AKHIR

1.7K 47 5
                                    

Bab AKHIR


Remy tersenyum melihat Nadeen setelah seminggu dia tak melihat wajah Nadeen. Nadeen cuba untuk menutup pintu, tapi dengan pantas Remy menahannya dengan tangannya dan tenaga Nadeen tidak mampu melawan Remy.
“Remy, awak nak apa ni?”
“Sayang, saya nak minta maaf. Semua ni takkan jadi kalau sayang berterus terang dari awal.”
“So sekarang awak nak salahkan saya? Pernah awak tanya saya? Pernah awak kisah apa yang saya suka apa yang saya tak suka? Awak dah hina saya, Remy. Saya takkan maafkan awak!”
Nadeen menolak Remy hingga terundur ke belakang tapi sekli lagi dia gagal untuk menutup pintu dan kali ini Remy berjaya masuk ke dalam rumah. Lana yang sedang menyusukan Raefad terkejut dan memeluk anaknya. Dia tak tahu siapa Remy tapi yang jelas dia yakin kedatangan Remy membawa maksud yang tidak baik.
“Remy, keluar! Sebelum saya telefon polis, lebih baik awak keluar!”
“Saya takkan keluar selagi awak tak ikut saya, Nadeen. Awak dah janji kahwin dengan saya.”
“Awak yang buang saya. Awak lupakah? Saya ni perempuan murahan!”
“Saya minta maaf, Nadeen. Saya minta Maaf!” Rayu Remy lalu berlutut dan memeluk kaki Nadeen
Nadeen cuba menolak tapi semakin erat pula pelukan Remy pada kakinya. Bahu Remy jadi sasaran tangan Nadeen tapi langsung tak memberi kesan padanya.
“Remy, saya dah jadi isteri Qash! Keluar dan saya tak ingin tengok muka awak lagi. Saya ni murah! Awak carilah perempuan yang jauh lebih baik!”
Remy berdiri dan terus memeluk Nadeen. Lana yang melihat keadaan itu segera menghubungi Rafael dan meminta Qash untuk segera pulang. Lana mahupun orang gaji tak berani untuk membantu Nadeen.
“Kau hak aku! Milik aku! Tak ada orang lain yang akan dapat miliki kau selain aku!”
Remy mengangkat tubuh Nadeen lalu dilemparkan ke atas sofa. Nadeen bergegar kerana kejadian itu sama seperti yang pernah Rafael dan Datin Maya lakukan. Adakah penderitaan Nadeen kembali lagi?
“Remy apa awak buat ni? Remy! Jangan!”
Nadeen Menjerit bila Remy mula mencium pipi hingga leher jinjangnya. Nadeen memejamkan matanya tidak rela diperlakukan seperti itu. Tangan Remy menyentuh bahagian sensitif Nadeen dari atas hingga ke bawah. Tiada lagi perlawanan yang Nadeen mampu buat. Dia hanya menangis tanpa suara.
“Remy, bajingan! Binatang!”
Qash yang muncul di sana terus menerkam Remy seperti singa yang tengah lapar. Perut dan muka Remy mendapat hadiah penumbuk dan terajang dari Qash. Kalau Rafael tak menghalang, rasanya Remy akan mati dikerjakan oleh Qash.
“Kau memang binatang!”
“Qash, sudah! Kau nak dia matikah? Biar undang-undang yang tentukan hukuman dia. Papa, call polis!”
Qash segera mendapatkan Nadeen yang memeluk lututnya kerana trauma dengan apa yang Remy lakukan kepadanya. Pelukan Qash ditolak berkali-kali kerana dia merasa jijik setelah tubuhnya di sentuh oleh lelaki binatang seperti Remy. Setelah lama memujuk dan menenangkan Nadeen barulah Nadeen berdiam. Tak lama kemudian, polis pun datang dan membawa Remy ke balai atas kesalahan cubaan merogol.
“Qash, bawa Nadeen masuk. Biar Nadeen bertenang. Papa risau dia trauma.” Kata Dato’ Syam
“Yalah. Kami masuk dulu.”
Qash membawa Nadeen masuk ke bilik sementara yang lain masih berada di ruang tamu. Khabar tentang Rafina juga masih belum ada. Hari sudah hampir larut malam. Masing-masing sudah penat dan ingin masuk berehat. Dato’ Syam sudah mengangkat punggungnya untuk masuk ke dalam bilik, tapi ketukan pintu membantutkan langkahnya. Rafael berdiri dan membuka pintu.
