part 14

798 15 0
                                    

Bab 14



Lana merasa sesuatu melilit di pinggangnya. Perlahan dia membuka mata dan melihat tangan Rafael merangkul pinggangnya. Mahu ditepis, tapi dia nyaman seperti itu. Lana hanya memejamkan matanya. Entah kenapa suaminya itu ada di biliknya. Tersedar dia berada di rumahnya, Lana terus membuka mata dan duduk. Rafael terbangun dan terus melihat Lana di hujung katil.
“Awak buat apa dekat sini? Papa?”
“Papa yang minta saya datang sini. Awak tak sihat. Kesian baby kita kalau mama dia tak sihat. Jadi biar papa yang jaga mama.” Balas Rafael tersenyum
Lana diam. Dia tahu pasti ayahnya akan memberitahu Rafael. Selepas berterus terang dengan ayahnya tentang hal yang sebenar, terasa beban di bahu semakin ringan. Dia sudah lupa tentang rasa sakitnya. Mungkin dia harus memberikan Rafael peluang untuk berubah. Tanpa harta Dato’ Syam pun, mereka masih boleh hidup senang.
Rafael menarik tangan Lana dan kepala Lana di rapatkan ke dadanya. Wanita itu sudah cukup lama tak di belai olehnya. Dia terlalu sibuk dengan kerja dan urusan lain hingga Lana terabai.
“Sayang, saya rasa dah tiba saatnya untuk papa tahu tentang hubungan kita. Lagipun tak lama lagi, sayang akan lahirkan cucu untuk papa.”
“Ini bukan keturunan Dato’ Syam.”
“Ya, tapi papa dah anggap saya macam anak dia sendiri. Sayang dengar cakap abang kali ni. Semuanya akan baik saja. Saya janji.”
“Saya tak nak masalah lagi. Cukup dah apa yang mama awak buat dekat saya sebelum ini.”
“Sebab tu kita kena terus terang dengan papa hal yang sebenar.”
Lana angguk. Selepas beberapa hari, Lana ikut Rafael untuk bertemu dengan Dato’ Syam. Lana langsung tak tahu rancangan Rafael untuk mempertemukannya dengan Dato’ Syam adalah untuk membuktikan yang dia sudahpun memberikan cucu untuk Dato’ Syam dan dengan itu dia akan jadi presiden empayar yang megah milik Dato’ Syam.
“Nampaknya, papa tak lama lagi akan bersara. Papa pun dah penat sangat. Sudah saatnya papa habiskan masa bersama anak cucu papa.” Kata Dato’ Syam selepas Rafael menjelaskan semuanya
Dia menerimanya dengan baik walaupun agak terkejut mendengar khabar tersebut. Tapi memandangkan Lana sudah mengandungkan anak Rafael, Dato’ Syam rasa begitu gembira. Datin Maya yang melihat keterujaan Dato’ Syam tersenyum penuh makna. Nampaknya dia harus menjaga Lana dengan baik selepas ini.
“Lepas ni, jaga Lana baik-baik. Jangan biar buat kerja berat.” Nasihat Datin Maya
Lana senyum miring mendengar nasihat dari seorang pendusta. Gembiralah dia sekarang sebab tak lama lagi, dia akan menguasai apa yang dia idamkan selama ini. Bukan mudah untuk dia sampai ke tahap ini. Pandangan Datin Maya kepada Lana sangat menakutkan. Seolah-olah memberi amaran agar Lana tak membuka mulut.
Selepas mereka makan malam bersama,
Selepas mereka makan malam bersama, Lana duduk di tepi kolam menikmati udara malam. Tiba-tiba Datin Maya berdiri di sebelahnya sambil tersenyum. Lana tak mengendahkan kehadiran Datin Maya. Dia hanya memandang kosong ke arah langit.
“Mama harap, hubungan kita akan lebih baik selepas ini. Bagaimana pun, kamu tetap menantu mama.”
“Saya di sini sebab Rafael. Saya tak kisah tentang Datin. Nak rampas harta Dato’, silakan. Nak mampus sekalipun, saya tak kisah. Jangan ganggu hidup saya dan anak saya. Datin tak ada kena mengena dengan saya.”
“Jangan lupa, Rafael anak saya. Anak yang awak kandung, cucu saya. Kalau saya nak hancurkan, sekelip mata saja, Lana.”
“Saya tahu, Datin takkan berani apa-apakan saya..” Balas Lana buat Datin Maya membungkam
Lana kemudian melangkah meninggalkan Datin Maya. Merea pulang semula ke kondominium milik Rafael kerana Lana kelihatan sangat lemah. Sejak mengandung, Lana lemah dan sering sakit. Rafael juga risau dengan keadaan Lana. Tapi dia juga harus profesional untuk membahagi masa antara rumahtangga dan pekerjaan.

