33

778 48 0
                                    

Sakura menangis di rooftop sekolahnya. Ya, apa yang Yena kata tadi tidak salah. Memang dia nampak apa yang HyunJin lakukan.

Jeonghan perlahan-lahan menghampiri Sakura sambil membawa dua tin Coca Cola sejuk bersamanya. Lalu dia meletakkan salah satunya ke pipi Sakura.

Sakura mengangkat mukanya, hanya tersenyum kecil melihat Jeonghan. Namun senyumannya mati apabila teringatkan semula masalahnya tadi.

Jeonghan: aku dengar apa yang Yena kata tadi. HyunJin, dia namjachinggu kau ke?

Sakura: kami kawan dah lama,sejak tadika sampai sekarang kitaorang rapat. Tapi disebabkan perempuan tak guna tu! Dia rampas HyunJin daripada aku.

Jeonghan: perempuan tu.... Shuhua kan?

Sakura: macam mana kau tahu?

Jeonghan: dia sebenarnya, kawan baik aku. Aku ada perasaan pada dia sejak umur aku 9 tahun.

Sakura: maaflah aku cakap macam ni pasal crush kau. Tapi dia memang seorang perampas. Namjachinggu aku dia rampas.

Jeonghan: nah! Kau caci lah dia banyak mana, aku tak kesah pun sebab aku pun marah pada dia.

Sakura: sekurang-kurangnya aku ada seorang rakan senasib.

Jeonghan: aku nak tanya, apa maksud Yena yang kau dan dia nampak apa yang dia buat dengan Shuhua?

Sakura: sebenarnya...............

Flashback

5 bulan lepas

Sakura: Yena-yah, jom teman aku pergi apartment tempat HyunJin aku tinggal.

Yena: buat apa nak pergi sana?

Sakura: aku nak bagi gelang ni pada dia. Hari ni kan hari jadi dia.

Yena: malaslah, ajaklah yang lain.

Sakura: ala please lah. Kau seorang je aku boleh harap. Member yang lain tu sekarang waktu diorang buat rutin harian diorang.

Yena: yelah. Aku bagi kau 20 minit je.

Sakura: yeay! Sayang kau!

Yena: gila agaknya Sakura unnie ni😐😐

Di apartment tempat HyunJin tinggal.

Sakura: Yena kejap aku nak call HyunJin. (Keluarkan telefonnya)

Yena: macam-macam lah unnie ni

Sakura:huh? Tak jawab? Setiap kali aku call tak sampai 5 saat dia dah jawab.

Yena: belajar kot. Yelah exam kan dah dekat.

Mereka menaiki tangga dan menuju ke bilik HyunJin menginap.

Mereka di hadapan bilik 780. Bilik dimana HyunJin menginap.

Sakura: nak masuk ke ketuk dulu?

Yena:ala masuk jelah, lagi pun dia kat dalam bilik tidur dia belajar.

Sakura: yelah jugak lagipun tadi Eunbi unnie suruh jangan lama.

Tanpa mengetuk pintu, Sakura dengan senyuman paling manis nya menerjah masuk ke bilik bilik apartment HyunJin.

Namun, hati Sakura bagaikan dicucuk pisau yang tajam. Senyumannya mati. Gelang yang digenggam nya tadi jatuh ke lantai.

HyunJin sedang bercumbuan dengan seorang wanita. Dia tidak berbaju mahupun memakai singlet, wanita tadi pulak hanya memakai singlet luarnya. (Bukan singlet dalam tau)

Bunyi gelang yang jatuh tadi mengejutkan wanita itu, HyunJin dan Yena.

Yena segera memasuki bilik tersebut kerana terkejut mendengar gelang tersebut jatuh ke lantai. Lalu dia melihat gelang yang terjatuh tadi telah bertaburan di atas lantai

Yena: unnie! Unnie tak apa-apa?

HyunJin: Sakura aku boleh jelaskan.........

Yena mengangkat kepalanya mendengar HyunJin bersuara. Dia juga terkejut melihat apa yang HyunJin lakukan bersama wanita tersebut.

HyunJin perlahan-lahan mendekati Sakura dan cuba memegang tangannya. Namun Yena terlebih dahulu menghalangnya daripada melakukan perkara tersebut.

Air mata Sakura bergenang. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir. Air matanya berkumpul di kelopak matanya.

Pang!!!!

Sakura menampar HyunJin. HyunJin memegang pipinya yang terasa sakit akibat di tampar oleh Sakura.

Sakura: kau rapat dengan aku sebab family aku kaya kan? Kau cakap kau cintakan aku, tapi apa yang kau buat?! Kau tipu aku, HyunJin! HyunJin, family aku percayakan kau! Mak,ayah, saudara-mara aku sangat percayakan kau! Kawan-kawan aku pun percayakan kau sebab kau seorang yang bersopan-santun. Tapi, ternyata selama ni aku silap. Mulai hari ini aku akan suruh ayah jangan melabur lagi dalam syarikat ayah kau. Biarlah perempuan yang kau cium tadi yang jaga kau. Maaflah kalau aku ganggu korang. Yena, jom.

Yena hanya menurut. Malah dia juga berasa marah terhadap HyunJin kerana curang kepada kakaknya.

HyunJin masih tidak mengalah. Dia cuba menarik Sakura agar tidak meninggalkan nya. Namun, Yena yang terlebih dahulu bertindak.

Yena: kau jangan berani nak sentuh kakak aku! (Sepak perut HyunJin)

Yena segera meninggalkan si HyunJin yang sedang menahan kesakitannya. Lalu dia mengejar Sakura yang sudah berjalan jauh dari situ.

Sesakit mana pun yang kesakitan yang HyunJin rasai akibat disepak oleh Yena, tidak sesakit hati Sakura yang telah betul-betul hancur.

Yena: Sakura unnie....

Yena segera memeluk kawan baiknya itu, Sakura membalasnya. Dia menangis di bahu Yena. Yena hanya menepuk-nepuk belakang Sakura agar dia dapat berhenti menangis.

End flashback

Jeonghan: jadi macam mana dengan namja tak guna tu?

Sakura: apa lagi? Dia pun cuba lah untuk pujuk aku supaya kembali. Tapi apa guna lagi? Hati aku betul-betul hancur disebabkan dia.

Jeonghan: apa tindakan family kau pulak?

Sakura: berhentilah melabur. Bankrap lah keluarga dia. Si HyunJin tu pulak. Dah jarang-jarang aku nampak dia. Kalau nampak dia pun dia dengan si Shuhua tu.

Jeonghan: well aku pun broken jugak. Kita senasib.

Sakura: aku harap si HyunJin tu mampus(dalam hati)

Jeonghan: dah lah jangan fikir lagi, tengah hari esok aku jemput kau kat rumah.

Sakura: nak buat apa?

Jeonghan: adalah. Kita tenangkan hati kat tempat tu.

Sakura: ok. Kita kawan? (Hulurkan tangan)

Jeonghan: kawan (sambut tangan Sakura)

Sakura tersenyum. Jeonghan pun membalas senyuman Sakura. Mereka akan cuba untuk berusaha mengubati hati mereka yang telah hancur.

To be continue

Hai guys! Author update part ni supaya readers tak terlalu suspen fikirkan apa yang terjadi. Lagipun cuti dah bermula, jadi author cuba nak update lebih banyak part dalam masa cuti ni.

Abaikan Typo! Utamakan vote anda komen!

Sayang readers 😘😘💕💞💕💞




Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now