Bab 3
WAKTU menunjukkan sudah hampir pukul 11malam tapi, Lana masih duduk termenung di dalam biliknya. Sejak dia memutuskan untuk keluar dari kondo Rafael hari itu, Lana kini kembali lagi ke rumahnya. Niatnya untuk membuat Rafael merasakan kehilangannya dan berusaha lebih lagi untuk memujuk Datin Maya.
“Aku tak tahu apa kurang aku ni? Nak kata orang miskin, jauh sekali. Tak cantik? Rasanya aku tak ada cacat celanya. Tapi kenapa Datin Maya tak terima aku? Mesti ada yang buat dia tak suka dekat aku.”
“Lana, kenapa bercakap seorang ni?” tegur Dato’ Nasir
“Papa. Terkejut Lana. Tak ngantuk lagi, pa. papa kenapa tak tidur lagi?”
“Papa haus. Fikirkan kekasih kamu lagi, kah?”
“Lana dah tinggalkan Raf, Papa. Entahlah, dia macam tak serius dengan hubungan kami ni.”
“Beri masa kat Rafael, lelaki ni kadang tak suka di paksa. Mungkin dia tengah tunggu masa. Kalau kamu mendesak, dia pun stresslah.”
“Macam tu, kah? Habis Lana nak buat apa sekarang?”
“Pujuklah dia balik.lelaki baik dan darjat tinggi susah nak dapat tau zaman ni.”
Seolah faham maksud Dato’ Nasir Lana pun tersenyum. Nampaknya dia kena pujuk Rafael semula. Menyesal juga dia nak menduga si Rafael hari tu. Lana melangkah masuk ke bilik dan berbaring sambil berfikir cara untuk memujuk Rafael kembali kepadanya.
‘Kalau nak pujuk sekarang rasanya tak boleh. Tunggulah,nanti dia dah sejuk, aku pujuklah.’
Akhirnya Lana memutuskan untuk tidak memujuk Rafael. Sementara Rafael juga tak mahu mengganggu Lana yang sedang menenangkan fikiran. Sudah beberapa hari, Dato’ Syam kelihatan di rumah. Datin Maya pula seperti gundah gulana kerana memikirkan surat wasiat yang suaminya tulis.
“Mesti lelaki tak guna tu buat sesuatu. Aku ni langsung tak di hargai. Dah tiga hari tak balik rumah. Tak tahu aku risaukan dia.”
“Mama, bebel apa tu seorang-seorang?” tanya Rafael
“Bebel apa lagi? Papa kamu tu lah! Dah tiga hari tak balik rumah. Tanya P.A diapun tak guna. Tak tahu apa-apa.”
“Tahulah papa tu jalan balik nanti, mama. Janganlah risau sangat. Bukan budak kecik lagi papa tu. Dah tak payah nak fikir sangat.”
“Raf nak ke mana? Jumpa perempuan tu lagi?”
“Raf dah tak ada hubungan dengan Lana lagi. Raf nak keluar dengan Ajib. Mama tak payah tunggu Raf. Mama tidur je. Pergi dulu!”
Rafael keluar selepas meminta izin dengan Datin Maya. Seperti selalunya rafael akan menjemput Ajib kemudian mereka akan lepak di salah sebuah club di bandaraya Kuala Lumpur. Ajib adalah sahabat Rafael sejak dari universiti lagi. Apa-apa yang Rafael buat semuanya Ajib tahu.
Rafael duduk kemudian meraup wajahnya sebelum melambaikan tangan kepada pelayan. Selepas membuat pesanan minuman, Ajib yang melihat rafael seperti keresahan itu pun mula bertanya.
“Kau ni kenapa? Muka macam ayam berak kapur je. Apa hal?”
“Aku dah putus dengan Lana.”
“What? Kau biar betul, Raf? Bukan kau cinta matikah dengan awek kau tu?”
Rafael mengeluh sebelum menjawab soalan Ajib. Dia pun tak tahu bagaimana dia nak jelaskan hal sebenar kepada Lana. Dengan sikap Lana yang tak mahu mengalah membuat Rafael semakin sukar untuk mempertahankan hubungan mereka.
“Aku tak fahamlah korang ni. Cinta tapi ego menggunung. Salah seorang kena mengalah tau.”
“Ni bukan soal mengalah atau nak menang. Ini soal restu. Kau pun tahu mama aku tu macam mana. Diakalau tak suka, memang tak akan sukalah.”
