Bab 9
Rafael mengerahkan beberapa orang upahannya agar mencari Nadeen sampai dapat. Sangat berbahaya jika dia terus membiarkan Nadeen bebas diluar kerana Nadeen boleh sahaja menemui Dato’ Syam dan mendedahkan segalanya. Sementara Datin Maya belum tahu tentang kehilangan Nadeen. Rafael risau akan keselamatan Lana jika ibunya tahu tentang apa yang berlaku. Lana akan jadi mangsa untuk Datin Maya melepaskan amarah. Dia sangat kenal ibunya. Dan dia akan melindungi Lana walau harus mengorbankan Nadeen.
“Awak, Nadeen mana?kenapa tak ikut balik sini?”
“Perempuan tu dah lari. Sekarang ni, saya nak awak kemaskan pakaian awak dan pergi ke luar negara sampai saya suruh awak balik sini.”
“Why me? Apa kena mengena dengan saya pula? Kenapa saya kena pergi?”
“Sayang, please! Dengar cakap saya. Ini demi keselamatan awak juga. Saya tak nak mama apa-apakan awak nanti. Sekarang dia tak tahu lagi Nadeen lari. Kalau dia tahu, mama pasti akan buat sesuatu sampai saya dapatkan Nadeen.”
“Saya tak fahamlah! Saya rasa, awak dengan mama awak ni bukan manusia. Nyawa orang korang boleh buat main?”
“Demi masa depan kita, sayang…”
Lana hanya diam. Semakin lama dia semakin merasa yang dia telah membuat pilihan yang salah. Keputusannya untuk menikahi Rafael menjadi buah sesalan baginya. Dia terlalu buta dengan cinta dan harta. Sekarang dirinya juga terperangkap dalam permainan Datin Maya dan Rafael.
Hari itu juga Rafael menghantar Lana ke luar negara tanpa pengetahuan sesiapa walaupun Dato’ Nasir. Tanpa Lana dia boleh bebas bergerak mencari Nadeen sebelum Datin Maya dapat hidu apa yang berlaku. Rafael tak tahu ke mana dia harus mula mencari kerana dia langsung tak dapat melihat siapa yang menyelamatkan Nadeen malam itu. Apalagi keadaan terlalu gelap dan semuanya berlaku begitu pantas.
QASH Raezal, seorang lelaki yang berdikari. Dari susun atur rumahnya kelihatan dia tinggal sendirian dalam rumah yang cukup berukuran luas. Nadeen yang terjaga sudah hampir waktu tengah hari mula turun perlahan dari katil. Dia melihat sekeliling bilik itu. Citarasa inggeris menjadi konsep hiasan bilik itu.
Perlahan dia melangkah keluar dan melihat hiasan yang cukup mewah dan dia yakin, lelaki yang menyelamatkannya semalam bukan calang-calang orang. Nadeen mendengar suara ceburan air dari arah luar. Dia melangkah keluar dan melihat Qash sedang berenang di kolam yang terletak di bahagian tepi rumah. Ketika Qash naik ke darat, Nadeen menelan air liur melihat tubuh sasa Qash yang basah.
“Makhluk tuhan paling seksi. Aku tak pernah nampak lelaki seseksi ini!” katanya sendirian
Menyedari khayalannya, Nadeen segera menepuk lembut bibirnya lalu tersenyum. Barulah dia nampak dengan jelas wajah Qash. Qash yang sudah lengkap bertuala masuk dan mendekati Nadeen.
“Dah bangun?”
“Ya, Encik Qash. Terima kasih sebab tumpangkan saya semalam.”
“It’s okay. Awak boleh tinggal sini berapa lama yang awak nak. Tapi awak kena kemas rumah dan masak untuk sayalah. Sebab orang gaji saya baru berhenti. Jangan risau, saya akan bayar gaji.”
“Betulkah? Saya setuju! Lagipun, mesti sekarang saya tengah diburu. Dan saya tak ada tempat nak dituju. Tawaran Encik Qash tadi sangat membantu saya. Terima kasih, encik Qash.”
“Sama-sama. Awak boleh panggil saya Qash tapi memandangkan saya tengok awak masih remaja lagi, awak panggil saya abang. Okay, Nadeen?”
“Okay, a..bang.” balas Nadeen tersipu
Dia tak ada pilihn selain menerima tawaran Qash. Sementara dia kumpul duit untuk pergi jauh dari kehidupan orang-orang yang menghancurkan hidupnya, dia boleh bersembunyi di sini. Dia masih bernasib baik kerana ada Qash yang menyelamatkannya. Yang dia risaukan adalah Dato’ Syam.
