Bab 7
“Kau Cuma simpanan!”
Kata-kata Rafael bermain di kepala Nadeen. Dia tak habis fikir, apa sebenarnya niat Rafael berkahwin dengannya? Kalau dia sudah ada pilihan, kenapa dia bersetuju berkahwin dengan Nadeen? Soalan demi soalan bermain dibenaknya. Namun tak ada jawapan yang dia temukan.
Sejak Rafael keluar tadi, sampai sekarang tak balik-balik. Nadeen hanya dijadikan penunggu rumah yang langsung tak berguna baginya. Tak sanggup lagi Nadeen menahan sakit hatinya. Tangisanya pun pecah dan dia menyesal menerima lamaran Dato’ Syam.
“Kenapa aku yang harus jadi mangsa? Apa salah aku?”
Nadeen buat seperti biasa seolah-olah dia tak kisah dengan apa yang berlaku. Apapun, sekarang dia sudah terlanjur jadi isteri Rafael dan dia tak boleh berpatah balik. Kalau dia patah balik, dia harus kembali bersama ibu angkatnya. Mungkin dia hanya perlukan kesabaran untuk membuat Rafael menerimanya.
LANA tersenyum bila Rafael menyarungkan cincin di jarinya. Dia melihat cincin itu sambil memeluk tubuh Rafael. Rambutnya dibelai lembut oleh Rafael. Wangian rambut lana menusuk ke hidung Rafael membuatkan dia menutup rapat matanya dan menikmati suasana itu. Jemari Lana digenggam erat lalu dibawa kebibirnya.
“Awak, kita kahwin?”
Membuntang mata Rafael saat kata-kata itu keluar dari mulut Lana. Bukan tak suka, tapi dalam keadaan sekarang, dia langsung tak terfikir soal kahwin. Apa lagi wasiat Dato’ Syam masih belum rasmi dan dia belum mendapatkan apa yang patut jadi miliknya.
“Sayang, janganlah bergurau. Awak tahukan kita belum boleh kahwin sekarang.”
“Saya tak bergurau, Raf. Saya serius. Gunalah apa cara sekalipun, saya nak kita kahwin. Saya tak nak jadi simpanan.”
Rafael meraup wajahnya. Keliru dan fikirannya menjadi bercelaru dengan apa yang diminta oleh Lana. Apa yang harus dia buat sekarang. Tak mungkin dia akan melukai hati Lana. Nampaknya dia akan menuruti keinginan Lana kali ini. Takut wanita itu akan meninggalkannya sekali lagi.
“Sayang dengar sini, kita akan kahwin tapi bukan sekarang. Masanya tak tepat.”
“Saya tak kisah! Kalau awak tak ikut permintaan saya kali ni, saya takkan cari awak lagi dah! Kita bawa haluan masing-masing.”
“Okay! Kita kahwin! Jangan cakap bukan-bukan syang, please. Kita kahwin, tapi bukan kat Malaysia.”
“Habis tu, kat mana?”
“Thailand. Kalau dekat sini, papa akan tahu. Dan semuanya akan hancur.”
“Okay, as long as you ikut cakap saya. Kita kahwin, dan saya dah tak kisah hal lain.”
Barulah Lana berpuas hati bila Rafael setuju untuk menikahinya walaupun dibuat secara rahsia. Baginya mengikat Rafael adalah lebih penting kerana dia takut Rafael akan tergoda dengan Nadeen. Mustahil Rafael akan mampu menahan dirinya dari nafsunya sendiri.
Selepas menghantar Lana pulang, Rafael terus balik ke rumah. Seperti biasa, Nadeen sudahpun terlena saat itu. Dia membuka bajunya dan kemudian menyalin dengan pakaian lain. Nadeen kelihatan tertidur pulas di atas sofa. Dia langsung tak merasa nikmatnya tidur di atas tilam empuk Rafael selama mereka berkahwin.
