Jennie sedang lepak bersendirian di Starbucks selepas waktu sekolah. Jisoo, Rose dan Lisa menolong memasak di rumah Jisoo memandangkan abang Jisoo sudah pulang dari berbulan madu bersama isterinya.
Jennie menyedut cappucino yang dipesannya tadi. Dia hanya fokus terhadap handphone nya dan tidak kisah akan keadaan sekeliling.
Tiba-tiba, panggilan masuk ke dalam handphone Jennie. Nombor yang tidak dikenali sedang terpampar di skrin handpnone.
Tanpa memikir panjang, Jennie menarik punat hijau, menandakan yang dia menjawab telefon tersebut.
Jennie mendekatkan skrin telefonnya ke telinga.
"Yeoboseyo?"
"Lama tak jumpa. Kim Jennie."
"Maaf tapi encik siapa?"
"Kau jangan buat tak kenal aku lah, perempuan"
"Maaf tapi saya tak kenal awak."
Tut
"Hello? Hello? Peliknya. Scammer ke?" Jennie menanya dirinya sendiri, lalu mengangkat bahu.
Jennie mengambil beg sekolahnya dan meninggalkan kafe. Ditolaknya pintu kafe dan keluar dari situ.
Jennie melihat sekeliling "Nak pergi rumah Jisoo ke balik rumah abang Kai? Haih, mak dengan ayah ni pun satu. Masa anak dia susah juga lah mereka ni nak pergi oversea.
Akhirnya, Jennie membuat keputusan untuk balik ke rumah rumah abang angkatnya, Kai.
Di rumah Kai
Tin tong!
Loceng rumah ditekan. Pintu pun dibuka.
"Jennie? Kenapa datang ni?"
"Mak bagitahu aku kena bermalam dekat sini buat sementara waktu, biasalah ada banyak kerja. Pergi oversea lagi mereka."
"Tapi aku ada tetamu... Tak apa lah kau duduk saja dekat bilik kau atas sana. Masuklah."
Jennie mengangguk dan masuk ke dalam rumah Kai.
Membuntang mata Jennie apabila melihat Taehyung sedang duduk menghirup teh di sofa yang terdapat di ruang tamu itu.
"Yah! Apa yang engkau buat dekat rumah Kai ini?!"
Terhinjut bahu Taehyung kerana terkejut. Dia meletakkan gelas tersebut ke atas meja lalu memandang Jennie. Manakala Kai pula hanya mampu melihat mereka.
"Terkejut aku. Kenapa aku tidak boleh datang pula?"
"Ye, memang kau tidak boleh datang pun. Kau buat apa datang sini?"
"Nak pinang kau"
"Apa dia?!"
"Hehehe tak ada lah aku main-main saja."
Jennie mendengus dan segera beredar dari situ dan terus naik ke biliknya di atas.
"Taehyung, nah. Bagi benda ini pada Jennie. Mesti dia tengah lapar itu. Yelah, kan baru balik sekolah" kata Kai sambil memberikan sebuah dulang yang terdapat nasi dan lauk-pauk yang disukai Jennie kepada Taehyung.
Taehyung akur lalu segera naik ke atas.
"Jennie, boleh aku masuk?" Tanya Taehyung di depan muka pintu.
"Pintu tak berkunci."
Taehyung pun masuk ke dalam bilik Jennie. "Jennie, makan?"
"Nanti aku makan, kau letaklah kat meja sebelah itu"
YOU ARE READING
Seoul Music High School Love Story💞
FanfictionKisah percintaan antara pelajar-pelajar di Seoul Music High School. (Sorry author tak pandai buat sipnosis) Cast: BLACKPINK BTS STRAY KIDS WANNA ONE EXO X1 GFRIEND G-IDLE SEVENTEEN IKON Start:4 Mac 2019 End:~~~~~