Bab 5
Telefon yang Lana pegang terjatuh ke lantai saat melihat gambar yang baru sahaja lalu di dinding muka bukunya. Gambar yang di muat naik itu adalah gambar pernikahan Rafael dengan Nadeen beberapa hari yang lalu.
“Sampai hati kau, Rafael! Kau cakap kau cintakan aku! Ini yang kau buat belakang aku. Kau tipu aku! Kau tinggalkan aku sebab perempuan ni!”
Lana membuang semua barang-barang yang ada di atas mejanya tanpa memperdulikan staff lain yang berada di luar. Hatinya sangat sakit saat itu. Tak habis fikir dia Rafael menikahi perempuan yang tak jelas asal usulnya dan meninggalkan dia yang lebih sempurna.
“Arrgghhh!!”
Pintu bilik Lana dibuka dari luar dan setiausahanya terpacul di depan pintu dengan wajah cemas.
“Cik Lana, cik okay?”
“Kau nampak aku Okay? Huh?! Keluar!!”
Alma bergegas keluar apabila melihat emosi Lana seperti tak terkendali. Semua staff memandang Alma tak berkelip. Mula terdengar suara sumbang yang bercerita tentang hal itu. Apalagi mereka tahu status hubungan antara Lana dan juga Rafael.
“Al, ni mesti kes boyfriend dia kahwin dengan perempuan lain ni kan? Sebab tu sentap Cik Lana sekarang.” Kata Rania
“Jangan sibuklah. Buat kerja korang.” Balas Alma
Mereka semua menggeleng kepala. Mereka sudah sedia maklum dengan perangai kepala angin Lana yang suka campur adukkan hal peribadi dengan kerja.
Nadeen yang baru beberapa hari menjadi isteri Rafael mula membiasakan dirinya dengan sikap dan layanan Rafael yang dingin dan kasar. Tapi bila mereka berada di hadapan Dato’ Syam, Rafael aan melayan Nadeen layaknya seorang isteri.
Rafael baru sahaja balik dari pejabat dan meletakkan beg sandangnya di atas meja sambil memicit lembut kepalanya. Letih menyiapkan kerja dan juga menghadiri mesyuarat hari ini membuatkan tubuhnya agak lenguh.
Nadeen muncul dari dapur dengan membawa segelas jus oren yang dingin lalu dihidangkan di atas meja. Meski dia masih ada perasaan takut, tapi dia tetap melakukan tugas hariannya melayan Rafael seperti seorang raja.
“Minum, Tuan.”
Rafael membuka matanya lalu melihat ke liri dan kanan kalau-kalau ada Dato’ Syam atau datin Maya di sana. Dia meneguk rakus jus oren itu kemudian bersandar dan meletakkan kakinya di atas paha Nadeen. Dengan tertatih Nadeen membuka sarung kaki Rafael.
“Papa dengan mama dah balik?”
“Belum, Tuan.”
“Rafina?”
“Rafina dah keluar lepas balik dari kelas tadi.”
“Ke mana lagilah budak tu. Degil sangat!”
“Tuan nak apa-apa lagi tak? Air mandi saya dah siapkan.”
“Dah, berambus! Semak aku tengok muka kau.”
Nadeen segera berdiri bila mendengar arahan dari Rafael. Namun baru saja dia ingin melangkah, tiba-tiba tangannya di tarik dan pintu rumah terbuka. Rupanya Rafael menyedari kepulangan ibu dan ayahnya. Nadeen di tarik duduk di sebelah Rafael sambil dia meneguk air oren tadi.
“Awal sampai rumah. Balik awalkah? Takut redah sesak?” tanya Dato’ Syam
“Raf tak takut sesak, pa. Raf takut bini raf menunggu dekat rumah. Kesian Nadeen.”
“So sweet. Macam tu lah baru anak papa. Nadeen, kalau Rafael buli kamu, terus bagitahu papa. Dia ada tak buli kamu?”
Nadeen memandang Rafael yang tersenyum manis memandangnya. Tapi dari lirikan mata Rafael dia tahu, itu adalah satu amaran.
