Bab 20
“Mama lihat hubungan Remy dengan Nadeen dah makin berkembang ni. Bila nak kahwin? Benda baik lebih baik dipercepatkan. Takut nanti dikebas dek orang lain.” Kata Puan Asmah bila melihat Remy sedang sntai di depan televisyen.
Remy tersenyum. Soalan ibunya membuat dia sedikit ragu. Bukan meragui rasa cintanya kepada Nadeen tapi meragui perasaan Nadeen. Selama mereka berhubungan sebagai kekasih, belum pernah Nadeen mengatakan dia menintai Remy atau pun sedang rindu kerana tak berjumpa. Tak seperti yang dia angankan selama ini. Nadeen lebih menghormati tapi tak menunjukkan kasih sayangnya dengan perlakuan atau ucapan.
“Nantilah, mama. Remy belum terfikir nak kahwin ni.”
“Makanya, sekarang fikirkan. Masa lalu Nadeen mama tak ambik kisah sangat. Budaknya baik dan sopan pun dah cukup baik. Jangan lepaskan takut nanti kamu yang menyesal.”
“Nanti saya bincang dengan Nadeen. Kahwin ni soal dua hati bukan hati saya seorang.”
“Itu yang sebaiknya. Dah, mama naik tidur dulu. Kamu jangan tidur lewat sangat. Selamat malam.”
“Selamat malam, ma.’
Remy mengeluh. Dia sepatutnya dah layak untuk berkahwin. Cuma dia risaukan Nadeen. Takut keputusan Nadeen akan menghancurkan hatinya. Tapi belum cuba belum tahu, kan? Dia akan cari waktu yang sesuai untuk bincangkan hal ini dengan Nadeen. Lagipun, sampai bila nak bercinta? Setiap hubungan perlukan kepastian ke mana mahu dibawa hubungan itu.
Paginya, seperti biasa Remy akan sampai awal ke pejabat dan Nadeen akan sampai selepas itu. Tapi pagi ni, di atas meja Nadeen terletak sebuah kotak hadiah yang berbalut dengan kertas hadiah berwarna merah hati. Remy rasa tertarik unbtuk melihatnya. Dari bungkusan sahaja sudah tahu bahawa itu pasti hadiah istimewa. Tapi kenapa di atas meja Nadeen?
“Siapa punya pula?” fikir Remy
Lalu dia mengambil kotak tersebut dan membeleknya. Kad kecil yang terlekat dibuka dan belum sempat dia baca Nadeen sudah pun sampai. Remy terus meletakkan kotak tersebut kemudian mengukir senyuman ke arah Nadeen.
“Good morning, sayang.”
“Morning, awak. Awal sampai?”
“Ya, macam selalu. Tak apalah, saya nak buat kerja dulu. Nanti lunch sama-sama. Love you!” balas Remy mengenyitkan matanya ke arah Nadeen
Nadeen hanya tersenyum lalu duduk dan terlihat kotak hadiah di atas mejanya. Sekali lagi senyumnya melebar. Nadeen berdiri dan membawa kotak tersebut masuk ke bilik Remy. Nadeen masuk dan terus memeluk lengan Remy dengan manja. Kehairanan Remy melihatnya tapi dia gembira sebab Nadeen memberinya sedikit respon yang baik.
“Kenapa ni?” kata Remy
“Tahu-tahu je awak hari ni birthday saya. Thank you bagi saya hadiah ni.” Kata Nadeen
“Hari ni hari jadi awak?”
“Huh, yala. Habis tu awak bagi saya hadiah ni sempena apa?”
“Bukan dari saya, sayang. Bacalah dari siapa?”
Tanpa melihat pun Nadeen sudah dapat agak siapa yang memberikannya hadiah. Dan, ya! Qash tahu tarikh lahirnya kerana Qash pernah melihat kad pengenalanya.
“Tak apalah, awak. Mungkin dari kawan-kawan sekerja.” Balas Nadeen beralasan
“Saya keluar dulu.”
