Bab 4
“Papa cakap apa ni? Takkan papa nak Raf kahwin dengan budak hingusan macam tu? Raf tak kisahlah dia tukang basuhkah atau apa sekalipun. But seriously? Dia sebaya dengan Fina kut, papa.”
Rafael terkejut dengan permintaan Dato’ Syam yang memintanya untuk berkahwin dengan Nadeen. Datin Maya yang mendengarnya tersengih. Memang dia sudah menjangka ini akan dilakukan oleh suaminya.
“Raf, budak tu kalau di bentuk cantik juga. Mama tengok pun Nadeen tu budaknya baik. Raf dengar cakap papa, ini demi kebaikan Raf juga.” Kata Datin Maya mencela
Rafael mengeluh perlahan. Dari renungan ibunya pun, dia sudah tahu yang ini adalah arahan. Rafael duduk dan cuba berfikir sejenak. Ini soal masa depannya dan kalau dia membantah, apa yang dia usahakan selama bertahun lamanya akan jadi sia-sia.
“Raf dah cakap, Raf tak kisah. Kalau papa rasa ini yang terbaik untuk Raf, Raf takkan bantah. Papa buatlah mana yang patut.”
“Ini yang papa nak dengar. Papa tahu, Raf takkan pernah kecewakan papa.”
“Eloklah, kahwin. Lepas tu siksa anak dara orang. Tak pasal-pasal perempuan jadi mangsa pasungan abang.” Kata Rafina yang hanya jadi pendengar sejak tadi
Datin Maya menoleh dan menikam Rafina dengan pandangan tajamnya. Namun bukan Rafina kalau dia tak membalas pandangan ibunya dengan pandangan sinis.
“Salahkah apa yang Fina cakap ni? Abang tu kan mangsa pasungan mama. Sebab tu abang tak berani nak bantah perkahwinan ni.”
“Rafina! Fina tu budak lagi. Baik Fina naik atas!”
“Fina bukan abang tau, mama. Fina tak mudah untuk mama arah-arahkan. Fikir Fina tak tahukah, abang tu dah ada pilihan sendiri. Tapi…”
“Fina! Naik atas mama cakap!”
Berang bila melihat Fina semakin lancang ingin mengatakan tentang hubungan Rafael dengan Lana di depan Dato’ Syam. Mahu sahaja Datin Maya cilikan mulutkan anak gadisnya itu. Rafina naik ke atas tanpa rasa bersalah. Malahan dia sempat melemparkan senyuman sinis pada Rafael.
“Betulkah apa yang Fina cakap tadi, Rafael?” tanya Dato’ Syam
“Tak adalah, papa. Memang Raf ada kekasih sebelum ni. Tapi kami dah putus. Raf tak ada hubungan dengan mana-mana perempuan untuk masa ni. So, papa boleh teruskan rancangan papa.”
“Bagus. Datin Maya, cik abang nak pesan ni. Anak gadis kamu tu tolong kawal sikit. Perhatikan sikit jangan biar je dia buat sesuka hati. Jaga nama baik saya.”
“Asyik saya je yang salah. Abang tu yang tak pernah beri perhatian dekat Fina. Entah apa salah budak tu lahir sampai abang tak nak ambik tahu langsung pasal dia.”
“Mama, bukan masanya nak salahkan sesiapa. Betul cakap papa. Mama ada masa dekat rumah, mama yang perhatikan Fina tu.”
“Semuanya aku yang kena buat. Yalah! Nanti saya nasihatkanlah Fina tu.”
Datin Maya mecebik sambil menjeling ke arah suaminya. Sekarang Rafina tak penting. Baginya yang penting saat ini adalah, membeli perempuan tu untuk di gunakan. Datin Maya akan membeli Nadeen dari Karin dan jadikan Nadeen sebagai hamba abdi yang akan membantunya untuk merampas segala harta milik Dato’ Syam.
KARIN menolak kepala Nadeen kerana menolak tawaran dari Dato’ Syam. Baginya itu adalah peluang terbaik untuk dia menumpang kesenangan Nadeen. Bila Nadeen kahwin dengan anak Dato’ dia juga akan meraakan kesenangan yang Nadeen rasakan.
“Aku tak tahulah bodoh apa yang kena dengan kau ni, Nadeen. Yang melamar kau tu bukan orang sembarangan tau! Yang kau ni bodoh sangat kenapa? Apa susah sangatkah kau nak terima pinangan Dato’ tu? Bukannya dia nak kau jadi bini dia, dia nak jadikan kau menantu.”
