part 24

1.1K 17 0
                                    

Bab 24


Dato’ Syam sedang menunggu Rafina sejak tadi belum sampai-sampai. Mungkin dalam perjalanan fikir dato’ Syam. Dia duduk sambil bermin dengn telefonnya. Saat itu seseorang datang menyapa Dato’ Syam. Saat dia mengangkat wajahnya mendongak untuk melihat siapa yang menegurnya, raut wajahnya terus berubah. Rafael sedang menyapanya dengan ramah.
“Papa…”
“Hmmm…”
Mahu tak mahu saja Dato’ menjawab panggilan Rafael. Nsib baik dia profesional. Lagi pula Rafael tak buat apa-apa salh pada dia. Rafael hanya menurut perintah ibunya. Siapa yang tak sayang ibu. Kalau Rafael sayangkan harta, dia takkan ikut keluar dari rumah demi ibunya. Dia adalah contoh anak yang baik. Rafael menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Papa sihat? Fina macam mana?”
“Sihat, alhmdulillah. Adik pun sihat. Ni tengah tunggu Fina sampai.” Balas dato’ Syam
“Papa, saya minta maaf sebab…”
“Dah! Cukup Raf insaf. Jaga anak isteri Raf baik-baik. Papa dah maafkan Raf.”
“Terima kasih, pa. Oh, ya! Papa nak makan apa?”
“Raf kerja dekat sini?”
“Iya, Raf pengurus dekat sini. Alhamdulillah, Lana banyak bantu Raf. Papa nak pesan apa?”
“Tunggu Fina. Tak sampai-sampai lagi.”
Rafael kemudian duduk menemani ayahnya sementara menunggu Rafina sampai. Satu orang pun tak perasan kehilangan Rafina. Hampir 3jam menunggu akhirnya Dato’ memutuskan untuk menghubungi Rafina tapi tak dijawab. Beberapa kali di hubungi akhirnya telefon Rafina dimatikan.
“Papa rasa Fina dah balik rumah. Mungkin penat sebab kelas habis lambat tadi.”
“Kalau macam tu papa baliklah. Kesian Fina nanti tak makan. Ada apa-apa, papa call Raf. Ini nombor telefon Raf.”
“Yalah. Papa balik dulu.”
Setelah Dato’ Syam balik Rafael kembali ke biliknya. Dia juga sedang berfikir ke mana agaknya ibunya. Dari semalam tak balik-balik. Duit pun tak ada, ke mana dia pergi? Rafael segera menghabiskan tugasnya dan keluar semula mencari ibunya.
Rafina yang baru tersedar merasaan sakit di bahagian kepalanya. Bila dia buka mata dia berada dalam sebuah pondok buruk yang dia sendiri tidak tahu di mana dia berada sekarang. Dia mendengar suara sseorang sedang ketawa dan bercakap seorang diri. Bila da menoleh ternyata ibunya sedang bercakap seorang diri. Dia mahu bergerak tapi kaki dan tangannya diikat.
“Mama! Ma, lepaskan Fina. Apa mama nak buat ni?”
“Aku nak kaya! Aku nak harta! Harta tu milik aku!”
“Mama! Ma, tolonglah sedar. Fina merayu sangat. Papa tak ambil tindakan undang-undang dekat mama pun dah cukup baik. Sampai bila mama nak berdendam”
“Sampai jantan tu mati! Kalau dia tak mati, kau yang akan mati!”
Rafina mula merasa ketakutan. Yang sedang duduk di depan nya bukan lagi ibunya. Tapi wanita yang penuh dengan dendam. Wajahnya tersenyum dan ketawa seolah-olah Rafin bukan darah dagingnya. Dia terlupa bahawa Rafina adalah anak yang dia kandung dan lahirkan dulu. Demi dendam dia lupakan segalanya.
“Ma, ini Fina ma. Anak kandung mama. Kenapa mama buat Fina macam ni? Sedikit pun mama tak pernah sayang Fina kah?”
“Aku tak ada masa nak berkasih sayang. Aku Cuma nak harta kemewahan! Kalau anak, aku boleh buat berapa banyak aku nak. Kau umpama sampah. Bila tak diperlukan, kau aku buang.”
“Sampai hati mama. Untuk apa mama lahirkan Fina kalau mama langsung tak sayangkan Fina? Untuk apa? Lebih baik Fina mati dari lahir!”
“Memang aku nak kau mati pun masa aku mengandungkan kau. Tapi memandangkan kau tak nak mati-mati, lebih baik aku gunakan. Aku tak ingin pun nak lahirkan kau, lah! Namanya keturunan Dato’ Syam, aku akan benci tujuh keturunan!”
“Mama cakap Fina bukan anak papa.”
“Aku ni tak bodoh nak serah badan dengan sembarang orang. Jantan tu memang bapak kau pun! Sebab tu aku benci kau!”
Andai saat itu Rafina tidak terikat ingin saja dia hentak kepala ibunya agar dia sedar apa yang dia buat akan memakan dirinya sendiri. Macam mana seorang ibu boleh membenci anak yang dia kandung 9bulan dan merasakan sakitnya bersalin.
“Mama kejam!”
Maya hanya ketawa sambil menggigit jarinya. Tak terkesan langsung dia dengan kata-kata Rafina. Malah semakin dia suka dengar makian Rafina kerana itu akan buat dia semakin membenci dan tak akan jatuh kasihan dengan Rafina.