Bagaimana keadaan Dato’ Syam? Mungkinkah dia baik-baik saja? Itu yang Nadeen fikirkan. Setiap hari yang berlalu selama dia terlepas dari Rafael, Nadeen sentiasa berfikir bagaimana cara untuk dia menemui Dato’ Syam dan memberitahu apa yang dilakukan isteri dan anaknya.
Sementara Datin Maya yang baru sahaja tahu kehilangan Nadeen mula naik berang dan menampar Rafael kerana cuai dalam melakukan Hal seremeh itu
“Budak hingusan macam tu pun Raf tak boleh handle? Sekarang Raf nak cakap perempuan tu hilang tanpa jejak? What nonsense!”
“Raf dah cari. Tapi langsung tak jumpa Nadeen tu!”
“Mama tak nak dengar! Raf cari Nadeen sampai dapat. Minggu depan ulangtahun papa. Raf tahukan papa pasti akan cari Nadeen. Jangan sampai papa tahu Nadeen dah lari. Hujung-hujungnya Raf takkan dapat apa pun!”
“Raf akan cari dia. Mama jangan risau.”
“Cari sampai dapat! Kalau tak, Raf jangan salahkan mama kalau ada apa-apa jadi dekat isteri kesayangan Raf tu.” Kata Datin Maya
“Saya janji akan cari Nadeen sampai dapat. Tapi mama janji, jangan sentuh Lana. Dia tak buat salah apa pun.”
“Tergantung dari Raf.”
Selepas sahaja Datin Maya keluar, Rafael segera menghubungi Lana untuk memastikan yang isterinya baik-baik sahaja. Lana merasa seperti berada di dalam penjara sejak kebelakangan ini. Hidupnya yang dulu bebas kini tak lagi seperti dulu. Untuk memuaskan hati Datin Maya, Rafael terpaksa menyembunyikannya jauh dari Datin Maya.
Lana mengesat airmatanya. Selendang dicapai lalu diikat ke lehernya. Lana kemudian melangkah keluar dari biliknya dan mengambil angin di luar. Duduk terperap di dalam bilik membuatnya sesak nafas. Apa lagi dia sangat merindui Rafael. Apakan daya dia harus menuruti kehendak suaminya itu. Ya! Ini demi kebaikan mereka berdua juga.dia hanya berharap semoga Rafael dapat selesaikan semuanya dalam masa terdekat ini.
“BODOH!! Aku bayar kamu mahal untuk cari perempuan tu, bukan suruh kamu berlengah-lengah! Bila nak dapat perempuan tu?” bentak Rafael
“Kami dah cuba cari, tapi langsung tak ada jejak.”
“Keluar!”
Rafael bengang! Tak lama lagi majlis ulang tahun Dato’ Syam. Rafael kena buat sesuatu sebelum majlis tu. Kalau dia tak jumpa Nadeen bermakna majlis tu tak harus diadakan. Rafael meraup wajahnya kemudian memandang keluar.
“Di mana kau, Nadeen? Takkan kau boleh hilang macam tu je? Mustahil!”
QASH sepertinya tak keluar berkerja hari ini. Nadeen yang sudah menyiapkan sarapan memandang Qash sambil menyusun pinggan di atas meja untuk Qash. Kerusi ditarik lalu dia memanggil Qash untuk menikmati sarapan pagi yang dia sediakan.
“Makan, bang.”
Qash angguk kemudian Nadeen duduk di hadapannya. Qash lebih banyak berdiam hari ini. Nadeen pula tak berani bersuara. Dia hanya mengunyah makananya tanpa suara.
“Nadeen, lepas ni bersiap iut abang keluar.”
“Keluar? Saya tak berani. Saya takut kalau…”
“Ada abang. Nadeen duduk dalam kereta je. Okay?”
Nadeen angguk tanda setuju. Selepas sarapan, Nadeen pun ikut Qash keluar. Dia tak tahu ke mana Qash membawanya tapi dia berharap yang Qash takkan menjualnya. Sejak apa yang telah berlaku, dia jadi takut dengan semua orang. Apa lagi untuk mempercayai mereka, itu mustahil!
Qash singgah di sebuah kedai bunga dan membeli sejambak bunga lily putih yang kelihatan sangat segar. Masuk sahaj Qash, aroma wangian bunga lily itu menyebar membuat Nadeen merasa kesegaran udara di dalam kereta itu. Qash meletakkan bunga tersebut di tempat duduk bahagian belakang lalu mulai memandu.
“Kita nak ke mana?”
“Ke suatu tempat yang kita semua pasti akan pergi nanti.”