Di depan pintu berdiri beberapa orang pegawai polis lengkap berpakaian seragam dan menunjukkan kad identiti mereka. Rafael membuka luas pintu sebelum bertanya tujuan pegawai tersebut datang ke rumah Dato’ Syam.
“Ada apa datang malam-malam ni, tuan? Ada berita tentang adik saya?” tanya Rafael
“Ya, kami datang untuk memaklumkan bahawa, Rafina kemungkinan adalah gadis yang ditemui penduduk kampung di rumah usang siang tadi. Pihak kami masih memantau dan hanya meneka. Sebab tu kami datang sini untuk memastikan sama ada Rafina ada menghubungi kamu.”
“Tak ada. Adik saya tak ada menghubungi kami sampai sekarang.”
Saat itu juga telefon milik Dato’ Syam berdering dan semua yang ada saling berpandangan. Dato’ Syam kemudian memberi isyarat agar semuanya senyap lalu menjawab panggilan tersebut.
“Hello! Hello! Kenapa kau senyap, Maya? Aku tahu ini kau. Mana anak aku?!”
“Hahahaha! Pandai kau meneka. Memang Rafina dengan aku. Tapi dah separuh mati aku kerjakan. Untuk masa ni, dia Cuma kehilangan jari. Tapi aku tak jamin sejam kemudian anggota badan mana lagi yang hilang.”
“Kau gilakah! Fina tu anak kau! Tak kesiankah dengan anak kau sendiri?”
“Ya! Memang aku yang mengandungkan dia. Tapi dia keturunan kau! Dan aku benci keturunan kau!”
“Apa maksud kau? Jadi Fina??”
“Tak payah nak drama sangatlah Syam. Kau sayangkan Fina, kan?”
Dato’ Syam tak dapat menjawab kerana terkejut mendengar kenyataan Rafina anak kandungnya. Jadi malam tu dia dan Maya memang terlanjur?”
“Aku tanya, kau sayang Fina atau tak?”
“Jangan apa-apakan anak aku!”
“Aku nak keseluruhan harta yang kau ada. Baru kau akan dapat anak kau.”
“Okay! Janji jangan apa-apakan anak aku!”
“Tergantung dari kau. Kau buat silap atau kau libatkan polis, kau hanya akan dapat bangkai anak kau!”
Tut!!
Dato’ Syam tersandar dan telefonya jatuh ke lantai. Pegawai polis itu mula memberikan arahan kepada anggotanya untuk melakukan serang hendap ke rumah usang tersebut. Nyawa Rafina dalam bahaya. Dato’ Syam dan Rafael ikut dengan anggota polis tersebut dan mereka berada agak jauh dari rumah usang tersebut. Hanya polis yang bergerak mendekati kawasan suspek. Mereka bergerak perlahan mengepung sekeliling rumah tersebut agar tak mengejutkan suspek. Namun, salah seorang pegawai terpijak ranting kering yang membuatkan Maya tersedar akan kehadiran mereka.
Maya mengintai dari celah jendela dan melihat beberapa orang pegawai polis sedang berkeliaran di sana. Rafina yang sudah terlalu lemah di tarik dan pisau diletakkan dilehernya untuk dia mempertahankan diri. Rafina sudah tidak berdaya kerana langsung tak diberi makan dan minum. Tangannya berlumuran darah kerana jari-jarinya dipotong tanpa belas kasihan oleh ibu kandungnya sendiri.
“Ma… sa..kit…” erang Rafina
Dia benar-benar merasakan sakit.
“Diam! Bapak kau memang binatang! Dia langsung tak sayang kau pun. Kalau dia sayang kau, dia takkan berkerjasama dengan polis! Dia hanya pentingkan harta! Malam ni, kau tahulah apa nasib kau!”
Kedengaran bunyi tapak kasut di arah pintu dan bila-bila masa sahaja polis akan serbu masuk ke dalam rumah tersebut. Maya sudah bersedia memeluk tubuh Rafina dari belakang serta pisau di acukan ke leher Rafina untuk melindungi dirinya dari di tangkap polis.
“Puan Maya! Tempat ni dah dikepung. Puan takkan dapat lari ke mana-mana. Serahkan tebusan dan puan akan keluar dengan selamat!”
