Bab 17
DATIN Maya melemparkan beg tangannya ke atas sofa kemudian berpusing melihat Rafael. Dia tak menyangka Dato’ Syam mempermainkan mereka sampai macam tu sekali. Di hadapan ramai orang, maruah mereka dijatuhkan. Namun mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Dato’ Syam melantik Qash sebagai penggantinya.
“Mama, apa semua ni? Kenapa papa ubah keputusanya? Bukan papa dah janji, kalau Lana pindah rumah agam ni dan lahirkan cucu untuk dia, jawatan tu akan diberikan pada Raf, kah?”
“Diam! Diam! Mama tengah buntu, jangan tanya mama apa-apa sekarang. Mama geram betul dengan orang tua keparat ni tau! Macam mana dia boleh ubah fikiran saat-saat akhir? Ini semua sebab kebodohan Raf tau.”
“Raf? Apa yang Raf buat? Raf dah cuba buat yang terbaik untuk puaskan hati mama.”
“Kalau Raf ikut plan mama sebelum ni dan tak hancurkan semuanya dengan kahwin dengan Lana semua ni takkan jadi macam ni tau. Mama dah rugi beratus ribu!”
Kedua beranak itu bertengkar dan saling menyalahkan sesama sendiri. Lana hanya tersengih memandang mereka berdua. Dari perbicaraan mereka berdua, Lana dapat menangkap yang rancangan mereka gagal. Dia hanya berjalan melimpasi suami dan ibu mertuanya itu. Tiba-tiba Datin Maya mengahmpiri Lana dan menarik kasar Rambut Lana. Rafael yang melihat perlakuan Datin Maya segera menepis tangan Datin Maya dan memeluk Lana.
“Mama! Mama nak buat apa dengan Lana?”
“Kau cakap dengan aku, Lana! Kau dah buka mulut dengan Dato’ pasal rancangan kami?”
Lana menolak kasar tangan Rafael dan maju selangkah ke hadapan dan membalas pandangan Datin Maya yang sedang marak berapi.
“Saya tak ada masa nak ikut campur rancangan busuk kamu berdua. Papa tak sebodoh kamu!”
Pap!
“Mama!”
Lana menyentuh pipinya yang baru sahaja menjadi santapan tangan Datin Maya. Lana membetulkan rambutnya dan menaikkan keningnya. Nasib dia fikirkan anak dalam kandungannya, kalau tidak perempuan tua itu sudah jadi bangkai terbaring di atas lantai dikerjakannya.
“Saya dah cukup bersabar selama ni. Mama siksa saya, mama tentukan hidup saya, mama jadikan saya alat untuk lunaskan dendam kesumat mama dekat papa. Saya cukup bersabar, mama. Saya dah penat!”
“Hahaha! Sekarang Raf nak lupakan orang yang mengandungkan Raf 9bulan demi seorang perempuan yang tak ada guna macam ni?”
“Mama pun wanita. Lana mengandungkan anak saya, cucu mama. Jangan zalimi Lana. Hukum Raf, bukan Lana.”
Lana berasa lega sekurang-kurangnya Rafael masih berfikiran waras saat itu. Dia tahu, apa yang Rafael lakukan hanya untuk membebaskan diri dari penjara yang dicipta oleh ibunya sendiri. Itu semua bukan kehendaknya.
“Persetanlah dengan kandungan dia! Apa aku peduli? Aku Cuma mahu Dato’ serahkan empayar tu dengan kamu dan balas dendam atas apa yang berlaku dengan datuk kamu!”
Pak! Pak! Pak! Kedengaran seseorang sedang bertepuk tangan dan pandangan mereka terarah pada bunyi tersebut. Besar mata Datin Maya bila melihat Dato’ Syam berada di muka pintu. Entah sejak bila dia berada disana mereka pun tak sedar.
“Aku bela kamu berdua dengan penuh kasih sayang hingga aku pulaukan anak kandung aku sendiri, ini balasan kamu pada aku? Huh, Maya? Ini kamu balas dengan suami kamu? For what? Why?”
Akhirnya, terbukalah pekung di dada yang selama ini tersembunyi dengan kemunafikan Datin Maya. Dendam yang selama ini dipendam akhirnya akan terluah.
“Kau penyebab ayah aku mati! Semua yang kau ada sepatutnya hak ayah aku tapi kau rampas dengan helah dan otak kau yang licik!”
“Kenapa buat aku begini, Maya. Kalau kau nak, kau Cuma perlu minta, aku akan bagi.”
“Semudah tu? Aku nampak kematian ayah aku depan mata aku sendiri, Syam! Kematian Aisyah tak cukup bagi aku! Sepatutnya anak kau pun mampus sekali!”
