Bab 16
Dato’ Syam mengumpulkan ahli lembaga pengarah dan semua pekerja di dewan yang dikhaskan untuk mengumumkan sesuatu. Datin Maya yang mendengar khabar tersebut bingkas bangun kerana terkejut dengan perintah mengejut itu. Setengah jam kemudian, Dato’ Syam tiba dan masuk ke dalam dewan. Semua yang ada dalam dewan tersebut tertanya-tanya apa sebab Dato’ Syam adakan pertemuan itu.
“Ada apa dato’ panggil kami semua?” tanya salah seorang ahli lembaga pengarah
Dato’ Syam tersenyum kemudian mengisyaratkan agar Datin Maya datang dan berdiri di sebelahnya. Dengan bangga Datin Maya bangun dan berdiri berdampingan dengan suaminya itu. Terasa bangga berdiri di sebelah orang besar, Datin Maya mendongakkan sedikit kepalanya dan tersenyum.
“Tujuan saya memanggil kamu semua adalah dengan satu sebab. Kamu semua tahu, saya akan jadi datuk tak lama lagi. Dan dengan ini, saya umumkan saya akan bersara dan tempat saya akan digantikan oleh anak saya. Perlantikkan akan di buat dalam masa seminggu lagi.”
Semua yang ada terkejut. Namun tak ada sesiapa yang berani bertanya. Datin Maya memandang Rafael dan merekat tahu, saat itu sudah hampir. Mereka akan meraikan kemenangan tak lama. Rafael pula akan meraikan hari kebebasannya dan selepas itu, dia akan hidup aman dengan Lana.
Setelah semua orang bersurai, Datin Maya terus memeluk Dato’ Syam dan mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Rafael. Dato’ Syam mengusap kepala Datin Maya lalu tersenyum.
“Terima kasih abang, sebab percayakan Rafael walaupun dia bukan anak abang.” Kata Datin Maya
“Siapa lagi yang harus abang percaya. Hanya kamu berdua yang ada saat ini.” Balasnya
Datin Maya sembunyi senyum, ‘Tak lama lagi! Kau akan berada di kaki aku!’
Rafael pulang dengan perasaan gembira dan terus menemui Lana yang sedang bersandar di kepala katil. Tali leher dibuka lalu diampakkan ke lantai. Tubuh Lana di tarik lalu di peluk erat. Lan yang hairan terus menolak lembut tubuh Rafael.
“Awak ni kenapa? Happy semacam. Menang loteri?”
“Sayang, saya akan dilantik sebagai presiden menggantikan papa mulai minggu depan!”
“Oh. Ingatkan apa tadi.”
“Sayang tak happykah? Sayang, kalau saya jadi presiden, kita akan bebas dari mama. Kita pergi jauh dari sini dan tinggalkan semua yang ada di sini.”
Lana hanya tersenyum tipis. Langsung tak berminat mendengar berita tersebut. Apa yang dia tahu, dia sudah tak sanggup berpura-pura dengan semua ini. Layanan baik Dato’ Syam membuatnya serba salah. Bagaimana seorang isteri dan anak sanggup melakukan hal sekeji itu terhadap orang yang memberi mereka makan selama ini? Lana berdiri dan menuju ke almari pakaian lalu mencapai tuala dan diberikan kepada Rafael.
“Fikirkan balik apa yang awak dan mama awak nak buat. Ingat Raf, selama ni awak hidup mewah atas ihsan bapak tiri awak. Anjing pun setia dengan tuannya, kenapa awak nak khianat orang yang percayakan awak dan anggap awak anak sendiri?”
Rafael terdiam. Kata-kata Lana sangat tajam dan menusuk tembus ke jantungnya. Dia tahu apa yang dia buat salah, tapi demi kebahagiaanya dan Lana, seseorang perlu berkorban.
“Saya dah terlalu jauh terlibat dengan mama. Seseorang perlu berkorban untuk kebahagiaan kita.”
