part 8

855 18 0
                                    

Bab 8



Datin Maya memanggil Rafael untuk bertemu dengannya. Selepas apa yang berlaku, dia mula tak senang duduk kerana takut hal itu sampai ke pengetahuan Dato’ Syam. Setiap kali Dato’ Syam bertanyakan Hal Nadeen, Datin Maya sering memberikan berbagai alasan agar mereka berdua tak bertemu.
Tok! Tok! Tok!
“Masuk!”
“Mama cari Raf?”
“Duduk!”
Rafael duduk kemudian menanti Datin Maya bersuara. Dia tak tahu bahawa ibunya itu telahpun mengetahui hal perkahwinannya dengan Lana dari Nadeen. Dengan wajah bersahaja dia tak menduga yang dia sedang berlagak bodoh dihadapan Datin Maya.
“Ada apa mama panggil Raf?”
“Isteri Raf apa khabar?”
“Nadeen? Sihat! Tak biasanya mama tanya tentang Nadeen ni.”
“Siapa cakap mama  sedang cakap tentang perempuan tu? Mama tanya, apa khabar isteri baru kamu?”
Melopong Rafael bila ibunya tahu tentang Lana. Tergagap dia hendak menjawab pertanyaan Datin Maya. Liur ditelan berkali-kali tapi gagal. Pandangan ibunya sangat menggerunkan.
“Beranikan Raf ingkar arahan mama. Demi perempuan tu, Raf sanggup lupa janji kita. Mama dah cakap, selesai sahaja pemindahan wasiat Raf bebas memilih Lana. Kalau mama tak ada hari tu, belang kita dah terbongkarv sebab perempuan bodoh tu!”
“Apa maksud mama?”
“Nadeen cuba bertemu papa untuk ceritakan segalanya tentang rancangan kita. Nasib baik papa tak ada masa tu dan Nadeen cerita segalanya dekat mama. But now, everything is under control. Satu mama nak pesan, jangan biarkan Lana pula jadi sebab rancangan yang kita atur ni hancur. Raf tahukan apa mama akan buat dengan isteri kamu?”
Rafael mengangguk dan dia kemudian keluar. Hatinya membara kerana Nadeen, semuanya jadi hancur.
“Perempuan ni memang nak kena!”
Sesampainya Rafael di rumah petang itu, dia terus mencari Nadeen yang sedang mengangkat kain dari ampaian. Tangan Nadeen direntap kasar dan tubuhnya ditolak ke dinding.
“Auch! Tuan, sakitlah!”
“Sakit? Huh!”
Pap! Pap!
Pipi Nadeen di tampar beberapa kali. Lana yang mendengar rintihan Nadeen bergegas keluar dari bilik dan melihat Nadeen tersungkur di atas lantai.
“Raf, what’s wrong?”
Rafael meraup wajahnya beberapa kali sebelum melepaskan keluhan berat. Inilah pertama kali dia memukul seorang wanita. Lana yang melihat bibir Nadeen berdarah segera mengambil tisu dan memberikan kepada Nadeen tapi ditepis kasar oleh Nadeen. Dia kemudian berdiri dan masuk ke dalam biliknya. Dia merasa seperti dirinya tak ubah seperti ‘punching bag’. Nadeen berdiri di depan cermin dan melihat bibirnya yang berdarah kerana perlakuan suaminya itu.
“Raf! Kenapa awak pukul Nadeen sampai macam tu? Sedar tak awak tu lelaki? Jangan jadi dayus boleh tak?”
“Sayang, please! Awak tak tahu apa-apa so please, don’t say anything. And one more thing, jangan reveal diri awak as my wife. Mama dah tahu tentang kita, saya tak nak apa-apa jadi dengan awak.”
Lana hanya terdiam. Di mana dia telah tersesat? Kenapa dia seperti tak mengenal Rafael? Bayangan Nadeen bermain dikepalanya. Kalau Rafael boleh berkasar seperti itu dengan Nadeen, tak mustahil Rafael akan buat hal yang sama dengan dia, fikir Lana. Lana berjalan masuk ke bilik dan melirik ke bilik Nadeen. Sebagai wanita dia juga punya hati yang lembut. Baru sahaja dia hendak melangkah ke bilik Nadeen, Rafael pula muncul dan Lana membatalkan niatnya.
“Raf, nak ke mana?”
“Jumpa perempuan tu.”