“Mak tu fikir senang mak je! Nadeen yang akan kahwin tau. Anak Dato’ tu bengis. Tak nak Nadeen gadai hidup Nadeen semata-mata nak bayar hutang mak. Nadeen boleh guna cara lain untuk bayar hutang tu.”
“Cara apa? Kau sedar tak umur kau baru 18tahun? Kau nak guna cara apa? Lebih baik kau kahwin dengan anak Dato’ tu daripada kau jual diri!”
“Mak!”
“Aku tak kira, Nadeen. Aku nak kau terima lamaran tu dan kahwin dengan anak Dato’ tu. Kau dah susahkan aku dari kecil, sekaranglah masanya kau kena balas. Tumpangkan aku sedikit kesenangan kau nanti.”
Nadeen kecewa dengan sikap ibu angkatnya yang semakin gelap mata dek kerana harta. Kalaulah ibunya masih hidup, pasti dia takkan jadi seperti ini. Sekarang apa lagi pilihan yang dia ada? Mahu bayar duit yang Dato’ Syam sudah bayar untuk langsaikan hutang Karin, dia tak mampu. Mahu tak mahu, dia terpaksa juga terima lamaran dari Dato’ Syam.
Nadeen berjalan ke taman selepas habis membersihkan rumah. Makanan Karin pun sudah dia sediakan. Dian yang melihat Nadeen termenung segera mendekati sahabatnya itu. Bahu Nadeen di sentuh dan Nadeen menoleh.
“Kau kenapa ni? Macam ada masalah je?”
“Aku tak tahu nak buat apa sekarang, Dian. Aku bingung. Mana mak aku buat hal. Sekarang ni aku kena tanggung hutang dia pula.”
“Mak kau tu memang melampaulah! Kalau aku jadi kau, dah lama aku lari tinggalkan dia tau. Bukan mak kau pun.”
“Dia dah besarkan aku, Dian. Takkan aku nak biarkan dia pula.”
Nadeen memandang jauh ke depan. Dian pula duduk di sebelahnya. Petang itu terasa sangat berat untuk Nadeen lewati. Entah kenapa hatinya berbelah bahagi.
“Perlukah aku terima lamaran Dato’ tu?”
“Lamaran? Kau jangan cakap Dato’ tua tu nak kau jadi bini dia.”
“Bukanlah. Dia nak aku kahwin dengan anak lelakinya.”
“So, terima je lah. Daripada hidup kau sengsara dengan mak kau yang tak guna tu. Baik kau bina hidup baru dengan orang baru. Benda baik ni, Allah akan berkati.”
Nadeen terfikir, ada betulnya apa yang Dian katakan. Mungkin dia akan dapat sambung belajar dan kejar cita-citanya nanti. Mungkin ini adalah jalan takdirnya. Allah dah atur segalanya, dia hanya jalani sahaja. Nadeen bermain dengan jarinya sambil terus berfikir
Karin mundar mandir menunggu Nadeen di rumah. Dia kena pujuk Nadeen untuk terima lamaran Dato’ Syam kalau tak dia takkan dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh Datin Maya.
“Nadeen kena setuju juga! Kalau tak, rm50,000 terbang macam tu je. Kau jangan hancurkan rancangan aku, Nadeen.” Kata Karin
Dia sudah dapat membayangkan hidup mewah dengan duit yang akan dia dapatkan dari datin Maya. Apa cara sekalipun dia akan paksa Nadeen!
“Peluang takkan datang berkali-kali. Yang aku geram sekarang, anak tak guna tu keras kepala sangat!”
Karin asyik membebel sahaja bila Nadeen berkeras tak mahu setuju dengan perjodohan itu. Rupanya Datin Maya sudah memulakan rancangannya untuk membeli Nadeen. Tanpa berfikir lama Karin terus sahaja bersetuju.
Nadeen pulang dengan wajah yang kuyu kerana memikirkan masa depan yang bakal dia jalani. Karin yang melihat Nadeen terus meluru ke arah Nadeen.
“Kau dah fikirkah belum keputusan kau? Jangan berlama-lama sangat. Nanti peluang kau melepas. Aku nak bagi kau kahwin bukan nak senang sendiri tau. Kalau kau kahwin, kau juga yang merasa jadi orang kaya.”
“Dahlah, mak. Mak buatlah apa mak nak. Nadeen dah penatlah dengar mak asyik membebel pasal ni.”
“Jadi, kau setujulah ni?”
Nadeen tak menjawab tapi hanya mengangguk kemudian meninggalkan karin seorang diri. Rimas dia melihat Karin yang tak habis-habis memaksanya. Kalau dengan berkahwin dapat bebaskan dirinya dari Karin, mungkin itu lebih baik, fikir Nadeen.