Bagaikan disambar petir, Dato’ Syam hampir tersungkur bila mendengar bicara yang keluar dari mulut seorang wanita yang bergelar isterinya itu. Dia memegang dadanya terkejut dengan apa yang baru sahaja didengarnya. Dia tak menyangka kematian isterinya adalah rancangan Datin Maya.
“Aku dah rancang dengan cukup baik Syam. Aku buat kau tak sedar diri malam tu dan panggil Aisyah ke hotel tu. Aku tak sangka pula dia mati malam tu.”
“Habis tu, Rafina?”
Datin Maya ketawa bila sebut nama Rafina. Seolah tak bererti langsung pada dia anak yang dia kandungkan dan lahirkan. Seolah dia tak merasa sakitnya bertarung nyawa demi melahiran zuriat.
“Kenapa kau ketawa?” kali ini Dato’ Syam cuba mengawal amarahnya. Ikutkan hati ingin sahaja dia menggantung Datin Maya hidup-hidup.
“Aku tak tahulah dia tu anak siapa. Yang aku tahu, aku mengandung dan jalankan rancangan aku. Aku tak dapat harta ni tak apalah. Janji aku dah cukup puas hati hancurkan hidup kau.”
“Keluar! Keluar dari rumah aku, dan mulai saat ini kau bukan lagi isteri aku!”
Terduduk dato’ Syam, dia tak menyangka selama ini dia menyayangi wanita yang menghancurkan hidupnya. Datin Maya ketawa sengaja memancing emosi Dato’ Syam. Dia berjalan mendekati Dato’ Syam dan membisikkan sesuatu ditelinga Dato’ Syam.
“Aisyah mengandung saat dia nampak kau tidur dengan aku, Syam. Kau dah bunuh isteri dan anak kau sendiri. Hahahaha!”
Dato’ Syam berdiri dan mencengkam leher Datin Maya. Rafael cuba menghalangnya tapi Dato’ Syam yang dipengaruhi emosi lebih kuat berbandingnya. Hampir sahaja Datin Maya kehilangan nafas sebelum Dato’ Syam menolaknya jatuh ke lantai. Terbatuk-batuk Datin Maya cuba mengatur nafasnya semula.
“Kau akan bayar semua yang kau dah buat, Maya. Aku akan pastikan, kau akan dapat balasan yang setimpal!”
Rafael memimpin ibunya keluar dari rumah agam itu. Sampai di pintu, Rafina berdiri di hadapan ibunya dengan deraian airmata. Dia sudah mendengar segalanya. Ternyata selama ini dia hanya menumpang dan langsung tak ada kaitan dengan keluarga itu.
“Fina anak siapa, mama?” tanyanya untuk mendapatkan kepastian
“Aku tak tahu kau anak siapa. Entah lelaki mana teman aku tidur aku pun dah tak ingat.”
Kata-kata Datin Maya sangat melukai hati Rafina. Dia malu! Ingin saja dia lari tapi tangannya digenggam oleh Qash. Sampai di garaj, pengawal keselamatan menghalang mereka dari menggunakan kereta milik Dato’ Syam.
“Maaf, Datin tak dibenarkan untuk membawa keluar apa pun dari rumah ini. Silakan keluar.”
“Takkan satu apa pun mama saya tak dapat?”
“Dia lebih layak dilayan teruk dari itu. Dengar sini Rafael, aku tak benarkan kau jumpa Lana atau berada dekat dengan Lana. Lana dalam jagaan aku dan tanggungjawab aku.”
“Pa, she’s my wife! Papa tak ada hak untuk halang saya.”
“You can ask her, dia nak ikut kau atau tak?”
Rafael memandang Lana yang berdiri tak jauh di belakang Dato’ Syam. Berharap Lana memberinya peluang untuk memperbaiki kesilapan dan jadi yang terbaik untuk Lana dan anak mereka nanti. Tapi setelah Lana melemparkan pandangan kosong, harapan Rafael punah!
“Saya akan tinggal di sini sampai urusan perceraian kita selesai. Saya dah bagi awak banyak peluang untuk berfikir, Raf. It’s over!”
“Sayang…” Rafael cuba maju untuk merayu tapi Dato’ Syam berdiri sebagai benteng di hadapan Lana
“Dengarkan jawapan Lana? Keluar!”
Mereka tak ada pilihan lain selain daripada keluar dari rumah tersebut. Datin Maya ketawa sepanjang jalan seperti orang yang hilang waras. Memang patutpun dia hilang waras kerana dendam, dia sanggup melakukan apa sahaja hingga mengorbankan nyawa orang lain.
BEBERAPA hari telah berlalu. Akhirnya Lana melahirkan anak lelaki yang sihat dan sangat comel. Dato’ Syam adalah orang yang paling gembira bila melihat bayi kecil yang baru lahir itu. Mereka tak ada pertalian, tapi kerana Lana adalah isteri dan juga mangsa Rafael, dia akan bertanggungjawab atas mereka. Dato’ Nasir ingin membawa Lana kembali ke rumahnya selepas Lana habis berpantang dan akan memfailkan cerai di mahkamah syariah selepas itu.
