42

739 50 5
                                    

Keesokan hari

Disebabkan Suga yang terlalu teruja untuk mandi sungai pada pagi itu, mereka semua terpaksa bangun awal.

"Biar betul kau ni, Suga. Sekarang baru pukul 9 pagi. Kenapa nak pergi awal sangat?" RM yang masih mamai merungut.

Antara mereka bertujuh, hanya mata Suga sahaja yang segar. Yang lain kelihatan masih mengantuk disebabkan bangun terlalu awal.

"Kamu semua ni, bagus lah bangun awal. Kalau dah bekerja nanti bukan bangun pada waktu macam ni tau. Jadi baik kamu semua biasakan diri untuk bangun awal." Puan Kim menasihatkan mereka.

"Nae, halmeoni" mereka semua hanya mampu untuk menjawab.

"Halmeoni ikut?" Jin bertanya.

"Nah, halmeoni ada banyak lagi kerja nak buat. Nanti nak jumpa pembeli lagi. Kamu semua berseronok lah ye!" Ujar Puan Kim.

Mereka pun mula bertolak. Disebabkan rumah tersebut terletak berdekatan dengan sungai, jadi mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki.

"Weyh, Jin. Kau tak ada childhood friend ke dekat sini? Kenapa aku rasa kampung ni sunyi semacam je?" Tanya Jungkook kepada Jin, pelik melihat kampung tersebut sunyi.

Jin menjentik dahi Jungkook. "Adoi! Sakitlah! Kenapa kau jentik dahi aku?!" Jungkook mengusap-usap dahinya yang terasa pedih.

"Salah kau jugak, Jungkook. Kau ni dah tahu sekarang masih awal, jadi mesti lah kampung ni sunyi." Lisa bersuara.

Jungkook hanya menjeling tajam kepada Lisa. Lisa hanya menjelirkan lidah kepada Jungkook. Dan Jungkook pun buat muka tak nak kawan😚

Lisa mendekati Jisoo yang berjalan bersendirian. "Jisoo-yah, kau tak perasan apa-apa ke masa tidur semalam?" Lisa memandang Jisoo.

"Tak ada. Kenapa? Ada benda yang terjadi?" Jisoo yang tidak tahu apa-apa hanya memandang Lisa dengan hairan.

"Haih. Kau fikir jelah sendiri. Tak pun kau pergi tanya future husband kau tu" Lisa menudingkan jarinya ke arah Jin.

"Yah!" Jisoo marah dalam masa yang sama malu. Malu kena ejek lah rasanya.

"Hehe" Lisa ketawa kecil.

Setelah berjalan selama beberapa minit, akhirnya mereka tiba juga di tempat yang ditujui. "Yahoooo!!!!!!!! Sungaiiii!!!!!!" Suga membuka t-shirt putih nya dan terus terjun ke dalam air sungai tersebut.

"Yah! Kau ni lupa ke ada perempuan bersama kita?!" Jin dan Jungkook menjerit serentak kepada Suga sambil menutup mata Jisoo dan Lisa. Suga hanya tersenyum malu.

Lisa yang menutup matanya  mengambil pakaian Suga, lalu mencampakkannya ke dalam sungai. "T-shirt engkau hilang, bukan salah aku. Aku campak ke dalam sungai sebab aku nak kau pakai baju. Faham tak?!" Lisa mula naik angin.

Suga hanya menurut. Takut Lisa jadi gunung berapi yang meletus pula kalau dia sudah tidak tahan.

Mereka mula bermain di dalam air. RM, Suga Jin dan J-Hope tak habis-habis memercikkan air sungai sesama sendiri.

Lisa hanya menyelam dan kadang-kadang naikkan kepalanya ke permukaan air. Mungkin mahu menguji tahap kelamaan menyelam didalam air.

Manakala Jisoo pula hanya melayan telefon bimbitnya di sisi sungai. Jin yang perasan akan hal itu menegur Jisoo. "Jisoo! Tak nak mandi ke? Seronok tau mandi! Marilah!" Jin mengajak Jisoo.

Jisoo menggeleng. "Gwaenchana, aku ni sebenarnya tak berapa suka mandi sungai. Cuma suka dengan pemandangan sekeliling je".

"Cakap je lah yang kau tak pandai berenang" Jin berkata dengan suara mengejek.

Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now