part 22

858 16 0
                                    

BAB 22


Nadeen pergi menemui Remy kerana dia berfikir Remy harus tahu siapa dia dan apa masa lalunya. Dia tak mahu memula sesuatu hubungan dengan kebohongan. Walaupun dirinya masih suci tapi tetap sahaja dia seorang janda. Nadeen berdiri di depan pintu bilik Remy yang tiba-tiba sahaja terbuka.
“Sayang, kenapa?”
“Awak, saya ada hal nak cakap dengan awak.”
“Sorry sayang, sekarang tak boleh. Saya busy sangat. Nanti kita cakap, ya? Saya pergi dulu.” Balas Remy kemudian pergi tergesa-gesa.
Nadeen hanya mengeluh. Begitulah terjadi setiap kali Nadeen ingin berterus-terang sehinggalah hari yang dinantikan tiba.  Tinggal sehari lagi Nadeen dan Remy akan di ijab Qabulkan dalam sebuah ikatan suci sebagai suami isteri. Tapi Nadeen masih belum dapat memberitahu hal sebenar dengan Remy.
Nadeen cuba untuk memberitahu Remy dari telefon malam itu tapi Remy masih juga sibuk menyiapkan kerjanya sebelum bercuti. Nadeen hanya berharap agar Allah mempermudahkan urusan mereka selepas ini. Dia sudah berusaha dan tetap juga tidak dapat peluang. Mungkin Allah menginginkan yang lain.
Inai dijari di pandang. Kemerahan dan sangat indah ditanganya. Nadeen tersenyum. Dia akan memulakan hidup baru selepas ini dan dia tak akan biarkan masa lalu menghantuinya kerana Remy adalah pilihan yang terbaik. Nadeen kemudian memejamkan matanya dan berharap esok berlalu dengan cepat.
Sementara Qash tak lena tidur selepas menerima jemputan VIP dari keluarga Remy. Sudah pasti hatinya bagai disiat-siat melihat nama Nadeen berada di sebelah nama lelaki lain. Kalau dia tak hadir bermakna dia lemah. Kalau hadir, dia harus menyiapkan dirinya untuk melukai hati sendiri melihat wanita yang dia cintai menjadi milik orang lain.
“Kenapa Ya Allah! Kenapa kau takdirkan aku harus kehilangan semua wanita yang aku cintai? Dulu mama, sekarang Nadeen. Aku tahu aku banyak berdosa. Tak layakkah aku untuk merasa bahagia?”
Qash menangis di dalam sujudnya. Dia banyak berubah setelah mengenali Nadeen. Untuk melupakan Nadeen itu adalah mustahil. Tapi merelakan Nadeen itu juga tidak mungkin. Sepanjang malam Qash berjaga dan membayangkan Nadeen di pelukan lelaki lain.  Begitu sakit apa yang dia rasakan saat ini.
Pagi menjelang tiba dan Nadeen sudah siap membersihkan dirinya. Mak andam sudah sedia untuk menyolek sang pengantin namun tak ada garis bahagia di wajah Nadeen. Mungkinkah kerana stress ataupun berdebar. Atau mungkin kerana hal lain yang hanya hatinya seorang yang tahu. Majlis nikah di adakan di sebuah hotel lima bintang yang sangat mewah. Para tetamu sudahpun berada di dalam dewan. Hanya menunggu ketibaan raja sehari.
Pelamin mewah bertemakan taman syurga sangat indah terlihat dan di atas sana kelihatan Nadeen sedang duduk di apit para dayang-dayang. Hatinya begitu gementar menanti kedatangan Remy. Sesekali inai dijari dipandang dan dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Juru nikah sudah sedia menanti. Dari jauh kelihatan Remy masuk dan di iring kompang. Namun Nadeen hairan kerana Remy berjalan menuju ke arahnya bukan ke arah juru nikah. Nadeen terus berdiri bila Remy tegak di hadapanya.
“Awak…”
“Kenapa? Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak ni dah pernah berkahwin?”
Bagai di sambar petir, Nadeen benar-benar terkejut dengan pertanyaan Remy. Dari mana Remy tahu semua tu? Qash??
“Awak, saya dah banyak kali nak bagitahu awak tapi awak asyik busy. Sumpah! Saya memang nak bagitahu awak semua ni.”
“Tapi awak tak bagitahu pun. Awak boleh text saya kalau awak betul-betul nak bagitahu. Tapi memang dasar perempuan mata duitan, awak dengan perempuan lorong tu sama je!”
“Remy!”
Semua terkejut bila melihat Nadeen menampar bakal suaminya di atas pelamin. Ada yang mula merakam setiap babak dan sudah mula terdengar suara sumbang.
“Awak ingat saya tak tahu siapa bekas suami awak? Orang kaya raya kan? Sanggup awak jual diri asalkan awak hidup senang! Perempuan murah!”
Buk!
Remy tersungkur jatuh ke lantai bila tiba-tiba seseorang menumbuk tepat dibibirnya. Remy mengesat darah di hujung bibirnya dan melihat Qash dengan wajah yang menyinga.
