Bab 18
Nadeen sudahpun membuat keputusan untuk menerima Remy tapi silapnya dia menerima tanpa memikirkan akan akibatnya. Remy pula dengan gembira memberitahu tentang hubungannya dengan Nadeen kepada ibu dan ayahnya. Tanpa Nadeen mampu untuk menghalangnya. Selepas Remy keluar dari bilik tersebut, Qash melangkah masuk.
“Semudah itu hati Nadeen berpindah arah?”
“Bukan urusan awak.”
Qash menarik tangan Nadeen dan membuat Nadeen rapat ke dadanya. Matanya dan Nadeen saling bertentangan.
“Abang! Abang! Abang!”
Qash mengingatkan Nadeen akan panggilannya kepada Qash. Kedua tangan Nadeen digenggam erat.
“Lepaslah!”
“Nadeen, Nadeen ingat mudahkah untuk abang sampai ke sini? Nadeen ingat abang tak sakitkah nampak Nadeen dengan lelaki lain? Abang tahu, dalam hati Nadeen masih cintakan abang.”
“Cinta? Masa lalu jangan dikenang, encik Qash. Ya, mungkin saya cintakan awak dulu. Tapi bukan sekarang.”
“Nadeen, baru beberapa bulan berlalu. Abang sayangkan Nadeen.”
“Apa? Ulang sekali lagi. Tak dengar.”
“Abang sayangkan Nadeen. Abang cintakan Nadeen.”
“Huh? Dah lambat!” balas Nadeen menolak bahu Qash lalu keluar dari bilik itu
“Nadeen! Nadeen!”
Nadeen keluar begitu sahaja. Dia terus berjalan mendekati Remy dan juga ibu dan ayah Remy yang tersenyum ramah melihatnya. Tidak pernah Remy membawa wanita untuk dikenalkan dengan mereka. Nadeen adalah wanita pertama yang Remy bawa berjumpa dengan mereka. Meski usia Nadeen masih terlalu muda, itu bukanlah menjadi ukuran dalam sesebuah hubungan.
“Nadeen ada mak ayah lagi tak?” tanya Puan Asmah ibu kepada Remy
“Jujur, saya tak pernah kenal siapa ibu dan ayah saya. Saya Cuma berdoa semoga mereka sentiasa dalam rahmat Allah.”
“Jadi selama ini, Nadeen tinggal dengan siapa?”
“Mak. Saya dijaga oleh mak angkat saya.”
Mereka hanya mendengar cerita dari Nadeen. Mereka kasihan melihat Nadeen yang diuji dengan hidup yang sangat mencabar dalam usia yang masih sangat muda. Dari jauh, Qash memerhatikan Nadeen dan Fariz hanya menggelengkan kepala. Hidup ini tak ubah seperti roda. Untuk mendapatkan semula cinta Nadeen bukanlah mudah. Tapi untuk melihat Nadeen dipelukan lelaki lain itu sangat menyakitkan.
Fariz menepuk bahu Qash. Kemudian mereka berjalan ke arah Nadeen dan juga Remy. Nadeen yang melihat Qash mula tak tentu arah. Apa yang dia nak buat? Nadeen tertanya-tanya. Qash berhenti betul-betul di sebelah Nadeen membuat Nadeen terkaku.
“Happy anniversary, Encik Ishak.” Ucap Qash
Nadeen menarik nafas lega bila melihat Qash menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayah Remy. Nasib Qash tak cakap apa-apa tentang mereka. Nadeen mahu bebas dari masa lalu. Mungkin dia hanya berniat untuk menyakiti hati Qash, tapi dia tak terniat untuk melukai hati orang lain. Qash sesekali melirik Nadeen yang kurang selesa dengan kehadirannya.
“Sama-sama, Encik Qash. Thanks for coming. Oh, ya! Ini anak saya, Remy. Isteri saya dan ini bakal menantu saya, Nadeen” Balas Encik Ishak ayah kepada Remy
Qash bersalaman dengan mereka termasuk Nadeen. Pandangannya begitu dalam hingga Nadeen sepertinya panas punggung.
“Tahniah, awak bertuah dapat bakal suami yang perfect macam, Remy.” Ucap Qash
“Sama-sama. Saya memang sangat bertuah. Kerana Remy tak pernah memandang masa lalu saya, kan sayang?” balas Nadeen memandang ke arah Remy dan menghulurkan tanganya lalu di sambut mesra oleh Remy
“Kadang-kadang, masa lalu yang buat kita bahagia, Cik Nadeen.”
