44

725 44 0
                                    

Rumah Jennie

Jennie's pov
Sampai je rumah, nak je aku menjerit. Sebabnya sendiri pun aku tak tahu kenapa. Taehyung? Hmm entahlah kalau asyik fikir pasal dia, meletup otak aku ni nanti.

Rumah sunyi je sebab mak dan ayah dah pergi bekerja seperti biasa. Nak makan, tak ada selera. Nak mandi, tak ada mood pula.

Hairan, apa masalah aku hari ni eh?

End Jennie's pov

Selepas meletakkan beg sekolahnya, Jennie mencapai kunci rumah dan beg galas kecilnya lalu keluar pergi ke kedai runcit berdekatan.

"Aku malas lah nak masak. Makan ramen dekat sini jelah. Jimat sikit masa aku." Katanya perlahan.

Selepas membayar harga makanan, Jennie ke tempat duduk di hadapan kedai runcit tersebut untuk menikmati mi segeranya.

Sambil menikmati mi segeranya, dia memeriksa mesej suara yang dihantar oleh V di Whatsapp.

Dia membuka mesej suara tersebut.

"Aku tunggu kau dekat depan perpustakaan. Kau lambat, siap lah kau nanti"

Mendengar mesej tersebut, Jennie kelam-kabut. Dia membuang mi cup ke dalam tong sampah lalu membersihkan bibirnya yang comot menggunakan tisu.

Jennie berlari menuju ke perpustakaan. Sampai sahaja di tempat tersebut, dia melihat V yang sedang menunggunya di hadapan pintu perpustakaan tersebut.

Jennie tercunggap-cunggap mengambil nafas. Dia mendengus dan mendekati V. "Sampai pun kau, yang muka kau merah ni kenapa?" Tanya V pelik melihat muka Jennie yang telah merah.

"Ni semua engkau punya pasal lah. Aku yang tengah sedap-sedap makan ramen dekat kedai runvit, kau pula boleh hantar mesej ugutan pada aku" Jennie mencebik.

"Kalau aku tak ugut, sampai aku berjanggut pun kau takkan datang." Ujar V, selamba.

"Haa buku tu engkau ada bawa ke tak?" Tanya Jennie.

"Ada" Taehyung menjawab soalan Jennie.

Di dalam perpustakaan

V dan Jennie sedang berbincang tentang kerja sekolah mereka yang dikatakan agak rumit untuk diselesaikan.

"Kenapa soalan ni susah sangat?" Rungut V.

"Aduh, buat je lah. Jangan banyak songeh!" Jennie dengan suara nada berbisik memarahi V.

Selepas beberapa minit menjawab soalan. Mereka menyemak jawapan mereka dengan kertas jawapan yang ada pada buku latihan tersebut.

"Kau dapat berapa betul?" Tanya Jennie kepada V selepas menyemak jawapannya.

"Aku dapat 4 je betul daripada 20. Serius susah gila weyh" Kata Taehyung dengan kedua belah  tangannya mengusutkan rambutnya.

"Sekurang-kurangnya aku lebih baik daripada kau. Aku dapat.......12 betul daripada 20" Kata Jennie dengan nada sedikit bangga.

"Macam mana kau buat?" Tanya V dengan suara manjanya. Nak minta kena ajarlah tu.

"Ala senang je. Meh sini aku ajar kau" kata Jennie, merapatkan sedikit kerusinya dengan kerusi V.

Jennie sedang fokus mengajar V, namun V sedari tadi hanya memandang wajah Jennie sahaja. Bila Jennie bertanya adakah dia faham, dia hanya membuat muka blur namun menjawab 'faham'.

Selepas dua jam berlalu. V masih berlatih untuk menjawab soalan yang terdapat dalam buku rujukannya. Manakala Jennie telah terlelap di sebelahnya.

V melihat Jennie yang sedang tidur meniarap di atas meja mereka. Mukanya berpaling melihat V. (Faham-faham je lah ye)

V tersenyum. Tanpa dia sedari, tangan V menyelak rambut Jennie ke belakang telinganya agar dia dapat melihat wajah Jennie.

"Comel juga kau ni bila tidur" katanya perlahan.

Jennie yang berasa tidak selesa terbangun juga akhirnya. Cepat-cepat V menyorokkan tangannya tadi ke belakang supaya Jennie tidak perasan akan perkara yang berlaku.

"Huargh!!!!! Kenapa kau tak kejutkan aku? Dahlah aku ada temu janji nanti" Jennie menguap sambil memandang jam di tangannya.

"Temu janji? Dengan siapa?" V memandang Jennie pelik.

"Dengan Minhyun. Aku dah janji akan keluar dengan dia kalau tak mati lah aku nanti. Lain kali lah aku ceritakan. Aku pergi dulu!" Kata Jennie menyusun buku-bukunya lalu mencapai beg galasnya dan keluar dari perpustakaan tersebut.

"Aku rasa aku patut ekori dia kut" kata V lalu perlahan-lahan bangun dari tempatnya dan mengikut Jennie secara senyap-senyap di belakang.

To be continued

Vote✓
Komen✓
Sayang readers!!!!! 💗💗💞

Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now