part 19

789 17 0
                                    

Bab 19



Sandy melemparkan begnya ke atas tilam. Semua rancanganya gagal kerana Nadeen. Kalau saja dia berjaya beri minuman itu kepada Qash sudah pasti rancanganya sudah berhasil dan dia akan jadikan Qash sebagai suaminya. Tapi kerana Nadeen, dia gagal!
“Perempuan tak guna! Tak apa! Hari ni kau menang. Aku takkan berdiam lepas ni. Qash pun bodoh! Nak jilat ludah sendiri! Eh, tak fahamlah aku!”
Sandy menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk miliknya. Fikiranya menerawang agak jauh dan mula mengimbau kembali kenanganya bersama Qash. Hubungan mereka begitu harmoni dan bahagia. Walaupun belum ada apa-apa ikatan, namun hubungan mereka sudah seperti layaknya suami isteri. Tinggal serumah dan tidur sebilik tidak menjadi hal bagi mereka.
“kenapa sekelip mata kau boleh lupakan aku? Aku tahu aku salah tapi aku dah cuba untuk berubah. Hubungan kita selama ni tak beri apa-apa kesankah dalam hati kau untuk terima aku balik?” kedengaran keluhan di hujung kata-katanya.

NADEEN membuka matanya dan terus duduk bila dia kini terbaring di atas katil empuk milik sebuah hotel yang telah dia tempah untuk semalam. Matanya meliar melihat ke kiri dan ke kanan. Tak ada kelibat Qash di sana.
“Mana dia? Macam mana aku boleh tidur atas katil? Bukan semalam aku tidur di sofakah? Atau jangan-jangan…”
Nadeen mula berfikiran negatif lalu membuka selimut dan melihat tubuhnya masih lengkap berpakaian walau bajunya sedikit terselak hingga bahagian dada. Dia mendengar bunyi air dari bilik air dengan pantas dia bangun dan menarik beg tanganya lalu mula berjalan memggunakan hujung-hujung jarinya agar tak terdengar bunyi tapak kakinya. Tapi belum pun sampai di pintu, Qash keluar dari bilik air dengan menggunakan tuala dan sedikit agak terdedah tubuh sasanya. Mereka bertentang mata dan pandangan nakal Nadeen mula mengeksplorasi tubuh seksi Qash.
“Nadeen tengok apa?”
“Huh? Mana ada!”
“Tutup mata abang nak pakai baju.”
Nadeen terus memejam matanya namun masih bersisa sedikit ruang untuk dia mengamati ciptaan tuhan yang paling seksi itu. Qash terus melangkah ke depan untuk mengambil bajunya tapi malang tak berbau, kakinya tersandung di hujung karpet lalu tubuhnya menghempap tubuh Nadeen.
“Arrrgghh!!” jerit Nadeen
Qash merasa panik terus menekup mulut Nadeen menggunakan tangannya dan meminta agar Nadeen senyap. Takut suara Nadeen kedengaran hingga ke luar.
“Shhh! Diam! Abang tak sengaja.” Kata Qash menjelaskan
“Tak sengaja tapi masih dekat atas saya buat apa?”
“Opss! Sorry, sorry!”
Qash terus berdiri dan tak sengaja tualanya yang memang longgar merosot jatuh ke lantai hingga tubuhnya lulus terlihat tanpa seurat benang. Nadeen yang baru sahaja berdiri terkejut dan sesak nafas melihat pemandangan itu. Hampir sahaja air liurnya jatuh, hidung mula sesak seperti ingin berdarah. Apa tidak kalau di depan matanya terhidang pemandangan yang sangat jarang terlihat umum.
“Nadeen, pusing!”
Kelam kabut jadinya bila Nadeen tersedar dari lamunanya. Dengan pantas Qash menarik tualanya menyarungkan kembali ke tubuhnya. Nadeen pula terus berlari keluar dari bilik itu. Sepanjang jalan dia memegang dadanya. Tak pasal-pasal hari ni Nadeen terpaksa cuti. Nadeen berjalan kaki keluar dari hotel menuju ke asrama tempat tinggalnya. Sandy yang kebetulan berada di hotel itu merasa hairan melihat Nadeen di sana. Dia segera merakam setiap langkah Nadeen hingga keluar dari hotel.
Tak lama kemudian, Sandy melihat Qash pula keluar dari hotel yang sama dan dia mula merasa curiga. Mungkinkah mereka bermalam bersama semalam? Sandy berdoa semoga itu hanya firasatnya saja.
“Kalau mereka berdua bersama semalam, aku betul-betul takkan dapat bersama Qash lagi. Tunggu kau Nadeen. Aku akan buat kau hilang harga diri depan semua orang.”