NADEEN sudah semakin dapat menerima kenyataan apa yang telah berlaku. Setelah beberapa hari menjadi isteri Qash, Nadeen akhirnya terbiasa dengan sikap Qash. Hari ini, Qash menjadi tukang masak dan sedang berperang di dapur. Nadeen pula menjadi jururasa kerana hanya duduk dan menunggu disuap. Namapun pengantin baru.
“Sayang, sementara abang masak ni apakata sayang masuk bilik kemas pakaian untuk seminggu.”
“Nak ke mana?”
Qash mendekati Nadeen dan berbisik ke telinga Nadeen, “honeymoon. Abang nak baby.”
Bulat mata Nadeen bila Qash katakan dia inginkan ‘baby’. Liur pun terasa mencair bila dia bayangkan apa yang akan Qash buat untuk dapatkan baby. Dengan pantas Nadeen berdiri dan masuk ke bilik. Kalau dia berlama-lama di situ, pasti Qash akan ambil kesempatan.
Selepas selesai makan romantis, Nadeen dan qash pun bersiap untuk pergi berbulan madu berdua. Aura pengantin masih hangat, tak hairanlah kalau Qash berkelakuan agak menyebalkan. Hanya Nadeen yang bertahan dengan sikapnya yang terlalu romantis. Kalau tak tahan iman, pasti sudah bersatu padu.
“Tak ada yang tertinggal, sayang?”
“Ada.”
“Apa?”
“Kenangan pahit cinta kita.” Balas Nadeen membuatkan Qash membesar kecilkan matanya. Yalah, Nadeen masih ingat lagi kenangan pahit tu. Bermakna Nadeen belum sepenuhnya menerima Qash.
“Abang janji, kita balik dari honeymoon, sayang akan gila-gilakan abang macam dulu.”
“You better do.”
“I will. Tapi sayang kena janji, kalau abang berjaya buat sayang jatuh cinta semula, sayang akan jadi milik abang seutuhnya.”
“Okay! Kalau tak?”
“Cuba lagi sampai dapat. Kalau tak dapat juga abang paksa sampai sayang mahu! Jangan fikir abang akan mengalah.” Balas Qash menjeling Nadeen.
Nadeen tersengih bila Qash katakan seperti itu. Nampak sangat dia tak mahu lepaskan Nadeen lagi. Semakin seronok dia merajuk. Mereka masuk ke dalam kereta dan Qash mula memandu di atas jalan. Sedang leka mendengar lagu, tiba-tiba telefon Qash berbunyi dan nama ayahnya terpapar pada skrin.
“Papa call. Abang jawab ya.” Kata Qash lalu Nadeen angguk kepala.
“Hello, papa.”
“Qash dekat mana?”
“On the way honeymoon, papa.” Jawab Qash lalu tersengih melihat Nadeen di sebelahnya
“Qash, papa minta maaf. Tapi boleh tak tangguh duli perjalanan Qash dengan Nadeen?”
“Serious sangat papa ni. Ada apa?”
“Fina. Fina sejak semalam tak pulang rumah. Call tak dapat, handphone dia off.”
Qash terus berhenti di bahu jalan kerana terkejut. Tidak pernah Rafina seperti itu sebelum ini. Apalagi setelah hubungannya dpengan Dato’ Syam semakin membaik.
“Fina tak cakap apa-apakah dengan papa? Mungkin bercuti atau keluar dengan kawan-kawan buat tugasan.”
“Tak ada. Sepatutnya semalam dia makan malam dengan papa. Tapi, no! Fina tak muncul sampai tengah malam.”
“Qash balik sekarang.”
Qash menamatkan panggilan kemudian memandang Nadeen yang terlihat riak ingin tahu di wajahnya. Qash menggenggam tangan Nadeen lalu dia sedikit mendekat dengan Nadeen.
“Fina tak balik rumah sejak semalam.”
“Fina ke mana? Fina tak ramai kawan tau. Boleh kira guna jari.”
“That is why, sayang. Kita tangguh dulu bulan madu kita sampai jumpa Fina. Can?”
“Okay tapi jangan lupa mengurat I pula.” Balas Nadeen dengan wajah serius
Qash ketawa lalu mencuit hidung Nadeen. Pertambkali Nadeen membahasakan dirinya ’I’ dengan Qash. Ada saja yang mencuit hati Qash yang membuatnya geram. Ikutkan hati lelakinya, ingin saja dia kemam-kemam Nadeen sekarang.
“Okay, I akan goda you sekali.”
“Gatal!”
Ketawa besar Qash bila Nadeen buat muka meluat. Dia tahu itu yang Nadeen sukakan dari dia. Buat dia selalu tersenyum dan rasa di hargai. Qash pernah melukainya dan itu takkan berulang. Mereka terus menuju ke rumah Dato’ Syam kerana mereka risau keadaan Rafina yang tiba-tiba hilang.