Nadeen berjalan keliling kota untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dia ada. Sejak cintanya di tolak oleh Qash, untuk memandang wajah Qash saja dia malu, apalagi harus berdepan setiap hari dengn Qash. Malangnya, tak ada satupun peluang pekerjaan untuknya. Nadeen duduk di taman dan termenung.
“Aku harus pindah keluar dari rumah tu. Apa pun aku tak mahu terus di sana.”
Nadeen berasa kecewa dengan sikap Qash yang langsung tak bercakap denganya. Sejak malam tu, Qash sering balik lewat. Nadeen sering melihatnya balik saat semua orang sudah lena diulit mimpi. Saat bangun pagi, Qash sudah keluar rumah. Nadeen terasa seperti dia sudah tak diperlukan lgi di dalam rumah itu.
Sampai di rumah, Nadeen terus mauk ke bilik dan menyalin pakaiannya.  Saat dia ingin melihat cermin, elihatan sekeping nota terlekat di cermin. Nadeen mengambilnya dan membacanya.
‘Abang dah masukkan gaji Nadeen dalam akaun.’
Nadeen melihat kalendar ternyata hari ini adalah hari dia menerima gaji. Dia merasa sudah tiba saatnya untuk dia berdiri atas kaki sendiri. Duit yang dia ada cukup untuk sewa bilik sementara dia cari kerja. Nadeen membuka almari dan memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Tak satupun pakaian yang Qash belikan dia bawa.
“Kak Nadeen, nak ke mana ni?” tanya Rafina
“Akak nak pindah. Akak dah dapat kerja dan bilik sewa. Rasanya akak tak payah dah tinggal dekat sini.”
“Tapi, abang tak ada. Tunggu abanglah.”
“Tak apa. Tak ada abang pun tak apa. Akak pergi dulu.”
“Kak…”
Rafina menahan tangan Nadeen membuatkan Nadeen kembali menoleh ke belakang. Kali ini kelihatan airmata Nadeen jatuh perlahan. Rafina fham, ada sesuatu antara Nadeen dan abangnya.
“You guys dah dewasa, duduk bincang kalau ada masalah. Fina tak sukalah tengok korang macam ni. Sorang tak lekat dekat rumah. Sorang lagi nak pindah keluar. Come on guys, korang bukan budak-budak tau. Salah seorang kena mengalah. Jumpa dan tanya di mana silap di mana kurang?”
Nadeen tunduk. Dia terlalu terburu-buru. Perlahan dia masuk semula ke dalam bilik. Malam itu, Nadeen sengaja menunggu Qash pulang. Sudah hampir pukul 11malam barulah Qash pulang. Ruangtamu sudah gelap dan Qash masuk perlahan-lahan agar tak mengejutkan sesiapa.
“Abang…”
Langkah Qash terhenti bila mendengar suara Nadeen. Sudah hampir seminggu dia tak mendengar atau melihat Nadeen. Rasa takut pula dia untuk menoleh ke belakang. Qash kaku tak menoleh atau bersuara.
“Kenapa tak tidur lagi?”
“Nadeen tunggu abang.”
Qash jadi serba salah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia bersikap seperti itu pada Nadeen. Hubungan erat antara mereka sebelum ini sekelip mata berubah. Qash cuba mengelak dari terus berada di situ tapi Nadeen menahan tangannya.
“Abang, apa salah Nadeen? Kenapa layan Nadeen macam ni? Kalau abang tak suka Nadeen, tak apa. Nadeen terima. Tapi janganlah tak tegur, tak nak tengok muka Nadeen. Apa salah Nadeen?”
“Nadeen tak buat salah apa pun. Jangan fikir sangatlah. Abang masuk dulu. Abang penat.”
“Abang…”
Melihat Qash melangkah dengan sigap Nadeen terus merangkul pinggang Qash dan memeluknya dari belakang. Seketika mereka berdiam hanya kedengaran degup jantung mereka berdua.
“Nadeen sayang abang…”
Qash menggenggam jemari Nadeen cuba untuk merasakan hangatnya perasaan cinta Nadeen untuk sementara. Mata dipejamkan, nafas ditarik dalam. Perlahan tubuh Nadeen di tarik menghadapnya. Dia tahu bakal menyakiti wanita itu, tapi untuk sesaat, dia ingin merasakan cinta tulus dari Nadeen. Dahi Nadeen dikucup hangat.
‘Perasaan apa ini? Kenapa aku jadi seperti ini?’ hati Qash meronta-ronta
Dia memeluk segenap raga Nadeen seperti tak ingin melepaskannya. Tubuh Nadeen di rangkul erat hingga tersandar pada dinding. Mata mereka saling bertatapan. Bibir Nadeen di sentuh lembut ibu jari Qash dan perlahan bibir mereka bertaut rapat. Qash melepaskan kucupannya dan memandang Nadeen.
“Maafkan abang, abang tak boleh. Antara Nadeen dengan abang, kita jauh berbeza.” Kata Qash lalu meninggalkan Nadeen di ruang tamu.
“Abang! Abang!”
Qash menutup pintu biliknya dan bersandar di pintu. Apa yang dia lakukan? Kenapa dia sanggup lukakan hati Nadeen? Seorang wanita yang tak pernah rasa ertinya cinta kini terluka kerana cinta. Qash menutup rapat kedua telinganya bila mendengar tangisan Nadeen di balik pintu.
Qash memandang wajahnya di cermin, kala itu ingatan terbang ke masa lalunya yang penuh dengan kejahilan. Sejak dia memutuskan untuk keluar dari rumah beberapa tahun yang lalu, Qash berubah menjadi seorang yang sangat jahil. Baginya  kebebasannya itu akan membuatnya lebih bahagia.
Dia terjerumus dengan narkoba, seks bebas dan alkohol. Bertahun mendiami pusat pemulihan sebelum Qash ambil keputusan untuk buka perniagaan sendiri dan berubah demi meneruskan impian ibunya.
“Aku tak layak untuk kau, Nadeen. Jangan sayang aku! Jangan!”
Cermin di tumbuk dan tangannya berdarah. Sedikit pun Qash tak merasa sakit. Apa yang lebih sakit adalah di dalam hatinya sekarang ada penghuni namun tak mampu untuk memilikinya. Kisah hitam hidupnya membuatnya memilih untuk tidak mencintai atau di cintai.
Qash terduduk dan merangkul kedua lututnya. Bahu bergetar tanda seorang lelaki menitiskan airmata jantanya kerana merasa kesakitan. Sakit yang tak mampu ditahan. Sementara Nadeen juga menangis dan merasa sangat terluka dengan apa yang Qash lakukan. Dia cuba untuk terima apa yang Qash katakan, tapi namanya hati, bukan mudah untuk difahami.

