Bab 11
“Papa, rasanya hal ni biar saya dan Nadeen yang selesaikan.”
Dato’ Syam memandang ke arah Rafael kerana untuk pertama kalinya Rafael membantah perintahnya. Sementara Nadeen juga terkejut bila Rafael tidak mahu menceraikannya.
“Berpisah lebih baik. Saya pun tak nak hidup dengan lelaki yang tak guna macam anak Dato’ ni.”
“Nadeen! Saya dah pungut awak, beraninya awak cakap macam tu?”
“Saya ni tak layak jadi isteri Tuan Rafael. Dia lebih mencintai isterinya, Lana. Tak begitu, Tuan?” balas Nadeen
“Nadeen, diam!”
Mendengar kata-kata Nadeen membuat Dato’ syam memandang tajam ke arah Rafael. Sementara Rafael mencuba untuk berdalih tapi Dato’ Syam tidak semudah itu untuk percaya. Orang berilmu tak semestinya pandai, tapi orang yang lebih dulu makan garam sudah pasti akan belajar dari kesilapan.
“Papa, semua tu tak betul! Nadeen sengaja reka cerita supaya papa dan saya bergaduh dan buang saya dari wasiat papa.”
“Ceraikan Nadeen. Ini arahan! Perempuan macam dia, tak layak untuk kamu!”
“Kalau itu yang papa mahu, baiklah!”
“Bagus, papa nak kamu selesaikan perceraian kamu secepatnya. Dan kamu berdua, saya tak nak tengok muka kamu lagi. Keluar dari rumah saya!”
Qash menarik tangan Nadeen. Biarlah untuk saat ini ayahnya tenggelam dengan tipu daya mereka. Tiba saatnya dia akan sedar sendiri. Sampai dalam kereta Nadeen tetap berdiam. Qash memandu kenderaanya dan membiarkan Nadeen untuk telan semua kenyataan. Baginya, membebaskan Nadeen dari Rafael lebih penting untuk saat ini. Merasa mereka sekarang telahpun menyelesaikan masalah, Qash pun bawa semula Nadeen pulang ke rumahnya.
Wanita itu perlukan masa untuk sembuhkan luka dan derita yang di tanggungnya pada usia yang sangat muda. Nadeen mengikut langkah Qash hingga masuk ke rumah. Bibir yang sejak tadi berkunci mula mengeluarkan kata-kata.
“Abang nak apa-apa tak? Kalau tak, saya nak berehat sekejap.”
Qash menggelengkan kepalanya kemudian Nadeen terus masuk ke biliknya. Dia terduduk di depan pintu. Tak sangka, dalam usia 18tahun, dia sudah bergelar janda. Mungkin ini takdir, tapi kenapa ia menyakitkan?
Beberapa hari selepas kejadian itu, Rafael menghantar surat panggilan mahkamah kepada Nadeen. Kalau bukan kerana Dato’ Syam, dia takkan lepaskan Nadeen semudah itu. Sekarang dia harus berdepan dengan ibunya pula, Datin Maya. Sementara Lana tetap disembunyikan keberadaannya demi menjaga keselamatan isterinya itu. Dia tahu, kegagalannya itu akan menjadi bumerang untuk dirinya sendiri. Ibunya pasti akan menghukumnya.
“Saya nak balik. Saya dah bosan bersembunyi, Rafael!”
“Sayang tolonglah faham, awak tak boleh balik sini. Mama pasti sedang plan sesuatu. Dengan sikap papa sekarang, saya yakin semuanya takkan semudah itu.”
“Itu urusan awak. Saya tak nak terlibat langsung! Saya bukan patung-patung tau, Raf! Mama awak ingat, nyawa saya ni boleh kena cabut sesuka hati dia? Awak fikir mama awak tu malaikat maut? Saya dah tak tahan hidup dengan awak. Saya nak bercerai!”
“Lana! Awak cakap apa ni? Saya buat semua ni demi kita tau. Sekarang macam tu je awak nak tinggalkan saya?”
“Awak yang buat saya macam ni, Rafael. I’m sorry.”
Lana mematikan panggilan lalu mendengus kasar. Dia merasa seperti terpenjara kerana perbuatan Rafael. Dunianya kini tak seperti yang dia angankan selama ini. Jika dulu di angankan hidup yang bahagia dengan Rafael, sekarang dia hanya merasa seperti alat untuk Rafael mencapai segala matlamatnya.