“Dah lah tu, Raf. Biar je Nadeen tu.”
“Papa ajak makan malam. Saya tak nak muka dia nampak lebam. Sayang tolong make up sikit muka dia.” Arah Rafael
Lana angguk dan masuk ke bilik mengambil alat soleknya. Bilik Nadeen kemudian diketuk dan Lana masuk memberitahu bahawa Rafael mengajaknya untuk makan malam dengan Dato’ Syam.
“Perlukah nak solek saya?”
“Nadeen, demi kebaikan awak. Jangan lawan cakap Rafael.”
Selepas bersiap, wajah Nadeen kelihatan cantik dn tak lagi kelihatan lebam kesan tamparan Rafael. Nadeen memakai baju yang Lana sediakan agar tak Terselindung segala perbuatan Rafael. Selepas bersiap Nadeen keluar dan melihat Rafael sudah menunggunya di depan pintu. Saat melihat Nadeen, seketika Rafael terpegun melihat kejelitaan Nadeen. Malam itu dia kelihatan berbeza dari hari-hari sebelumnya
“Tercegat dekat situ buat apa? Berdandan nak bagi nampak siapa?”
Nadeen tak menjawab sepatah pun pertanyaan Rafael. Dia berjalan melimpasi Rafael dan terus keluar. Mereka masuk lif bersama dan Rafael tak lepas dari memandang Nadeen.
‘Cantik pula dia malam nj. Tak nampak hingusan sangat.’ Bisik hati Rafael
Nadeen yang perasan Rafael asyik mencuri pandang dirinya merasa tak selesa. Dia bermain dengan jarinya. Entah kenapa, dia terasa lif terlalu lambat untuk sampai ke bawah. Sampai di tingkat 10, lif terbuka dan masuk beberapa orang penghuni bangunan tersebut. Nadeen agak terhimpit kerana lif melebihi muatan. Melihat Nadeen yang terhimpit, tiba-tiba tangan Rafael ringan memaut bahu Nadeen dan menarik tubuh Nadeen rapat ke tubuhnya. Nadeen hanya kaku begitu juga Rafael.
Sepanjang jalan mereka hanya berdiam melayan perasaan masing-masing. Sampai di rumah Dato’ Syam, Rafael keluar dan memimpin tangan Nadeen masuk ke dalam. Bermulalah drama Rafael melayan Nadeen dengan sangat manis.
“Dah sampai pun menantu papa ni. Nadeen sihat? Lama Raf tak bawa Nadeen balik sini. Kalau papa tak panggil, tak datanglah jenguk papa, kan?” kata Dato’ Syam
“Raf sibuklah, papa. Lagipun, biarlah kami berdua honeymoon dulu. Kan, sayang?”
“I…ya.”
“Mama mana, pa?” potong Rafael bila nampak Dato’ Syam ingin mengajukan soalan.
“Ada tengah bersiap tadi. Katanya nak menyambut menantu tapi batang hidung tak nampak lagi.”
Sedang mereka rancak bercerita, Datin Maya datang dan duduk di antara mereka. Matanya kelihatan tajam memandang Nadeen, namun cepat dia sembunyikan bila Dato’ Syam memandangnya. Nadeen juga takut melihat Datin Maya. Dia harus cari peluang untuk bercakap dengan Dato’ Syam. Selepas makan malam, datin Maya memanggil Rafael untuk masuk ke bilik bacaan.
Nadeen dan Dato’ Syam ditinggalkan berdua di ruang tamu. Nadeen berfikir, ini adalah peluang terbaiknya untuk beritahu Dato’ hal yang sebenarnya. Dia tak mungkin akan dapat peluang yang lebih baik dari sekarang.
Sementara Rafael dan Datin Maya sedang mengatur rencana untuk rancangan jahat mereka. Datin Maya takut kalau-kalau Dato’ Syam menghidu perbuatannya. Hanya Rafael yang dia harapkan saat ini. Hanya Rafael yang akan wujudkan impiannya untuk memiliki segala harta kekayaan Dato’ Syam.
“Mama tak nak Raf tersilap langkah! Kalau boleh, mama nak sekarang juga Raf dapatkan harta tu. Tapi kita kena plan bagus-bagus. Mama tak nak Lana jadi perosak!”
“Jangan sentuh Lana. Raf tahu apa Raf nak buat.”