“Aku akan lepaskan dia kalau aku keluar dengan selamat dari sini!” balas Maya
Pintu di tendang dan pegawai masuk masuk ke dalam namun Maya lebih pantas mengacukan pisau dileher Rafina.
“Bagi saya keluar atau perempuan ni mati!”
Polis mengangkat tangan dan memberi ruang untuk Maya keluar. Nyawa Rafina lebih penting saat itu. Mereka hanya menunggu Maya terleka untuk ambil kesempatan mematahkan rancangan Maya untuk lari. Sampai di bawah kelihatan beberapa lagi orang pegawai sedang mengawasi Maya. Dan di belakang pegawai tersebut ada Dato’ Syam dan Rafael.
“Maya, lepaskan anak aku!”
“Tidak! Kalau aku lepas, aku akan mati di sini!”
“Mama!  Sampai bila mama nak berdendam? Papa dah jelaskan semuanya kenapa mama mahu berdendam. Apa yang jadi dengan atok bukan salah papa!”
“Diam! Anak tak guna!”
Pihak polis yang berada di belakang Maya kini mula bertindak maju beberaoa langkah mendekati Maya tapi malangnya Maya tersedar dan saat dia hendak pusing menyelamatkan diri, pisau yang berada di leher Rafina menyiat kulit leher Rafina dan darah memancut keluar. Serta merta polis menarik tangan Maya dan menggarinya.
“Fina!!” jerit Dato’ Syam segera memangku Rafina yang sudah terbaring berlumuran darah di atas tanah.
“Pa…pa.. Fina a..nakk papa!”
“Iya, papa tahu. Fina anak kesayangan papa. Maafkan papa, sayang!”
Kata-kata Fina menusuk jantung Dato’ Syam. Maya berjaya menghancurkan hidupnya. Satu persatu orang yang Dato’ sayangi dia hapuskan. Termasuk anaknya sendiri demi memuaskan nafsu serakahnya. Dato’ Syam menangis semahunya kerana dia tahu, inilah saat terakhir untuk dia memeluk Rafina. Rafael menggenggam jemari Rafina yang bergetar dan sudah tidak sempurna lagi.
“Anak ku!!! Fina!!” jeritanya semakin garau setelah kepala Fina rebah menyembah bumi
Maya ketawa terbahak-bahak walau matanya tak mampu menipu kerana airmatanya juga deras keluar membasahi pipinya. Dia ketawa sambil melihat tubuh Rafina yang terbujur kaku. Saat itu terbayang di matanya saat Rafina lahir dan dia menciumnya. Tiba-tiba Maya terduduk dan menangis. Setelah puas dia menyiksa Rafina, kini dia terduduk menangis.
“Apa aku dah buat? Aku tak sayang dia! Buat apa aku menangis? Hahahaha! Aku tak menangis. Tak! Padan muka kau, anak kau mati! Itu anak aku… huuuuuuu…”
Rafael memeluk ibunya. Benarlah kata doktor, ibunya akan gila sekiranya tidak di rawat. Maya akhirnya di masukkan ke rumah sakit jiwa dengan kawalan ketat dari polis. Setiap hari dipasung kerana dia akan bertindak mencederakan penghuni yang lain. Dia benar-benar gila. Bermain dengan patung yang dia katakan itu adalah Rafina. Anaknya yang baru berusia 1tahun.
Rafael merasa menyesal kerana selama ini dia tahu dendam kesumat ibunya dan dia juga menyokong ibunya walaupun akhirnya dia menyesal. Tapi sesalannya kali ini sangat berbekas kerana dendam itu mengorbankan adiknya.
Dato’ Syam banyak bersendiri sejak kematian Rafina.setiap hari dia memandang gambar Rafina. Setiap kali dia melihat Nadeen, dia akan teringat Rafina. Sebab itu Nadeen menjadi menantu kesayangannya. Sejak hari itu juga, Rafael kembali ke rumah Dato’ Syam dan berkerja semula di empayar yang telah dia bangunkan bersama Dato’ Syam.

NADEEN termenung di tepi kolam renang. Sudah sebulan berlalu selepas kejadian yang menimpanya tapi dia masih lagi trauma. Bukan takut tapi lebih kepada malu dengan dirinya sendiri. Remy sanggup melakukan hal sejijik itu kepadanya bermakna dia sangat menjijikkan. Nadeen malu berdepan dengan Qash. Setiap kali Qash menyentuhnya seolah-olah dia sedang berbogel di depan orang ramai. Malu tersangat malu! Nadeen mengangkat kepalanya bila tersedar seseorang menyentuh bahunya.