“Raf, Lana tu anak orang berpengaruh tau. Siapa tak kenal Dato’ Nasir? Ahli perniagaan terkenal. Takkan mama kau tak nak bermenantukan anak orang kaya?”
“Mama aku ada rancangan lain. Dan kalau aku tak turuti, silap haribulan, aku takkan dapat apa-apa harta dari dato’ syam. Dan masa tu, Lana pun takkan pandang aku, Jib. Sebab tu aku setuju dengan plan mama aku untuk kahwin dengan pilihan dato’ Syam dan raih kepercayaan dia untuk letak nama aku sebagai pewaris. At least aku dapat 30% daripada harta dia.”
Ajib melopong mendengar apa yang Rafael sampaikan. Tak sangka semua ni wujuddi dunia nyata membuatkanAjib teruja mendengarnya.
“Aku ingatkan semua ni hanya wujud dekat drama tv. This is so dasyat! So apa plan kau lepas tu? Kalau kau kahwin, habis Lana?”
“Itu aku akan fikir kemudian. Yang penting aku kena dapatkan harta bahagian aku dulu. Lepas tu baru aku pujuk Lana.”
Mereka minum sambil menikmati muzik yang membingitkan telinga itu sambil menggoyangkan kepala. Hampir tengah malam barulah Rafael pulang ke rumah. Dia melihat Rafina juga baru sampai.
Rafina masuk tanpa melihat Rafael yang sedang melihatnya. Rafael melangkah lebih laju dan menarik tangan Rafina kasar. Rafina yang merasa sakit terus menarik tangannya.
“Sakitlah! Abang ni kenapa?”
“KenaPa? Kau tanya aku kenapa? Kau tengok jam sekarang? Inikah masanya untuk pulang ke rumah? Kau tu anak dara, kau nak jadi apa ni?”
“Sejak bila pula orang dekat dalam rumah ni ambik kisah pasal aku? Selama ni apa aku buat tak ada yang nak kisah pun. Kau siapa?”
“Kau jangan nak kurang ajar, Fina! Aku ni abang kau. Aku tak mahu tengok kau hancur!”
“Aku dah memang hancur! Sejak aku di lahirkan dalam keluarga ni, aku dah memang hancur! Mama papa pun tak kisah, kau apa hal nak sibuk hal aku!”
Pap! Satu tamparan singgah di pipi Rafina membuatkan dia semakin berang. Dia menoleh dan memandang tajam ke dalam mata Rafael sambil memegang pipinya.
“Aku benci kau! Aku benci semua orang yang ada dalam rumah ni!”
“Fina! Rafina Dato’ Syam!”
Rafina langsung tak mengendahkan panggilan Rafael. Hatinya membahang apa lagi setelah dihadiahkan sebuah tamparan oleh Rafael. Rafina menghempas kuat pintu biliknya kemudian menghempas tubuhnya di atas tilam dan melepaskan tangisannya.
Rafina kekurangan kasih sayang dari ibunya. Apa lagi ayahnya yang langsung tak ambil peduli tentang hidupnya. Rafina hanya mendambakan perhatian dari ibubapanya yang selama ini dia tak dapatkan. Namun itu semua hanya angan-angan kosong yang takkan mungkin jadi kenyataan.
“Tak ada seorang pun yang kisah tentang aku. Aku ni hanya tunggul dalam rumah ni.”
Rafina menyembamkan wajahnya pada bantal dan menjerit kuat. Di sebalik pintu berdiri Dato’ Syam yang baru sahaja pulang saat itu. Mendengar esakkan tangis anak daranya buat dia dihujani rasa bersalah. Mungkin dia tak patut menyalahkan Rafina atas apa yang berlaku di masa lalu.
‘Maafkan papa, sayang.’ Bisik Dato’ Syam menyentuh pintu yang bisu. Entah di mana silapnya,keluarga bahagia yang dia bina hancur sekelip mata. Kehadiran Rafina pula pada saat yang salah hingga dia mendapat tempias dan dipersalahkan.
NADEEN yang baru saja siap memasukkan kain ke dalam bakul terus berdiri untuk pulang. Sampai saja di depan pagar, Nadeen terkejut melihat tayar basikalnya pancut. Nadeen duduk sambil melihat tayar basikalnya. Cuaca pula sudah mula gerimis kerana awan sudah cukup sarat menakung air.
“Apalah malang nasib aku hari ni? Macam mana aku boleh tak perasan yang kau ni pancut? Aduh!”
