part 23

911 16 0
                                    

Bab 23


Rafael membuka mata saat merasa ada angin segar meniup wajahnya. Wajah Lana tersenyum menjadi tatapan pertama matanya saat terbuka. Rafael terus menarik Lana jatuh ke atas dada bidangnya lalu mengucup bibir isterinya kemudian naik ke dahi Lana dan sedikit gigitan lembut di kuping telinga Lana membuat darah Lana berdesir.
“I miss you, sayang.” Bisik Rafael
“Miss you more, Raf.” Balas Lana mengucup dada bidang suaminya
Baru sahaja mereka bercumbuan terdengar tangisan si kecil Raefad membuatkan Lana segera bangun dan melepaskan dirinya dari dakapan Rafael. Dia menggigit bibir bawahnya kerana senaman pagi mereka tergendala buat sementara. Rafael hanya ketawa sambil melambaikan tangan ke arah Lana.
Selepas mandi, Rafael berkumpul dengan keluarga kecilnya dan bermain dengan Raefad sebelum pulang melihat ibunya. Sehari semalam bersama lana dan keluarganya buat dia risau kerana Ajib terpaksa menjaga ibunya yang sedang sakit.
“Sayang, saya balik dulu. Insya Allah, nanti saya pujuk mama. Kita boleh berkumpul semula.”
“Yalah. Awak jangan lupa ubat mama. Kirim salam dengan mama. Efad, kiss papa, sayang.” Balas Lana memberikan Raefad kepada Rafael.
Selepas itu, Rafael pun pulang dan melihat rumah agak lengang seperti tak ada seseiapa dalam rumah. Rafael menuju ke bilik ibunya tapi kosong. Kemudian dia masuk ke bilik Ajib kelihatan Ajib sedang tertidur pulas. Rafael mengejutkan Ajib dari tidur.
“Jib! Bangun jap! Mama aku mana?”
“Ada dalam bilik dia.” Jawab Ajib sambil menggosok matanya
“Mama aku tak ada dalam bilik. Aku masuk tadi pun sunyi je.”
“Mama kau pergi mana pula? Aku balik pagi tadi memang aku tak nampak mama kau. So aku fikir dia dalam bilik.”
“Aduh, mana mama aku pergi pula?”
Rafael terus bergegas keluar untuk mencari ibunya. Risau kerana keadaan ibunya sekarang tak mungkin dia boleh berfikir atau lebih tepat ibunya tidak lagi seperti duli kerana fikiranya dipengaruhi perasaan. Doktor sudah mengesahkan bahawa Maya mengalami tekanan jiwa dan mungkin akan memudaratkan dirinya ataupun orang lain.

SANDY tak henti-henti menangis selepas kejadian kelmarin. Mahi lakukan apa lagi semuanya sudah terjadi. Bermacam cara sudah dia lakukan tetap sahaja dia ditolak. Mungkin lebih baik dia lupakan Qash dan mulakan hidup baru dan kembali ke luar negara.
“Terima kasih sebab ajar aku erti hidup yang sebenar, Qash. Sekarang aku faham, kenapa dalam hidup kita tak mungkin memiliki semuanya. Sebab hidup ini satu pilihan.  Aku doakan kau bahagia.”
Sandy menarik bagasi merahnya melangkah keluar. Dia akan meninggalkan negara ini untuk mengubati luka dihatinya. Mungkin dengan belajar untuk melupakan Qash akan buat dia lebih bahagia. Daripada terus mengharap cinta dari orang yang tak sudi. Sandy menarik nafas lalu masuk ke dalam teksi menuju ke lapangan terbang. Tamat sudah kisah cintanya di sini. Tiada apa lagi yang tertinggal. Hanaya sebuah kenangan yang takkan pernah terulang kembali.