“Saya dah lupakan.” Balas Nadeen
Fariz memberi isyarat kepada Qash untuk beransur pulang kerana sepertinya dari gerak geri Qash bakal ada yang akan terjadi. Dia membisikkan ke telinga Qash agar mereka segera pulang dan jangan buat hal dekat sana.
“Kami minta diri dulu, sebab saya ada temujanji dengan orang tersayang.” Kata Qash sambil mengukir senyuman
Nadeen menaikkan sedikit hujung bibirnya dan tersenyum miring. Keduanya sangat ego dan tak mahu kalah. Nadeen menyambut salam dari tangan Qash lalu tanganya digenggam kuat sebelum Qash melepaskan Nya. Qash dan Farriz keluar dan sampai sahaja ke tempat letak kereta Qash menendang keretanya dengan kuat. Fariz yang melihatnya terus menghalang Qash dari terus menendang kereta tersebut.
“Shit!”
“Qash! Kau buat apa ni? Jangan buat malu diri sendiri boleh tak? Calm down. Hal masih boleh atur, kau janganlah stress sangat.”
“Macam mana aku nak relax? Kau sendiri dengar, Nadeen akan berkahwin dengan Remy. Kau nak aku tenang apa lagi?”
“Akan tapi belum akad, kan? You still have a chance, Qash. Kalau kau nak, aku boleh atur untuk kau dan Nadeen berjumpa. Janji korang dua-dua buang ego. Aku tengok Nadeen tu masih cinta dengan kau. Perlu sikit pengorbanan perasaan je, Qash.”
Mendengar kata-kata Fariz barulah Qash berasa sangat lega. Betul juga, Nadeen belumpun jadi isteri orang. Peluang Qash masih ada. Hanya perlu bersaing dengan Remy sahaja. Tapi untuk melakukan itu, Qash harus berusaha lebih kerana Remy bukan calang-calang orang.
RAFAEL melihat Lana dari hujung sudut. Dia sangat ingin bertemu dengan Lana dan mencium anak mereka. Tetapi melihat keadaannya saat itu, mana mungkin dia akan bertemu dengan Lana. Dia sudah kehilangan segalanya demi memuaskan dendam ibunya. Demi ibunya dia kini jadi orang yang langsung tak berguna.
“Maafkan saya, Lana. Maafkan papa, Sayang.”
Rafael pusing dan meninggalkan tempat itu. Dia kini sedang berusaha mendapatkan kerja dan memulakan kerjaya dari bawah semula. Namun kerana khabar angin yang sudah tersebar, membuatnya kesulitan mendapatkan pekerjaan. Sementara Datin Maya terperuk di dalam rumah sahabat baik Rafael, Ajib. Untung Rafael masih ada Ajib yang menerimanya dengan ikhlas walau setelah dirinya jatuh ke lembah yang paling dalam.
Lana dijemput oleh pemandu peribadinya untuk pulang ke rumah Dato’ Nasir. Setelah dia meminta izin dengan Dato’ Syam, akhirnya dia dibenarkan untuk pulang ke rumahnya. Sementara nama anaknya tersenarai sebagai pemegang wasiat sebanyak 5% dari harta milik Dato’ Syam.
“Dah sampai cucu atok!” sambut Dato’ Nasir di depan pintu
Lana tersenyum dan memberikan Raefad kepada ayahnya. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa lalu menarik nafas. Sudah lama dia tak balik ke rumahnya. Akhirnya dia berada di sini semula.
“Dah selesai urusan dekat mahkamah?”
“Pa, boleh tak kalau Lana tak tuntut fasakh.”
“Lana dah cukup dewasa untuk buat keputusan. Papa takkan halang yang penting ini baik untuk Lana dan Efad, papa ikut je.”
“Raf langsung tak cari Lana. Dia dah tak sayang kami agaknya.”
“Bagi dia masa. Mungkin dia malu, biarkan. Nanti terbukalah hati dia balik dengan kamu.”
Lana memandang bayi dalam kendongan ayahnya. Lahir tanpa kehadiran Rafael itu cukup mengujinya. Jangan sampai Raefad membesar tanpa ayah. ‘Pulanglah, Raf.’
MAYA kini kehilangan gelaran Datin setelah rasmi bercerai dengan Dato’ Syam. Satu sen pun dia tidak dapat dari Dato’ Syam. Sementara harta yang dia ada semua sudah disita oleh bank. Dia hanya bergantung dengan Rafael sepenuhnya. Dia bernasib baik kerana masih ada Rafael yang menjaganya. Sementara Rafina langsung tak ambil tahu tentangnya. Bagi Rafina apa yang dilakukan oleh ibunya sangat menghancurkan hatinya sebagai seorang anak.