“Sampai bila awak akan bahagia? Hidup ni ibarat roda Raf. Tak selamanya awak di atas. Awak kena ingat, setiap apa yang awak lakukan, awak akan dapat balasannya.”
“Awak terlampau tengok drama, Lana. Ready for next week. Awak kena teman saya masa majlis perlantikkan tu.”
“Saya tak janji. Masa tu mungkin saya sedang bertarung untuk melahirkan zuriat awak. Kemenangan awak tak ada makna langsung pada saya.”
Lana keluar meninggalkan Rafael sendiri tanpa kata-kata. Sedar apa pun yang dia katakan takkan mengubah apa-apa Lana kini hanya pasrah akan nasibnya selepas ini. Nak di sesalipun semuanya sudah terlambat. Dia Cuma berharap, tuhan memberikan dia dan anaknya hidup yang bahagia selepas ini. Kalau bukan kerana Dato’ Syam terlalu baik kepadanya, sudah lama dia tinggalkan Rafael.
NADEEN menggelengkan kepalanya bila melihat bunga di atas mejanya. Tak faham lagikah Remy dengan penolakan Nadeen? Masih juga nak hantar bunga. Nadeen mencapai jambangan bunga tersebut dan berjalan ke bilik Remy. Pintu di ketuk sebelum Nadeen membuka pintu dan masuk ke dalam ruangan kerja Remy. Remy senyum melihat Nadeen pagi itu. Namun senyumannya berubah bila Nadeen melemparkan jambangan bunga tersebut ke atas meja.
“Saya dah cakap banyak kali saya tak suka Encik Remy hantar bunga dengan saya and please stop it! Saya tak suka lelaki yang terlalu memaksa saya. Dan saya takkan terima cinta Encik Remy. Lelaki semua sama! Mula-mula beri harapan, lepas tu mainkan perasaan perempuan. Faham tak?”
“Tapi saya tak ada hantar bunga hari ni?”
Jawapan Remy buat Nadeen menganga! Kalau bukan Remy, siapa pula yang hantar? Jadi tanda tanya tentang pengirim bunga tersebut. Nadeen terus membuka kad yang ada di jambangan tersebut dan membacanya. Dengan wajah yang serius Nadeen berjalan ke arah tong sampah dan mencampakkan bunga tersebut ke dalam tong sampah.
“Nadeen! Siapa yang bagi bunga tu!?”
Nadeen keluar tanpa menjawab pertanyaan Remy. Remy mengambil semula bunga tersebut dan membaca kad yang ada di situ. Dia mengerutkan dahinya dan tertanya siapakah lelaki yang mengirimkan Nadeen bunga tersebut. Dan kenapa Nadeen berkelakuan seperti itu hingga membuang bunga tersebut? Remy melihat semula kad yang ada di tangannya dan dia tahu, kad tersebut datang dari kedai bunga yang sama tempat dia selalu pergi.
“Siapa kau? Aku akan cari tahu.”
Nadeen duduk dengan dada berombak. Dia tak sangka Qash akan mengirimkan dia bunga. Untuk apa? Setelah melukakan hati Nadeen, kenapa sekarang mahu berbaik hati memberikan bunga? Nadeen teringat kembali ucapan Qash kerana perbezaan antara mereka berdua. Sungguh tak diterima akal. Ya memang dia seorang janda saat itu tapi dia janda suci yang tak pernah di sentuh!
“Kau ingat semudah itu aku nak maafkan kau? Hati aku ni luka berkeping-keping, ada kau pernah peduli? Sekarang datang nak buat apa?”
Sakit hatinya semakin membuak-buak. Hidupnya aman sahaja sebelum Qash muncul kembali. Sekarang rasa seperti badai yang melanda pantai. Seharian Nadeen moody kerana bunga yang Qash hantar. Remy yang melihat pun takut nak menegurnya. Sampai waktu pulang Remy tak berani bersuara untuk menghantar Nadeen. Jelingan Nadeen sahja sudah cukup menusuk jantung. Bayangkn kalau Nadeen berbicara saat itu. Naik seram Remy membayangkanya. Dengan laju dia memacu kenderaanya keluar dari perkarangan pejabat.