REMY sudah berkali-kali menghubungi Nadeen tapi masih tidak berjawab. Dia mula risau kerana Nadeen tak dapat dihubungi sejak semalam lagi. Dia langsung tak tahu ke mana cinta hatinya itu pergi. Akhirnya Remy memutuskan untuk pergi ke bilik Nadeen dan jawapan yang sama dari penghuni asrama tersebut bahawa mereka tidak melihat Nadeen dari semalam lagi.
Kerana ada kerja yang perlu diselesaikan Remy memutuskan untuk mencari Nadeen setelah selesai kerjanya. Petang itu dia kembali ke asrama dan teman Nadeen mengatakan bahawa Nadeen sudah pulang tengah hari tadi. Remy merasa lega dan meminta agar Nadeen dikejutkan kerana dia terlalu rindu dengan Nadeen. Tak lama kemudian Nadeen keluar dengan rambut yang berserabut sambil menguap. Tak semena-mena Remy terus memeluk tubuh Nadeen dan dia terkaku diam.
“Saya rindukan awak.” Bisik Remy
Nadeen menolak lembut dada Remy kemudian senyum tawar ke arah Remy. Dia membetulkan rambut yang agak kusut kemudian duduk di bangku yang tersedia di sana. Remy juga turut duduk di sebelahnya. Wajah kusut Nadeen menimbulkan tanda tanya namun dia tak ingin terlalu ambil tahu. Takut Nadeen menjadi rimas dengannya.
“Awak ke mana? Dari semalam tak dapat dihubung.”
“A..da. saya ada dekat-dekat sini je. Awak ada apa cari saya?”
Nadeen terpaksa berbohong tentang semalam. Mana mungkin dia bagitahu tentang Qash yang tidur bersamanya semalam.
“Saya Cuma risau sebab awak tak jawab langsung call saya. Tadi pula tak masuk kerja. Macam mana tak risau? Awak tu bakal suri hati saya tau.” Kata Remy buat Nadeen terbatuk
Dia terlupa yang dia sudah rasmi menjadi kekasih Remy. Dan dia buat apa dengan Qash semalam? Serabut kepala Nadeen berfikir kebodohanya. Dia memandang Remy di sebelahnya lalu mula mengukir senyum.
“Saya tak ke mana-mana pun. Jangan risau okay? Malam ni kita dinner sama-sama sebagai tanda maaf saya.” Pujuk Nadeen membuat Remy tersenyum lebar
“Okay, kalau macam tu saya balik dulu. Malam nanti saya jemput awak.”
Nadeen angguk kemudian melambaikan tangannya ke arah Remy. Hilang sahaja Remy dari pandangannya dia mula memaki diri sendiri. Sepatutnya selepas dia hantar Qash di hotel semalam dia terus pulang. Entah macam mana dia boleh kasihan pula dengan Qash.