Maya menarik-narik rambutnya hingga ada helaian yang tercabut dari kepalanya. Kemudian dilihat lalu ditiupnya. Adakalanya dia kelihatan seperti hilang waras namun dalam kepalanya ada sesuatu yang sedang direncanakan. Ajib melihat Maya dengan penuh kasihan. Bagaimana orang yang sangat kaya tiba-tiba hidup sehelai sepinggang menumpang di dalam rumahnya? Wanita yang sangat disegani kini hanya menjadi seorang yang tak punya apa-apa.
“Datin, saya ada beli makanan tadi. Nanti Datin makan ya. Saya nak keluar.”
Maya langsung tak memberinya respon. Ajib akhirnya keluar dan meninggalkan Maya sendirian di rumah. Maya berdiri dan mula mencari-cari sesuatu di dapur dan akhirnya dia dapat sesuatu lalu dia tersenyum. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan lakukan apa sahaja.
NADEEN melihat jam di dinding lalu berdiri dan menarik beg tangannya. Tak lama kemudian, Remy muncul dengan senyuman mesra di bibir. Nadeen membalas senyumannya kemudian merea jalan seiringan keluar dari pejabat. Sejak hari Remy melamarnya untuk jadi kekasihnya, Nadeen perlahan-lahan mula membuka hatinya untuk Remy. Sampai bila nak menghukum orang yang tak pernah buat salah dengannya. Kerana Qash, Nadeen hampir menghukum semua lelaki.
“Nadeen, saya nak bagitahu yang saya kena outstation 3hari dekat Kedah.”
“Okay. Cuma nak pesan, hati-hati dekat sana.”
“Awak jangan rindu saya tau.”
“Mengadalah awak ni. Tak ada makna saya nak rindu awak tau.”
“Nanti awak rindulah tu. Oh,ya! Awak tolong saya.”
“Apa?”
“Tolong jangan nakal-nakal masa saya tak ada.”
“Awak! Saya bukan budak-budak tau. Tahulah saya.”
“Saya sayang awak.”
“Saya pun.”
Esoknya Remy pun berangkat ke kedah atas urusan kerja yang tak dapat dielakkan. Nadeen yang baru sahaja selesai menghabiskan kereja-kerjanya mula menguap. Dia sudah mengantuk dan sangat letih kerana terpaksa kerja lebih masa. Dia membetulkan kacamatanya lalu berdiri keluar dari pejabat.
Perut yang berbunyi menandakan Nadeen harus mengisi perutnya dengan makanan. Nadeen pun ambil keputusan untuk makan di restoran yang berhampiran dengan asrama pekerja tempat tinggalnya. Dia melangkah masuk ke dalam restoran tersebut namun tanpa sengaja dia terlihat Qash bersama Sandy di sana. Niatnya untuk duduk makan di situ dibatalkan dan dia hanya memesan untuk dibawa pulang ke bilik.
Qash yang melihat Nadeen mula tak melayan Sandy yang sejak tadi asyik bercerita tak henti-henti. Perasan dengan perubahan sikap Qash, Sandy berpaling dan menoleh ke arah kaunter. Dia melihat Nadeen di sana. Mula mendidih hatinya, padahal dia hampir sahaja dapat memerangkap Qash. Tapi kerana Nadeen, Qash langsung tak meneguk minuman yang dipesannya.
“Qash, awak minumlah.”
“It’s okay. Awak nak cakap apa dengan saya tadi? Bukan awak kata nak move forward dan tak nak ganggu saya lagi lepas ni?”
“Ya, tapi minumlah dulu. Nanti saya cakap. Awak kan baru sampai.”
Qash langsung tak melihatnya melainkan melihat Nadeen yang berdiri di depan kaunter. Merasa diabaikan oleh Qash membuat Sandy mencebikkan bibirnya. Ikutkan hati ingin sahaja dia telan Nadeen hidup-hidup. Sementara menunggu pesananya siap, Nadeen berdiri dan berjalan ke bilik air. Melihat Nadeen ke bilik air, Sandy pun berdiri dan terus mengejar Nadeen.
Sampai di bilik air, Sandy berdiri di depan cermin menunggu Nadeen keluar. Beberapa minit kemudian Nadeen keluar dan terkejut melihat Sandy sedang berdiri memerhatikannya. Nadeen tak mempedulikan Sandy lalu berjalan ke arah singki dan membasuh tangannya. Tak semena-mena tubuhnya didorong dan kepalanya di tolak rapat ke cermin oleh Sandy membuatkan Nadeen sedikit merasa kesakitan.
