part 13

851 15 1
                                    

Bab 13


‘Nadeen bukan orang gaji. Dia bakal isteri saya.’
Kata-kata itu bermain di kepala Nadeen. Benarkah atau itu hanya sebatas untuk membuat Sandy cemburu. Nadeen tak mahu terlalu berharap. Tidak dinafikan, dia memang sayangkan Qash, tapi dia sendiri dengar Qash katakan antara dia dengan Qash jauh berbeza.
“Memang kita jauh berbeza. Tak mungkin pipit terbang dengan enggang.” Kata Nadeen
“Siapa enggang tu?” suara Rafina mencela dari belakang Nadeen
“Fina? Dah balik?”
“Ya. Akak cakap apa tadi. Penuh perasaan Fina nampak. Cakap pasal abang ek?”
“Isk, mana ada! Fina nak makan tak?”
“Tak nak mengakulah tu. Fina dah makan tadi sebelum balik. Fina nak rehat kejap, lepas tu nak siapkan assigment.”
“Untunglah Fina buat assigment.”
“Kak, akak tak nak sambung belajarkah?”
Nadeen hanya tunduk. Teringat kembali bagaimana susah payahnya dia kumpul duit untuk sambung belajar dulu. Kalau bukan sebab Karin menjualnya, sudah tentu dia sedang berada di kolej seperti Rafina dan Dian sekarang. Rafina memaut bahu Nadeen kerana faham apa yang Nadeen rasakan. Umur mereka tak jauh beza pun. Pastilah Nadeen ada cita-cita sendiri.
Rafina faham keinginan Nadeen. Dia faham bagaimana kuatnya Nadeen sejak hari pertama Nadeen setuju untuk berkahwin dengan Rafael. Tak sangka wanita selembut Nadeen jadi mangsa ketamakan ibu dan abangnya sendiri.

DATO’ SYAM memandang ke arah laut. Hari ini dia habiskan masa di tepi laut menikmati angin laut. Sudah lama dia tak rehatkan fikiran seperti ini. Ingatannya kembali menerawang ke masa lalu.
“Abang Cuma sayangkan Aisyah dan Qash. Takkan ada wanita lain boleh gantikan Aisyah.” Kata Dato’ Syam memeluk isterinya
Memang benar dia hanya mencintai Aisyah. Tapi suatu hari, ketika dia berjumpa rakan niaganya di sebuah kelab malam, semuanya berubah sekelip mata. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam bilik hotel bersama Maya. Sedar sahaja, dia sudah berada di sana tanpa memakai pakaian dan Aisyah sudah menyerangnya.
Dan hari itu, dia kehilangan satu-satunya wanita yang dia cinta sekali dengan kepercayaan anaknya, Qash. Sampai saat ini, dia masih tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku saat itu.  Lamunanya terhenti saat air laut membasahi kakinya. Dosa semalam seperti buih di lautan. Tak mungkin Aisyah akan memaafkannya.
“Abang dah kehilangan segalanya, sayang. Semuanya hancur. Sirna!”
Dari jauh, Qash sedang melihat ayahnya. Bukan tidak dapat memaafkan, tapi melupakan itu terlalu sulit baginya. Kerana kesilapan ayahnya, ibunya terkorban. Dia dipulaukan! Di asingkan! Seolah-olah dia yang menumpang di rumah sendiri. Ayahnya malah dibutakan seperti tak melihat apa yang berlaku.
“Saya hampir tak kenal siapa papa. Saya Cuma harap papa buka mata dan lihat keserakahan isteri papa.”
Qash meninggalkan Dato’ Syam bersendiri. Dia mengesat airmatanya lalu memakai kacamata hitam menampakkan ketampananya. Qash memandu menuju rumah. Masih ada misi yang belum selesai. Dia tersenyum…
Bunga di sebelahnya di ambil lalu di hidu baunya.