Lana mematikan telefonnya lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Dia menarik nafas, dia sudah bulat dengn keputusanya untuk bercerai. Mungkin dia tersilap kerana merampas kebahagiaan Nadeen. Ini adalah balasan untuknya. Dia pasrah, andai menjadi seorang janda akan kembalikan hidupnya semula.
Dia menarik bagasinya keluar dari hotel lalu mendaftar keluar. Destinasi seterusnya adalah lapangan terbang. Dia akan kembali ke Malaysia dan selesaikan semuanya dengan Rafael.
NADEEN Merenung keluar. Bunga-bunga menjadi tatapan matanya saat itu. Sudah terlalu lama dia terperuk di rumah Qash. Sampai bila dia harus menumpang dengan lelaki itu. Apalagi setelah dia tahu bahawa Qash adalah abang kepada bekas suaminya.
“Tak sangka, lelaki yang selamatkan aku, yang lindungi aku selama ni adalah abang ipar aku sendiri.”
Memang dia tak menyangka bahawa dunia ini terlalu kecil. Pusing-pusing di akan jumpa orang yang saling berkaitan juga. Sedang dia mengkhayal, Qash yang baru balik memerhatikannya sambil tersenyum. Qash bersandar pada dinding sambil terus memerhatikan Nadeen. Wanita itu mencuri perhatiannya.
Wanita yang langsung dia tak kenal sekarang menjadi wanita yang harus dia lindungi. Sejak awal dia melihat Nadeen bersama Rafael, dia sering mengekori mereka. Setelah dia siasat siapa Nadeen, dia ambil keputusan untuk selamatkan Nadeen.dia tak tahu kenapa dia harus selamatkan Nadeen. Tapi sebagai lelaki, dia takkan biarkan seorang wanita di aniaya seperti apa yang terjadi kepada ibunya suatu ketika dulu.
“Abang, bila sampai?”
Qash mengalihkan pandangannya ke arah lain dan berdehem. Malu bila tahu Nadeen sedar bahawa dia sedang memerhatikannya.
“Err… baru. Baru je sampai. Nadeen dah makan?”
“Makan? Dah, tengah hari lagi.” Balas Nadeen sambil mengerutkan dahinya.
“Abang masuk dulu.”
Nadeen hairan dengan sikap Qash sejak kebelakangan ini. Sepertinya dia perasan perubahan sikap Qash yang sering memerhatikannya.
“Kenapa dengan Abang Qash? Dia macam dah tak suka aku dekat rumah dia. Mungkin sebab aku dah tak ada apa-apa lagi dengan Rafael. Nampaknya aku kena cari rumah sewa atau sekurang-kurangnya bilik untuk aku tinggal sementara mencari kerja.”
Nadeen berfikir bahawa Qash sudah tidak mahu lagi menanggungnya. Siapalah dia, kan? Tapi dia terlupa satu perkara bahawa, dia tidak tinggal secara percuma di rumah Qash selama ini. Nadeen segera menyambung kerjanya. Sementara Qash duduk di bilik sambil merenung dinding yang kosong.
“Kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa berdebar setiap kali berdepan dengan Nadeen?”
PINTU terbuka dan kelihatan Dato’ Syam sedang masuk ke dalam ruangan kerja Datin Maya dengan wajah yang sangat tegang. Melihat reaksi wajah suaminya membuat Datin Maya terkedu.
“Abang, ada apa ni?”
“Rafael ke mana? Kenapq dia tak hadiri mesyuarat penting hari ni?”
“Raf? Dia ada je tadi masuk pejabat.”
“Awak tahu tak, kita dah terlepas kontrak bernilai jutaan ringgit? Sekua ni sebab Rafael tak datang mesyuarat tu! Dia nak kerja ke tak nak?!” bentak Dato’ Syam
“Abang, takkan sebab tu je abang lupa apa yang Rafael buat selama ni? Kalau bukan Rafael, syarikat ni dah lama lingkup! Nak harap anak tak guna abang tu? Memang tak lah!”
“Saya tak kira, saya nak Rafael dapatkan semula projek tu!”