“Sandy! Apa ni?”
“Kau tanya aku? Aku sepatutnya tanya, kau buat apa dekat sini?”
Nadeen menolak tubuh Sandy menggunakan tangannya lalu Sandy terdorong sedikit jauh dari tubuhnya. Nadeen mengacukan jari telunjuknya tepat ke wajah Sandy membuatkan Sandy terdiam.
“Ini tempat awam, and I rasa you bukannya bodoh! Logiklah aku ada dekat sini. Tak ada papan tanda yang letak nama aku tak boleh datang sini.”
“Eh! Banyak tempatlah kau boleh pergi. Kenapa mesti dekat sini? Kau sengaja nak rampas Qash dari aku, kan? Dasar murahan!”
Pap! Bergema bunyi tamparan melekat di wajah Sandy. Dia mengangkat wajahnya dengan tangan menyentuh pipinya yang kian terasa membahang. Nadeen maju selangkah dan menudingkan jarinya tepat ke wajah Sandy.
“Aku tak perlu jadi murah untuk dapatkan Qash, kalau aku mahu. Because he loves me! Dan aku rasa, kau lebih murah tergedik-gedik dengan orang yang tak sudi.”
Lepas sahaja Nadeen melepaskan geramnya, dia terus keluar disusuli oleh Sandy dari belakang.. Ikutkan hati mahu saja Sandy benamkan kepala Nadeen dalam mangkuk tandas. Tapi apakan daya, dia sendiri takut melihat wajah Nadeen yang menyinga.
Sandy yang Ingin duduk semula di sebelah Qash terpaku saat melihat Nadeen berdiri di sebelah Qash. Dengan senyuman manis Nadeen menyapa Qash. Entah apa lagi kerja gila yang Nadeen hendak lakukan.
“Abang, boleh tak hantar Nadeen pulang?” kata Nadeen sambil melirik ke arah Sandy
Dengan riak terkejut Qash terus berdiri tapi dihalang oleh Sandy. Namun dengan sigap Nadeen menepis tangan Sandy lalu mengganding tangan Qash. Qash mengangkat tangan memanggil pelayan lalu meletakkan duit di atas meja.
“Saya dah bayar. Awak balik sendiri.” Kata Qash kepada Sandy lalu memimpin lengan Nadeen keluar dari sana.
“Qash! Awak tak boleh buat saya macam ni! Qash!”
Mereka langsung tidak menoleh Sandy yang menjerit-jerit memanggil Qash. Sementara mereka keluar bergandingan keluar dan masuk ke dalam kereta Qash bersama. Masuk sahaja mereka dalam kereta Nadeen terus menjeling Qash.
“What?”
“What, what?”
“Awak jangan fikir saya tergedik dengan awak, saya dah maafkan awak. Saya Cuma nak sakitkan hati perempuan mental tu!”
“Abang tak cakap macam tu pun. So, Nadeen nak balik atau nak dating dengan abang dulu?” balas Qash tersengih
“Gila! Saya boleh balik sendiri!”
Baru sahaja Nadeen hendak keluar, tiba-tiba Qash tertunduk kemudian menyandarkan kepalanya ke bahu Nadeen. Nadeen menolak-nolak kepala Qash tapi terasa semakin berat.
“Awak! Awak ni kenapa?”
“Tak tahu. Abang rasa kepala abang berat sangat.”
“Awak! Ihh awak ni kenapa? Ni plan awak nak kenakan saya, kan? Qash Raezal!”
Qash tersandar bila Nadeen menolaknya agak kasar. Terkejut melihat Qash yang sudah tidak sedarkan diri Nadeen menjadi panik. Nadeen sendiri tidak tahu apa yang berlaku dengan Qash hingga tiba-tiba tak sedarkan diri.
“Abang, bangunlah! Takkan nak tidur dekat sini. Kalau tak nak bangun, abang tidur seorang dekat sini!”
Nadeen keluar dan berjalan agak jauh dari kereta. Merasa tiada respon dari Qash, Nadeen menoleh dan ternyata benar Qash masih tersandar di sana. Dengan langkah kaki melaju, Nadeen segera masuk semula ke dalam kereta. Wajah semakin panik dan risau. Nadeen buntu, apa yang harus dia lakukan? Ke hospital atau bawa Qash pulang ke rumah?
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...