Nadeen melangkah keluar dan meletakkan hadiah dari Qash di atas meja. Remy yang merasa bersalah kerana tak ambil tahu tentang hari istimewa Nadeen itu terus menelefon PA nya dan mengatur majlis kejutan semoena harijadi Nadeen.
“Mungkin dia harapkan hadiah tu dari aku. Tak apa, sayang. Aku akan berikan sesuatu yang istimewa untuk sayang.” Katanya sambil tersenyum
Nadeen membuka hadiah dari Qash dan seperti yang sudah dia duga ianya adalah sebentuk cincin yang sangat indah. Bagi mana-mana wanita tak mungkin akan menolak pemberian semewah itu. Tapi bagi Nadeen hadiah tersebut tak ada apa-apanya dibandingkan rasa sakit hati dilukai setelah hati mula sayang. Nadeen berdiri dan memasukkan kotak hadiah tadi ke dalam begnya lalu keluar. Dia menaiki teksi menuju ke rumah milik Qash yang telah lama dia tinggalkan. Rumah yang oenah memberi tumpangan teduh dan juga saksi kehancuran hatinya. Setelah sampai, Nadeen menghubungi Qash untuk memberitahunya bahawa dia berada di depan rumah Qash.
“Hello! Qash saya nak jumpa awak.”
“Okay, kat mana?”
“Depan rumah awak. Saya dekat sini sekarang.”
“Tunggu dekat dalam. Ada pembantu dekat sana. Saya dah lama tak balik rumah tu.” Balas Qash lalu menamatkan panggilan.
Dia bergegas keluar dari pejabat kerana takut Nadeen menunggu terlalu lama. Nadeen melangkah masuk ke dalam rumah setelah pembantu membukakan pintu. Matanya meliar melihat isi rumah Qash. Satu pun tak ada yang berubah kedudukanya. Teringat kembali saat bahagia bersama Qash sebelum semuanya hancur hari itu. Tidak pernah dia merasakan sebahagia itu sepertimana dia tidak pernah merasakan pedihnya hati terluka.
“Cik Nadeen nak minum apa-apa?”
Terkejut Nadeen bila pembantu tersebut tahu siapa dia. Nadeen menggelengkan kepala lalu pembantu tersebut berjalan menuju ke dapur.
“Mak cik! Macam mana mak cik tahu nama saya?”
“Gambar Cik Nadeen tergantung dalam bilik Tuan. Saya tahulah.” Balasnya tersenyum
Terdiam Nadeen. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Qash, fikir Nadeen. Dia langsung tak faham perangai Qash. Mula-mula dia menolak Nadeen dan sekarang hidupnya hanya Nadeen dan Nadeen.
“Nadeen…”
Nadeen menoleh dan melihat Qash masuk ke dalam. Dia tak mahu berlama-lama di situ kerana tujuannya datang hanya untuk memulangkan hadiah yang Qash berikan.
“Saya datang Cuma nak pulangkan ni.”
“Ini untuk awak. Kenapa nak pulangkan?”
“Untuk saya? Hadiah semahal ni?”
“Saya hadiahkan ikhlas.”
“Macam yang awak pernah cakap, saya tak layak. Awak dan saya jauh berbeza. Yalah, saya kan anak miskin yang tak tahu mana asal usul. Janda pula tu. Saya tahu kita berbeza sebab tu saya lupakan awak.” Balas Nadeen sambil meletakkan kotak cincin tersebut di atas meja
Nadeen berjalan menuju pintu tanpa pedulikan Qash. Begitu dalam luka hatinya sampaikan dia tak mampu untuk memaafkan apa lagi melupakan apa yang pernah Qash buat. Qash mengangkat wajahnya dan terus memeluk Nadeen dari belakang. Tanpa sedar airmata Nadeen jatuh.
“Maafkan abang! Tolonglah maafkan abang!”