KARIN kembali ke rumah agam milik Dato’ Syam untuk menemui Datin Maya. Tapi malangnya, yang ada di rumah saat itu hanya Dato’ Syam. Karin dengan muka tak malunya meminta wang dengan Dato’ Syam sebagai ganti rugi anaknya di ceraikan tanpa apa-apa tuntutan. Dato’ Syam hanya ketawa dan menjelaskan apa yang telah Nadeen lakukan. Tapi di balas dengan hilai tawa Karin membalas mengejek Dato’ Syam.
“Kalau kau datang nak duit, aku takkan bagi duit percuma.” Kata Dato’ Syam
“Dan saya takkan ambil duit percuma, Dato’.” Balas Karin
Senyum sinis keduanya menyimpan sesuatu yang tak dapat di duga. Beberapa saat kemudian, Karin keluar dari rumah Dato’ Syam dan mencari Datin Maya. Kegagalanya tadi membuat dia untuk mencuba nasib bertemu dengan Datin Maya. Dia tak ada pilihan lain selain dari memeras Datin Maya. Segala rahsianya dalam genggaman Karin.
Datin Maya terkejut melihat Karin di depan pintu pejabatnya. Dia bingkas bangun dan menarik Karin masuk ke dalam. Dengan wajah bengis dia berkata dengan nada perlahan.
“Kau buat apa dekat sini, Karin? Bukan aku dah bagi apa yang kau mahu? Kenapa kau datang sini?”
“Aku terdesak sekarang ni. Aku nak duit.”
“Duit? Aku dah bayar kau full payment masa kau jual Nadeen dengan aku!”
“Aku dah cakap aku terdesak! Atau Datin nak aku jumpa Dato’ dan bagitahu rancangan Datin di belakangnya? Datin tak boleh bunuh saya sebab, kalau apa-apa jadi dengan saya, ada seseorang yang akan hantar bukti kerja kotor Datin kepada Dato’.”
“Kau jangan main-main dengan aku, Karin!”
“Terserah Datin. Sekarang aku nak balik, aku nak duit!”
Merasa tergugat dan takut rancanganya gagal, Datin Maya mencapai cek di atas mejanya dan diberikan kepada Karin.
“Bagi aku semua bukti yang kau ada, aku beri kau duit ni.”
“Aku tak bodoh, Datin Maya. Kalau aku bagi bukti, kau akan bunuh aku dan aku takkan dapat apa-apa. Tak apalah kalau datin tak nak bagi saya, saya boleh dapat lebih banyak dari Dato’ Syam.” Balas Karin dan pusing berjalan ke arah pintu
“Okay! Aku bagi kau duit ni, tapi aku tak nak tengok muka kau dalam Malaysia ni.” Kata Datin Maya dan Karin ketawa menerima cek bernilai setengah juta ringgit itu.
Selepas Karin keluar, Datin Maya menghentak tanganya ke meja. Wajahnya berkerut menahan marah. Belum pernah dia di peras seperti ini. Ternyata dia pandang rendah dengan perempuan kaki judi tu. Nafas di hela panjang. Dia yakin, Karin akan datang kembali bila duitnya habis. Dia harus melakukan sesuatu sebelum sekua duitnya habis dikikis Karin.
Rafael yang melihat Karin keluar dari bilik ibunya segera memasuki ruangan kerja Datin Maya dan menutupnya rapat. Dia melihat Datin Maya sedang mengurut dahinya. Tak pernah dia melihat ibunya segusar itu.
“Ma, perempuan tu buat apa dekat sini? Apa yang dia nak?”
“Perempuan tu cabar kesabaran mama, Raf. Dia datang ugut mama dan mama kalah!”
“Relax, mom! Nanti kita fikirkan pasal tu. Sekarang ni Raf bingung. Papa datang jumpa Raf dan bagitahu Raf untuk bawa Lana tinggal dekat rumah papa. Kenapa tiba-tiba papa buat keputusan begitu?”
“Ikut je lah! Jangan bantah papa. Itu pun nak mama ajar ke?”
Raf mengangkat bahunya. Nampaknya dia terpaksa bawa Lana pindah masuk rumah agam Dato’ Syam. Selagi dia belum rasmi menjadi presiden di syarikat Dato’ Syam, dia akan menurut semua perintah Dato’ Syam. Bila sahaja dia dapat apa yang Datin Maya inginkan, dia akan tinggalkan semuanya dan bawa Lana pergi jauh dari segalanya.