“Agak-agak, pelakon handalan tu suka tak bunga ni? Aku ni bukanlah hero kanda dinda, tapi kalau setakat nak bagi pelakon tu berdarah hidung, masih mampu je. Ahh! Kenapalah jauh sangat rumah aku ni!”
Tak sabar Qash sampai ke rumah. Sejak hari Nadeen buat drama, Qash semakin kerap kenakan Nadeen. Ada saja yang dia buat sampai Nadeen ketar lutut dengan gurauan Qash. Itu pula yang buat Qash tertambat hati dengan Nadeen. Sikap polos dan kuat drama sangat mencuit hatinya. Sebagai lelaki, dia mendambakan gadis seperti Nadeen.
Qash masuk ke dalam rumah senyap-senyap. Dia menyelinap masuk dan melihat Nadeen sedang berada di dapur. Seronok nampaknya Nadeen bermain air di sinki. Muncul idea di kepala Qash untuk mengenakan Nadeen. Dia kemudian kembali ke pintu dan memanggil Nadeen.
“Nadeen!”
Nadeen yang mendengar suara Qash bergegas keluar ke ruang tamu dan melihat Qash berdiri di muka pintu dengan wajah serius. Nadeen mengelap tangannya menggunakan apron yang dipakainya.
“Ada apa abang panggil Nadeen?”
Qash memberikan bunga yang dia beli pada Nadeen dengan wajah yang dibuat serius. Seolah-olah Nadeen buat kesalahan besar.
“Bunga dari siapa?”
“Tanya abang pula? Patutnya abang yang tanya, siapa bagi bunga ni?”
“Huh? Manalah Nadeen tahu. Abang dapat dekat mana? Mungkin untuk Fina.”
Nadeen kemudian masuk dan mahu meletakkan bunga tersebut di atas meja tapi pantas tangannya di tahan oleh Qash.
“Tak nampakkah kad tu tulis nama Nadeen?” tanya Qash. Dia cuba menahan dirinya dari tersenyum bila melihat wajah Nadeen
Nadeen membuka kad pada bunga tersebut dan memang ya, ada tertulis namanya. Tiba-tiba Nadeen tersenyum. Bunga tersebut dihidu dan sekali lagi dia melihat kad yang tertulis namanya.
“Dah kenapa pula senyum-senyum ni?”
“Betullah bunga ni untuk Nadeen. Tapi kesian juga, sebab pengirim ni tulis tangan pun boleh typo.”
“Typo? Mana? Sejak bila pula abang tulis typo ni?” kata Qash merampas kad di tangan Nadeen dan membeleknya
Nadeen ketawa lalu memberi isyarat dua jari mata ke mata dengan Qash. Sudah dia agak memang Qash nak kenakan dia. Kali ini dia selangkah di hadapan.
“I got you!” kata Nadeen kemudian melambaikan bunga kepada Qash sambil ketawa
“Belajar menipu dari mana, Nadeen?” jerit Qash dari luar bilik Nadeen
“Dari penipu yang tak tahu nak menipu! Thank you bunganya!”
Qash tersenyum sendiri.rambutnya di mainkan lalu dia berpusing dan Rafina berdiri di belakangnya. Entah sejak bila adiknya itu berdiri di sana. Mati senyuman manisnya tadi dan dengan langkah laju dia melangkah masuk ke biliknya.
“Oh! Ada orang di lamun cinta!” kata Rafina
“Mana ada! Memandai je!”
“Tak cakap pun abang orangnya. Hahaha! Abang memang tak pandai menipu. Kak Nadeen! Abang kirim salam!”
“Fina! Isk!”
Nadeen ketawa. Bunga di tangannya di pandang lalu di hidu. Tak dapat lagi dia menahan perasaannya. Sampai bila dia akan bertahan jika setiap hari Qash akan membuatnya bahagia. Perlukah dia meluahkan perasaanya kepada Qash? Bagaimana kalau cintanya ditolak?
