata membawa kad ATM yang terselit di sebalik buku akaun tersebut. Beruntunglah dia kerana dia tahu nombor pin kad tersebut. Karin mengeluarkan jumlah wang yang cukup besar untuk modalnya bermain judi. Seharian dia habiskan masa duduk di pusat perjudian dengan kawan-kawannya hingga dia tak sedar yang dia telah habiskan duit hampir RM3000.
“Ah, sial! Asyik kalah je. Bila nak mennag ni?” bebel Karin
“Karin, bayarlah. Kau dah kalah jangan buat-buat lupa pula.” Kata salah seorang kawanya
“Aku dah habis duitlah. Duit anak aku dah licin dalam akaun. Kau bagi aku hutang dulu. Hujung bulan aku bayar kau.”
“Haiya! Tak boleh ini macamlah, Karin. Kau sudah hutang saya banyak, mah. Mestimau bayar juga, loh.” Kata wanita berbangsa cina bernama Mei Lian.
“Kasih aku masa. Nanti bayarlah. Kau kenal aku, bukan tak kenal.”
“Aku bagi kau masa sampai hujung bulan depan. Kalau kau tak mau bayar juga. Aku hantar orang aku cari kau.”
“Okay, nanti aku bayar kau. Jangan risau.”
Habis semua duit dalam akaun Nadeen Karin guna kanuntuk berjudi. Dia terlalu leka hingga tak sedar dia memerangkap dirinya sendiri. Karin pulang ke rumah dan terus sahaja duduk makan makanan yang telah di hidang Nadeen tanpa rasa bersalah. Langsung dia tak fikirkan jerih payah Nadeen berjualan dipasar. Sekelip mata sahaja dia habiskan.
“Mak dari mana? Lambat balik hari ni.” Tanya Nadeen
“Suka hati akulah nak ke mana pun. Hari ni, jualan kau habis tak?”
“Alhamdulillah, macam biasa, habis semuanya mak.”
“Baguslah. Kau kumpul duit tu, aku nak pakai duit hujung bulan depan.”
“Nak pakai berapa? Mak ambil je dalam akaun. Duit bulan ni Nadeen nak simpan untuk masuk kolej. Boleh ya, mak? Nanti Nadeen akan cari kerja part time.”
“Kau ni tak faham bahasa, kah? Aku cakap kau tak payah sambung belajar lagi. Berjual je dekat pasar tu. Dapat duit juga, kan?”
“Tapi, mak…”
“Aku tak nak dengar, Nadeen! Nak makan dengan aman pun susahlah!”
Nampaknya Nadeen tak dapat lembutkan hati ibunya lagi. Mahu tak mahu, Nadeen terpaksa terus berjual kuih di pasar yang di buka setiap hari. Lepas makan, Nadeen masuk ke biliknya dan termenung. Kawan-kawannya yang lain semua akan masuk kolej. Tapi dia hanya mampu bermimpi.
“Tak apalah, Nadeen. Allah dah atur semuanya. Mungkin ini bahagian aku. Aku kena bersyukur masih di beri rezeki yang cukup.”
HARI sudah larut malam ketika Dato’ Syam balik ke rumah. Dato’ Syam banyak habiskan masa bersama kawannya di masjid dan belajar ilmu agama. Dia meletakkan kopiahnya di atas meja lalu duduk bersandar di sofa.
“Jam begini baru nak balik rumah? Kenapa tak tidur je dekat masjid?” tegur Datin Maya dengan nada cukup sinis
“Abang ni baru balik dari surau. Kan manis kalau Maya salam abang. Sediakan air minum untuk abang. Bukannya sindiran pedas macam ni.”
“Belajar tu belajar juga, tapi kalau macam ni gaya abang, isteri terabai, keluarga tak terdidik sama je. Baik tak payah belajar agama.”