“Kau memang tak salah Nadeen. Tapi kau datang pada waktu yang salah. Kau terpaksa berkorban demi kebahagiaan aku. Lepas tu aku akan bebaskan kau.” Bisik Rafael
Beberapa minggu kemudian, Rafael dan Lana berangkat ke Thailand untuk berkahwin di sana. Tak ada seorangpun ahli keluarga mereka tahu tentang itu. Sementara Rafael hanya mengkhabarkan kepada Nadeen yang dia akan keluar daerah beberapa hari atas urusan kerja dan dipercaya bulat-bulat oleh Nadeen. Langsung dia tak curiga dengan Rafael. Selama beberapa hari itu, Nadeen aman dan tenang berada di rumah bersendirian. Sementara Rafael dan Lana sedang berbahagia menikmati bulan madu mereka.
Lana duduk di birai katil melihat ke arah Rafael. Usia perkahwinan mereka baru berjalan enam hari. Di benaknya mula muncul rasa ingin memiliki lelaki itu seutuhnya sebagai suami. Dia tak mahu terus bermadu. Apa cara sekalipun, dia akan singkirkan Nadeen dari hidup Rafael.
“Sayang, kenapa tak tidur?” tegur Rafael
“Raf, can I ask something?”
Rafael duduk kemudian menarik tubuh Lana ke dakapanya. Rambut Lana dibelai sambil menggenggam jemari Lana dan menanti apa yang ingin dikatakan oleh Lana.
“Nak tanya apa, sayang? Cakaplah.”
“Sampai bila awak nak simpan perempuan tu?”
“Nadeen? I don’t know, honey. Saya akan pastikan semuanya akan selesai secepat mungkin.”
“Saya nak pindah rumah awak!”
“Sayang, we can’t! Macam mana nak pindah kalau Nadeen ada dekat rumah tu? Awak sabar sikit masa lagi.”
“No! Saya akan pindah masuk kondo awak lepas kita balik nanti. Perempuan tu bukan siapa-siapa tau! Saya tak peduli! Awak pilih perempuan tu atau saya? Pilih sekarang!”
“Okay, fine! Awak boleh tinggal dekat rumah saya, but please, jangan ganggu Nadeen. Perempuan tu tak ada buat apa-apa salah.”
Lana hanya angguk dan tersenyum. Dia yakin Rafael takkan menolak permintaanya dan sekarang dia akan pindah ke rumah di mana Nadeen juga berada. Apa yang akan terjadi kepada Nadeen bila Lana tinggal bersama mereka?
NADEEN berlari anak bila mendengar bunyi loceng pintu. Kalau Rafael yang pulang, bermakna dia takkan kesunyian lagi walaupun mereka tak bercakap antara satu sama lain. Tapi sekurang-kurangnya Nadeen tahu bahawa ada orang lain bersamanya dalam rumah itu. Taklah dia keseorangan. Lagipun sudah seminggu Rafael tak pulang ke rumah. Langsung Nadeen tidak dapat menghidu perlakuan Rafael beberapa hari ini. Pintu dibuka dan Nadeen melihat Rafael di depan pintu lalu senyumanya tiba-tiba mati.
“Tengok apa? Tarik beg-beg ni masuk ke dalam!” arah Rafael
Terpinga-pinga Nadeen mengekori Rafael dan Lana dari belakang. Selepas meletakkan beg pakaian Rafael di bilik, Nadeen keluar semula dan melihat Rafael sedang bergurau senda dengan wanita yang asing Yang tak pernah dia jumpa sebelum ini. Nadeen menghampiri mereka dan berdiri di sebelah Rafael.
“Tercegat dekat situ buat apa? Tak nampak ada tamu? Buatlah air!” bentak Rafael
“Siapa perempuan ni?” Nadeen memberanikan diri bersuara
Mendengar pertanyaan Nadeen, Rafael membulatkan matanya sebagai isyarat agar Nadeen tak bertanya lagi. Tapi Nadeen yang tak puas hati, ternyata bertanya sekali lagi.