Dato’ Syam keluar dan menghempas kuat pintu. Datin Maya mencebik. Kali ni Rafael betul-betul menguji kesabaran Datin Maya. Bukan kerana projek jutaan ringgit, tapi kerana sikapnya yang tak ambil peduli dengan apa yang sudah terjadi tanpa memikirkan akibat dibelakang hari akan memakan diri mereka sendiri.
Datin Maya cuba menghubungi Rafael tapi gagal disambungkan kerana berada di luar talian. Kerana merasa curiga dengan sikap Rafael, Datin Maya mengerahkan beberapa orang upahannya untuk mencari di mana Rafael dan isterinya, Lana.
“Mama dah bagi peringatan, tapi Raf yang berdegil. Perempuan tu lebih penting? Tunggu apa yang akan mama buat dengan dia.”
RAFINA tercengang bila melihat Qash berdiri di depan bilik pengetua. Dia tak sangka orang yang mencarinya adalah abangnya. Dengan wajah yang tersenyum Rafina segera memeluk Qash.
“Bila abang balik?”
“Lama dah. Fina kenapa keluar dari rumah?”
“Fina tak tahan tinggal dalam rumah tu. Semua orang hanya fikirkan harta. Langsung tak ada yang pedulikan perasaan Fina.”
“Fina ikut abang balik ya. Tak baik Fina tinggal dekat luar ni seorang-seorang. Tinggal dengan abang je.”
Rafina angguk kemudian dia kembali ke asrama dan mengambil pakaiannya. Dia beruntung kerana masih ada Qash yang mengambil berat tentang dirinya. Sementara orang yang sepatutnya lebih risau, langsung tak mencarinya. Dengan kembalinya Qash, dia bolehlah mengambil peperiksaan dengan tenang dan melupakan masalah antara dia dengan ibu dan ayahnya.
Qash membawa Rafina pulang ke rumahnya. Sudah lama dia mahu menjemput Rafina, tapi memandangkan Nadeen memerlukan dia, Qash tangguhkan niat untuk menemui Rafina. Hari ini, dia akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang abang dan akan melindungi dua wanita itu. Sampai di rumah, Qash terus membawa Rafina masuk ke dalam. Beg di jinjing sambil matanya melilau melihat kejayaan abangnya itu tanpa bantuan ayahnya.
“Masuk, Fina. Ini rumah Fina juga.”
“Abang dah buktikan, yang abang boleh berjaya tanpa papa.”
“Abang dah lupakan semuanya. Jom masuk, abang nak kenalkan seseorang dekat Fina. Fina pasti terkejut kalau Fina nampak dia.”
Mereka berdua masuk dan Qash berjalan menuju ke dapur untuk mendapatkan Nadeen yang sedang menyediakan santapan petang. Tangan Nadeen dia tarik lembut agar Nadeen mengekorinya ke ruang tamu.
“Kak Nadeen?”
“Fina?”
“Kak Nadeen buat apa kat sini?”
“Nanti abang jelaskan. Sekarang Nadeen tolong bawa Fina masuk bilik. Nanti kita makan dekat luar.”
Nadeen membawa Rafina ke bilik yang sedia kosong berhadapan bilik Qash. Sambil berborak kosong, Nadeen menjelaskan apa yang berlaku selama Rafina tak ada di rumah. Langsung Rafina tak terkejut mendengarnya. Dia sudah agak semua ini akan berlaku. Dia Cuma bersyukur, Nadeen terlepas dari Rafael.
Mereka makan malam bersama malam itu. Qash melayan Nadeen lebih mesra dan itu mencuri perhatian Rafina. Dia tahu abangnya yang seorang ini susah untuk jatuh cinta. Apalagi nak rapat dengan seseorang yang bernama wanita. Tapi dengan Nadeen, semuanya berbeza. Selepas pulang ke rumah, Nadeen terus berehat di biliknya. Sementara Rafina masih ingin berborak dengan Qash. Rindu yang terlalu buat lelaki yang sentiasa memberinya perhatian penuh itu.
“Abang suka kak Nadeen?” pertanyaan Rafina buat Qash tersedak
“Isk! Mana ada. Abang Cuma kesian dengan dia. Usia sangat muda tapi dah lalui hidup yang sangat hitam.”
“Jadi abang tak sukalah dengan Kak Nadeen?”
“Suka. Tapi bukan suka macam yang Fina fikir tu. Abang dengan Kak Nadeen tu jauh beza tau.”