“Abang layan Nadeen baik sangat, papa. Mama dengan papa nak minum tak? Nadeen boleh siapkan.”
“Tak payah. Nadeen layan Rafael je. Papa ni ada mama yang uruskan. Dia kan isteri papa.” Balas Dato’ Syam
Nadeen tunduk hormat kemudian duduk semula di sebelah Rafael. Tangan Rafael memaut bahu Nadeen sambil meneguk minumannya. Gerun Nadeen melihat wajah plastik suaminya dihadapan mertuanya. Kalaulah Dato’ Syam tahu, entah apa yang akan berlaku.
Rafael yang sudah beberapa hari berfikir untuk bawa Nadeen pindah ke kondo miliknya merasa ini adalah saat yang tepat untuk dia beritahu Dato’ Syam.
“Pa, Raf nak cakap sikit, boleh?”
“Apa dia?” balas Dato’ Syam duduk di hadapan mereka
“Raf cadang, nak bawa Nadeen tinggal dekat kondo Raf. Raf kan dah berumah tangga. Lagipun sayang dibiarkan kondo tu kosong.”
“Papa sebenarya berat nak lepas Nadeen ni, tapi yalah, isteri kamu. Kalau tak sekarang, bila lagi nak berdikari? Kalau Raf rasa itu yang terbaik, papa izinkan. Tapi, layan Nadeen dengan baik. Itu pesan papa.”
Rafael tersenyum selepas mendapat persetujuan dari Dato’ Syam. Tahulah dia apa nak buat lepas ni. Tak adalah dia nak berlakon bagai depan mereka lagi. Selepas makan malam, mereka masing-masing masuk ke bilik. Nadeen duduk di tepi katil sambil memicit kaki Rafael. Itulah tugasnya setiap malam sebelum tidur.
Rafael yang memejamkan mata hanya menikmati picitan Nadeen yang sangat melegakan rasa letihnya berkerja sepanjang hari.
“Lepas ni, aku nak kau kemaskan pakaian aku dan pakaian kau sekali. Esok kita pindah rumah aku.” Arah Rafael
Nadeen hanya anggukkan kepala.
“Kau dengar tak, ni? Aku cakap dengan kau, bukan dengan patung!”
“Faham, tuan.”
Selepas memastikan Rafael sudah terlena,barulah nadeen membuka almari dan mengemaskan pakaian mereka untuk di bawa pindah masuk ke kondo milik suaminya itu. Terasa letih, Nadeen akhirnya terlena juga di atas sofa seperti biasa.
Esoknya mereka pun pindah ke kondo yang Rafael katakan. Kondo di mana sebelum ini adalah tempat tinggal Lana kini menjadi sangkar emas untuk Nadeen. Nadeen menarik masuk bagasi yang berisi pakaian mereka lalu di letakkan di bilik utama.
“Aku nak masuk office. Kemas rumah jangan kau nak goyang kaki je! Siap kau kalau aku balik rumah ni ada habuk.” Arah rafael dan hanya di balas dengan tunduk hormat dari Nadeen
Rumah yang penuh habuk kerana sudah terbiar kosong sejak Lana tinggalkan rumah itu membuatkan Nadeen keletihan mengemaskannya seharian. Tak sedar Nadeen terlelap di biliknya. Dia sudah mengemas bilik sebelah untuk dia jadikan biliknya kerana dia yakin, Rafael pasti takkan sudi untuk tidur bersamanya.
Ajib mengejar Rafael ketika melihat sahabatnya itu melintasi lobi utama menuju keretanya yang sudah di parking di depan lobi. Takut tak sempat mengejarnya, Ajib terus memanggil Rafael.
“Raf!”
Mendengar namanya dipanggil membuatkan Rafael berpaling menoleh Ajib. Dia membetulkan tali lehernya sambil telefon di tangannya.
“Apahal kau? Aku nak balik ni.”
“Raf, memang habis kau kali ni. Habis!”
“Habis apa benda kau merepek ni?”
“Lana sibuk cari kau tahu tak? Macam-macam dia tanya aku. Aku tak tahu nak jawab apa. Aku cakap je lah yang kau memang dah kahwin tapi atas permintaan papa kau.”