“Huh! Hero kau dah sampai. Tak hairanlah sebab kau dah tidur dengan dia kan?”
Qash maju ke depan tapi Nadeen menahannya dan menghalang Qash dari terus memukul Remy.
“Qash! Cukup!”
“Cukup apa? Dia hina awak tau. Awak nak saya diam? Dia siapa? Dia kenal awakkah? Cukup kenal?”
Remy berdiri kemudian memandang Qash dan Nadeen. Mendidih hatinya kerana dia tahu ada sesuatu antara mereka berdua.
“Sampai bila kau nak perbodohkan aku, Nadeen? Kau bawa perempuan ni berambus dari sini! Aku tak nak tengok muka korang.” Arah Remy kepada Qash
“Awak…”
“Kau boleh pergi mampus! Pergi!”
Remy menumbuk meja kaca sehingga pecah. Tangannya berdarah langsung dia tak terasa sakit. Apa yang lebih sakit adalah di khianati oleh wanita yang sangat dia cintai.
“Awak, saya memang janda. Saya memang dijual. Saya mangsa dera suami dan mertua saya. Tapi saya tak pernah tipu awak. Awak kata awak cintakan saya tapi awak hina saya. Kalau awak nak tahu hal sebenar awak tanya saya bukan dengar cerita dari mulut orang yang tak sukakan saya. Sebab dia tak ada dalam kasut saya.” Kata Nadeen kemudian berjalan keluar
Airmatanya seakan sudah kering dengan drama hidupnya yang penuh dengan airmata. Tiba-tiba tanganya di tarik dan Nadeen menoleh tapi tak menolak ajakan Qash untuk kembali ke depan Remy. Qash terus menarik lembut tangan Nadeen dan berkata di hadapan semua tamu.
“Kahwin dan jadi isteri abang. Abang janji, tak akan ada sesiapa yang akan menyakiti Nadeen lagi.”
Nadeen hanya senyap. Tak mengiyakan atau menidakkan. Remy tersenyum sinis melihat drama itu lalu bertepuk tangan menutupi api yang kian marak dihatinya. Melihat penghinaan dari Remy, Nadeen terus berjalan ke depan juru nikah.
“Nikahi saya kerana diri saya. Bukan kerana masa lalu saya. Kalau abang boleh terima semua tu, saya akan jadi isteri terbaik untuk abang.”
Qash tersenyum terus duduk di hadapan kadi untuk menikahi wanita kesayangannya itu. Belum sempat dia melafazkan akad, Sandy muncul ditengah-tengah mereka dan menghalang pernikahan itu.
“Qash! Awak tak boleh nikah dengan perempuan ni. Tak cukupkah awak dah rosakkan saya? Tak cukupkah saya untuk awak? Macam-macam saya buat untuk awak Qash.”
Namun Qash tak mengendahkan kata-kata Sandy. Dia memandang Nadeen lalu berkata kepada Nadeen, “ Nadeen terima masa lalu abang?”
“Dengan ikhlas, saya tak pandang masa lalu abang. Saya dah penat berdrama. Saya cuba sakitkan hati abang selama ni. Saya ingatkan, bila saya memilih Remy, saya akan dapat cinta dari lelaki terbaik. Tapi saya silap, Remy sama dengan lelaki lain.” Balas Nadeen menjeling ke arah Remy
Hanya sekali lafaz sahaja, Nadeen sah menjadi isteri Qash Raezal. Bersaksikan semua orang, Qash membuktikan yang cintanya tulus tanpa syarat. Sandy meraung menangis meronta-ronta kerana diperlakukan seperti tak pernah wujud oleh Qash.
“Sampai hati awak Qash. Saya buat semua ni untuk halang Nadeen berkahwin dengan Remy. Tapi kenapa awak pula yang kahwin dengan perempuan ni!”
“Apa kau cakap ni? Kau cakap apa ni!” bentak Remy ketika mendengar kata-kata Sandy
“Aku sengaja marakkan api antara kau dengan Nadeen sebab aku benci Nadeen. Aku tak nak dia bahagia!”
“Tak mungkin! Nadeen!”
Nadeen berdiri di sebelah Qash dan memeluk lengan Qash sambil tersenyum. “Saya dah kata, jangan dengar cerita dari orang yang tak suka saya. Syukur, saya nampak diri awak sebelum berkahwin dengan awak.”
“Nadeen semua ni rancangan jahat perempuan tu. Saya tak salah!”
Qash menepis tangan Remy dan menyentuh bahu Remy perlahan. “Hidup ni bukan untuk puaskan hati sendiri. Ada hati yang lebih terluka bila kita hanya tahu puaskan hati kita. Stay away from my wife!”
Qash memimpin tangan Nadeen keluar dari hotel tersebut dan terus ke asrama pekerja tempat tinggal Nadeen untuk mengambil semua barang-barang Nadeen. Sepanjang jalan Nadeen hanya diam. Qash juga tak bersuara hanya menggenggam erat jemari Nadeen.