QASH RAEZAL tertanya-tanya, apa yang berlaku semalam? Kenapa dia langsung tak ingat apa yang berlaku sampailah dia sedar pagi tadi dan melihat dia berada di bilik hotel bersama Nadeen. Teringatkan Nadeen, Qash menguntum senyum. Habis bersemu merah pipinya bila teringat kejadin di hotel siang tadi.
“Awak tak boleh lari dari saya, Nadeen. Awak dah nampak apa yang tak sepatutnya awak nampak. Awak kena bertanggung jawab. Saya takkan lepaskan awak.”
Sedang dia berfikir, tiba-tiba dia teringat sebelum Nadeen menyapanya semalam, dia meneguk air minuman yang Sandy pesan dan tiba-tiba dia tak sedarkan diri semasa bersama Nadeen.
“Shit! Jadi Senah nak perangkap aku?”
Qash menghubungi Fariz dan memintanya untuk melakukan sesuatu. Nasib baik dia terselamat semalam kalau tak terpaksa jadi pak sanggup. Tak dapat dia bayangkan.
“Kau nak kenakan aku? Aku nak tengok lepas ni kau akan buat apa lagi. Aku dah ingatkan banyak kali jangan kacau setan dalam badan aku.”

BUNYI barang pecah dan hancur kedengaran dari dalam rumah Ajib. Rafael dan Ajib berlari masuk ke dalam rumah kerana pasti Maya mengamuk lagi. Sejak dia kehilangan segalanya, Maya sering mengamuk hingga menghancurkan barang-barang dalam rumah Ajib. Semakin hari kewarasanya semakin hilang. Kadangkala dia akan bercakap seorang diri dan ketawa. Rafael semakin risau dengan keadaan ibunya. Dia gagal jadi anak yang baik.
“Mama!”
Rafael yang melihat darah mengalir dari tangan Maya segera berlari mendapatkan ibunya. Sementara Ajib menghubungi ambulan.
“Ma, kenapa jadi macam ni? Terimalah hakikat kita dah tak ada apa-apa lagi. Apa yang mama buat selama ni salah. Kenapa sampai bunuh diri macam ni?”
Rafael sepertinya hampir putus asa. Mahu saja dia melutut merayu dengan Dato’ Syam memohon belas kasihan namun egonya masih terlalu tinggi. Dengan kerja yang dia ada sekarang, masih mampu untuk memberi makan dan pakaian yang cukup untuk ibunya. Dia tak perlukan belas kasihan dari sesiapa.
Beberapa minit kemudian ambulan sampai dan Maya dikejarkan ke hospital kerajaan yang terdekat. Rafael hanya berdoa agar ibunya selamat. Sejak mereka hidup melarat dan hanya menumpang, banyak tekanan yang dihadapai oleh Maya hinhga dia nekad melakukan itu semua. Rasah Kalah dan gagal membuatnya tak mahu hidup lagi.
Maya kini dalam rawatan dan masih dalam keadaan tenat kerana kehilangan banyak darah. Rafael menatap wajah ibunya dari cermin pintu yang menjadi Pemisah antara mereka. Ajib menepuk bahunya dan menenangkan perasaan Rafael.
“Sabar, Raf. Ini semua ujian. Anggap saja ini balasan atas dosa-dosa kau yang lepas. Mungkin ini satu peringatan untuk kau dan Datin.” Kata Ajib
“Aku dah tak tahu nak buat apa, Jib. Aku rasa aku ni anak tak guna. Tak mampu beri kesenangan untuk mama aku.”
“Ini bukan salah kau, Raf. Mama kau yang pilih hidup dia. Kau tak perlu salahkan diri”
Rafael mengeluh. Betul apa yang Ajib katakan. Ini mungkin balasan dosa-dosa dia dengan Lana dan juga Nadeen. Rafael mula dihujani sesalan atas kesilapanya terhadap kedua wanita yang pernah bergelar isterinya itu. Rafael meraup wajahnya lalu bersandar. Tak lama selepas itu, doktor keluar dan menemui Rafael.
“Mama saya macam mana?”
“Macam ni, keadaan mama awak dah stable Cuma, selepas dia dah sembuh nanti saya sarankan untuk awak bawa mama awak jumpa pakar sakit jiwa.” Balas doktor
