part 2

1K 18 0
                                    

Bab 2



SEPERTI hari biasa, Nadeen akan datang ke rumah agam yang mengupah ibunya mencuci kain kotor. Meski rumah sebesar itu, tapi mereka tak mempunyai orang gaji untuk mencuci kin-kain yang kotor. Nadeen masuk dari pintu belakang dan meletakkan Pakaian yang sudah siap dicuci di bakul yang sudah di sediakan.
“Nadeen, dah siap basuh?”
“Eh, Dato’! Iya, dah siap. Saya balik dulu Dato’.”
“Eh, Nadeen sekejap. Duduk dulu. Kamu baru je sampai. Buatkan uncle air dan temankan uncle minum.” Kata Dato’ Syam
“Dato’ je lah minum. Saya takut, nanti datin nampak. Dia siram lagi saya.” Balas Nadeen
“Datin tak ada. Duduklah, minum.” Kata Dato’ Syam
Mereka asyik berborak hingga tak sedar ada mata yang memerhatikan mereka. Datin Maya asyik memerhatikan suaminya rancak berborak dengan si budak tukang cuci. Dalam kepalanya sudah terfikirkan sesuatu.
‘Budak ni boleh aku jadikan mangsa. Nampak sangat lurus dan dungu. Senang sangat nak peralatkan.’ Bisik hati Datin Maya
Dia tersenyum sinis sebelum meninggalkan mereka berdua di dapur. Dato’ Syam suka melihat Nadeen. Dengan umur seusianya sepatutnya dia sedang bersuka ria dengan kawan-kawannya.
“Nadeen tak keluar dengan kawan-kawan? Maksud uncle, kan sekarang sedang cuti sekolah. Macam anak uncle, sekarang ni tak lekat dekat rumah.”
“Dato’ ada anak perempuan?”
“Iya, Rafina. Seumur dengan Nadeen.”
“Oh. Nadeen tak ke mana-mana. Nadeen sebenarnya… eh, tak apalah. Nadeen balik dululah.”
Nadeen terus berdiri kemudian keluar dari pintu dapur. Dato’ Syam hanya tersenyum. Kasihan melihat Nadeen yang bersusah payah kerja sedangkan usianya tidak sesuai untuk berkerja lagi. Namun begitulah nasib Nadeen.
Nadeen menolak basikalnya keluar dari pagar rumah Dato’ Syam, tiba-tiba sebuah kereta masuk dan hampir melanggar basikal Nadeen menyebabkan Nadeen tersungkur ke tanah.
“Auch!” Nadeen menyapu lengannya yang tercalar kerana terjatuh atas jalan
Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan meluru ke arah Nadeen dengan wajah cemas. Nadeen yang melihatnya terus cuba untuk berdiri. Lukanya terasa pedih, nasib tak begitu serius.
“Eh, perempuan! Kau ni butakah apa? Kau tak nampakkah aku nak masuk yang kau berlenggang depan pagar tu buat apa??” sergah Rafael yang baru sahaja sampai
Wajah menyinganya buat Nadeen kecut perut. ‘Lelaki ni dah kenapa? Bukan sepatutnya dia kena minta maaf dengan akukah?’ bisik Nadeen
“Dah buta, pekak pulakah? Atau datang dengan pakej bisu sekali? Otak mana otak?” kata Rafael lagi