“Nadeen.” Tegur Lana lalu merendamkan kakinya ke dalam kolam
“Apa yang Nadeen cari dalam kolam ni? Tiap hari duduk dekat sini tak buat apa-apa. Suami Nadeen dah balik tu. Tak kesiankah? Mungkin lapar, mungkin kehausan penat berkerja sepanjang hari.”
“Malu…”
“Dah sebulan Nadeen. Dah lebih sebulan tau! Qash pujuk Nadeen tiap hari. Saya nampak, tak buta tau. Nadeen Cuma kena raba bukan kena rogol!”
“Tapi…”
“Atau Nadeen mahu, Qash di rayu perempuan lain sebab isterinya yang halal tak melayannya?”
Nadeen terus memandang Lana dan menggelengkan kepalanya. Tak mungkin dia mahu! Dia hanya perlukan masa.
“Nadeen dah cukup umur nak fikir benda ni. Saya cakap sebab saya pernah di tempat Nadeen.  Itu je!”
Lana berdiri meninggalkan Nadeen untuk berfikir. Bukan nak masuk campur rumah tangga orang, tapi sekadar membuka mata Nadeen. Nadeen mula berfikir apa yang Lana katakan. Dia berdiri dan masuk ke dalam bilik. Qash sedang berbaring di atas katil masih memakai baju kerjanya. Sebelah tangan diletakkan atas kepala seperti menanggung beban yang berat. Tiba-tiba Nadeen merasa kasihan.
Nadeen berjalan perlahan kemudian duduk di atas katil. Melihat Qash tiada respon, Nadeen menyelitkan kepalanya di lengan Qash yang membuat Qash melihat dirinya dari jarak yang sangat dekat. Nadeen senyum. Sudah sebulan senyuman itu seperti hilang dari bibir Nadeen.
“Kenapa?” tanya Qash kehairanan. Mahu tak hairan, kalau tiba-tiba Nadeen berkelakuan manja seperti itu.
“Rindu…” balas Nadeen sedikit berbisik dengan desahan halus di telinga Qash.
Berdesir aliran darah Qash saat nafas Nadeen menyapa kuping telinganya. Meremang  bulu roma Qash bila tangan Nadeen meraba dadanya. Mimpi apa isterinya menggodanya malam ni?
‘Mimpi apa pula perempuan ni menggoda aku? Minum pil kudakah?’
‘Layankah? Atau tolak dan jual mahal? Isk! Kalau aku layan, happylah dia sebab aku mengalah. Ih, tak boleh! Tapi kalau aku jual mahal, aku yang rugi.’
Qash bercakap dalam hati sambil melirik ke bawah pusatnya. ‘Oh, tidak! She’s halal for me!’ hatinya menjerit bila Nadeen membuka satu persatu butang bajunya. Jemari lentik Nadeen bermain di sekitar dada bidangnya dan sesekali singgah nakal bermain di puting Qash yang mencanak tegang! Benteng pertahanan Qash semakin goyah dan akan runtuh bila-bila masa sahaja. Dan ya! Akhirnya dia kalah bila kini mereka terbaring berpelukan dalam satu selimut.
Nadeen menutup wajahnya setelah dirinya kembali normal. ‘Apa yang aku buat tadi? Malunya!’ matanya menjeling ke arah Qash yang tertidur sambil memeluk Nadeen. Sampai bila mahu berterusan hidup menghukum? Bahagia Sudah depan mata. Tapi masih juga Nadeen merasakan bahang hangat dipipinya. Bila dia imbas kembali kejadian sebentar tadi, spontan pipinya panas.
‘Tak malulah kau, Nadeen!’ makinya sendiri sambil tersenyum lalu membalas pelukan Qash. Dalam tidur Qash sembunyi senyum. Akhirnya dia berjaya juga miliki Nadeen seutuhnya. Setelah cukup lama memujuk kekasih hatinya itu. Cukup sekali melukai, takkan mungkin dia sanggup melukai sekali lagi.
Pagi itu, Nadeen mendekati Dato’ Syam untuk mengajaknya makan sekali. Dengan langkah perlahan Dato’ Syam mendekati Nadeen lalu menyentuh bahu Nadeen. Dibalas dengan senyuman manis dari Nadeen buat Dato’ Syam tertunduk teresak sedih. Nadeen kemudian menyapu lembut dada Dato’ Syam. Dia tahu ayah mertuanya itu masih belum dapat menerima kehilangan Rafina.