Sampai di asrama pekerja, sekali lagi Nadeen dikejutkan dengan sejambak bunga yang di letakkan di hadapan biliknya. Nadeen tahu itu pasti dari Qash. Dia ambil bunga tersebut dan masuk ke bilik. Nadeen membuka tingkap dan melemparkan bunga tersebut dari sana. Tak lama kemudian telefon Nadeen berbunyi tanda ada pesanan masuk. Nadeen segera melihatnya dan m3mbaca pesanan tersebut.
📩Hari ni buang, esok abang hantar lagi
Melopong mulut Nadeen tengok pesanan tersebut. Tiba-tiba dia rasa meluat. Dulu bukan main lagi menolak bagai. Masa Nadeen cinta gila dengan dia, sesuka hati dia patahkan hati Nadeen. Sekarang nak beromantis bagai, nak buat apa?
📩Maaf, saya ni sebatang kara. Tak ada saudara. Yang awak mengaku abang saya ni kenapa? Awak siapa?
Kali ini Qash tersenyum membaca mesej yang Nadeen balas. Tak kisahlah fikirnya. Nadeen balas pun dah alhamdulillah.
📩Bakal abang sayang awak. Muah!
Euww!! Nadeen rasa nak termuntah baca mesej Qash. Tak ingin dia nak ber’abang sayang’ dengan Qash. Nadeen klik butang off dan lempar telefonya ke atas tilam. Dia tak bodoh lagi nak hancurkan telefonnya.
‘Lelaki gila! Kau ingat senang-senang nak pujuk aku? Takkan makanlah!’
Qash ketawa sendiri bila Nadeen tak membalas pesanannya. Dia tahu mesti Nadeen sedang menahan sakit hati. Kalau pujuk takkan jalan punya. Lebih baik pancing dengan emosi.
“Awak akan datang sendiri jumpa saya,Nadeen. I am pretty sure! Awak tak tahan nanti, awak datanglah. Hahahaii!”
Qash kemudian memandu kenderaannya pergi dari sana. Dengan senyuman dibibir, dia merasa puas untuk kerja gila yang dia buat hari ni dan dia akan melakukannya selagi Nadeen tak datang berjumpa dengannya.
Sampai di rumah, Qash melihat Rafina sedang menunggunya di depan rumah. Wajahnya kelihatan serius dan Qash segera keluar dari keretanya. Entah apa yang terjadi pada Rafina, hingga wajahnya seperti itu.
“Fina, kenapa ni?”
Rafina memberikannya sekeping sampul dan Qash dapat agak isinya adalah kad jemputan. Kad tersebut di buka dan di baca.
“Siapa hantar?”
“Ma..ma.”
“Habis tu yang Fina buat muka macam tu kenapa?”
“Majlis tu adalah majlis perlantikan abang Raf sebagai presiden menggantikan papa.”
“So?”
“So?? Sepatutnya abang yang akan menggantikan papa. Abang nak biar je?”
“Malas nak fikir pasal tu, Fina. Abang tengah sibuk nak pikat kak Nadeen. Abang nak kahwin ni.” Kata Qash sambil tersengih-sengih
“Oh, wow! Sekarang baru sedar? Harap-harap abang tak terlambat. By the way, good luck! Hahaha!”
“Tak gunanya adik aku ni!”
Langsung Qash tak terkesan dengan perlantikan Rafael menggantikan ayahnya. Tapi memandangkan dia dan Rafina dijemput hadir sebagai tetamu, dia akan pergi dan akan pertahankan maruahnya. Kerana jika dia tidak hadir, bermakna dia kalah.