“Saya minta maaf. Saya…”
Tanpa mendengar jawapan Nadeen Rafael terus angkat kaki dari sana meninggalkan Nadeen terpinga-pinga melihat tingkahnya. Nadeen segera pergi dari sana. Takut kalau-kalau Rafael keluar dengan sepucuk pistol dan menembaknya.
“Mak singa, anak harimau. Nasib baik bapak dia baik hati. Aku tak tahulah macam mana keluarga mereka ni hidup sebumbung.” Bebel Nadeen sepanjang jalan
Nadeen terus balik ke rumah kerana hari sudah hampir maghrib. Sampai di rumah terkejut Nadeen melihat biliknya berhambur. Pakaian bertaburan di atas lantai.
“Ya Allah, mak! Mak buat apa ni?”
Karin yang melihat Nadeen terus meluru ke arah Nadeen dan memegang kedua bahu Nadeen.
“Duit kau simpan mana? Kenapa aku tak jumpa buku akaun? Kau letak mana?!”
“Mak nak buat apa dengan duit? Rasanya dekat rumah ni dah cukup semua. Apa yang kurang?”
“Aku hutang dengan nyonya Mei. Sekarang aku kena bayar duit dekat dia!”
“Mak berjudi lagi,kah mak? Banyak kali dah Nadeen pesan jangan berjudi. Berapa hutang mak kali ni?”
“Aku main suka-suka je. Tak sangka berlarut hingga ke malam.”
“Lepas ni jangan berjudi lagi. Mak sendiri tahu kita bukan orang senang. Nah, mak guna duit dalam akaun ni.”
“Dalam akaun tu ada duit tak?”
“Adalah mak. Nadeen tak pernah keluarkan lagi duit dalam akaun ni.”
“Dah kosong. Aku dah pakai duit tu.”
“Mak! Takkan 5ribu tu mak habiskan main judi? Susah tau Nadeen simpan duit tu.”
“Lagi susah aku besarkan kau tahu tak? Baru 5ribu kau nak berkira dengan aku?”
“Yalah, Nadeen minta maaf. Mak hutang berapa kali ni?”
“Tak banyak. Dalam 10ribu.”
“Ya Allah! Banyak tu mak. Mana Nadeen nak cari 10ribu? Yang ada ni pun tak sampai 2ribu, mak.”
Mendengar jawapan Nadeen buat mata Karin membulat. Kalau Nadeen tak ada duit, macam mana dia nak bayar hutang dengan nyonya Mei? Kusut kepala saat itu tak tahu apa yang harus dia lakukan.
“Habis tu, mana aku nak cari duit? Esok lusa orang-orang nyonya tu akan datang cari aku tau.”
“Mak yang cari masalah. Sekarang mak selesaikanlah. Nadeen ada ni je tak lebih. Kalau ni pun mak nak ambil, esok tak berniagalah jawabnya.” kataNadeen meninggalkan ibunya
“Nadeen! Nadeen! Ihhh! Tak guna punya anak! Mampuslah aku kali ni. Kalau aku tak bayar, silap-silap aku kena bunuh. Tak pun, pecah jugalah kepala aku. Mak….”
Nadeen membersihkan lukanya akibat terjatuh tadi. Kemudian dia duduk termenung di dapur. Apalah nasibnya dapat mak macam Karin. Sudahlah hidup serba sederhana, duit simpanan habis dijudikan pula. Perut yang tadinya lapar kini rasa kenyang kerana seleranya sudah patah.