Semakin Qash merayu semakin Nadeen merasakan sakit. Entah kenapa dengan perasaanya. Selalu sahaja mengingkari dirinya sendiri. Qash menyembamkan wajahnya ditengkuk Nadeen dan mengeratkan lagi rangkulanya pada tubuh Nadeen.
“Abang sayangkan Nadeen. Apa yang abang pernah cakap sebelum ni bukan sebab Nadeen janda atau pun anak pungut. Abang yang tak layak. Abang yang kotor. Masa lalu abang hitam!”
Nadeen melepaskan rangkulan Qash lalu membalas pandangan Qash dengan tajam.
“Tipu! Tipu semuanya! Saya takkan percaya lagi. Saya tak nak tengok muka awak lagi lepas ni.”
“Nadeen! Nadeen dengar dulu!”
Nadeen keluar dan terus menahan teksi pergi dari sana. Qash meraup wajahnya. Sudah cukup dia menghalang Nadeen dan menjelaskan segalanya tapi Nadeen tetap menepisnya. Buntu apa lagi yang harus dia lakukan agar Nadeen kembali menyintainya.
Buk!
Dinding menjadi tempat Qash melepaskan geramnya. Tangannya berdarah langsung tak memberi kesan pada dirinya. Ikutkan hati mahu saja dia berputus asa . Sudah cukup rayuannya selama ini masih tidak berhasil memujuk hati Nadeen.
LANA sedang berdiri menunggu pemandunya untuk menjemputnya. Raefad berada dalam kendongannya sedang tertidur. Sesekali Lana merenung ke dalam wajah anaknya. Saling tak tumpah dengan wajah Rafael.
“Anak mama ni fotocopy papa sangat. Sikit pun tak ada wajah mama.” Katanya mencuit hidung Raefad.
Ridu rasa hatinya pada suami Yang sangat dicintainya. Dia mengeluh panjang sambil matanya memerhatikan ke arah jalan. Seorang wanita sedang berjalan ke arahnya sambil tersenyum. Dia membalas senyuman wanita yang dia tak kenali itu yang kemudiannya menyapa Lana.
“Comelnya anak awak. Geram tau saya tengok dari tadi.” Kata wanita itu
“Comelkan? Muka dia fotocopy papa dia sangat.”
“Iya? Papa dia mana?”
“Ada tengah kerja.”
“Oh, ya! Saya dari kedai permainan dekat depan sana tadi. Geram tengok anak awak jadi saya belikan permainan ni.”
“Eh! Menyusahkan awak je. Dia tak tahu nak main lagi pun.”
“Alah, tak apalah. Saya ikhlas ni. Lagipun nantikan anak awak membesar juga. Simpan je, nanti dah pandai bolehlah awak bagi dekat dia. An si comel?”
Dengan sangat berat Lana menerima pemberian wanita itu. Tak sanggup dia menyinggung perasaan wanita itu. Selepas mengucup dan berfoto selfie dengan Raefad, barulah wanita itu pergi. Tak lama kemudian, pemandu Lana pun sampai dan mereka masuk ke perut kereta untuk pulang ke rumah.
“Saya dah bagi hadiah tu dekat anak awak. Saya tak tahu apa masalah rumahtangga awak, tapi sebagai seorang yang jauh lebih tua dari awak, saya nasihatkan, mengalah dengan keras hati isteri awak. Jangan jadikan anak awak mangsa keadaan. Tengok wajah comel anak awak ni. Awak tak kasihan?”
Rupanya Rafael yang menghantar wanita itu untuk memberikan hadiah untuk anaknya. Jatuh airmatanya melihat gambar Raefad. Sungguh dia teringin untuk mengucup anaknya itu tapi dia belum ada kekuatan untuk berdepan dengan Lana. Mampukah Lana memaafkannya. Mungkin sekarang Lana lebih bahagia tanpa dia.
Gambar itulah yang menjadi semangat Rafael untuk berkerja dengan lebih keras. Setiap hari dia akan melihat Lana dan Raefad dari jauh. Apalagi Lana sering berkunjung ke restoran dibawah seliaannya. Lebih mudah baginya melihat keadaan mereka bila hampir setiap hari Lana akan makan di sana.
