Bab 15
Qash terduduk di atas katil Nadeen. Tiba-tiba dia rasa sangat kehilangan dan menyesal. Tapi mungkin ini adalah yang terbaik untuk mereka berdua. Nadeen berhak hidup bersama orang lain. Qash melihat baju Nadeen yang bersangkut dalam almari. Ternyata ada sepasang baju yang masih tinggal di sana. Qash mengenang kembali saat pertama kali dia menemui Nadeen dalam keadaan yang sangat lemah. Baju itu meninggalkan banyak kenangan antara mereka berdua.
“Aku harap kau akan bahagia di sana, Nadeen. Tapi kenapa? Kenapa aku rasa sakit ini lebih sakit dari masa ibu tinggalkan aku? Tak mungkin aku cintakan dia. Tak!”
Qash berdiri dan keluar dari bilik Nadeen. Sejak hari itu, bilik Nadeen dikunci dan tak pernah di buka-buka. Qash langsungb tak ada niat untuk mencari Nadeen atau menghubunginya meski Nadeen tak pernah tukar nombor telefon. Dia cuba untuk melupakan segalanya. Selama ini dia cukup tabah terima segalanya, dan kali ini dia yakin dia akan mampu.
Beberapa bulan telah berlalu, Rafael dan Lana sudah pun tinggal bersama Dato’ Syam namun Dato’ Syam masih belum memutuskan untuk melantik Rafael menggantikannya menjadi presiden. Datin Maya semakin hilang sabar kerana Dato’ menangguhkan perlantikkan rasmi Rafael. Dia sudah tidak sabar untuk membuang Dato’ Syam dari empayarnya sendiri.
“Hari ni saya checkup, awak tak nak ikut?”
“Sayang, hal remeh macam ni pun awak nak saya ikutkah? Ajak je bibik temankan awak. Saya banyak kerja nak buat dekat office tu.”
“Okay. Saya pergi seorang.”
Lana yang berkecil hati dengan sikap Rafael yang terlalu mementingkan kerja dari dirinya terus berlalu keluar dan mengusap lembut perutnya. Rafael keluar terus masuk ke dalam keretanya meninggalkan Lana tanpa mengucup mesra isterinya itu. Dato’ Syam yang melihat Lana terus menghampirinya.
“Menantu papa nak ke mana ni?” tanya Dato’ Syam
“Nak checkup hari ni. Ingatkan nak ajak Rafael untuk lihat jantina baby, tapi…”
“Kalau papa dia tak pergi, biar atok yang pergi teman. Lana jangan fikirkan sangat. Mari papa hantar Lana.”
“Terima kasih papa.”
Datin Maya memerhatikan suami dan menantunya berangkat bersama. Dia tersenyum sinis. Dia yakin, selepas Lana melahirkan anaknya, Dato’ Syam akan bersara dan habiskan masa untuk keluarga. Tinggal berapa bulan sahaja lagi penantianya akan berakhir. Selepas itu dia pun turut berangkat ke pejabat.
BUNGA ros merah terletak indah di atas meja kerja Nadeen. Naik bosan Nadeen bila setiap hari harus menerima bunga dari orang yang dia tak kenal. Setiap hari Nadeen akan sedekahkan bunga-bunga tersebut dengan rakan sekerjanya. Selepas Nadeen keluar dari rumah Qash, dia mendapat pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat yang kebetulan menyediakan asrama untuk pekerja yang tak mempunyai tempat tinggal.
Nadeen sebenarnya tahu siapa yang setiap hari memberikannya bunga, tapi dia sudah tak ada hati untuk bercinta selepas cintanya ditolak oleh Qash. Mungkin suatu saat nanti hatinya akan terbuka, tapi bukan untuk saat ini.
“Nadeen, sudah lunch?” tanya boss tampan sang pengirim bunga untuk Nadeen
“Sudah, boss.” Balas Nadeen
“Jom teman saya makan. Sekarangkan waktu rehat.”
“Encik Remy, saya ada banyak kerja.”
“Sekejap je. Jom!”