Sampai sahaja mereka di rumah, mereka melihat kereta Lana di garaj. Qash memimpin tangan Nadeen masuk ke dalam. Terkejut mereka melihat Rafael juga berada di sana bersama Lana dan Dato’ Syam. Tidak mahu mengeruhkan keadaan Qash tak berkata apa-apa hanya bersalaman.
“Ada khabar tentang Fina?” tanya Qash
“Saya rasa kehilangan Fina ada kaitan dengan kehilangan mama. Sebab mama juga dah tak balik rumah pada hari yang sama Fina hilang.”
“Kalau Fina dengan mama awak, saya tak rasa Fina dalam keadaan baik.” Kata Qash terus terang tanpa Rafael menepis sangkaan itu kerana dia juga berfikir hal yang sama.
“Papa rasa, kita kena cari mereka. Papa akan buat laporan polis.”
“Itu lebih baik. Sebab keadaan mama semakin teruk. Doktor sahkan mama mengalami depression. Dia akan melakukan sesuatu diluar jangkaan kita. Sangat bahaya untuk Fina bersama dengan mama.” Jelas Rafael
Mereka pun bersiap untuk mencari Rafina sementara Dato’ membuat laporan polis. Mereka bimbangkan keselamatan Rafina. Andai benar dia bersama Maya, nyawanya dalam bahaya. Kerana Dato’ pernah menerima surat dari Maya sebelum itu.
“Sayang tunggu abang dekat rumah. Lana dan baby Efad pun ada.” Kata Qash mengusap rambut isterinya
“Hati-hati, abang.”
“Okay, sayang.”
Qash mengucup dahi Nadeen sebelum keluar. Begitu juga Rafael mencium isteri dan anaknya lalu mereka mula mencari keberadaan Maya dan Rafina. Semua kawan-kawan Rafina mereka temui tak ada seorang pun yang tahu. Akhirnya mereka kembali ke balai polis untuk bertanya usul selanjutnya. Mereka tak mahu terlalu berlengah kerana ini bersangkutan dengan nyawa Rafina.
“Kami akan cuba cari tapi selagi tak ada klu ataupun informasi lain, kita tak dapat buat apa-apa. Kecuali…”
“Tuan!”
“Ada apa, sarjan?”
“Tuan, kami menerima laporan, ada penduduk yang mendakwa bahawa mereka mendengar bunyi tangisan yang tak henti-henti dari sebuah pondok usang di hujung kampungnya. Dipercayai, wanita itu di dera dan dipukul kerana dia sempat mendengar bunyi mengerang“Tuan, kami menerima laporan, ada penduduk yang mendakwa bahawa mereka mendengar bunyi tangisan yang tak henti-henti dari sebuah pondok usang di hujung kampungnya. Dipercayai, wanita itu di dera dan dipukul kerana dia sempat mendengar bunyi mengerang dari rumah tersebut.” Lapor seorang sarjan.
“Dapatkan alamat dan segera ke sana!” arah inspektor yang mengendalikan kes kehilangan Rafina.
“Maafkan saya. Untuk kes kehilangan anak Dato’, saya akan sedaya upaya mencarinya. Jangan terlalu risau kerana kami akan lakukan yng terbaik. Dato’ pulang dulu dan kami akan lakukan kerja kami.”
Dato’ Syam hanya angguk. Dia berharap Rafina akan segera di temui. Kerisauanya sangat memuncak hingga dia langsung tak beeselera untuk makan. Dia pernah mengabaikan Rafina, kerana itu dia sangat takut kehilangan Rafina. Kerana dia sedang menebus dosa dan silapnya sejak Rafina di lahirkan.
Mendapat peluang bersama Nadeen adalah waktu yang sangat bernilai bagi Lana. Kerana inilah masa yang tepat untuk dia meminta maaf kerana oernah merampas kebahagiaan hidup Nadeen dulu.
“Nadeen, Nadeen saya nak minta maaf. Apa yang saya dan Raf oernah buat dekat Nadeen sangat kejam. Maafkan kami!”
“Bukan. Senang nak maafkan. Tapi Rafael dengan Qash tetap bersaudara. Air dicincang takkan putus. Lupakan apa yang pernah berlaku. Buka lembaran baru.” Balas Nadeen tenang

Ting! Tong!

Lana yang mendengar bunyi loceng segera berdiri tapi di halang oleh Nadeen kerana Efad sedang menyusu.
“Lana, biar saya buka. Awak susukan Efad.”
Nadeen segera berdiri dan berjalan ke arah pintu. Mungkin mereka sudah pulang fikirnya. Tapi bila dia buka pintu, dia sangat terkejut melihat siapa yang berdiri di sebalik pintu.

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now