NADEEN bersiap untuk keluar makan malam bersama Remy sebab siang tadi dia mungkir janji untuk makan tengah hari bersama Remy. Untuk menebus rasa bersalah dia menerima ajakan Remy untuk makan malam bersama. Selepas meneliti penampilanya dicermin dia terus turun ke bawah dan Remy sudahpun menantinya di tepi keretanya sambil bersandar. Di tanganya ada sejambak bunga ros. Berdebar jantung Nadeen melihatnya. Inilah kali pertama dia menerima bunga dari Remy tanpa orang tengah.
“Hai, sayang!”
“Hai, awak. Dah lama sampai?”
“Baru je. This is for you.” Kata Remy memberikan bunga ros tersebut kepada Nadeen
Pintu kereta dibukakan dan Nadeen masuk ke dalam. Kemudian Reky memandu menuju ke restoran yang telah ditemoah khas oleh PA nya. Sesekali matanya melirik ke bangku sebelah melihat Nadeen yang ralit menghidu haruman segar bunga ros pemberiannya. Hampir 20minit dia memandu akhirnya mereka sampai. Remy mengganding tangan Nadeen masuk ke dalam. Mata Nadeen meliar sungguh indah restoran yang ditempah oleh Remy.
“Silakan duduk, sayang.” Kata Remy mempersilakan Nadeen sebagai lelaki sejati
Nadeen senyum dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat dan duduk seperti biasa. Tak lama kemudian hidangan disajikan di atas meja dan sebiji kek istimewa berwarna putih diletakkan teoat di hadapan Nadeen. Mata berkerdip-kedip melihat pelayan-pelayan itu lalu memandang Remy. Setelah pelayn itu pergi Remy berdiri kemudian berlutut di hadapan Nadeen.
“Remy, awak buat apa ni? Bangun!” kata Nadeen kerana tidak selesa menjadi tontonan umum di sana
Remy menarik tangan Nadeen lalu dikucup lembut. Wajah di dongakkan lalu dia mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Sebuah kotak kecil berwarna emas di keluarkan lalu di buka. Remy menunjukkan sebentuk cincin bertatah berlian kepada Nadeen.
“A..apa ni? Remy awak bangunlah.”
“Sayang, awak pun tahu umur saya dah semakin meningkat dan awak tahukan saya sayangkan awak?”
“Ya, tapi apa semua ni? Janganlah buat saya berdebar. Saya tak sukalah!”
“Jadi isteri saya, Nadeen. Mama papa dah restui. Will you?”
Nadeen terdiam seketika. Apa yang dia inginkan dari seorang lelaki? Pernah terluka tapi sampai bila dia harus menghukum? Bukankah Remy terlalu sempurna untuknya? Apa lagi yang dia inginkan?
“Sayang…”
“Ya, saya mahu.”
“What? Say it again?”
“Ya saya mahu jadi isteri awak!”
“Yes!! I love you, sayang! Thank you!”
Remy mendakap tubuh Nadeen kemudian menyarungkan cincin ke jari Nadeen. Rasanya dialah lelaki terbahagia bila Nadeen akhirnya menerimanya. Tanpa ragu Nadeen menerima lamaran Remy. Dia sudah bulat dengan keputusanya untuk membuka hatinya untuk Remy. Setelah menjamu hidangan di atas meja, Nadeen meminta diri untuk ke bilik air sebentar. Dia perlu membetulkan lipsticknya setelah makan tadi. Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam tiba-tiba ada suara menegurnya.
“Nadeen…”
YOU ARE READING
KERANA AKAD ITU
RomanceSINOPSIS KERANA AKAD ITU Berkahwin pada usia 18tahun, bukanlah keinginan Nadeen. Baginya saat itu adalah masa untuk dia belajar mencapai cita-cita dan impiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia mendapat lamaran dari seseorang yang dia tidak...