Mungkin dia takkan dapat berbuat apa-apa dengan keputusan ayahnya, tapi dia sudah bersedia dengan kemungkinan ayahnya akan dibuang dari empayarnya sendiri. Syarikat yang sudah dibangun dengan susah payah. Keringat yang tak henti demi untuk membangunkan syarikat itu. Hasil jerih payah ibunya juga. Kerana tanpa ibunya, tak mungkin Dato’ Syam akan berjaya dengan sempurna.
Qash memandang gambar ibunya yang tergantung di dinding. Apa pun terjadi, dia akan selamatkan ayahnya dan segala yang berkaitan dengan ibunya. Kerana dia tahu Dato’ Syam adalah orang yang paling ibunya cintai.
“Qash akan jaga papa, Qash janji.”
Rafina yang melihat abangnya itu merasa serba salah. Meskipun dia tak tahu apa yang terjadi antara ibunya dan ibu Qash, dia dapat meneka bahawa semuanya berpunca dari ibunya sendiri. Kalau Rafina sebagai anak kandungnya pun dia sanggup ketepikan, inikan pula hanya sahabat baik.
HANYA tinggal beberapa hari lagi majlis perlantikan akan berlangsung. Dato’ Syam kini sibuk menyelesaikan semua tugas-tugasnya sebelum menyerahkan jawatannya kepada penggantinya. Dia tahu, sudah saatnya untuk dia lepaskan semuanya. Dia sudah cukup berusia untuk terus menyibukkan diri dengan hal-hal dunia. Sudah tiba masanya dia mendekatkan diri dengan tuhan dan juga keluarganya. Andai satu saat dia menutup mata, takkan ada sesalan lagi kerana dia sudah memperbaiki segalanya.
“Dato’, ini dokumen yang Dato’ minta dan semuanya sudah lengkap dan sah di sisi undang-undang.” Kata setiausahanya
“Terima kasih, awak boleh keluar.”
Dato’ Syam meneliti dokumen tersebut dan tersenyum. Ini akan menentukan masa depan mereka yang dia sayangi. Dia yakin keputusannya kali ini tidak silap dan dia sudah bulat dengan keputusannya.
“Abang, sibuk?” Datin Maya tiba-tiba muncul di depan pintu
“Tak sangat. Kenapa?”
“Jom lunch. Dah lama tak keluar makan berdua.” Pelawa Datin Maya
“Okay, tunggu sekejap.”
Datin Maya tersenyum kemudian duduk di hadapan Dato’ Syam. Entah bagaimana matanya terpandang dokumen guaman di atas meja lalu dia menariknya dengan niat untuk membacanya. Dato’ Syam yang melihatnya terus menarik lembut dokumen tersebut lalu di masukkan ke dalam peti besi berkuncinya.
“Apa tu?”
“Dokumen.”
“Saya tahu itu dokumen. Tapi saya nampak itu dari firma guaman. Apa tu?”
“Tak penting. Jom! Abang dah lapar.”
Datin Maya hanya menurut. Dia merasa itu mungkin hanya sebuah dokumen yang tak penting. Dia mengekori langkah suaminya sebelum bergandingan keluar dari pejabat. Mereka layaknya sepasang kekasih yang tengah hangat bercinta. Sengaja Dato’ Syam berkelakuan romantis agar Datin Maya merasa selesa dan semakin mencintainya. Sungguh dia tidak tahu apa yang dirancang oleh isterinya itu di belakangnya.
PAGI itu, Qash bersiap awal kerana dia akan menghadiri majlis perlantikan presiden baru yang akan menggantikan ayahnya. Rafina yang merasa berat untuk pergi akhirnya terpaksa juga menurut kerana dia juga merupakan pewaris Dato’ Syam. Apalagi Datin Maya sudah menegaskan agar mereka wajib hadir!
“Fina, dah siap?”
Rafina mengangguk kemudian mereka berangkat menuju ke pelancaran majlis tersebut. Rafina Cuma berharap semoga tak akan terjadi perbalahan di majlis itu. Kerana dia yakin ibu dan abangnya pasti akan memancing emosi Qash.