“Mama saya kenapa?”
“Biasanya kejadian seperti ini disebabkan depression dan ia melibatkan jiwa. Saya jamin kejadian seperti ini akan berulang andainya tak dirawat dari sekarang. Saya akan sarankan doktor terbaik dengan awak.”
“Kosnya macam mana?”
“Soal kos saya tak boleh cakap. Awak jumpa dulu dengan doktor tu baru awak akan tahu. Sebab itu bukan bidang saya.”
Rafael hanya angguk menundukkan kepalanya. Nampaknya dia harus berkerja lebih kuat selepas ini. Dia bukan hanya tanggung kos rawatan ibunya tapi juga nafkah Lana dan anaknya. Ya, dalam dia Rafael memasukkan sedikit duit untuk Lana dan anaknya. Walaupun dia tahu nilai tu terlalu kecil sekurang-kurangnya Lana akan guna duit tu tanpa dia sedari.
“Nampaknya kerja aku sebagai pelayan dekat restoran mewah tu tak cukup untuk tampung mama dengan Lana. Aku kena cari kerja part-time lain sebelah malam.”
Rupanya Rafael hanya berkerja sebagai pelayan di salah sebuah restoran mewah. Dia langsung tak kisah dengan orang-orang yang mengenali dia malah baginya itu lebih baik daripada merempat tepi jalan.
Hari-hari berikutnya Maya semakin sembuh dan Rafael pula kerja hingga lewat malam untuk membawa ibunya berjumpa pakar sakit jiwa. Maya semakin murung dan semakin kurus kerana terlalu terbawa dengan apa yang telah berlaku. Setiap hari Rafael akan berkerja lebih masa dan hanya ada waktu tengah malam dan dia akan menjaga ibunya diwaktu yang tersisa. Sementara majikannya sering memerhatikan Rafael kerana Rafael adalah pekerjanya yang paling rajin dan juga amanah dalam menjalankan tugasnya.
“Rafael, masuk bilik saya sekejap.” Kata Encik Mubarak kepada Rafael
Rafael mengikut langkah Encik Mubarak dari belakang hingga masuk ke dalam bilik milik majikannya itu. Dia dipersilakan untuk duduk sementara Encik Mubarak membuka laci dan mengeluarkan satu sampul bersaiz A4 epada Rafael.
“Apa ni? Saya kena buang kerjakah? Janganlah macam tu, Encik Mubarak. Saya dah buat kerja dengan cukup baik. Saya perlukan kerja ni.”
“Buka dan baca dulu, Rafael.” Balas Encik Mubarak.
Rafael membukanya dan terkejut dengan isi kandungan surat tersebut yang menyatakan dengan jelas bahawa dia di naikkan pangkat sebagai pengurus di restoran tersebut. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bersyukurnya Rafael dengan berita gembira tersebut.
“Betulkah ni, Encik? Saya akan jadi pengurus?”
“Tahniah. Saya dah perhatikan awak beberapa hari ni. Dan saya yakin awak layak untuk pegang jawatan ni.”
“Alhamdulillah. Terima kasih. Saya janji, saya akan buat kerja saya dengan lebih baik selepas ini.”
Akhirnya, Rafael mendapatkan jawatan yang jauh lebih baik. Dia keluar dari bilik tersebut dan Encik Mubarak tersenyum. Dia kemudian mencapai telefonnya dan menghubungi seseorang.
“Saya dah buat apa yang Dato’ suruh. Lepas ni apa yang saya kena buat?”
“Biarkan dia buat kerja dia. Dia layak dengan jawatan yang dia pegang. Saya kenal menantu saya. Awak Cuma perlu tengok dia untuk saya. Jangan sampai dia tahu tentang saya.”
Ternyata jawatan tersebut adalah atas arahan Dato’ Nasir. Itupun atas permintaan Lana. Dan dia yakin, hanya ini cara yang dia ada untuk membantu Rafael. Dalam diam, dia memerhatikan Rafael yang semakin berubah dan bertanggungjawab. Setiap gerak geri Rafael diperhatikan dan akan disampaikan kepada Lana.

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now