“Belum cuba belum tahu. Kau tak kurang apa pun Nadeen.” Katanya di depan cermin

SUDAH beberapa hari ini, Lana sepertinya kurang sihat. Wajahnya pucat dan tak ada selera makan. Rafael memujuknya untuk ke klinik buat rawatan takut kena jangkitan kuman atau penyakit lain. Puas Rfael memujuk akhirnya Lana mahu juga mendengar saranan Rafael.
Sampai di klinik, Rafael diminta untuk menunggu di luar sementara Lana dirawat. Tak lama kemudian Lana keluar dan merek ambil ubat di farmasi sebelum pulang ke rumah. Lana banyak berdiam sejak keluar dari klinik. Sepanjang jalan sampai ke rumah dia diam seribu bahasa.
“Sayang, nak makan sesuatu? Sayang kena makan ubat nanti.”
Lana menggeleng. Dia melangkah masuk ke bilik dan terus baring. Kepalanya terasa sangat berat. Rafael hanya memerhatikan Lana. Dia menuju ke dapur dan membuat sekeping sandwich untuk alas perut Lana. Di dulang di letakkan sekali segelas air dan juga ubat untuk Lana minum.
“Sayang, makan sikit ya. Saya ada meeting dekat luar ni. Lepas ni sayang rest.”
“Tak nak.” Balasnya lemah
“Makan sikit, sayang. Dari semalam sayang tak makan apa-apa. Makan ya?”
Rafael menyuap sandwich ke mulut Lana. Baru sesuap, Lana terasa hendak memuntahkan isi perutnya. Rafael menyapu minyak angin ke belakang Lana.
“Kan dah gastrik. Saya cakap makan awak degil. Kalau tak makan tambahlah sakit. Awak rehatlah. Minum ubat sebelum tidur. Saya nak keluar sekejap. Awak nak pesan apa-apa tak?” kata Rafael sambil membersihkan mulut Lana
“Saya nak balik rumah papa.”
“Sayang…”
“Please…”
“Okay, tapi sehari je. Siaplah, saya hantar awak.”
Rafael pun menghantar Lana ke rumah Dato’ Nasir. Perkahwinan mereka masih menjadi rahsia baik dari Dato’ Syam ataupun Dato’ Nasir. Mereka belum bersedia untuk memberitahu hal sebenar. Tapi bagi Lana, dia sudah tidak sanggup berbohong. Ayahnya harus tahu statusnya saat ini.
Lana masuk setelah Rafael berlalu pergi. Dari jauh dia memandang rumahnya. Apa yang harus dia katakan pada ayahnya? Dia sendiri tak tahu harus mulakan dari mana. Yang pasti, hari ini dia akan jujur.
“Papa.”
Dato’ Nasir memandang Lana yang berdiri di pintu. Kemudian dia memandang semula ke akhbar yang sedang di bacanya.
“Tahu juga jalan pulang. Ingatkan dah lupa bila pergi bercuti dengan Rafael tu.” Sindir Dato’ Nasir
Lana hanya tersenyum lalu duduk di sebelah ayahnya. Hanya sesekali terdengar keluhan halus dari Lana. Dato’ Nasir meletakkan keratan akhbar di atas meja lalu memandang Lana.
“Tell me, what is it?” seperti tahu apa yang terpendam di dada Lana Dato’ Nasir memberi Lana ruang untuk meluahkan rasa
“Lana dah kahwin, papa.”
“Good, daripada berkepit tak tentu arah eloklah kahwin. Then?”
“Lana pregnant, two weeks.”
“Alhamdulillah. Nampaknya papa dah tak kesunyian selepas ini.”
“Lana tak nak anak ni.”
Tiba-tiba riak wajah ceria Dato’ Nasir berubah serius bila Lana mengatakan sesuatu di luar jangkaannya. Entah apa yang merasuk Lana hingga dia berkata seperti itu.
“Lana cakap apa ni? Kalau ada masalah dengan Rafael, better selesaikan baik-baik. Jangan buat tindakan bodoh yang nanti kamu sesali.”
“Lana tak nak. Lana tak nak anak ni!”