Sementara Rafina pula memencilkan diri. Sering dia tidak pulang ke rumah kerana malu untuk berdepan dengan Dato’ Syam. Dia pernah membenci lelaki itu kerana menyangka itu adalah ayahnya yang tak pernah ambil peduli tentang dirinya. Ternyata, dia hanya anak yang menumpang dan tidak tahu asal usul. Malu kerana perbuatan ibunya. Rafina membuka pintu perlahan agar tak didengari oleh sesiapa. Ternyata di ruang tamu, ada Dato’ Syam yang sedang menanti kepulangan Rafina.
“Fina.”
Langkah kakinya terhenti. Rafina menoleh perlahan dan melihat Dato’ Syam sedang melihatnya.
“Dari mana? Seminggu tak balik rumah. Papa dengan abang risau, tahu tak?”
“Fina dari rumah kawan. “
“Fina,duduk sekejap. Papa nak cakap sesuatu.”
Rafina merasa sedikit kekok bila Dato’ Syam memaut bahunya dan membawanya duduk di sofa. Andai dia tidak tahu siapa dirinya yang sebenar sudah pasti saat ini dia akan merasa sangat bahagia kerana perhatian seorang ayah yang dia cari selama ini telah dia dapatkan. Tapi malangnya, dia mengetahui kebenaran yang amat menyakitkan.
“Fina, papa tahu apa yang Fina fikirkan. Dengar sini, sejak Fina dalam perut mama lagi, papa dah belajar terima Fina. Dari masih merah sampai besar Fina membesar di depan papa. Papa sayang Fina. Tak kisahlah Fina anak papa atau bukan.”
“Tapi Fina… papa, kenapa selama ni papa tak pernah beri perhatian pada Fina?”
“Papa bukan tak beri perhatian, papa sayang anak papa. Bohonglah kalau papa tak pernah risaukan Fina. Papa Cuma rasa bersalah. Apa yang berlaku pada arwah isteri papa sangat memberi kesan mendalam diri papa.”
Fina angguk kemudian memeluk erat tubuh Dato’ Syam. Mungkin dia tak perlu berkecil hati. Apa yang berlaku diluar kemampuan mereka untuk mengelak. Sejak kejadian hari itu, mereka langsung tidak mendengar khabar Datin Maya atau Rafael. Entah di pelusuk mana dia bersembunyi. Nasibnya cukup baik kerana Dato’ Syam masih berbaik hati melepaskannya tanpa tindakan undang-undang.
NADEEN bersandar pada kerusinya. Sudah beberapa hari ini dia tak menerima kiriman bunga dari Qash. Bukannya dia tertunggu-tunggu tqpi hairan, kenapa tidak ada lagi kiriman bunga? Dah putus asakah Qash memujuknya?
“Aku dah agak. Kau saja nak kenakan aku. Nak tengok aku cair ke tak, kan? Dasar lelaki dayus! Eh! Dia tak pukul aku pun. Apa pula sampai jadi dayus?”
“Bebel apa tu?”
Remy yang kebetulan limpas depan meja Nadeen menegurnya sambil tersenyum. Ada saja yang membuatnya terpikat dengan sikap Nadeen. Sayangnya Nadeen selalu menolak dan terus menolak. Entah bila baru terbuka hati untuk menerima Remy.
“Bercakap pun tak bolehkah?”
“Boleh, tapi kena berteman. Sebab kalau tak, nanti orang lain cakap awak macam ni.” Balas Remy sambil meletakkan jari telunjuknya lurus depan dahi beberapa kali.
“Saya tak gilalah! Apa lagi nak gila dengan orang lain. Tak ada masa i!”
“Amboi sombong. Makin sombong makin saya suka. By the way, Nadeen. Next week kita ada majlis dan saya nak awak bawa beberapa orang lain untuk siapkan majlis tu. Itu majlis ulang tahun perkahwinan mama dengan papa saya. Harap awak dapat tolonglah.”
“Awak boleh je upah orang buat semua tu. Kenapa saya kena buat?”
“Sebab saya upah awak. So awak kena buat. Bukan orang lain pun, bakal mak pak mertua awak juga. Okay, sayang? Saya pergi dulu.” Jawab Remy mencuit hidung Nadeen lalu pergi
Nadeen geram dan menghempas fail di mejanya. Geram yang teramat sehingga keningnya bersambung. Kenapalah Remy itu sangat menjengkelkan. Sekarang Nadeen kena atur majlis itu dengan baik.
“Bagus-bagus aku tak ada kerja kau bagi aku kerja. Menyusahkan betullah!”