“Bagus! Sekarang Raf keluar dan cari Nadeen. Perempuan tu tahu segalanya. Jangan sampai…”
Kata-kata Datin Maya terhenti bila menyedari bahawa mereka membiarkan Nadeen dan Dato’ Syam berduaan.
“Keluar sekarang, Raf! Jangan biar perempuan tu bongkar semuanya. Silap-silap kita berputih mata.”
Rafael terus beredar dan menuju ke ruang tamu. Dia melihat Nadeen dan Dato’ Syam seperti membincangkan sesuatu yang serius.  Tanpa berfikir dia terus mendekati mereka dan sempat mendengar Nadeen mengatakan sesuatu tentang dia.
“Papa, sebenarnya Rafael…”
“Sayang!”
Kata-kata Nadeen terhenti bila Rafael duduk di sebelahnya sambil mencengkam lenganya dengan kuat. Sementara dimata Dato’ Syam, dia melihat kemesraan antara Rafael dan Nadeen seperti dibuat-buat. Hanya sebuah lakonan!
“Sayang, jom balik? Dah lewat ni. Esok saya nak masuk kerja awal.” Kata Rafael
“Awal lagi ni, Raf. Papa dengan Nadeen baru nak borak.”
“Lain kali, papa. Raf penat sangat hari ni. Kami balik dulu.”
Mahu tak mahu, Dato’ Syam hanya mengiyakan sahaja. Nak halang pun anaknya dah ada kehidupan sendiri. Setelah anak dan menantunya pulang, Dato’ Syam duduk dan menonton tv di ruang tamu. Tak lama kemudian, Datin Maya datang dengan membawa segelas air panas.
“Minum, abang.”
“Terima kasih, sayang.”
“Sama-sama. Nak apa-apa lagi tak? saya nak bincang sesuatu ni.”
“Nak bincang apa? Macam serius je.”
“Saya nak cakap pasal wasi…”
“Rafina mana? Dah lama saya tak nampak muka anak awak tu dekat rumah ni.”
Datin Maya mendengus bila kata-katanya malah dicantas oleh dato’ Syam. Bercakap tentang Rafina, sejak dia keluar hari tu, dia tak pernah pulang ke rumah lagi.
“Anak saya seorang? Takkan asyik saya nak ambik tahu pasal budak tu? Sekali sekala abang tengokkan juga. Fina tu anak abang juga tau!”
“Awak nak meninggi suara ni kenapa? Saya Cuma tanya, anak perawan awak ke mana?”
“Saya dah halau dari rumah. Keras kepala, tak nak dengar nasihat langsung!”
“Apa? Awak ni tak ada otakkah? Susah payah awak mengandung dan melahirkan, sekarang awak buang macam tu je?”
“Biarkan! Saya tahu macam mana nak bagi dia pengajaran. Abang tengok je. Nanti dia dah tak ada duit, tahulah dia jalan pulang. Sekarang saya ada hal nak bincang dengan abang.”
“Bawa balik Rafina ke rumah, baru awak cakap dengan saya!”
“Abang! Abang! Saya tak habis cakap lagi ni! Abang!”
Dato’ Syam bangun dan terus masuk ke bilik meninggalkan isterinya di ruang tamu. Datin Maya menghantar Dato’ Syam dengan pandangan tajam. Sakit hatinya di tinggalkan tanpa perasaan. Dia merasa Rafina langsung tak menguntungkannya. Kerana hal Rafina, dia tak dapat bincang hal wasiat dengan suaminya.langsung dia tak fikirkan perasaan Rafina. Baginya yang penting adalah memiliki harta Dato’ Syam.
Sementara Rafael yang tak berpuas hati dengan Nadeen sejak dari rumah agam milik ayah tirinya itu mula mencengkam tangan Nadeen hingga masuk ke kereta. Nadeen berusaha melepaskan tangannya tapi tak berdaya melawan tenaga lelaki Rafael. Masuk sahaja mereka dalam kereta, Rafael terus memecut laju hingga tubuh Nadeen terhumban ke kiri dan kanan.
“Kau cakap apa dengan papa tadi?”
“Cakap apa? Tak ada apa pun.”
Rafael menghentikan keretanya di bahu jalan lalu menarik tubuh Nadeen menghadapnya. Jelas dia mendengar Nadeen menyebut namanya di depan Dato’ Syam tadi. Mustahil dia salah dengar.
“Kau nak bagitahu papa pasal aku?”
“Taklah! Awak, tangan saya sakit. Lepaslah!”