RAFINA sudah bersiap untuk ke kolej pagi itu. Dia melihat rumah yang sunyi sejak beberapa hari yang lalum krisis antara Nadeen dan juga Qash memberi kesan pada dirinya juga. Dia jadi kesunyian. Rafina duduk di meja dan melihat meja yang kosong. Hairan, ke mana Nadeen? Kenapa tak ada sarapan tersedia di atas meja? Melihat Qash yang baru keluar dari bilik, Rafina terus berdiri dan menghampiri Qash.
“Abang, kak Nadeen mana?”
“Tak tahu. Abang baru keluar.”
“Mata abang kenapa bengkak? Abang menangiskah?”
“Tak. Abang dah lambat ni. Fina ajak Kak Nadeen beli barang dapur nanti. Nah, ambil duit ni.”
“Fina dah lambat. Abang bagi dengan Kak Nadeen. Fina tak dapat teman Kak Nadeen. Hari ni exam.”
“Tapi.. Fina..”
Tak sempat Qash berkata apa-apa, Rafina sudah berlari keluar. Mahu tak mahu, Qash terpaksa beri sendiri dengan Nadeen duit belanja dapur. Qash berdiri di depan pintu bilik Nadeen dan mengetuknya. Beberapa kali dia mengetuk tapi tak ada jawapan dari Nadeen.
“Nadeen..”
Masih tak ada jawapan. Tiba-tiba Qash merasa risau. Sejak kejadian semalam, dia tak mendengar  suara Nadeen hingga pagi ni. Tak ada yang kejutkan solat subuh. Tak ada yang bising-bising dekat dapur. Qash memulas tombol pintu untuk pastikan Nadeen tak apa-apa di dalam. Daun pintu terbuka dan kelihatan katil sudah berkemas dan bilik kosong.
“Nadeen? Nadeen kat dalam bilik air? Nadeen? Abang letak duit atas katil ya? Call grab nanti kalau nak ke pasar.” Tak ada jawapan Nadeen
“Nadeen?”
Qash membuka pintu bilik air dan ternyata bilik air itu kosong. Nadeen tak ada di sana. Qash bergegas ke luar dan berjalan ke luar dan pusing hingga belakang rumah memanggil Nadeen. Tapi tak ada Nadeen di mana-mana.
Qash kembali ke bilik Nadeen dan membuka almari pakaian. Apa yang ada di dalam almari hanya pakaian Nadeen yang dia belikan. Selain dari itu semua sudah tak ada. Nadeen meninggalkan nota kecil di pintu almari.
‘SAYA PERGI’

KERANA AKAD ITUWhere stories live. Discover now