49

969 53 1
                                    

Di hospital

Lisa telah sedar dari pengsan. Dia berasa sakit di bahagian perutnya dan menekan-nekan bahagian yang sakit tersebut.

"Abang Dantao?"

Dantao berhenti membaca surat khabarnya dan mendekati. Dantao membantu Lisa untuk bangun.

"Mana Jungkook? Bambam macam mana? Dia tak apa-apa kan?"

Dantao tersenyum lalu mengusap kepala Lisa lembut. "Dia tengah tunggu dekat luar."

Dantao menolong Lisa untuk bangun dan keluar dari bilik tersebut.

Pintu wad diselak. Lisa melihat ke tepi dan ternampak Jungkook yang sedang tidur di atas kerusi.

"Jungkook....."

Jungkook terbangun. "Oh kau, Lisa. Nasiblah kau sempat diselamatkan." Lisa tersenyum lalu duduk disebelah Jungkook.

"Abang tinggalkan kamu berdua berborak dulu ye." Dantao bersuara.

Lisa dan Jungkook mengangguk. Lalu Dantao pun meninggalkan mereka berdua di situ.

Jungkook menggengam tangan Lisa. Lisa memandang Jungkook.

"Lisa..."

"Arghhhh!!!!"

"Kenapa ni, Lisa?!"

"Kepala aku sakit!" Lisa memegang kepalanya yang sakit itu.

Lalu segala memori 12 tahun lepas terimbau semula di kotak fikiran Lisa.

"Lisa!" Jeritan Jungkook menyedarkan Lisa semula.

Jantung Lisa berdegup dengan kencang. Nafasnya turun, naik, turun, naik.

"Jungkook...aku taknak pergi tempat seram tu lagi" Air mata Lisa mula jatuh lalu dia segera memeluk Jungkook.

Jungkook mengusap kepala Lisa lembut. "Tempat seram apa?"

"Taman Gyungbok."

Mata Jungkook terbeliak. "Taman Gyungbok kau cakap tadi?!"

Lisa mengangguk. Jungkook mencium dahi Lisa berkali-kali. "Akhirnya aku jumpa kau juga Lisa! 12 tahun aku cari kau!"

"Huh?"

"Kau lah budak yang selamatkan aku dari lelaki-lelaki yang cuba untuk bunuh aku 12 tahun lepas!"

"Jadi...kau lah budak tu?"

Jungkook mengangguk laju. Lisa tersenyum lalu memeluk Jungkook erat. Jungkook membalas pelukan Lisa.

2 bulan kemudian

Tzuyu, Nayeon, Mina dan Sana telah dibuang sekolah kerana mencuba untuk membunuh Lisa dan kawan-kawannya.

RM, Suga dan J-hope telah meluahkan perasaan kepada orang-orang yang mereka cintai.

Chaeyoung telah menerima RM sebagai teman lelakinya. Begitu juga dengan Dahyun.

Namun malangnya bagi J-Hope cintanya ditolak kerana Momo akan berkahwin  selepas menamatkan pelajarannya.

J-Hope hanya membiarkan kerana itu untuk kebaikan Momo dan dirinya sendiri.

Ujian akhir tahun telah tamat dan kesemua ahli BLACKPINK dan BTS berjaya melepasi ujian-ujian tersebut.

Skip

Majlis Akhir Tahun Sekolah

"Weyh, kita pergi majlis akhir sekolah je kot buka pergi majlis perkahwinan. Yang kau bersiap lama sangat ni kenapa?"

Jin membebel kepada Jungkook kerana hanya Jungkook sahaja yang belum habis bersiap.

"Ish kau ni kenalah pastikan kemas sebab aku kan plan nak jadikan Lisa teman wanita aku."

"Apa-apa je lah, kau ni." Jin beredar dari bilik Jungkook dan turun ke bawah untuk panaskan enjin kereta.

Skip

"Jin, aku tak selesa lah dekat sini. Agak sejuk." Jisoo mengosok-gosok kedua-dua belah lengannya kerana sejuk.

Jin menanggalkan jaketnya dan dan memakaikannya ke Jisoo. Jisoo tersenyum memandang Jin.

"Jimin, aku harap mak kau akan sukakan aku" Rose gementar kerana malam nanti dia dan Jimin akan pergi berjumpa dengan ibu Jimin.

Jimin memeluk bahu Rose lalu mencium dahinya lembut. "Jangan risau, mak aku kata asalkan orang yang aku pilih ialah seorang yang baik."

Rose hanya mampu tersenyum kecil dan mengangguk perlahan.

"Oh ye, Rose. Mana Jennie? Dan Taehyung? Dari tadi aku tak nampak mereka berdua." Tanya Jisoo sambil mencari-cari kelibat Jennie dan Taehyung.

"Ohh Jennie dan Taehyung tak dapat datang sebab Tae nak luangkan masa dengannya."

Tiba-tiba, lampu yang terdapat di dalam dewan tersebut terpadam dengan sendirinya dan hanya satu sahaja lampu yang terpasang.

Dan lampu tersebut menghala ke pada Jungkook.

"Saya mahu menyanyi lagu yang saya tulis sendiri kepada orang yang saya cintai." Kata Jungkook dengan menggunakan mikrofon.

Lalu Jungkook mengambil kerusi dan gitar lalu dia mula menyanyi lagu yang ditulisnya. Iaitu EUPHORIA.

Selepas menyanyi, Jungkook memberikan sepatah dua kata.

"Saranghae, Lalisa"

Lisa yang duduk betul-betul di hadapan Jungkook terkejut.

"Jungkook..."

Jungkook melutut dan mengeluarkan sejambak bunga kepada Lisa.

"Lisa, sudikah kau jadi kekasih ku?"

Lisa menekup mulutnya. Pelajar-pelajar sekeliling mula kecoh "PLEASE SAY YESSSS!!!!!"

Lalu, Lisa mengambil bunga di tangan Jungkook dan mengangguk perlahan.

Jungkook tersenyum gembira lalu berdiri. "Gomawo, Lisa"

Pinggang Lisa ditarik dan Jungkook mencium bibirnya.

Tamat

Wahhh akhirnya tamat juga cerita kita ni, guys! Author fikir yang author tak mampu untuk menyiapkan cerita ni. Berkat sokongan dari readers, author dapat habiskan cerita ini.

Author ubah fikiran. Cerita baru tu author akan tukar karakternya. Author tak pasti siapa yang akan jadi watak hero dan heroine, tapi author akan tetap cari yang sesuai.

Untuk kali terakhir di fanfic, author nak minta reders vote part terakhir ini.

Thank you readers!




Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now