5 tahun kemudian......
"Sayang!!!!!!" Taehyung memekik dari halaman rumah memanggil isterinya, iaitu Kim Jennie.
Jennie yang sedang memotong buah mangga itu segera berlari ke belakang rumah apabila suaminya memanggil.
"Ye?" Tanya Jennie sebaik sahaja tiba di pintu belakang rumah. Tetapi tiada sesiapa menjawabnya.
Jennie segera mendekati ampaian tempatnya menyidai pakaian-pakaian mereka. Dia mencari-cari kelibat Taehyung. Tetapi setiap kali apabila kain putih menutup mukanya kelibat Taehyung asyik sahaja lenyap.
Taehyung yang mahu membuat suprise muncul di belakang isteri kesayangannya.
Isterinya masih tidak perasan akan keberadaan suaminya yang sedang berdiri di belakangnya.
Taehyung pun memeluk isterinya dari belakang. Jennie tergamam. Tangan Taehyung sedang memeluk pinggangnya digenggam.
"Sayang, i luv u~" ucap Taehyung sekilas lalu mengucup lembut pipi Jennie.
"Ye, i luv u too" Taehyung tersenyum mendengar balasan Jennie itu.
Tubuh isterinya dipusing untuk menghadap dirinya. Taehyung pun menarik isterinya ke dalam pelukan. Jennie tersenyum lalu membalas pelukan tersebut.
Skip
Malam.....
Jennie sedang memasang butang baju tidurnya itu di dalam bilik. Manakala Taehyung hanya baring sambil menongkat kepalanya memandang Jennie yang sedang duduk di hujung kiri katil membelakanginya.
"Haihh sayang lama sangat ker pasang butang tu. Oppa dah mengantuk ni." Rungutnya sambil menguap.
Jennie segera menoleh ke belakang. "Oppa tidur lah dulu, saya nanti nak kena seterika sut oppa untuk majlis reunion esok."
Teringatkan majlis reunion yang dirancang oleh bekas guru di sekolah menengah, terus segar mata Taehyung. Dia segera bangun dari pembaringan dan duduk di hadapan Jennie.
"Sini, biar oppa sahaja yang pasangkan. Kamu ni macam kura-kura"
Jennie teragak-agak untuk membenarkan Taehyung memasang butang pijama nya itu. Tanpa membuang masa, Taehyung segera memasang butang-butang yang terdapat pada pijama Jennie.
"Chahhh...siap" akhirnya semua butang telah terpasang.
"Sut oppa itu tak payahlah seterika. Tengok baik je sut itu, tak de kedut pun" ujarnya menunjuk ke arah sut miliknya yang tergantung di pada paku di dinding.
"Haa yelaaa...." Jennie segera berbaring dan Taehyung di sebelah juga sama. Jennie menutup lampu dan mereka pun bersiap untuk tidur pada malam itu.
Keesokan Hari
"Taehyung!!!!!" Namjoon memeluk kawan baiknya yang sudah agak lama tidak bersemuka. Chaeyoung si tunangnya hanya tersenyum melihat mereka berdua.
Murid-murid di dalam kelas itu heboh. Ada yang saling memeluk kerana lama tidak berjumpa, ada yang berborak sakan, ada yang berjumpa yang bekas guru mereka dan ramai lagi lah.
"Mana adik ipar aku?" Tanya Jin sambil mencari kelibat Jennie si isteri Taehyung aka adik iparnya.
"Tuu...dengan isteri kau" jawab Taehyung sambil menunjuk ke arah Jennie dan Jisoo yang sedang berborak di tempat duduk yang disediakan.
"Kook, Lisa mana?" Tanya Hoseok kepada Jungkook pula.
"Lisa? Dia sekarang dekat Australia, sambung belajar." Kata Jungkook seperti sedih sahaja.
"Paboya, kenapa tak ikut dia pergi sana? At least temankan lah dia." Kata Namjoon sambil memeluk bahu Chaeyoung.
Jungkook hanya mencebik memandang Namjoon. Agak-agak lah mengata itu, bahasa inggeris Jungkook ini manalah bagus sangat. Macam mana lah dia nak berkomunikasi dengan orang dekat sana.
"Jin, Jisoo mengandung erk?" Tanya Suga memandang Jin dengan senyuman senget.
"Mana kau tahu ni??"
Mereka semua terkejut. "Jadi betul lah?!" Tanya Jimin tidak percaya. Jin hanya mengangguk.
"Dah berapa lama?" Tanya Taehyung.
"Ada lah dalam 2 bulan." Mereka mengangguk mendengar kata-kata Jin itu.
"Haa kau pula bila nak naik pelamin, Jimin?" Tanya Namjoon lalu semua memandang Jimin dan Rose.
"Sabar jelah, aku dengan Rose baru saja bertunang. Perkahwinan kami dalam proses."
Rose hanya tersenyum sambil menggeleng melihat tunang kesayangannya itu. Lalu telefon ditangannya bergetar menandakan ada panggilan masuk.
Dan panggilan tersebut ialah panggilan dari Lisa. Lisa sedang membuat video call. Punat hijau ditarik dan terpapar lah wajah Lisa yang sedang memakai scarf yang diberi oleh Jungkook semasa hari jadinya.
Rose menjauhkan sikit telefon nya ke udara supaya kawan-kawannya dapat melihat Lisa. Terutama sekali Jungkook.
"Hai Lisa!" Kata Rose sambil melambai-lambaikan tangannya. Lisa hanya tersenyum.
"Sayang!!! Sayang pakai scarf merah yang saya bagi?" Tanya Jungkook.
"Dah tu ini apa awak rasa?" Tanya Lisa sambil menunjukkan scarf merah di lehernya. Mereka semua hanya ketawa melihat Jungkook.
"Lisa, Jisoo mengandung!" Kata Rose. Lisa teruja mendengarnya.
"Wahh aku bakal jadi makcik lah ni???" Katanya sambil tersenyum nipis.
Rose tersenyum menampakkan gigi sambil mengangguk.
Lisa hanya tersenyum melihat semua orang yang terdapat di situ. Mereka lah orang-orang yang mencipta pelbagai memori pahit dan manis di zaman remajanya.
The end~
Long time no see wahai readers! Author saja update special part untuk readers memandangkan sepanjang pkp ini takde benda boleh buat selain duduk rumah.
Apa khabar wahai readers sekarang? Sihat tak? Hope semua sihatlah yer. Kalau readers yang dapat penyakit tu moga-moga cepat sembuh ye, Amin....
Duduk rumah, stay safe dan jangan keluar rumah. Sama-sama kita hadapi virus ini.
Love,
Author❤️
YOU ARE READING
Seoul Music High School Love Story💞
FanfictionKisah percintaan antara pelajar-pelajar di Seoul Music High School. (Sorry author tak pandai buat sipnosis) Cast: BLACKPINK BTS STRAY KIDS WANNA ONE EXO X1 GFRIEND G-IDLE SEVENTEEN IKON Start:4 Mac 2019 End:~~~~~