Sampai sahaja di rumah, Nadeen terus masuk ke biliknya dan menguncikan pintu. Qash hanya berdiri dan membiarkan Nadeen untuk bersendiri. Tak perlu terburu-buru. Nadeen sudah sah menjadi isterinya. Dia hanya perlu perbaiki hubungan mereka berdua.
Nadeen menangis semahunya. Kenapa dia selalu bernasib malang dalam perkahwinan. Perkahwinan pertama gagal dan setelah hampir berkahwin kali ke dua, dirinya jadi hinaan dan tohmahan lelaki yang dia anggap terbaik untuknya. Dia melihat jarinya yang masih merah.
“Aku tak tahu, berapa banyak kali aku harus terluka untuk dapatkan kebahagiaan.”
Qash menghubungi ayahnya untuk menyampaikan khabar sebelum dia mengetahuinya dari khabar angin. Walaupun ada sedikit perasaan takut, tapi dia merasakan kali ini dia harus pertahankan Nadeen.
“Assalamualaikum, papa.”
“Waalaikumsalam.”
“Pa, Qash nak cakap…”
“Tahniah. Bahagiakan Nadeen. Papa dah tahu semuanya.”
“Thank you, pa. Saya cuti sementara waktu. Papa handle office.”
“Okay. Good luck, son!”
Syukur Dato’ Syam memahami apa yang berlaku. Tidak perlulah Qash menerangkan panjang lebar. Sekarang Qash harus memikat hati Nadeen semula dan buat Nadeen lupa dengan semuanya yang telah dia lalui. Hari-hari hitam itu harus lenyap dari ingatan Nadeen.
Dato’ Syam menarik nafas lega. Akhirnya dia dapat melunaskan hutang dengan Nadeen. Dia yang menarik Nadeen ke dalam kancah kehidupan yang hitam kerana terlalu percaya dengan isterinya dan juga Rafael. Baru sahaja dia bersandar, Rafina masuk tanpa melihat ke arahnya.
“Fina…”
“Papa. Ada apa?”
Rafina berjalan mendekati Dato’ Syam. Dia semakin biasa dengan kehidupannya. Mereka berdua semakin rapat dan Rafina sudah mula melupakan kepahitan kenyataan sebenar hidupnya. Sampai bila mahu diitakuk lama? Sampai bila mahu menyalahkan takdir? Kenapa tidak jalani kehidupan dan kejar kebahagiaan? Akhirnya Rafina sedar, dia diberi nikmat hidup bersama Dato’ Syam sebagai ayahnya sejak lahir kenapa mahu menafikan hak?
“Fina dari mana?”
“Baru habis kelas.”
“Ada dengar khabar abang Qash?”
“Kenapa dengan abang?”
“Dah kahwin.”
“Apa? Seriously?”
“Yup! Dengan Nadeen.”
“Alhamdulillah. Berjodoh juga mereka berdua. Syukurlah abang sedarkan, papa. Kak Nadeen tu sebaik-baik perempuan yang Fina pernah kenal.”
Dato’ Syam mengusap kepala Rafina kerana anak perempuanya itu beefikiran matang jauh dari usianya. Satu persatu hutangnya dengan manusia mula terbayar. Matanya mula terbuka selama ini dia hanya dipergunakan. Dia akan menebus dosanya dengan membahagiakan anaknya agar arwah Aisyah juga memaafkannya.
“Fina ada jumpa mama?”
Rafina menggeleng tanda dia tak pernah bertemu dengan ibunya. Dato’ Syam kembali mengusap lembut rambut Rafina. Dia tahu anaknya itu menyimpan kecewa dalam hatinya.
“Yalah. Fina masuklah. Lepas tu teman papa makan.”
Rafina masuk ke bilik dan melemparkan begnya ke atas meja lalu dia duduk sambil memandang gambar ibunya yang masih terletak di atas meja. Keluhan berat kedengaran lalu Rafina mencapai gambar tersebut.
“Mama, Fina dah maafkan mama. Fina dah lupakan semuanya. Apa yang Fina rasa tak sebanding sakit mama mengandung dan melahirkan Fina. Fina Cuma minta satu, berubahlah. Fina sayangkan mama.”
Rafina memeluk gambar Maya dengan airmata yang bergenang ditubir matanya. Mana mungkin dia membenci ibunya yang telah melahirkannya. Mungkin dia lahir pada saat yang salah. Di saat dendam membara dalam hati Maya menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan.
“Kalau mama minta Fina ikut mama, Fina janji Fina akan turuti semua keinginan mama.”
Apa akan terjadi selepas ini? Rafina yang sangat merindui ibunyaRafina yang sangat merindui ibunya dan ingin bertemu dengan ibunya. Namun sebaliknya Maya ingin menjadikan Rafina kambing hitam untuk membalas dendamnya. Apa kesudahan mereka? Akankah tamat sebuah kisah atau berlangsung panjang dengan konflik dan juga dendam?

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now