40

752 54 0
                                    

Pintu kelas 2A-1 diselak, murid-murid yang berada di dalam kelas tersebut mengalihkan pandangan ke arah tersebut. Mereka terkejut melihat Lisa sedang berada di sebelah gadis tercantik di sekolah mereka. Siapa lagi kalau bukan IU!

"IU sunbaenim, kenapa tiba-tiba datang ke kelas kami?" Tanya Eunwoo selaku ketua kelas.

IU memeluk bahu Lisa sambil mengulingkan matanya. Lisa yang tidak tahu untuk buat apa-apa hanya mendiamkan diri. "Mana Jungkook?"

Diam. Soalannya tidak dibalas oleh sesiapa pun.

"Aku tanya mana Jungkook?!" Suara IU naik satu oktaf.

Jungkook dan gengnya yang baru sampai ke kelasnya hairan melihat IU yang boleh tiba-tiba rapat dengan Lisa.

"Noona panggil saya?" Tanya Jungkook kepada IU.

"Yes aku panggil kau. Hei Jeon Jungkook, kau nak tahu kan apa sebab Lisa boleh cedera macam ni?"- IU.

"Kenapa aku nak tahu pula? Dia bukannya sesiapa pun pada aku" jawab Jungkook selamba, malas mahu melayan IU.

Hati Lisa bagaikan retak apabila mendengar jawapan Jungkook.

"Oh, ye ke? Kalau macam tu......" IU memandang satu kelas.

"Korang semua nak tahu tak? Jeon Jungkook si tak guna ni masa aku dalam kesusahan, dia langsung tak pedulikan aku. And, foreigner macam ni yang tolong aku masatu."

Semua orang terkejut mendengar cerita IU. "Apa maksud noona ni? Saya mana pernah tak selamatkan noona masa noona dalam kesusahan! Noona jangan nak buat cerita!" Jungkook membantah.

IU segera mengeluarkan telefon nya. Lalu dia membuka rakaman yang telah dirakamnya.

"Jungkook!"

"Noona? Wae call saya ni?

"Jungkook.....noona dalam...."

"Ermmm....noona, mianhae saya tak dapat bercakap dengan noona sekarang. Annyeong"

Talian diputuskan begitulah sahaja. Maka rakaman pun tamat.

"Lalisa, cerita kan kat kelas perkara yang terjadi, dan sebab tangan kamu boleh jadi macam ni."- IU.

Lisa mengambil nafas sedalam mungkin. Lalu dia membuka mulut untuk bercerita.

Flash back

Lisa dalam perjalanan untuk pergi perpustakaan seperti yang dijanjikan oleh Jennie. Dia mengeluh dan berkata perlahan "Si arnab tu memang suka buat orang nak cari pasal dengan dia"

Lisa terpaksa menggunakan jalan yang lebih sunyi kerana dia sudah lambat. Semasa dalam perjalanan ke perpustakaan, Lisa ternampak seorang wanita sedang panik. Wanita tersebut tidak habis-habis menutup dan membuka skrin telefon nya.

"Itu bukan ke IU sunbaenim? Kenapa dia tu? Ada masalah ke?" Tanya Lisa kepada dirinya sendiri. Lalu dia cuba mendekati IU.

" Sunbaenim? Sunbaenim kawan Jungkook kan?" Tanya Lisa kepada IU.

"Eh kamu kan pasangan Jungkook masa hari ulang tahun sekolah kita?" - IU

"Sunbaenim? Neo gwaenchana? Kenapa sunbaenim nampak cemas sangat ni? Ada benda yang berlaku ke?" Tanya Lisa apabila melihat IU yang kembali cemas.

"Awak ingat awak nak pergi mana tu?" Seseorang dengan suara yang garau dari belakang menganggu IU dan Lisa.

Lisa dan IU menoleh ke belakang. Mereka terkejut melihat seorang berpakaian tuksedo sedang memegang sebuah botol kaca yang separuh pecah.

"Sunbaenim, sunbaenim tunggu kat belakang. Biar saya yang uruskan hal ni" ujar Lisa serta menolak IU ke belakang untuk melindungi nya.

"Lisa............" IU tidak dapat bercakap apa-apa.

Lelaki tersebut mula mendekati mereka dengan keadaan separuh lari. Diangkatnya botol kaca tersebut untuk memukul mereka. Lisa segera menggunakan tangan kanannya untuk melindungi dirinya.

Ppang!!!!

Bunyi kaca pecah kedengaran. Lelaki tersebut tersenyum gembira melihat dua orang wanita cantik di hadapannya. Dia cuba mendekati mereka berdua, namun terbatal niatnya untuk berbuat demikian kerana ada beberapa orang mulai melihat perkara tadi.

Melihat keadaan itu, lelaki tersebut lari dan terus lesap macam tu sahaja.

Lisa dan IU menghembus nafas lega. IU cuba untuk mengucapkan terima kasih kepada Lisa mula menekup mulut nya.

"Waeyo? Sunbaenim?" - Lisa

"Tangan kamu! Ianya dah berdarah!"-IU.

"Oh tak ada apa-apa lah ni. Saya memang dah dilatih sejak dulu untuk tahan kesakitan. Jadi ini perkara kecil je."- Lisa

"Macam mana ni? Macam mana ni?!" IU mula menggelabah apabila melihat tangan Lisa yang sudah mengalirkan darah.

"Sunbaenim jangan risau. Balik rumah nanti saya cuci. Ni, ambil spray ni. Semburkan je pada sesiapa yang sunbaenim rasa curiga. Nae? Annyeong!"- Lisa.

Dan dari situlah perkara yang author cerita kat episod yang lepas mula berlaku.

End flashback

"Kamu semua dengar sini. Kalau saya dapat tahu sesiapa yang buli dia, saya tak akan duduk diam. Faham?!" - IU

Mereka semua termasuk Jungkook mengangguk kan kepala dengan laju. IU tersenyum. Dia menepuk-nepuk bahu Lisa dan beredar dari situ.

Tzuyu yang entah datang dari mana terus mendekati Lisa dan menepuk tangannya.

"Wah wah wah, seronok lah kan kau ada protector? Jadi kau akan jadi sombong lah sekarang sebab kau jadi geng dengan IU sunbaenim? Hei dengar sini, kau tu cuma budak perempuan mentah yang tak tahu apa-apa langsung pasal dia. Jadi baik kau........." belum sempat Tzuyu mahu menghabiskan ayatnya seseorang menarik seluruh rambutnya dari belakang.

"Kan aku dah bagi amaran, kalau ada orang yang berani buli dia, aku tak akan berdiam diri" tindakan IU membuatkan semua orang takut. Tzuyu pula meronta-ronta meminta maaf untuk dilepaskan.

IU melepaskan rambut Tzuyu dengan kasar. Tzuyu mendengus kasar melihat IU dan beredar dari situ.

To be continue

Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now