“Pa, Fina kalau nampak papa macam ni pun dia takkan suka tau. Fina pernah cakap, sekalipun mama dengan papa tak pernah ambil kisah tentang dia, tapi dia tak mahu buat mama dengan papa sedih. Bayangkan kalau Fina sedang tengok keadaan papa sekarang? Lepaskan Fina papa. Dia dah tiada bersama kita.”
“Papa Cuma kesal. Menyesal! Kenapa selama ni papa abaikan anak papa sendiri? Fina tak salah apa pun, kenapa papa…”
“Fina dah maafkan papa. Setiap hari dia akan maafkan papa. Papa tak boleh macam ni. Bangun, pa. Masih ada kami yang perlukan papa.”
Sedar dengan kesilapanya yang terlalu terbawa perasaan hingga terlupa pada anak-anaknya yang masih memerlukannya buat matanya kembali terbuka luas. Dato’ Syam membayangkan kembali kebahagiaanya saat bersama arwah isterinya, Aisyah. Kemudian dia memejamkan mata dan terlihat bayangan Aisyah dan Rafina melambainya sambil tersenyum. Sudah saatnya dia melepaskan mereka.
“Papa lapar.” Rengeknya seperti anak kecil membuat Nadeen teesenyum
Nadeen memaut lengan ayah mertuanya menuju ke meja makan dan semua yang ada di meja tersenyum bahagia. Semoga tiada lagi kedukaan bertamu dalam kebahagiaan mereka. Selepas makan, mereka semua berkumpul di ruang taku kerana hujung minggu, adalah hari untuk mereka sekeluarga berkumpul.
“Pa, Qash nak minta izin dengan papa. Qash nak bawa Nadeen berbulan madu dalam negara. Itu pun kalau papa tak kisah.”
“Dah cukup lama juga kamu tangguhkan bulan madu hari tu. Sempat tersisih lagi, kan? Perli Dato’ Syam hingga Nadeen mencubit kecil lengan Qash dan mereka semua ketawa melihat gelagat pasangan itu.
“Boleh tak?” tanya Qash lagi
“Bolehlah! Bini kamu, kan.”
“Yes! Sayang ready-ready tau.” Usik Qash tersengih
“Tapi, sekejap! Apakata, kalau kita semua pergi bercuti dan kami berbulan madu sekali jalan? Bukan selalukan?” cadang Nadeen menaik-naikkan keningnya
“Bagus juga tu. Boleh papa cari bini baru, hahahaha!”
Mendengar itu serentak anak menantunya berkata ‘PAPA!’ membuatkan Dato tersenyum kambing dapat mengusik anak menantunya. Benarlah dikatakan, setiap ujian yang Allah turunkan, pasti diselitkan kebahagiaan. Dato’ Syam bersyukur dia masih ada mereka yang masih bersamanya.

BAJU dress kuning berbunga-bunga jadi pilihan Nadeen hari ini. Sejak dari airport lagi dia sudah berkenan dengan baju itu. Selepas Qash membelinya dia terus memakainya dan ianya sangat sesuai ditubuhnya. Mata Qash tak boleh lari dari terus memandang isterinya. Si gadis muda yang sangat tegar dan tabah.
“Abang, nak pegang tangan!” kata Nadeen dengan wajah manja
Qash menghulurkan tanganya sambil berjalan. Sementara yang lain sibuk membeli-belah kraf tangan yang cantik-cantik. Mereka semua ambil keputusan untuk ke Semporna dan bercuti di pulau. Selepas mereka membeli, mereka pun terus menuju ke jeti untuk pergi ke pulau yang telah mereka pilih.
Tak sampai 15minit bot laju meluncur di atas laut, Nadeen sudah mula pening. Terasa isi-isi perutnya mahu terkeluar saat itu. Air liur mencair dan itu tanda-tanda dia akan segera muntah. Qash yang melihat wajah Nadeen berubah pucat segera menarik Nadeen ke tepi bot untuk memuntahkan isi perutnya.
“Bluerkk!!”