Bermulalah kerja Nadeen dengan beberapa orang yang lain untuk mengaturkan majlis tersebut. Dia tak harus melakukan kesilapan. Kerana walau bagaimanapun itu adalah majlis majikannya. Kerana terlalu sibuk, Nadeen terlupa tentang Qash. Sementara Qash pun terlalu sibuk kerana baru menerajui syarikat ayahnya.
Qash yang sedang tekun melakukan kerja-kerjanya tiba-tiba dikejutkan dengan suara Sandy yang memecah kesunyian di ruangan kerjanya. Dia memandang dengan Sandy dan memberi isyarat kepada Sandy, apa tujuannya datang ke situ.
“Qash, saya datang sebab saya rindu. Awak tahukan saya tak boleh tanpa awak.” Rayu Sandy
“Sandy, please! Saya ada banyak kerja. Ada masa saya akan jumpa awak. But not today.”
“Promise?”
“Ya, please go!”
Dengan wajah kecewa, Sandy keluar dari sana. Masih lagi tak berputus asa untuk dapatkan Qash. Mana mungkin dia akan lepaskan Qash begitu sahaja. Dia takkan lepaskan lelaki pertama yang merasa tubuhnya. Bukan sekali malah mereka pernah hidup seperti pasangan suami isteri.
Pintu di ketuk dan setiausaha Qash masuk sambil membawa kad jemputan. Dia meletakkan di atas meja dan memandang Qash sambil tersenyum.
“Tuan, ada jemputan dari client. Tuan nak saya sediakan hadiah?” tanya Qira
“Okay. Awak tengok jemputan apa dan sediakan hadiah sesuai dengan majlis tu. Ingatkan saya, jangan lupa!”
“Baik, tuan.”
Petang itu, sebelum Qash pulang ke rumah Qira memberikannya sekotak hadiah yang terbungkus rapi. Dan malam itu, Qash menghadiri majlis tersebut untuk memenuhi jemputan dari rakan niaganya. Dia berpakaian segak dan cukup elegan sesuai dengan bentuk tubuh dan juga wajah tampannya. Qash memandang wajahnya dicermin lalu tersengih.
“Patutlah ramai tergila-gilakan aku, kacak juga aku ni. Alahai… Qash.”
Meremang bulu roma bila dengar Qash puji diri sendiri. Tepat pukul 8 malam, Qash bertolak dengan Fariz ke majlis tersebut. Sampai sahaja di sana, tetamu sudah ramai dan mereka duduk di meja yang telah disediakan. Dari jauh dia melihat kelibat Nadeen. Seseorang mengejarnya dari belakang dan mereka naik ke tingkat atas.
Qash merasa tak sedap hati bila melihat Nadeen seperti tergesa-gesa lalu dia berdiri dan mengekori mereka dari belakang. Nadeen masuk salah satu bilik yang ada di tingkat atas di susuli dengan lelaki tersebut. Qash mendekatinya dan cuba memasang telinga untuk mendengar perbicaraan mereka. Pintu sedikit terbuka dan Qash dengan mudah melihat mereka di dalam.
“Nadeen, please listen to me!” kata Remy menggenggam tangan Nadeen
“No, you listen to me! Awak sedar tak apa yang awak buat ni?” balas Nadeen
“Yes, saya waras. Saya cintakan awak, Nadeen. Saya tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Tapi awak lain. Please, bagi saya peluang. Saya akan buktikan saya lebih baik dari lelaki yang kirimkan awak bunga tu.”
Nadeen terdiam. Qash menahan dirinya dengan mengepul tangan kanannya mendengar kata-kata lelaki itu. Siapa lelaki tu hingga dia tahu tentang pengirim bunga?
“Apa hubungan dia dengan Nadeen?” bisik Qash perlahan
Tak sengaja, Nadeen terpandang cermin yang berada di depannya dan tubuh Qash kelihatan jelas sedang berdiri di sebalik pintu. Nadeen memandang Remy yang masih lagi menggenggam tangannya. ‘patutkah aku terima Remy? Tapi ini saat yang paling sesuai untuk sakitkan hati Qash. Dia patut rasa sakitnya di tolak.’
“Nadeen, awak pun nampak macam mana papa dengan mama saya gembira masa jumpa awak tadi.”
“Tapi kita berbeza. Saya tak ada apa-apa yang boleh banggakan awak.”
“Tapi awak pelengkap saya. Saya tak pandang siapa pun awak. Just give me a chance. Saya akan cintai awak seadanya awak.”
Qash yang mendengar mula merasa tertekan. Dia pernah menolak Nadeen kerana mereka berbeza. Tapi bukan kerana kekurangan Nadeen, tapi dialah yang tak sempurna.
“Saya terima.”
Qash tersentak seketika. Apa yang baru dia dengar tadi? Benarkah Nadeen menerima lelaki tersebut?
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomantizmSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...