Remy menarik tangan Nadeen mengikutinya untuk makan tengah hari. Sebenarnya Nadeen baru sahaja hendak keluar. Tapi memandangkan Remy mengajaknya, di terpaksa berpura-pura sudah makan. Namun sangkaan Nadeen meleset bila Remy menarik tanganya hingga masuk ke dalam kereta. Hendak di tolak, segan pula. Akhirnya dia terpaksa akur walau tak rela.
Remy tersengih-sengih melihat Nadeen yang kaku di sebelahnya. Dia memandang tangannya yang tadi memegang tangan Nadeen. ‘Bukan selalu bertuah ni.’ Bisik hati Remy sambil terus memandu. Sampai sahaja Remy terus memesan makanan sementara Nadeen hanya memesan minuman. Tuhan saja yang tahu betapa berkeroncong perutnya saat itu. Apa lagi melihat makanan yang Remy pesan. Rasa menyesal pula menolak pelawaan Remy untuk pesan makanan tadi.
Nadeen menghirup minumannya perlahan sambil matanya memandang ke luar. Tiba-tiba Remy memanggilnya dan menyuakan makan ke mulut Nadeen. Terkejut Nadeen dan dia menolak dengan lembut.
“Saya dah kenyang, boss.”
“Nadeen, kita dekat luar officekan, tak payah formal sangat. Saya tahu, awak tahu siapa yang hantar bunga dengan awak selama ni kan? Let’s be friend?”
“Memandangkan boss dah cakap pasal ni, jadi biar saya terus terang, sebenarnya…”
Nadeen tiba-tiba berhenti bercakap bila matanya saat itu sedang bertentangan dengan seseorang yang sudah melukakan hatinya. Tak sangka yang mereka akan bertembung di situ. Apalagi bila Nadeen melihat Sandy memaut lengan Qash. Luka lama sepertinya berdarah kembali. Jujur dia masih belum dapat lupakan atau lebih tepat dia tak pernah pun mencuba untuk melupakan Qash.
“Sebenarnya??” remy sedang menunggu jawapan Nadeen
Nadeen tersenyum manis memandang Remy lalu berkata, “saya suka awak beri saya bunga setiap hari. Saya tak pernah jumpa lelaki semromantis awak. Thank you.”
Sungguh, itu bukanlah apa yang ingin Nadeen katakan tapi memandangkan Qash ada di situ , dia tak boleh kelihatan lemah. Dia akan tunjukkan yang dia sudah lupakan Qash dan teruskan hidup jauh lebih baik. Saat dia bercakap, matanya memandang ke arah Qash dan dia melihat Qash tersenyum dihujung bibirnya sebelum melangkah keluar dengan mengganding tangan Sandy.
Selepas Qash keluar, Nadeen kembali senyap dan tak bersuara. Perasan perubahan sikap Nadeen buat sukar untuk memahami Nadeen. Nadeen banyak berdiam sejak bertemu dengan Qash. Sementara Remy masih memberikan Nadeen bunga setiap hari.
SANDY melemparkan beg tangannya dan menghumban tubuhnya ke atas tilam. Sakit hatinya bila rayuannya selalu di tolak oleh Qash. Cukup lama sudah dia cuba untuk memujuk Qash tapi masih juga gagal menambat semula hati kekasihnya itu. Bukan tak ada lelaki lain yang mahukannya, tapi dia hanya mahukan Qash. Seburuknya dirinya, dia juga mahukan seorang lelaki yang baik dan mampu menjaganya.
“Apa lagi kau nak aku buat, Qash? Dah macam cara aku pujuk kau, tapi kau tetap tak nak bagi aku peluang. Semua sebab orang gaji tu kan? Kau sanggup tolak aku sebab perempuan tak ada apa-apa tu? Gilakah? Hey! Kau ingat aku nak mengalah?”
Sandy merasa Nadeen adalah punca kenapa cintanya di tolak oleh Qash. Sandy akan buat sesuatu untuk buktikan dia lebih layak untuk Qash. Dia takkan biarkan Nadeen untuk merampas apa yang harus jadi miliknya. Dia merasa tergugat dengan kehadiran Nadeen tadi.