“Saya tanya, siapa perempuan yang tuan bawa masuk dalam rumah kita?”
“Kau cakap apa? Ulang lagi sekali?” kata Rafael yang mula terpancing amarahnya
Lana tersengih melihat tingkah Nadeen yang jelas tak puas hati dengan kehadirannya.apa lagi bila mendengar panggilan TUAN yang dibahasakan Nadeen kepada Rafael jelas membuatnya puas!
“Siapa perempuan ni?” kali ni suara Nadeen agak lantang dan jelas
“Isteri Rafael.” Jawab Lana tanpa menunggu Rafael menjawab pertanyaan itu
Nadeen memandang Lana dengan riak terkejut. Apa tidak bila tiba-tiba dia mendapat tahu yang suaminya ada isteri selain dia. Hal itu membuat Nadeen merasa maruahnya dipijak-pijak oleh Rafael. Tanpa berfikir panjang Nadeen menarik tangan Rafael dan mereka bertentangan mata. Rafael kemudian merentap kuat tanganya dari Nadeen.
“Awak ada isteri lain? Habis saya ni apa? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya dekat awak? Kenapa awak hancurkan hidup saya?” tanya Nadeen bertubi-tubi
“Diam! Kau cermin sikit diri kau tu! Aku tak pernah anggap kau isteri aku tau. Aku kahwin dengan kau sebab nak dapatkan harta papa aku. Kau dengar sini! Kau kena patuh arahan aku kalau nak bebas. Kalau tak, sampai mati kau takkan bebas! Jom sayang!”
Rafael memimpin tangan Lana di hadapan Nadeen tanpa rasa kasihan terhadap Nadeen. Apa yang harus Nadeen lakukan agar dia bebas dari Rafael. Untuk apa terudskan hubungan mereka kalau ternyata hanya dijadikan alat untuk mencapai matlamat Rafael semata-mata.
Pintu bilik terbuka dan Lana menghumban semua pakaian dan barang-barang Nadeen yang ada dalam bilik Rafael keluar. Dengan senyuman sinis dia memandang Nadeen.
“Tempat kau bukan di sini. Mulai sekarang, bilik ini milik aku dan suami aku. Faham! Masak sesuatu. Aku lapar!” perintah Lana seperti seorang ratu yang mengarahkan hambanya
Nadeen terkedu! Apa sebenarnya yang berlaku dalam hidupnya. Semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat. Hidupnya menjadi huru-hara kerana nafsu serakah orang lain. Seorang lelaki yang bergelar suami. Seseorang yang sepatutnya menjadi pelindung ternyata hanya mempergunakannya.
“Aku mesti jumpa Dato’. Aku tak mahu teruskan perkahwinan ni.”
Nadeen membuat keputusan untuk menemui Dato’ Syam dan juga Datin Maya untuk menceritakan apa yang berlaku dan ingin minta pembebasan agar dirinya tak diperalatkan lagi. Nadeen mengambil semua barang-barangnya dan memindahkannya masuk ke bilik sebelah dan kemudian dia keluar tanpa pengetahuan Rafael. Kalau Rafael tahu, sudah pasti dia akan jadi mangsa amarah Rafael. Dan dia tidak sebodoh itu.
Dia akhirnya sampai ke rumah agam milik Dato’ Syam. Dengan langkah kaki yang terketar dia melangkah masuk ke dalam rumah itu dan menemui bibik yang sedang membersihkan ruang tamu saat itu.
“Assalamualaikum, Bik.”
“Waalaikumsalam, Puan Muda. Datantg sendiri? Tuan Muda mana?”
“Bik, papa dengan mama ada?”
“Dato’ tak ada. Tapi Datin…”
Belum sempat Bibik menghabisan kata-katanya Datin Maya muncul dengan wajah yang bersahaja. Dengan isyarat mata sahaja bibik faham dan pergi dari sana. Sementara Nadeen masih berdiri di depan Datin Maya.