Tengah Nadeen membebel, tiba-tiba kereta dato’ Syam masuk dan berhenti di depan pagar. Dato’ Syam terus keluar dan mendekati Nadeen.
“Nadeen, kenapa basikal tu? Kenapa tak balik lagi? Hari nak hujan dah.” Tegur Dato’ Syam
“Pancut, Dato’.” Balas Nadeen
“Dah, mari uncle hantar. Basikal tu letak je dalam. Nanti uncle suruh siapa-siapa tolong hantar.”
“Tak apa, dato’. Saya boleh balik sendiri.”
“Dah, masuk. Uncle hantar. Jangan nak menolak. Gerimisdah ni. Naiklah.”
Mahu tak mahu, Nadeen akhirnya naik juga kereta Dato’ Syam. Mereka banyak bercerita sampailah di depan rumah Nadeen. Dari dalam kereta, Nadeen melihat pintu rumahnya yang terbuka luas. Tiba-tiba Nadeen melihat ibunya di tarik keluar dan ditolak hingga tersungkur.
“Ya, Allah! Mak!”
Nadeen terus bergegas keluar dari kereta dan berlari mendapatkan ibunya. Tubuh ibunya dipeluk menghalang dari terusdi pukul oleh samseng yang menagih hutang dari ibunya.
“Hoi! Kalau tak ada duit, jangan nak hutang! Janji nak bayar hari ni, mana? Atau kau nak aku angkut anak kau ni!”
“Jangan! Saya janji, saya akan bayar hutang mak saya. Tapi tolong bagi saya masa untuk kumpul duit.”
“Makin lama, hutang mak kau makin bertambah tau.”
“Saya bayar, saya janji. Tapi bagi saya sedikit masa.”
“Hutang mak kau, hari ni, dah jadi RM10,000. Kau nak masa lagi, hutang mak kau makin meningkat. Kau kena bayar sekali bunga. Kau sanggup?”
“Ya, Allah. Mak buat apa ni? Sekarang kan kita dah susah. Mana Nadeen nak cari duit banyak tu?”
Karin tak mampu kata apa-apa lagi kerana menahan sakit akibat dipukul. Samseng-samseng itu melihat Nadeen sambil menunggu jawapan Nadeen. Dato’ Syam yang melihat kejadian itu terus meluru ke arah mereka dan bersuara.
“Saya akan bayar hutang mereka. Tapi jangan pernah datang ke sini lagi.”
“Dato’! Jangan, saya boleh bayar perlahan-lahan.”
“Ambil cek ni dan pergi dari sini!”
Lelaki itu mengambil cek dari tangan Dato’ Syam dan mengipaskan ke wajahnya sambil melihat ke arah Nadeen
“Nasib kau baik! Mari!” katanya membawa konco-konconya pergi
Nadeen membawa karin masuk ke dalam dengan di bantu dato’ Syam. Rasa malu kerana semuanya berlaku di hadapan Dato’ Syam. Selepas memnuam lebam dipipi dan bibir ibunya, Nadeen keluar dan mendekati dato’ Syam.
“Saya minta maaf sebab susahkan Dato’. Saya janji saya akan bayar duit dato’.”
“Dah, Nadeen. Jangan sebut soal duit. Yang penting semuanya dah selesai.”
“Saya malu, dato’. Kalau mak saya tak berjudi, semua ni takkan terjadi. Terima kasih dato’, saya tak tahu macam mana nak balas budi dato’ pada kami. Dato’ minta apa saja, saya akan buat asalkan dapat balas budi baik dato’ pada kami.”
Dato’ Syam tersenyum. Kemudian dia melihat ke arah Nadeen. Wajah polos gadis itu sangat memikat hatinya.
“Kahwin dengan anak saya.”
Terkejut namun bukan itu yang Nadeen fikirkan. Bukan dia tak pernah melihat anak Dato’ Syam. Tapi layakkah dia? Layakkah dia menyandang gelaran isteri untuk anak ahli perniagaan terkenal?
“Tapi, dato’ saya gadis kampung je. Anak Dato’mungkin ada pilihan sendiri.”
“Dia akan dengar cakap saya. Dari Nadeen je, setuju atau menolak. Kata nak balas budi saya, kan. Ini je saya minta. Mungkin dengan kehadiran Nadeen akan bawa sinar baru dalam keluarga saya.”
Nadeen terdiam sejenak. Patutkah dia terima atau dia menolak?
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...