PUAN ASMAH membalut tangan Remy yang luka akibat amarahnya semalam. Terlalu terbawa perasaan hingga dia kehilangan apa yang hampir dia miliki. Remy hanya terdiam. Itu sangat merisaukan Puan Asmah. Nadeen adalah wanita pertama yang berjaya menambat hati sang anak. Selepas siap membalut luka Remy, Remy bingkas bangun tapi tanganya ditahan.
“Nak ke mana? Rehat je dekat rumah.”
“Remy nak jumpa Nadeen.”
“Dah lah, Remy! Kau orang berdua dah tak ada jodoh. Nadeen dah jadi isteri orang. Jangan nak tambah masalah.”
“Tapi Remy sayangkan Nadeen. Remy tak boleh macam ni, mama.”
“Apa yang berlaku ni natijah dari kamu sendiri. Percaya bulat-bulat cakap perempuan tu. Mama dah cakap, tanya Nadeen dulu jangan main serkap jarang. Kan dah mendapat. Dah, mama tak izinkan Remy keluar. Lupakan Nadeen.”
Remy tak memperdulikan kata-kata ibunya lalu keluar begitu sahaja. Dia rasa begitu menyesal kerana telah melukai hati Nadeen dengan kata-katanya. Dia tahu, terlalu kesat apa yang telah dia katakan kepada Nadeen. Remy ke asrama pekerja tapi penghuni bilik mengatakan bahawa Nadeen sudah keluar. Ke pejabat Nadeen sudah berhenti kerja. Remy semakin buntu.
“Nadeen jangan tinggalkan saya, please! Saya minta maaf!”
Sambil memandu, mulut Remy tak henti-henti menyebut nama Nadeen. Dia pergi ke tempat yang mungkin Nadeen pergi tapi hampa, di sana juga tak ada. Dia terlupa yang Nadeen sudah berkahwin didepan matanya semalam. Remy meraup wajahnya dan terbayang Nadeen sedang berasmara dengan Qash. Bayangan itu membuatnya terbakar!
“Nadeen hak aku! Milik aku! Arrrghh!!”

TERASA kedinginan menusuk tulang belulang Nadeen dari penghawa dingin. Mata yang masih berat membuatnya malas untuk mencari selimut tebal. Dia menyelitkan kedua tanganya di celah lipatan pahanya untuk mengurangi rasa sejuk. Tiba-tiba dia terasa badanya hangat dan dia tersenyum dan kembali terbuai lena. Qash perlahan memeluk tubuh Nadeen dan menyelimuti tubuh mereka berdua.
Sejak dari semalam Nadeen tak keluar dari bilik. Saat subuh menjelang tiba, Qash terasa ingin melihat keadaan Nadeen. Sebab itu dia berada di sini sekarang, di dalam bilik Nadeen. Nadeen pusing dan memeluk tubuh Qash membuat Qash membulatkan matanya. Agak-agak kalau Nadeen sedar, dapatkah dia merasai pelukan Nadeen seperti sekarang?
Qash mengeratkan lagi pelukanya. Mata kembali dipejam kerana dia masih belum lena sejak semalam. Seperti mimpi dia kini berstatus suami kepada Nadeen. Beberapa saat kemudian Qash pun tertidur. Mendengar dengkuran halus Qash, Nadeen perlahan membuka matanya. Wajah Qash diamati sedalamnya.
‘Betulkah dia suami aku?’
Nadeen merapatkan kepalanya ke dada Qash dan dia mendengar irama degupan jantung Qash. Dup! Dap! Dup! Dap!
‘Ini takdir aku. Ini jalan hidup aku. Allah dah atur, aku tinggal jalani saja.’
Kata-kata Remy kembali terngiang ditelinga Nadeen. Seburuk-buruk Qash, dia tak pernah menghina Nadeen. Terlalu kesat kata-kata Remy hingga berbekas dihati Nadeen. Perlahan airmatanya mengalir, bahu berguncang menahan sebak. Entah kenapa ianya sangat melukai hatinya. Rasa diri begitu hina hingga semudah itu dilemparkan tohmahan pada dirinya. Sedang Nadeen melayn perasaannya, tiba-tiba sebuah kucupan menyentuh dahinya. Qash tahu isterinya sedang terluka kerana itu dia hanya berdiam.
“Tak layakkah saya untuk rasa bahagia?”
“Abang ada.”
“Dari kecil tak pernah rasa bahagia.”
“Abang ada, sayang.” Qash peluk Nadeen bila Nadeen terus bercakap.
“Tak adakah orang yang mencintai saya sebab diri saya bukan sebab masa lalu? Kenapa?”
“Shhh…”
Tidak mahu Nadeen terus bercakap , Qash tundukkan wajahnya lalu mengucup bibir Nadeen lembut lalu dilepaskan. Dagu Nadeen di sentuh lalu diangkat perlahan. Bibir Nadeen di kucup sekejap-sekejap beberapa kali dan yang terakhir mereka bercumbuan menzahirkan perasaan masing-masing. Dapat Qash rasakan perasaan Nadeen terhadapnya tak pernah berubah. Inilah kucupan Nadeen saat Nadeen mengungkapkan perasaannya terhadap Qash dulu.