Tanpa berlengah, Karin terus menghubungi Datin Maya dan menyampaikan berita tentang Nadeen. Dengan senyuman penuh makna Datin Maya menamatkan panggilan. Dia menyilangkan kakinya lalu memandang ke arah gambar keluarga mereka yang bergantung di ruang tamu rumah agam milik Dato’ Syam.
“Perempuan bodoh! Kau ingat aku nak sangat kau jadi menantu aku? Lepas aku dapatkan apa yang aku mahu, kau takkan berguna lagi pada aku.”
Selepas mendapat persetujuan dari Nadeen, urusan pernikahan antara Nadeen dan Rafael pun mula di rencanakan. Tanpa mereka saling mengenal malah Rafael menolak untuk di perkenalkan dengan alasan biarlah mereka kena saat sudah nikah. Biar cinta berputik selepas nikah. Jawapan itu membuat Dato’ Syam yakin itu adalah keputusan yang terbaik. Selain demi kebaikan keluarganya dia juga dapat memerdekakan Nadeen dari sengsara hidup bersama Karin.
Kebaya putih dan solekan nipis tapi cukup menyerlahkan keanggunan Nadeen. Dengan hiasan yang sangat mewah kini Nadeen di arak menuju ke pelamin untuk di nikahkan dengan seorang lelaki asing yang dia langsung tak kenal. Dengan sekali lafaz sahaja, Nadeen sah bergelar isteri kepada Rafael. Semua yang ada di majlis itu mendoakan kebahagiaan mereka kecuali Datin Maya yang sedang mengatur rencana terbaru.
“Nadeen, mulai hari ni, rumah ni akan jadi rumah Nadeen. Papa harap Nadeen jangan segan dekat sini. Jaga anak papa ni.” Kata Dato’ Syam
“In sha Allah, Papa. Nadeen tak minta banyak, cukup kehadiran Nadeen di terima dalam keluarga ni.”
“Nadeen, jangan cakap macam tu. Mama ni tak lah jahat mana pun. Nadeen dah jadi menantu dalam keluarga kami, bermakna Nadeen dah jadi sebahagian dari kami.” Balas Datin Maya dengan senyuman palsunya lalu memeluk Nadeen sangat kuat
Nadeen dapat merasakan keanehan dari layanan manis datin Maya kerana ini bukanlah kali pertama dia berjumpa dengan datin Maya. Dia masih ingat lagi saat dia disimbah air kerana tersalah masuk pintu sahaja.
Rafael tak kelihatan sejak habis majlis tadi. Nadeen melangkah masuk ke bilik Rafael dan terkejut melihat betapa besarnya bilik Rafael. Bilik sahaja sudah hampir sama dengan luas dengan rumahnya. Nadeen menyentuh hiasan dinding dan juga hiasan bilik yang ada di situ.
“Jangan sentuh barang-barang aku!”
Suara itu mengejutkan Nadeen. Dengan pantas tangannya di tarik dan dia sembunyikan ke belakang. Wajah bengis Rafael menyeramkan dan membuat Nadeen kecut perut. Ini yang dia takutkan sejak mula. Kerana dia takut melihat wajah bengis Rafael.
“Maaf.”
Rafael jalan mendekati Nadeen. Dia berdiri pada jarak yang sangat hampir dengan Nadeen dan memandang ke dalam mata Nadeen.
“Kau boleh jadi ratu kalau depan papa. Tapi depan aku, kau jangan mimpi. Kau ingat kau siapa?”
Nadeen hanya terdiam. Nak menyesal pun dah tak berguna. Dia terpaksa berdepan dengan semua ni seumur hidup!
“Yes, awak isteri saya tapi bukan pilihan saya. Got it?! Kau boleh duduk sebilik dengan aku, tapi jangan mimpi nak tidur sekatil dengan aku. Kau boleh tidur dekat mana-mana dalam bilik aku ni. Faham tak!”
“ Faham, abang.”
“Jijik! Depan papa kau boleh panggil aku abang. Tapi dengan aku, panggil aku TUAN!”
Nadeen hanya angguk kepala tanpa menjawab apa pun. Adakah dia sudah tersalah pilihan? Inikah yang di katakan keluar dari mulut naga masuk mulut buaya? Namun sesalan sudah tak berguna. Dia sudahpun sah menjadi isteri Rafael. Maka bermulalah kisah hitam hidup Nadeen yang dia sendiri tak pernah terbayangkan.
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
Roman d'amourSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...