“Ke mana?” tanya Nadeen kehairanan
Kereta yang dipandu Qash berhenti dan Qash menunjuk ke arah satu kawasan lapang yang penuh dengan nisan bertanda. Fahamlah Nadeen bahawa Qash datang menziarahi seseorang yang telah tiada. Qash mencapai songkok berwarna hitam lalu disarungkan ke kepalanya.
“Tunggu dekat sini. Kunci pintu, kalau ada sesiapa datang, tekan hon ni.” Kata Qash
Qash berjalan mendekati sebuah pusara yang kelihatan bersih. Mungkin kerana dia sering datang menziarahi kubur itu. Perlahan Qash memetik kelopak bunga lily putih itu dan menaburkannya di atas pusara seseorang yang sangat dia cintai. Selepas berdoa, Qash duduk dan menyentuh nisan berwarna emas itu dengan pandangan yang sayu.
“Mama, Qash sangat rindukan mama. Qash dah terlalu lama hidup sendiri. Ya! Memang Qash hidup senang. Tapi hidup Qash kosong! Qash masih tak dapat maafkan dia, ma. Mama mungkin masih ada kalau bukan sebab lelaki tak guna tu!”
Nadeen memerhatikan Qash dari dalam kereta. Dia seperti dapat merasakan kekosongan yang Qash rasakan. Sama seperti hidupnya yang kosong sejak dari kecil. Emak yang dia sayang ternyata hanya mempergunakannya tanpa belas kasih hingga sanggup menjual dirinya demi kepentingan sendiri. Sedang Nadeen leka memerhatikan Qash, tiba-tiba pintu kereta diketuk. Nadeen yang terkejut terus memandang orang yang dia tak kenali itu. Dari gerak bibirnya jelas kelihatan lelaki itu mengarahkan Nadeen untuk membuka pintu. Nadeen yang merasa cemas terus menekan hon dan Qash segera berdiri dan berlari ke arah keretanya.
“Hoi!” jerit Qash
Merasa Nadeen takkan membuka pintu kereta, lelaki tersebut memecahkan cermin kereta dan menarik tubuh Nadeen dengan kasar untuk keluar dari kereta Qash. Dengan pantas Qash melajukan lariannya dan menendang tulang belakang lelaki tersebut. Tubuhnya terlempar jauh dan Nadeen tersungkur ke tanah. Dengan sigap Qash menarik tangan Nadeen dan mengarahkan Nadeen untuk masuk ke dalam kereta sementara dia mengunci pergerakkan lelaki tersebut.
“Siapa kau? Kau nak apa dengan Nadeen?”
“Siapa aku tak penting. Tapi dengan siapa kau akan berurusan adalah sangat penting. Kalau kau tak serahkan perempuan tu dengan aku, bos aku akan buat hidup kau tamat!”
“Kau ingat dia tuhan? Aku tak takut! Kau balik dan bagitahu bos kau, aku tunggu dia datang! Berambus!”
Lelaki tersebut lari ke arah keretanya dan memecut laju kenderaannya pergi dari sana. Nadeen yang masih terkejut dengan kejadian itu hanya diam dengan tubuh yang bergetar kerana ketakutan.
“Nadeen okay tak ni?”
Nadeen tak menjawab pertanyaan Qash. Dia hanya diam dengan airmata yang masih mengalir. Qash melihat tangan Nadeen yang cedera akibat terjatuh di atas jalan tadi. Melihat wajah Nadeen hatinya memberontak ingin tahu apa sebenarnya yang telah terjadi sehingga Nadeen menjadi buruan. Tapi sepertinya masa tidak sesuai untuk dia bertanyakan hal itu.
Sampai di rumah, Qash membersihkan luka Nadeen dan memberikan Nadeen ubat tahan sakit agar Nadeen lebih santai dan tidak merasa terlalu sakit. Perlahan qash duduk di sebelah Nadeen.
“Kenapa abang tak biar je lelaki tu bawa saya?”
“Nadeen tu tanggungjawab abnag sekarang. Keselamatan Nadeen adalah tanggungjawab abang. Takkan abang nak serahkan Nadeen dengan orang tu.”
“Mereka akan bunuh abang! Abang patut ikut je cakap lelaki tu.”
“Nadeen, apa sebenarnya yang terjadi ni? Abnag tak faham langsung.”
“Abang takkan faham. Kalau pun saya cerita, abang takkan boleh buat apa-apa pun.”
“Macam mana abang nak tolong kalau Nadeen tak mahu cerita hal yang sebenar.”
Nadeen memandang Qash kemudian tunduk menghadap lantai. Siapa lagi yang dia percaya sekarang selain dari Qash? Mungkin ini adalah jalan keluar baginya. Kalau dia tak cerita, tak ada siapa pun yang dapat tolong. Nadeen perlahan membuka cerita dari awal hinggalah saat Qash menemuinya malam itu.