Nadeen memandang ke dalam mata Qash. Mencari keikhlasan yang telah lama dia cari dan hari ini dia melihatnya. Syukur dia tidak membuat pilihan yang salah.
‘Tapi, takkan nak terus melekat? Aku kan merajuk… kenapa aku peluk-peluk dia pula? Ihhh! Memalukan!’
Tiba-tiba Nadeen tersedar yang dia sedang merajuk dengan suaminya. Yalah, tiba-tiba kahwin, sedangkan rajuk di hati belum terpujuk. Nadeen mencebikkan bibirnya kesal dengan sikapnya sendiri. Qash memandang Nadeen kehairanan dengan mimik wajah isterinya.  Qash ingin mencium dahi Nadeen tapi cepat-cepat Nadeen menepisnya.
“Isk! Apa ni cium-cium?”
“Aik! Tadi boleh je.” Balas Qash sambil menaikkan keningnya.
“Tadi tak sedar.”
“Yalah, tak payahlah. Maaf.” Balas Qash dengan nada kecewa yang di buat-buat.
Qash bangun kemudian berjalan keluar dari bilik Nadeen. Kunci pendua dia letakkan di atas meja solek sebelum dia keluar. Nadeen pula yang rasa berslah tapi masih juga berkeras tak mahu mengalah.
“Abang ni suami tau! Nak masuk syurga ke tak?!” jerit Qash dari luar buat Nadeen membesarkan matanya bila Qash menggunakan kuasanya sebagai seorang suami.
“Isk!!! Apply cuti sakit hari ni. Suami yang baik adalah suami yang baik dengan isterinya!”
“Baiklah! Isteri yang solehah adalah isteri yang taat dengan suaminya!”
“Solat subuh!”
“Bangun mandi!”
“Tahulah!”
Tengah mereka sedang bertekak tiba-tiba wajah Qash tersembul dari pintu bilik Nadeen sambil tersenyum.
“Atau sayang nak mandi dengan abang?”
Tanpa menjawab Nadeen berdiri dan berjalan menghentakkan kakinya masuk ke bilik air. Mulutnya terkumat-kamit membebel. Baju di lurutkan satu persatu dan mula mengguyurkan air ke tubuhnya. Pintu diketuk dari luar dan kedengaran suara Qash terdengar dari luar.
“Sayang, buka pintu!” sengaja dia nak menyakat isterinya. Sambil tersenyum dia merapatkan wajahnya ke pintu.
“Nak apa?”
“Nak mandi sama-samalah. Buka sayang! Kalau tak abang buka sendiri.”
‘Buka sendiri? Mandi sama-sama?’ Nadeen segera menutup tubuh bahagian atasnya. Dia membayangkan mereka mandi berdua dalam keadaan tiadak mengenakan apa-apa pakaian. Bulat matanya bila teringat yang dia belum cukur bulu.
‘Takkan nak bagi dia tengok gua yang semak ni? Pisau cukur? Mana pisau cukur?’
“Sayang!!”
“Lima minit!”
Tersenyum Qash mendengar jawapan Nadeen. Mahu juga berhambur ketawanya tapi dia tahan tak mahu Nadeen tahu dia sedang menyakatnya. Qash mula mengira sampailah minit ke lima Nadeen segera membuka pintu sambil menutup matanya. Ini adalah pertama kali Nadeen hanya memakai tuala singkat paras paha di depan lelaki. Tiba-tiba rambut Nadeen diusap dan Qash masuk ke dalam bilik air dan membiarkan Nadeen di luar. Terkebil-kebil mata Nadeen melihatnya.
“Tadi cakap nak mandi sama. Aku dah siap cukur licin macam baby, kau tinggalkan aku dekat luar pula?” bisik Nadeen seorang diri.
Nadeen mengangkat bahunya lalu mencapai bajunya di dalam almari. Baru sahaja baju tersarung di kepala…
“Sayang, bulu apa ni?!”
Rupanya Nadeen terlupa bersihkan hasil tebasan hutan simpannya tadi. Dia hanya ketawa dan berlari keluar. ‘Padan muka!’ bisiknya dalam hati.

MASA kelas sudah pun tamat dan Rafina segera keluar kerana dia ada temujanji dengan ayahnya untuk makan malam bersama. Tak sangka kelasnya hari ini tamat sangat lewat. Sudah hampir pukul 7 dan Rafina masih di kolej. Rafina menekan alarm keretanya lalu masuk ke dalam. Tiba-tiba pintunya diketuk dan Maya sedang berdiri di sana.
“Mama? Ma!”
Rafina terus keluar dan memeluk ibunya. Dia sangat rindukan ibunya walaupun selama ini dia telah di abaikan. Namun dia tetap sayangkan ibunya. Tapi niat Maya adalah sebaliknya.
“Fina boleh tolong mama?”
“Tolong apa? Mama perlukan duit? Berapa? Fina ada simpanan.”
“Tolong senyap!”
Buk!! Kepala Rafina di hentak dengan kayu dan membuatkan dia tak sedarkan diri. Maya ketawa dan memasukkan Rafina ke dalam keretanya dan dia memandu keluar dari tempat tersebut setelah merasa aman dan tak ada mata yang melihat. Apa yang akan terjadi dengan Rafina? Dia akan menjadi kambing hitam untuk Maya mengugut Dato’ Syam.

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now