“Come, jangan buat keputusan saat serabut. Hati tengah panas takkan dapat berfikir waras.” Pujuk Dato’ Nasir memeluk Lana
Walaupun adakalanya dia terlalu mementingkan harta, tapi dalam soal zuriat, dia takkan biarkan anaknya melakukan dosa besar itu. Setelah Lana sedikit tenang, Dato’ Nasir menyuruhnya untuk berehat di bilik. Sementara itu dia akan menemui Rafael. Dia akan berbincang dengan Rafael tentang Lana.
Telefon di atas meja berdering dan Rafael menjawabnya. Kedengaran suara Dato’ Nasir berbunyi serius ingin berjumpa dengan Rafael. Rafael bersetuju dan mereka berjumpa di tempat yang telah dijanjikan. Dari jauh kelihatan wajah seorang lelaki yang bergelar bapa sedang menunggunya di meja hujung. Suasana agak sunyi di dalam kafe tersebut. Rafael bersalaman dengan Dato’ Nasir kemudian duduk berhadapan dengannya.
“Ada hal apa uncle cari Raf ni?”
“Pesan minum dulu. Sebab apa yang saya nak tanya ni akan buat kamu tak senang duduk.” Balasnya tegas
Rafael menelan air liur. Mungkinkah Lana sudah memberitahu ayahnya tentang perkahwinan mereka? Selepas memesan minuman Rafael memulakan bicara dengan bertanya khabar tentang Dato’ Syam.
“Uncle sihat?” tanya Rafael
“Sihat. Macam yang kamu nampak sekarang. Kamu dengan Lana macam mana? Dengar-dengar, kamu dah kahwin, betulkah?”
Rafael tunduk dan angguk. Kalau sudah ditanya, apa lagi yang hendak disembunyikan.
“Iya. Sudah hampir tiga bulan kami berkahwin. Saya minta maaf sebab belakangkan uncle.”
“Tak apa. Benda pun dah jadi. Satu je saya nak pesan, tolong jangan biarkan Lana pendam perasaan. Masa mengandung macam ni, macam-macam boleh jadi. Raf kena jaga Lana baik-baik.”
“Mengandung?”
“Iya, Lana mengandung. Takkan kamu tak tahu?”
Rafael begitu gembira. Buan sebab Lana mengandung, tapi sebab Lana akan mudahkan urusan nya dengan Dato’ Syam.
“Jadi Lana mengandung? Patutlah asyik marah dekat saya. Rupanya mengandung. Ya, Allah! Syukur alhamdulillah.”
“Biarkan Lana tenangkan fikiran dekat rumah saya beberapa hari ni. Jangan terlalu memaksa. Emosi dia akan terganggu saat-saat macam ni.”
Rafael bersetuju untuk benarkan Lana duduk dengan ayahnya beberapa hari sehingga emosinya stabil. Mungkin kerana apa yang berlaku buat Lana sedikit terganggu. Perlahan dia akan pujuk Lana. Sekarang dia kena berterus-terang dengan Dato’ Syam tentang hubungannya dengan Lana. Pasti dia akan gembira bila tahu Lana mengandung.

KARIN akhirnya keluar dari penjara selepas beberapa bulan meringkuk dalam penjara kerana bergaduh di tempat judi. Orang pertama yang dia cari adalah Nadeen. Dia hanya ada Nadeen tempat bergantung saat ini. Karin menoleh ke kiri dan kanan kemudian menaiki teksi menuju rumah di mana Nadeen berada.
“Mak tahu, kau takkan sampai hati biarkan mak kau merempat.”
Karin menekan loceng dan kemudian pagar terbuka. Seseorang sedang berjalan mendekati pagar dan bertanya padanya ingin bertemu dengan siapa. Karin dengan sombong berkata
“Puan Nadeen ada? Katakan ibunya datang nak jumpa.”
“Nadeen dah tak tak tinggal dekat sini lagi.”
“Dia ikut suami dia ya? Boleh bagi saya alamat rumah mereka?”
“Nadeen dan tuan dah bercerai.”