Nadeen memuntahkan isi perutnya hingga habis tak bersisa. Qash memberikan air mineral dan minyak angin di sapukan ke dahi Nadeen. Tak lama selepas itu Nadeen tertidur. Dia dikejutkan setelah mereka sampai di pulau Bohey Dulang. Pulau yang terkenal dengan panorama yang indah. Mereka semua teruja melihat keindahan pulau tersebut. Tapi mereka terpaksa ke penginapan dahulu kerana mereka sampai di sana hari sudah petang dan mereka harus menyaksikan matahari terbenam.
“Sayang dah okay?” tanya Qash
“Okay dah. Tadi mabuk laut je. Bukan apa pun.”
“Kesian bini abang ni. Nak mandi sama tak?”
“Iya sekalilah. Nanti lambat nak turun bawah. Nak ke pantai tengok sunset.”
Qash tersengih bila Nadeen mahu mandi bersama denganya. Dikepalanya macam-macam yang dibayangkan. Nadeen yang perasan mula menunjukkan penumbuknya di depan muka Qash membuatkan Qash menelan air liur. Mereka yang lain sudah menunggu Qash dan Nadeen di bawah dan mereka pun di bawa ke pantai oleh pemandu pelancong.
Masing-masing mengambil posisi yang mereka sukai sambil menikmati udara senja. Dato’ menarik nafas lalu dihembus perlahan. Dia cuba melepaskan apa yang telah pergi. Dan memeluk erat apa yang dia masih miliki saat ini, iaitu anak-anak dan menantunya serta si kecil Raefad yang berada dalam kendonganya. Pipi merah Raefad di kucup kiri dan kanan.
“Atok takkan sia-siakan kamu lagi.”

RAFAEL merangkul pinggang Lana sambil menangkap foto berdua. Pipi Lana jadi sasaran bibirnya dan Lana tertawa bahagia. Kesabarannya membawa hasil yang sangat tak terduga. Lana pusing dan menyentuh pipi Rafael.
“Seburuk apa pun kita sebelum ini, buktikan pada Efad, mama papa dia adalah yang terbaik. Past is past. Okay, sayang?”
“Terima kasih, sayang. Awak memang wanita terbaik dan saya takkan dapat wanita lain yang lebih baik dari awak. Terima kasih setia dengan saya sampai saat ni. Saya sayangkan awak dan Efad.”
“Saya pun sayangkan awak. Tu, tengok merpati dua sejoli!”
Lana menunjuk ke arah Qash dan Nadeen. Nadeen naik di belakang Qash dan berjalan sepanjang pesisir pantai. Sesekali Nadeen mengusik Qash dengan menggigit telinga Qash.
“Sayang, sakitlah!”
Tapi Nadeen tak peduli dan masih juga mengusik Qash. Qash kemudian berjalan ke arah gigi air kemudian berhenti di sana.
“Kalau Nadeen gigit lagi, abang buang Nadeen dalam air.”
Tegas Qash kerana telinganya adalah tempat yang paling sensitif baginya. Tapi Nadeen masih juga mengusiknya. Dengan sekali sahaja Qash bergerak Nadeen di humban masuk ke dalam air. Dan Qash mentertawakan isterinya yang sudah basah lencun.
“Abang!!!”
Nadeen menarik tangan Qash dan menolaknya hingga terbaringdi dalam air lalu Nadeen menaiki tubuh Qash dan menyimbah wajah Qash dengan air masin. Seronok betul dia mengenakan suaminya. Melihat Nadeen yang basah lencun tiba-tiba Qash menariknya dan mengucup bibir isterinya. Dato’ Syam, Rafael dan Lana terus menoleh ke arah lain bila melihat adegan romantis pengantin baru itu.
“Sepatutnya kita tak oayah ikut dengan pengantin baru, papa. Tak pasal-pasal Raf rasa nak balik ke bilik, kan sayang?” kata Rafael mengusik Lana
“Nampak ni?” balas Lana tapi tetap tersenyum
“Nampaknya, Efad tidur dengan atoklah malam ni.”

Mereka semua akhirnya mengecapi bahagia selepas begitu banyak ujian menimpa. Siapa sangka, kerana akad itu, menjadikan mereka keluarga yang terbahagia saat ini.

“Abang tak pernah bermimpi akan dapat memiliki sayang seperti sekarang. Yang abang tahu saat itu, abang jatuh cinta dengan budak bawah umur.” Kata Qash
“Kerana akad itu, abang. Semuanya kerana akad itu.”

TAMAT

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now