Sementara di dewan serba mewah itu, semua ahli lembaga pengarah dan para tamu jemputan sudah pun berada di sana. Hanya menunggu Dato’ Syam dan juga Datin Maya. Beberapa saat kemudian, Qash dan Rafina tiba di sana dan bertembung dengan Rafael yang segak bertuxedo biru.
“Ingatkan kau tak datang. Maklumlah, hari ni kan perlantikkan aku. Sebab tu aku dah ingatkan kau, jadi anak jangan derhaka.”
“Aku datang sebagai tetamu. Aku tak datang mengemis harta dekat sini. Sebab aku tak kebulur dengan harta. Lainlah kau. Kena tanggung mak dan bini kau dengan mengharap harta papa aku.”
“Kau! But it’s okay. Kau nak kata apa pun, papa tetap tak pandang kau pun. Kau kan si tanggang!”
Selepas berkata seperti itu, Rafael terus berlalu. Rafina menggenggam erat tangan Qash cuba menenangkan abangnya itu. Tak lama kemudian majlis bermula dan Dato’ Syam naik ke pentas untuk berucap sebelum melaksanakan perlantikan presiden baru yang akan menggantikannya. Datin Maya bangga berdiri di sebelahnya. Rafael pula duduk di meja VIP kerana dia bakal di nobatkan sebagai presiden baru.
“Hari ini.. saya akan umumkan, bahawa saya akan bersara dan tumpukan perhatian dan masa saya untuk keluarga. Begitu juga dengan Datin Maya.”
Mendengar pengumuman itu Datin Maya memandang tajam ke arah Dato’ Syam kerana dia langsung tak berniat untuk bersara. Namun dia berdiam dan cuba berlagak tenang kerana tak ingin perlantikkan Rafael terganggu.
“Dan, anak saya akan menggantikan saya dan meneruskan legasi ini untuk terus maju dan memberi manfaat kepada semua pekerja.”
Rafael tersenyum lalu menoleh ke arah Qash. Dia menaikkan keningnya sambil tersenyum miring. Tapi Qash langsung tak terkesan. Dia hanya duduk menyaksikan ayahnya di atas pentas.
“Dengan ini, saya dengan berbesar hati, mengumumkan bahawa anak saya akan menggantikan saya bermula hari ini. Saya persilakan presiden kamu yang baru… untuk naik ke pentas dan menandatangani surat perlantikan”
Rafael berdiri dan membetulkan tuxedonya sambil menunggu namanya di panggil untuk naik ke pentas.
“Saya persilakan…”
Semua pekerja dan tetamu tertunggu-tunggu menyaksikan siapakah bakal presiden mereka yang baru.
“Anak lelaki saya, Qash Raezal!”
Saat itu juga senyuman dibibir Datin Maya dan juga Rafael mati. Mereka seperti tak menyangka Dato’ Syam akan umumkan Qash sebagai penggantinya.
“Abang, abang ni waraskah atau abang mabuk? Qash?” bisik Datin Maya
“Saya waras dan saya tahu siapa lebih berhak. Jangan risau, saya takkan tarik apapun kemudahan yang kamu berdua ada sekarang.”
Datin Maya melangkah pergi dari pentas kerana merasa diperbodohkan. Apa lagi Rafael, kesombongannya membuatnya mmemalukan dirinya sendiri. Sementara Qash kini tersenyum. Dia sudah tahu dari awal kerana Dato’ Syam sudah menemuinya beberapa hari sebelum Datin Maya memberikannya kad jemputan. Qash berdiri di depan Rafael dan memandangnya.
“Kau kena sedar siapa kau? Aku anak kandung Dato’ Syam. Kau?”
Rafael membalas pandangan Qash dengan rasa geram. Dia dipermalukan dihadapan ramai orang. Semua pekerja tahu yang jawatan itu akan diberikan pada Rafael tapi hari ini, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa yang akan berlaku selepas ini? Kenapa Dato’ Syam berubah fikiran?
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...