LANA naik berang bila mendengar penjelasan dari Rafael. Sangat tak munasabah alasan Datin Maya berikan padanya. Kurang apa dirinya hingga di tolak tanpa mengenal dirinya terlebih dahulu.
“Saya tak fahamlah, Rafael. Mama awak ni nak jadikan awak apa, ek? Boneka? Yang nak kahwin dan jalani hidup tu awak tau. Mana pendirian awak ni?”
“Dia mama saya, Lana. Saya tak boleh ingkar. Awak tak tahu apa yang akan dia buat kalau saya tak turuti apa yang dia cakap.”
“Sekarang ni, saya nak tanya awak. Awak pilih saya atau mama awak?”
“Sayang, bagi saya sikit masa lagi. Takkan nak sia-siakan 3tahun kita bersama ni. Saya pasti, nanti mama akan terima awak juga, just give her a time.”
“No! I’m leaving. I’m sorry but this time, saya takkan berlembut dengan awak. Kalau awak rasa mama awak lebih penting, then awak boleh pergi kahwin dengan mama awak.”
“Lana! Lana! Please sayang, jangan buat macam ni. Sabar sikit je lagi, sayang.”
Lana tak mendengarkan rayuan Rafael. Dia terus keluar dan masuk ke dalam keretanya. Sudah cukup dia bersabar tapi tindakan rafael yang memilih untuk menurut kata-kata ibunya buat Lana hilang sabar.
“Ingat kau seorang lelaki dalam dunia ni? Aku boleh cari lelaki lebih baik dari kaulah!”
Rafael meraup mukanya kasar. Bayangan Lana pergi meninggalkannya tadi buat hatinyahancur. Wanita yang dia cinta dan jaga selama ini meninggalkannya tanpa memberinya peluang. Rafael bergegas keluar setelah menerima panggilan telefon dari Datin Maya.
Sepanjang perjalanan rafael memikirkan apa yang ibunya ingin katakan. Dari suara kelihatan seperti ibunya ingin mengatakan sesuatu yang penting. Sampai sahaja di pejabat, Rafael terus masuk ke ruangan kerja milik datin Maya. Rafael mengetuk perlahan pintu tersebut dan menunggu arahan dari dalam.
“Masuk!”
Kedengaran suara Datin Maya dari arah dalam mengarahkan Rafael untuk masuk ke dalam.
“Ma…”
“Raf, duduk. Dari mana? Mama cari dekat bilik Raf tapi tak ada. Jumpa perempuan tu?” kata Datin Maya
Rafael melopong. Tak sangka apa yang dia lakukan di luar semua ibunya tahu. Mahu tak mahu, Rafael terpaksa menganggukkan kepala.
“Dah bagitahu dia kamu nak putuskan hubungan? Atau kamu nak mama sendiri yang jumpa dia?”
“No need, mama. She’s already leave me. And please, jangan ganggu hidup dia.”
Datin Maya tersengih mendengar kata-kata rafael seperti memberi amaran kepadanya.
“Sayang sangat Raf dengan perempuan tu. Sampai berani Raf beri mama amaran. Jentik sikit pun tak boleh?”
“Don’t you dare, Mama! Raf dah ikut kata-kata mama, apa lagi yang mama nak?”
“Kahwin dengan perempuan yang mama pilih.”
“What? Are you kidding me, mom?”
Rafael membulatkan matanya kerana tak percaya dengan kata-kata Datin Maya. Datin Maya hanya membalasnya dengan senyuman kemudian berdiri dan berjalan ke arah tingkap.
“Papa dah buat wasiat tahu tak?”
“So, apa kaitan dengan Raf?”
“Tak ada nama mama atau nama Raf dalam senarai pewaris tau. Mama dah hidup dengan papa berbelas tahun tau. Tapi nama mama tak ada dalam senarai pemegang harta.”
“Takkanlah papa sanggup buat macam tu.”
“Nama Raf hanya tersenarai kalau Raf turuti kata-kata mama.”
“Maksud mama?”
“Kahwin dan berikan papa cucu.”
“Mama, Raf bukan anak kandung papa tau. Raf memang tak ada hak atas harta papa.”
“Raf fikirlah. Kalau Raf tak ada harta, Raf rasa Lana dan keluarga dia akan terima Raf tak?tak mungkin. Mama kenal keluarga Dato’ Nasir tu. Raf ikut rancangan mama, kahwin dengan perempuan pilihan papa dan berikan dia cucu sebab Dato’ Syam dah anggap Raf anak kandung dia sendiri.”
“Apa jaminannya kita akan dapat harta papa? Macam mana mama boleh yakin sangat?”
“Papa told me, dia akan berikan semua harta ni pada sesiapa yang menurut perintahnya. Dan papa nak kahwinkan Raf dengan seorang budak perempuan ni. Raf pun tahu anak papa seorang tu tak berguna langsung. So, ini peluang kita untuk raih kepercayaan papa.”
Rafael mula gelap mata dengan kata-kata ibunya. Benar kata Datin Maya, keluarga Dato’ Nasir sangat mementingkan darjat. Kalau dia tak dapatkan harta Dato’ Syam, dia juga takkan dapat Lana.
Tapi siapa pula yang akan berkahwin dengannya? Mungkinkah gadis berkelas tinggi yang jauh lebih anggun dari Lana? Kalau iya, sekurang-kurangnya pengorbanan Rafael berbaloi-baloi.
‘Siapa pun pilihan papa, aku tak kisah. Asalkan aku dapat bersama dengan Lana akhirnya.’

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now