“Ada apa Nadeen datang ni?” tanya Datin Maya lembut
“Mama, Nadeen tak tahan lagi. Nadeen tak sanggup teruskan hubungan dengan anak mama.”
“Apa maksud kamu?”
“Anak mama ada isteri lain. Dia kahwin dengan Nadeen sebab ini permintaan papa. Dan semua ni sebab dia nak harta papa je! Bukan ikhlas pun dia kahwin dengan Nadeen! Nadeen nak bagitahu papa semua ni. Biar papa tahu rupa sebenar anak dia!”
Datin Maya yang mendengar kata-kata Nadeen segera menarik tangan Nadeen masuk ke bilik bacaan yang berada di tingkat atas. Tangan nadeen digenggan sangat kuat hingga Nadeen merasakan sakit pada pergelangan tanganya. Masuk sahaja dalam bilik bacaan tersebut, tubuh Nadeen ditolak hingga tersungkur di atas lantai. Datin Maya lalu mengunci rapat pintu tersebut dan memandang Nadeen dengan wajah menyinga.
“Bangun!”
“Mama…”
“Kau cakap apa tadi? Nak bagitahu Dato’?”
“Papa patut tahu belang anaknya! Rafael berkomplot dengan isterinya nak bolot harta papa, ma!”
Pap!
Bergema bunyi tamparan diwajah Nadeen. Terkejut dengan tindakan Datin Maya, Nadeen berpaling memandang Datin Maya yang tersenyum melihatnya. Dia langsung tak faham dengan sikap mereka anak-beranak.
“Kau nak bagitahu Dato’ untuk apa? Untuk hancurkan Plan aku? Kau fikir aku akan biarkan? Perempuan bodoh!”
Datin Maya merentap rambut Nadeen dan menariknya rapat ke wajahnya. Dia tak menyangka rencananya dapat terhidu begitu cepat. Nampaknya dia kena lakukan sesuatu agar harta suaminya segera dia dapatkan!
“Jadi, mama yang rancang semua ni? Untuk apa mama? Bukankah papa tu suami mama? Apa lagi yang mama nak? Semuanya papa dah bagi, apa yang kurang?”
“Mama? Aku tak pernah pun anggap kau ni menantu aku tau! Kau hanya sampah yang tak berguna! Aku takkan biarkan kau hancurkan rancangan aku.”
Nadeen menolak tubuh Datin Maya dan berlari ke arah pintu namun kakinya tersandung dihujung karpet menyebabkan dia terjatuh ke lantai. Deengan sigap Datin Maya berdiri dan mimijak kuat perut Nadeen hingga Nadeen tak mampu bergerak. Datin Maya menundukkan sedikit tubuhnya dan wajah Nadeen jadi sasaran tangannya.
“Ampun mama! Saya tak sanggup lagi! Lepaskan saya! Sampai bila mama dengan Rafael mahu siksa saya?”
“Sampai kau mampus! Aku beli kau bukan untuk jadi isteri anak aku tau! Tapi aku beli kau untuk gunakan kau. Kau tu hamba aku!”
“Beli?”
“Perempuan bodoh! Mak kau sendiri yang jual kau dekat aku. Mungkin sekarang mak kau tu dah berjoli dengan duit hasil jual kau. Kau dengar sini! Aku akan hantar orang untuk awasi setiap apa yang kau lakukan. Sekarang, aku nak kau balik rumah Rafael. Kalau kau berani ingkar, aku tak teragak-agak bunuh kau!”
Datin Maya menarik tisu di atas meja lalu mengesat darah di hujung bibir Nadeen dengan kasar. Pandangannya sangat menggerunkan. Nadeen tak ada pilihan lain selain menurut perintah Datin Maya. Dia dihantar pulang oleh pengawal peribadi Datin Maya dan sejak itu, setiap apa yang dia lakukan sentiasa diperhatikan. Dia langsung tak ada kesempatan mendekati Dato’ Syam.
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...