“Sakit? Kalau ni?”
Dengan tenaga lelakinya Rafael mencengkam kedua tangan Nadeen hingga Nadeen merintih kesakitan.
“Kau cakap apa dengan papa tadi!”
“Tak cakap apa pun. Sumpah!” kata Nadeen sambil terus merintih
“Kau jangan nak tipu aku. Kau ingat aku bodoh? Kau fikir aku ni pekak tak dengar apa yang kau cakap dengan papa tadi? Kalau aku tak sergah tadi, mungkin kau dah bagitahu papa semuanya kan?”
“Ya! Memang aku nak bagitahu papa semuanya! Biar papa tahu, anak yang dia banggakan ni, tak guna!”
Pak! Pak!
Pipi Nadeen menerima tamparan kiri dan kanan. Kali ini Nadeen melawan dan membalas menampar Rafael. Kesabarannya sudah habis. Untuk terus ditindas seperti tunggul, dia sudah tak sanggup lagi. Rafael memegang pipinya kerana terkejut ternyata nadeen berani melawannya. Merasa ada peluang, Nadeen segera membuka pintu dan cuba untuk lari, tapi Rafael berjaya menangkapnya dan menolak tubuh Nadeen ke pintu keretanya dengan kuat.
“Berani kau lawan aku? Huh!”
“Aku salah apa dengan kau? Lepaskan aku! Aku tak nak bersubahat dengan iblis!”
Sekali lagi Rafael menampar pipi gebu Nadeen. Tadinya merah kerana blusher kini merah akibat tamparan maha hebat Rafael hingga hujung bibirnya berdarah. Nadeen memandang Rafael tajam. Dia kemudian tersenyum sinis dan meludah ke tanah.
“Lelaki pengecut!”
Dengan tenaga yang Nadeen ada, sekali sahaja Nadeen melibaskan kakinya naik menghentam alat sulit Rafael, Rafael pun tumbang dan mengerang kesakitan. Peluang ini Nadeen ambil lari sekuat tenaganya.
“Nadeen! Come back here! Perempuan sial!” jerit Rafael mengejar Nadeen dengan langkah yang terbata-bata kerana menahan perih di bahagian alat sulitnya. Sesekali Nadeen memandang ke belakang dan melihat Rafael masih berada di belakang mengejarnya.
Nadeen terus berlari, entah kenapa ada kereta yang tiba-tiba berhenti dan mengarahkan Nadeen untuk masuk segera ke dalam keretanya. Tanpa berfikir Nadeen terus masuk ke dalam kereta lelaki tersebut. Apa yang akan berlaku selepas ini tak difikirkannya. Apa yang dapat dia fikirkan adalah, lari!
“Sial! Kalau mama tahu Nadeen lari, mampus aku! Jaga kau perempuan! Kalau aku dapat kau, mampus kau aku kerjakan!”
Rafael berjalan kembali ke keretanya dan memandu pulang. Nadeen pula melepaskan tangisanya. Meskipun dia sudah terlepas, tapi dia tetap tidak bebas selagi DAtin Maya dan Rafael masih bebas.
“Nah! Lap darah dekat bibir awak tu.”
Nadeen mengangkat sedikit wajahnya dan menyambut tisu yang diberikan oleh lelaki yang tak dikenalinya itu. Tanpa memandang wajah lelaki itu Nadeen berkata;
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Well, miss… saya tak nak tahu apa yang berlaku tadi. Saya Cuma nak tanya awak, ke mana saya nak hantar awak ni. Dah lewat malam macam ni.”
“Tak… tahu”
“Okay macam ni, saya bukan nak ambil kesempatan. Tapi kalau awak tak kisah, awak boleh bermalam dekat rumah saya.”
Nadeen terus memandang lelkai tersebut dengan wajah yang sukar digambarkan. Dia mungkin terkejut atau pun lebih tepat takut kalau-kalau lelaki tersebut orang jahat.
“No! Awak jangan salah faham. Saya Cuma nak tolong. Takkan saya nak biarkan awak dekat tepi jalan malam-malam macam ni? Awak tak takutkah lelaki tadi datang balik?”
“Okay…”
“Good girl. By the way, saya Qash.” Kata lelaki yang bernama Qash itu menghulurkan tanganya kepada Nadeen
“Nadeen.’
Mereka saling berpandangan sebelum Qash mengukir senyuman di bibirnya.

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now