QASH meraup wajahnya dan melihat Nadeen turun di hostel pekerja. Sejak tadi dia mengekori ke mana Nadeen pergi. Sudah beberapa bulan dia mencari Nadeen, tapi sekali pun dia tak pernah cuba untuk menghubungi Nadeen. Selepas dia melihat Remy pergi, Qash mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Nadeen yang masih berada dalam buku telefonya. Dia melihat Nadeen menjawab panggilannya. Kedengaran suara Nadeen di hujung talian.
“Hello.”
“Nadeen…”
Nadeen sangat kenal suara itu. Dia berdiam sebelum mematikan panggilan tersebut. Qash melihat Nadeen bersandar pada dinding tembok asrama. Qash membuka pintu kereta tapi langkahnya terhenti bila dia lihat Nadeen masuk ke dalam asrama. Dia hanya mampu melihat Nadeen dari jauh. Mungkin belum saatnya dia bertemu dengan Nadeen
Qash memandu pergi dari sana. Dia tertanya-tanya, siapakah lelaki bersama Nadeen tadi? Begitu cepat Nadeen berubah hati? Dia melihat antara Nadeen dan lelaki itu seperti ada sesuatu. Dari pandangan lelaki itu jelas dia ada perasaan istimewa kepada Nadeen.
“Semudah itu perasaan kau berubah? Aku nak kisah apa? Bukan aku yang tolak Nadeenkah sebelum ni?” bebel Qash sepanjang jalan
Qash sedar,
Qash sedar, dia yang menolak cinta Nadeen, tak wajar untuk dia simpan apa-apa perasaan lagi. Bukankah itu keinginan dia? Melihat Nadeen bahagia dengan hidupnya. Tapi hati takkan mungkin menipu tuannya. Qash diserang rasa cemburu. Namun sekuat mungkin dia menepis perasaan itu.
Qash memandang telefonnya yang berdering. Nama Senah terpapar di skrin. Dia naik bosan melayan Sandy yang tak pandai faham bahasa. Sudah berkali-kali Qash menjelaskan antara mereka takkan mungkin kembali bersama. Tapi Sandy tetap mengejarnya dan merayunya.
Sandy melemparkan telefonnya hingga jatuh berkecai di atas lantai. Sakit hati dibuat seperti tak wujud oleh Qash. Semakin bertambah bencinya terhadap Nadeen kerana semua ini berlaku kerana Nadeen. Langsung dia tak lihat kesalahan diri sendiri.
“Kau tunggu perempuan! Aku takkan berhenti selagi tak lihat kau jatuh! Qash akan bencikan kau dan akan pilih aku. Aku!”
Sandy mengepul tangan kanannya menahan amarah yang kian membara. Apa rancangan jahat Sandy terhadap Nadeen? Hanya Sandy yang tahu.
QASH hilang fokus dengan pekerjaannya. Mesyuarat yang di jalankan tidak selancar selalunya. Fariz memerhatikan Qash. Sejak beberapa hari lalu sahabat baiknya itu seperti ayam berak kapur sahaja. Termenung, hendak di ajak lepak pun susah. Fariz menggelengkan kepalanya. Dia menyentuh bahu Qash kemudian duduk di depan Qash.
Qash hanya memandangnya sekilas lalu pandangannya kembali ke arah tingkap. Fariz kemudian berdiri dan menutup tabir tingkap tersebut dan duduk di atas meja sambil memandang Qash.
“What? Kali ini apa pula yang mengganggu fikiran kau ni? Kalau pasal Senah, aku tak rasa kau seteruk ini.”
Qash menarik nafas dan berkata, “Nadeen.”
“That girl? Yang kau selamatkan tu?”
“Ya, siapa lagi?”
“Bukan kau dah tolak diakah? Why now?”
“Aku terjumpa dia baru-baru ni. Sejak hari tu, aku tak boleh fokus. Aku tak tahu kenapa, tapi aku asyik teringat dekat dia.”
Fariz ketawa. Lelaki yang selama ini keras telah jatuh cinta! Qash hairan melihat sahabat baiknya itu ketawa terbaha-bahak. Entah apa yang lucu sangat dengan apa yang dia luahkan.
“Kau dah kenapa? Aku buat lawakkah?”
“Tak, tapi kenapa kau bodoh sangat eh?”
“Maksud kau?”
“Kau dah jatuh cinta dengan perempuan yang kau tolak, bro! sedar atau tak, kau dah jatuh cinta!”