Rafael tersenyum sinis. Tak sangaka dia yang Lana akan mencari dia juga bila khabar angin mula menular ke mana-mana.
“Buat apa dia nak ambil tahu? Bukan dia dah reject akukah? Kalau kau jumpa dia, cakap dekat dia yang aku bahagia sekarang.”
“Kau biar betul. Menangis airmata darah kang minah tu. Kau janganlah main-main, Raf. Dah macam gila talak aku tengok dia sekarang tu. Kau tukar nombor pun tak bagitahu diakah?”
“Ah! Biarlah. Aku malas nak fikir pasal dia. Kalau dia betul nak dekat aku suruh dia datang merayu aku. Aku balik dulu. Tak tahu apa jadi perempuan tu dekat rumah. Makanan pun tak ada. Aku tak beli apa-apa lagi.”
“Sayang juga kau dekat bini kau tu.” Ejek Ajib
“Sayang? Mimpi kut. Aku jaga dia sebab dia kesayangan Dato’ Syam tau.”
“Harap-harap tak lah jadi kesayangan kau pula lepas ni. Hahahaha!”
Geram dengan sikap Ajib yang asyik mengenakan dia, Rafael terus pergi meninggalkan Ajib di lobi dan masuk ke dalam keretanya. Sebelum balik ke rumah, Rafael singgah di super market untuk membeli barang dapur. Selesai membeli barulah dia meneruskan perjalanan balik ke rumah.
Rafael meletakkan barang di atas meja dapur dan cuba mencari kelibat isterinya. Langsung dia tak melihat Nadeen di mana-mana. Dia membuka bilik tidurnya dan melihat katil sudah terkemas dan di tukar cadar.
“Nadeen! Mana pula pergi perempuan ni?”
Rafael ke dapur semula kerana merasa haus. Kemudian ke ruang tamu. Sempat dia berfikir yang Nadeen lari dari rumah. Dia mencapai kunci kereta ingin keluar mencari Nadeen tapi tiba-tiba dia tergerak untuk melihat bilik yang berada di sebelah biliknya.
Rafael memulas tombol pintu dan melihat Nadeen tertidur pulas di atas katil. Sedikit lega hatinya bila melihat Nadeen di sana. Kalau tak, dia terpaksa berdepan dengan Dato’ Syam.
“Kat sini pula sedap-sedap tidur ya? Tunggu kau!”
Dia berjalan ke bilik air dan membawa keluar segayung air lalu di simbah ke wajah Nadeen. Terpinga-pinga Nadeen menggosok matanya bila melihat Rafael dengan wajah bengis berdiri di depannya.
“Siapa suruh kau tidur dekat sini?”
“Kalau tak dekat sini, habis tu saya nak tidur dekat mana, tuan?” balas Nadeen
“Tidur dekat bilik aku macam biasa! Kalau kau tidur sini, habis siapa nak picit aku? Aku kahwin dengan kau bukan nak bagi kau hidup senang lenang tau. Ni, ni, ni! Semua ni kau pindah bilik sebelah. Faham tak! Menyusahkan betul. Dahlah hodoh, bodoh pula tu!”
Mahu tak mahu Nadeen terpaksa memindahkan semua barang-barangnya pindah ke bilik Rafael kalau tak, habislah dia di kerjakan oleh Rafael. Tak pernah dilayan layaknya seorang isteri tak mematahkan semangat Nadeen untuk terus berharap yang suatu saat nanti, Rafael akan menerimanya sebagai seorang isteri.
Mungkin sekarang terlalu awal untuk Nadeen mengharapkan Rafael menyayanginya. Dia pasti, suatu saat Rafael akan sedar juga. Setiap hujung kesabaran pasti akan indah.
LANA mundar-mandir menunggu Rafael di lobi. Tapi malangnya Rafael tak kunjung tiba. Yang datang hanya Ajib yang hanya tahu menyakitkan hati Lana.
“Lana, buat apa dekat sini”
“Aku nak jumpa bos kau. Mana dia? Aku nak jumpa.”