“Jadi lelaki tu suami Nadeen?”
“Suami? Layakkah dia dipanggil suami selepas apa yang dia buat dekat saya? Saya tak mahu bersuamikan syaitan!”
Tiba-tiba sahaja empangan mata Nadeen pecah dan tangisanya membasahi pipinya. Qash yang hiba melihat Nadeen menarik tubuh Nadeen lalu di dakap untuk menenangkan perasaan Nadeen saat itu. Merasa tenang berada dalam dakapan Qash membuat Nadeen sedikit lega. Entah sebab sedih atau pun letih, Nadeen terlelap dipelukan Qash. Qash tersenyum melihat wajah polos nadeen yang berdengkur halus.
“Nasib kau mungkin sama dengan mama aku, Nadeen. Mungkin Allah menakdirkan untuk kita bertemu. Dan aku pasti, semuanya bukan kebetulan. Aku takkan biar apa yang berlaku dengan mama, akan terulang sekali lagi di depan mataku. Aku akan jaga kau, walaupun aku tak kenal kau siapa.”
HARI ini adalah hari yang paling Rafael takutkan. Benar sangkaanya, Dato’ Syam menghubunginya dan memintanya untuk membawa Nadeen ke majlis ulang tahunnya malam ini. Rafael mula tak senang duduk. Tambahan lagi dengan tekanan dari Datin Maya. Bertambah serabut kepalanya.
“Apa aku nak buat? Aku tak boleh halang majlis tu. Habis tu aku nak buat apa sekarang?”
Tok! Tok! Tok!
“Masuk!”
Pintu terbuka dan muncul lelaki yang telah di upah untuk mencari Nadeen. Rafael yang melihatnya terus bangun dan berharap dia membawa berita baik untuknya.
“Macam mana? Jumpa tak?”
“Jumpa, tapi ada orang lain yang melindunginya. Dan orang tu bukan calang-calang orang, bos!”
“Bodoh! Aku nak perempuan tu bukan orang yang jaga dia, faham tak!”
“Bos boleh pergi ke alamat ni. Saya dah ekori dia dan saya yakin, bos boleh jumpa perempuan tu dekat alamat ni.”
“Kenapa tak kau je yang pergi? Aku bayar kau untuk apa?”
“Sorry, bos. Saya tak nak ambil risiko. Tulang belakang saya belum sembuh lagi.”
“Dah, bawa aku ke sana!”
“Baik, bos!”
Rafael dan orang suruhannya terus pergi ke alamat rumah Qash. Dia sudah menyiapkan diri untuk dapatkan Nadeen semula. Segalanya hancur disebabkan kebodohan Nadeen. Kalau tak disebabkan majlis ulang tahun Dato’ Syam, sudah pasti Nadeen dia kerjakan cukup-cukup.
Sampai sahaja mereka di alamat tersebut, Rafael mengarahkan agar orang upahannya menunggunya di kereta sementara dia naik seorang diri. Dengan statusnya sebagai suami Nadeen, sangat mudah untuk dia uruskan semuanya. Dengan langkah laju, Rafael melangkah hingga berada di depan pintu rumah Qash. Butang loceng ditekan dan kedengaran suara seorang wanita dari arah dalam. Rafael tersenyum menanti Nadeen membuka pintu tersebut.
“Abang tak bawa kun… Rafael?”
Menyedari bahawa yang berdiri di depan pintu bukan Qash, Nadeen menutup pintu dengan pantas tapi sempat di halang Rafael dan pintu di tolak kasar hingga tubuh Nadeen terhumban ke belakang.
“Kau nak apa lagi? Antara kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Aku janji takkan ganggu hidup kau lagi. Lepaskanlah aku, Rafael!” rayu Nadeen
“Kau masih isteri aku Nadeen. Aku takkan lepaskan kau!”
Nadeen perlahan undur ke belakang kerana takut diapa-apakan oleh Rafael. Melihat Nadeen yang ketakutan tambah membuat Rafael galak menakutkan Nadeen.
“Ikut aku balik!”
“Tak nak! Aku rela mati daripada ikut balik ke neraka dengan kau!”
“Melawan kau ya? Berani kau lawan aku? Ikut aku balik!”
Rafael menarik tubuh Nadeen hingga Nadeen terseret, Nadeen berkeras. Rafael kemudian menarik rambut Nadeen hingga Nadeen berteriak kesakitan. Dengan sekali hayun, kepala Nadeen dihentak ke dinding membuatkan pandangan Nadeen berpinar. Kerana hentakkan yang agak kuat, perlahan-lahan mata Nadeen terpejam dan dia tak sedarkan diri.
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...