Nadeen yang kebetulan hendak ke dapur terhenti langkahnya kerana mendengar ucapan yang keluar dari bibir Qash. Barulah dia sedar antara dia dan Qash jauh berbeza. Qash hanya kasihan padanya tak lebih dari itu. Nadeen kembali menapak masuk ke biliknya. Dia duduk sambil memikirkan apa yang Qash katakan. Kenapa dia sangat terkesan dengan kata-kata Qash?
“Aku lupa kami langsung tak sepadan. Aku lupa, aku tak layak untuk dia. Siapalah aku?”
Rupanya, dalam diam Nadeen menyimpan perasaan pada Qash. Namun setelah apa yang dia dengar tadi, tak mungkin dia akan terus menyimpan perasaan itu. Sementara Qash dan Rafina masih rancak berbual di ruang tamu. Sesekali terdengar gelak tawa mereka berdua. Nadeen memutuskan untuk berdiam. Mungkin dia harus mula mencari pekerjaan lain selepas ini.
“CARI perempuan tu sampai dapat! Dia harus bayar apa yang telah Rafael buat!”
Datin Maya naik berang bila Rafael tidak dapat di hubungi sejak beberapa hari yang lalu. Dia kini mengerahkan orang-orangnya untuk mencari Lana. Kerana hanya Lana yang boleh buat Rafael balik menemuinya.
“Anak tak guna! Sikit je lagi nak dapat semua harta ni. Kenapa bodoh sangat? Aku dah habiskan banyak waktu sia-sia!” bebel Datin Maya
Lana yang baru sahaja tiba di KLIA mengusung bagasinya sambil menarik nafas lega. Akhirnya dia sampai juga di Malaysia. Rindu dengan Dato’ Nasir semakin membuak. Rasa bersalah juga menebal kerana berkahwin tanpa pengetahuan ayahnya itu. Apa pun risikonya dia akan tanggung asalkan dia tidak lagi dibayangi dengan ketamakkan Rafael.
Lana menahan teksi kemudian masuk ke perut teksi tersebut. Dia memejamkan matanya kerana perjalanan yang jauh membuatnya sedikit letih. Tiba-tiba, teksi tersebut berhenti dan Lana pantas membuka matanya dan melihat beberapa lelaki yang tak di kenali masuk dan mengacukan senjata api ke arah pemandu teksi tersebut.
“Diam dan ikut arahan saya! Keluar dari teksi ni dan masuk ke dalam kereta saya sekarang, Puan!” arah lelaki tersebut
“Siapa kamu? Kamu nak apa? Berapa korang kena bayar? Aku boleh bayar lebih dari tu lah!”
“Ikut arahan saya, puan.”
Lana yang merasa takut ketika senjata api tersebut di acukan ke arahnya bingkas bangun dan keluar dari teksi tersebut. Kenderaan tersebut memecut laju di atas jalan.
“Kamu nak bawa saya ke mana? Lepaskan akulah!”
Lana meronta-ronta membuatkan lelaki-lelaki tersebut rimas lalu memukul tepat di tengkuk Lana. Seketika Lana tak sedarkan diri dan kedengaran mereka ketawa besar.
SUDAH beberapa hari Rafael mencari Lana tapi gagal menemuinya. Dia mula risau keadaan isterinya. Apa yang dia takutkan adalah, andai Lana pulang ke Malaysia, dia akan dijadikan mangsa untuk memuaskan hati ibunya.
“Where are you, sayang? Jangan buat benda bodoh, please!”
Sudah merata dia mencari, tapi Lana masih dia tak temui. Semakin yakin dia bahawa isterinya telah kembali ke Malaysia. Rafael memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Dia mengupah seseorang untuk mencari keberadaan Lana dan juga mengekori ke mana sahaja Datin Maya pergi.
TING TONG!
Nadeen segera berlari menuju pintu utama bila mendengar loceng pintu berbunyi. Mungkin Qash yang pulang fikirnya. Atau Rafina pulang dari kolej. Dia segera membuka pintu. Seseorang berdiri di balik pintu dengan wajah tersenyum manis.
“Ya, cari siapa?”
“Qash ada tak?”
“Abang Qash kerja. Dia…”
Belum habis Nadeen menjelaskan tiba-tiba wanita itu masuk dan duduk di kerusi milik Qash sambil menyilangkan kakinya.
“Saya tunggu Qash di sini.”
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...