“Apa kata kau tunggu dia dekat bilik dia je. Mari aku bawakan.”
Ajib tak ada cara lain selain membawanya masuk ke bilik Rafael kerana dia melihat Dato’ Syam sedang keluar dari kereta masuk ke bangunan tersebut. Kalau tak di angkut masuk ke bilik Rafael, silap-silap haribulan, Rafael akan mendapat masalah besar.
Ajib segera menarik tangan Lana dan meminta untuk Lana duduk diam di dalam bilik tersebut sehingga Rafael datang. Sesekali dia menjengah keluar pintu melihat kalau-kalau Rafael sudah masuk.
“Saat macam ni pulak kau lambat masuk office, bangang!”
“Apa kau cakap?”
“Tak, aku bengang dengan Rafael buat perempuan cantik macam kau ni tersiksa. Apa salah dan dosa kau, Lana? Tak patut dia buat kau macam ni.”
“Kan? Rafael dah melampau. Aku merajuk je pun. Yang dia sampai kahwin tu apa hal?”
“Shhh… nanti Dato’ dengar.”
Lana menutup mulutnya menggunakan tangannya sambil tersenyum. Geram pula Ajib melihatnya. Nampak sangat comel Lana bila buat telatah seperti itu. Tak lama kemudian Rafael masuk dan terkejut melihat Ajib dan Lana ada di dalam biliknya.
“What is going on? Korang berdua buat apa dekat bilik aku?”
“Awak tanya kenapa? Saya datang nak penjelasan dari awak, Raf. Betulkah awak dah kahwin?”
Rafael memberi isyarat agar Ajib keluar sementara dia berbincang dengan Lana. Hal ini perlu di jelaskan agar tak ada salah faham. Faham dengan isyarat rafael, Ajib terus meminta diri untuk keluar. Dia pun takut kalau-kalau bom atom meletus di dalam bilik tu.
Rafael membuat wajah tenang kemudian duduk di kerusinya tanpa melihat ke arah Lana. Merasa tak dipedulikan buat Lana menggigit bibir bawahnya menhaan geram. Kekasih hatinya itu semakin berubah sejak kebelakangan ini. Langsung tak ada kata pujukan untuk memujuk rajuknya.
“Awak nak apa, Lana? Hari tu bukan awak dah reject saya, kah? Kenapa awak datang sini cari saya pula?”
“Yes, but I just merajuk tau dekat awak. Saya tak ada pun niat nak tinggalkan awak. Saya keluar sebab nak tenangkan hati saya yang tengah geram dengan mama awak tu. Tapi ini yang saya dapat? Khabar awak kahwin dengan gadis kampung tu menular kat media sosial. Sakit hati saya, Rafael!”
“Terlambat dah. Saya merayu-rayu dekat awak hari tu, tapi apa awak buat? Awak keluar tanpa pedulikan saya pun.”
“Raf, awak kena faham tau. Saya ni perempuan. Saya perlukan kepastian juga dalam hubungan kita ni. Kalau saya salah, saya minta maaf. Tapi kenapa awak pilih untuk berkahwin? Why?”
Rafael berdiri dan menghampiri Lana. Bahu Lana di pegang dan dia memandang mata Lana. Mana mungkin dia akan melupakan gadis yang sudah bertahun lama bersamanya.
“Saya buat semua ni demi kita, sayang. Kalau saya tak ikut cakap papa, saya takkan dapat satu sen pun dari harta papa. Dan kalau itu terjadi, papa awak takkan pandang saya walau sebelah mata pun.”
“Tapi awak dah kahwin…”
“Sayang, dengar. Yes, saya dah kahwin. Tapi saya akan tinggalkan perempuan tu bila saya dah dapat harta dari papa. Dan masa tu, kita akan bersama selamanya. Perempuan tu tak akan berguna langsung pada saya.”
Lana tersenyum mendengar penjelasan rafael. Dia akan berada di belakang rafael. Kalau Rafael gagal dapatkan harta dari Dato’ Syam, sudah tentu Dato’ Nasir takkan memandang Rafael lagi. Maka akan bermulalah hari gelap dalam hidup Nadeen.
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...