“Maya, abang penat ni. Jangan nak mula. Abang belajar semua ni pun sebab abang takut tengok anak bini abang terpesong. Beri abang semangat bukannya buat abang down. Can you?”
Datin Maya tak memperdulikan kata-kata suaminya. Malah dia pergi macam tu sahaja. Dato’ Syam hanya mampu menggelengkan kepalanya. Silapnya juga terlalu memanjakan anak isterinya selama ini.
“Saat-saat macam ni, abang rindukan Aisyah. Kalaulah Aisyah masih ada…”
Dato’ Syam terkenangkan arwah isterinya. Wanita lembut yang selalu menjaganya dan menegur kesilapannya. Andai sahaja dia tak tersilap mengkhianati cinta Aisyah, pasti kejadian 15tahun lalu takkan terjadi.
IMBAS KEMBALI
Dato’ Syam terbangun dari tidur pagi itu dengan tubuhnya tanpa pakaian. Hanya seluar pendek yang menutupi bahagian intimnya saat itu. Tubuhnya di lempar-lempar dan kelihatan Aisyah sedang berang dan menjerit seperti orang histeria. Dato’ Syam cuba mengingati apa yang berlaku tapi dia gagal untuk ingat semuanya. Dia hanya ingat dia duduk minum bersama rakan niaganya dan tiba-tiba dia ada di sini, di atas katil dengan seorang wanita yang sangat dia kenal.
“Aisyah, sayang! Dengar dulu apa abang nak cakap. Abang tak tahu apa yang dah jadi. Abang langsung tak tahu.” Jelas Dato’ Syam
“Tak tahu? Ini abang kata abang tak tahu? Abang tidur sebilik, sekatil dalam satu selimut dalam keadaan menjijikkan dengan kawan baik saya sendiri? Maya, apa semua ni?” Balas Aisyah lalu meluru ke arah Maya.
“Aku tak tahu apa-apa, Aisyah. Sedar-sedar je aku ada dekat sini.” Jawab Maya
“Korang berdua memang binatang!”
Aisyah berlari keluar dari bilik hotel tersebut lalu memandu laju keluar dari pusat bandar. Dia memandu tanpa hala tuju dan tanpa memperdulikan kenderaan lain yang berada di atas jalanraya.
“Kenapa Syam? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Apa dosa aku? Dengan Maya? Aku tak sangka.”
Sedang Aisyah melayan kelukaan hatinya dikhianati suami dan kawan baik sendiri, tiba-tiba dari hadapan muncul kereta lain yang terlalu laju dan mengakibatkan Aisyah hilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan tersebut.
Aisyah terkorban dalam kemalangan tersebut dan membuatkan Dato’ Syam menanggung rasa bersalah seumur hidupnya. Beberapa bulan selepas kepergian Aisyah, Maya datang bertemu dengan Dato’ Syam meminta pertanggungjawaban dari Dato’ Syam atas apa yang telah berlaku pada mereka di hotel beberapa bulan lalu.
“Saya mengandung, Syam. Saya takkan datang sini kalau bukan sebab saya dah mengandung. Ini anak awak.”
Akhirnya, Dato’ Syam pun menikahi Maya yang saat itu berstatus janda anak satu. Lamunan Dato’ Syam terhenti saat bahunya di sentuh oleh Rafina.
“Papa tak tidur lagi?”
“Belum lagi, sayang. Fina kenapa tak tidur lagi?”
“Dah. Terjaga sebab tekak kering. Papa naik atas tidur. Nanti tak cukup rehat. Selamat malam, papa.”
“Selamat malam, sayang.”
Dato’ Syam memerhatikan langkah anak perempuannya itu. Dia jarang ambil tahu tentang Rafina. Ke mana Rafina pergi, apa dia buat langsung dato’ Syam tak ambil tahu. Namun dia sangat sayangkan anak gadisnya itu. Hanya saja kisah silam terlalu memberi kesan mendalam dalam hidupnya membuatkan dia takut mengakuinya.
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...