“Bercerai?”
Karin memaki dalam hati. Tak sangka anak pungut tu terlalu bodoh! Makinya sepanjang jalan.
“Bodohnya! Di bagi senang, kau pilih juga hidup merempat. Aku tak tahulah mak bapak kau punya kebodohan melahirkan kau dulu, Nadeen. Ingat nak tumpang senang sikit.”
Karin berfikir, di mana dia nak bermalam? Rumah sudah dijual, duit hasil menjual Nadeen pun habis kalah judi. Kali ini dia benar-benar akan hidup merempat. Apa cara sekalipun, dia harus mencari Nadeen. Sampai bila dia hrus hidup merempat?
“Makcik Karin?”
Karin menoleh dan melihat Dian di belakangnya sedang menegurnya. Dalam fikirannya adalah, pasti Dian tahu di mana Nadeen sekarang. Dian adalah sahabat baik Nadeen sejak kecil. Pasti dia tahu.
“Dian, kebetulan jumpa dekat sini. Makci nak tanya, Nadeen tinggal dekat mana sekarang?”
“Aik, bukan Makcik sepatutnya tahukah? Saya dah lama tak berhubung dengan Nadeen sejak makcik kahwinkan dia dulu. Makcik buat apa dekat sini?”
“Makcik pun tak tahu Nadeen ke mana. Makcik kena penjara sebab hutang judi. Bila makcik kelur saja, makcik dapat tahu yang Nadeen dah bercerai.”
Terkejut Dian bila dapat tahu sahabatnya sudah bercerai. Sudah lama dia tak dengar khabar dari Nadeen. Sejak dia sambung beljar, dia tak lagi bertemu Nadeen.

NADEEN menunggu Qash pulang. Dia sudah siapkan hidangan makan malam. Rafina pula sudah tahu rancangan Nadeen dan dia keluar bersama kawan-kawanya. Malam ni Nadeen akan luahkan perasaannya kepada Qash. Takkan ada lagi yang akan dia sembunyikan.
Sudah hampir pukul 7malam, akhirnya Qash pulang dan Nadeen sedang siapkan hidangan di atas meja. Tak lama kemudian Qash turun dan rambutnya sudah agak basah.
“Wow! Special hidangan malam ni. Nadeen masak apa?”
“Resepi cinta.” Balas Nadeen bersahaja
Qash tersengih mendengar jawapan Nadeen.
“Kalau macam tu, kena tambah kasih sayang dalam setiap hidangan.”
“Abang, semut!” kata Nadeen bila melihat semut di tangan Qash
“Abangkan manis,sebab tu bersemut.” Jawab Qash
Nadeen senyum dan menepis beberapa ekor semut yang berkawat di tangan Qash. Dia mendongak dan melihat ke dalam mata Qash. Perlahan tanganya menyentuh pipi Qash dan Qash hanya membiarkannya. Dia rasa selesa diperlakukan begitu.
“Nadeen cintakan abang.” Bisik Nadeen ke telinga Qash hingga membuat Qash berubah riak
Nadeen berjalan ke arah tingkap, malam ini dia akan terus terang tentang perasaanya. Dia memandang ke luar jendela. Ada bulan sedang mengambang menambahkan roman suasana semakin hangat. Qash terdiam melihat Nadeen. Ada garis halus di wajahnya.
“Nadeen dah jatuh cinta dengan abang. Nadeen tak pernah rasakan perasaan seperti ini. Nadeen terlalu muda untuk semua ni, tapi Nadeen…”
Ketika Nadeen berpaling untuk melihat Qash, dia terkejut ternyata sejak tadi dia bercakap seorang diri. Dia di tinggalkan Qash sendiri. Tanpa dia sedari, airmatanya jatuh. Adakah ini petanda bahawa dia bertepuk sebelah tangan? Selama ini Qash melayan Nadeen seperti dia menunjukkan perasaanya kepada Nadeen. Kenapa malam ini Qash meninggalkan Nadeen seorang diri?

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now