Qash terdiam! Mungkinkah benar dia dah jatuh cinta? Dengan Nadeen? Kenapa baru sekarang dia tersedar? Setelah Nadeen berjaya lupakan dia dan lupakan segalanya. Ternyata dia tidaklah sebijak mana. Qash berdiri dan berjalan beberapa langkah ke arah tingkap. Kemudian dia berpaling memandang Fariz.
“Kau rasa, apa aku patut buat sekarang?”
“What? Really kau tak tahu nak buat apa, bro?”
“Aku memang tak tahu. Kalau aku tahu, aku tak tanya kau.”
“Go and get her!”
“Dia dah ada pengganti aku, Riz. Takkan aku nak cantas macam tu je.”
“Belum sah milik orang lain pun. Kalau aku jadi kau, aku akan bersaing. Be a jantan,bro! Qash, kebahagiaan ni bukan senang nak dapat. Kalau dapat peluang, jangan lepaskan.”
Qash angguk. Kebenaran kata-kata Fariz mula membakar semangatnya untuk mendapatkan Nadeen. Kalau dulu mungkin dia tak perlu bersusah-payah, sekarang dia kena pikat Nadeen semula. Memikat hati yang pernah terluka takkan semudah melukai hati. Qash perlu sabar dan berusaha untuk mendapatkan Nadeen semula.
“Aku akan dapatkan dia, Fariz!”
REMY bersandar pada pintu keretanya sambil menunggu Nadeen keluar dari pejabat. Beberapa orang pekerjanya mula berbisik-bisik kerana Remy sering menunggu Nadeen. Sedangkan ada ramai lagi pekerja lain yang berpagkat dari Nadeen yang hanya kerja sebagai kerani biasa. Mula ada yang cemburu dan dengki dengan Nadeen hingga ada yang berkata bahawa Nadeen jual diri kerana Remy anak orang kaya.
Nadeen yang mendengar gosip-gosip tersebut mula tak senang hati. Dia tak mahu nama baiknya tercemar hingga maruahnya dipertikaikan. Tak ada sedikit pun terniat dalam hatinya untuk memikat Remy. Tapi Remy yang sering mengejarnya hingga menjadi buah mulut orang lain.
“Nadeen, jom saya hantar balik.” Kata Remy mempelawa Nadeen
“Encik Remy, saya boleh balik jalan kaki. Bukannya jauh pun.” Balas Nadeen dengan keluhan kecil
“Saya ada hal nak cakap.”
“Encik Remy nak cakap apa? Cakap sekarang. Saya penat, saya nak rehat.”
“Kita pergi minum?”
Mendengar pelawaan Remy, Nadeen terus angkat kaki pergi dari situ. Dia dah agak, itu hanya alasan Remy untuk mengajaknya keluar. Sudah cukup isu hantar bunga setiap hari jadi buah mulut pekerja lain, Nadeen dah tak tahan dengar cemuhan orang.
“Nadeen, tunggulah. Kenapa dengan awak ni? Sikap awak berubah-ubah. Kejap awak layan saya dengan baik. Kejap lagi awak macam ni, dingin. Saya ada kekurangan apa-apa tak? Awak nak saya buat apa supaya awak balas cinta saya ni.”
“Encik Remy, saya dah naik rimas tau dengan Encik Remy ni. Saya bukan macam perempuan lain. Saya lain!”
“Lain apanya? Saya nampak sama saja.”
“Saya tak sama dengan perempuan-perempuan yang Encik Remy kenal dekat luar tu! Saya tak suka lelaki…” belum habis kata-kata Nadeen, Remy terus mencantasnya
“Tak suka lelaki? Kenapa, awak lesbian?”
“That’s it! I am lesbian! Saya tak suka lelaki. Faham tak? Stop hantar bunga dekat saya sebab saya takkan cair!”
Remy hanya terlopong mendengar penjelasan Nadeen. Seperti tak percaya dengan apa yang di dengarnya. Remy menampar pipinya agar dia terbangun dari mimpi dan ternyata dia tak bermimpi.
“Betulkah? Nadeen… lesbian? Tak mungkin. Dia mesti kenakan aku ni.”
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...