43

701 52 0
                                    

Selepas cuti tamat, semua murid kembali bersekolah semula seperti biasa.

Di kelas 2A-1

BTS sedang rancak berbual sementara menunggu loceng sekolah berbunyi.

"Huarghh!!!!! Kenapa lah cuti ni sekejap sangat tamat?" Suga yang sedang menguap merungut.

"Tulah kan, nak duduk lama-lama kat rumah Halmeoni pun tak boleh" Jin ikut merungut.

"Eleh kau tu cuma nak berkepit je dengan Jisoo sebab halmeoni dah restui hubungan korang berdua" J-Hope mengejek Jin.

Jin hanya menjeling tajam ke J-Hope. J-Hope tidak mengendahkan nya.

"Sabar je lah, lepas ujian besar dapatlah cuti puas-puas. Ada lagi 2 bulan sebelum ujian besar. Lepastu, cuti." RM memujuk.

"Korang nak memohon kat universiti mana nanti?" Tanya Jimin sambil memandang muka kawan-kawannya.

"Rapmon, kau mohon je Harvard. Kau kan paling pandai antara kita semua." Ujar Jin, selamba.

"Nak mohon tu ada lah tapi duit untuk bayar yuran belum tentu ada lagi. Jangan memandai cakap lah kau ni" Marah RM.

"Aku rasa aku mohon Universiti Hankook pun dah cukup." Kata Jin sambil menghadap telefonnya.

"Sama kita, hyung" ujar Jungkook sambil memegang bahu Jin.

V yang dari tadi tidak berkata apa-apa segera berdiri. "Kau nak buat apa tu?" Tanya RM. "Aku nak pergi tandas sekejap" jawab V.

Di tandas

Selepas membuang air kecil, V keluar dari tandas dan segera menuju ke singki untuk mencuci tangannya.

Pakkkk!!!!!!!!

Tiba-tiba V terdengar sesuatu di luar. Segera dia keluar untuk melihat perkara yang terjadi.

Kelihatan Jennie sedang bersandar di dinding dengan Minhyun di hadapannya. (Faham-faham sajalah)

Flashback

Semasa Jennie sedang berlatih tarian lagunya dengan BLACKPINK di bilik dance practice seorang diri, tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilik tersebut tanpa mengetuk pintu.

"Oh Minhyun. Kau nak apa?" Tanya Jennie sambil menutup lagu yang dikeluarkan dari radio.

"Jennie, Kau... Free tak lepas sekolah?" Tanya Minhyun sambil mengusap-usap belakang tengkuknya.

"Tak. Aku nak bincang kerja sekolah yang perlu dihantar esok dengan Taehyung petang nanti." Kata Jennie selamba sambil memakai ves sekolahnya semula.

Jennie tidak mempedulikan Minhyun. Lalu dia segera mengambil botol airnya dan keluar dari bilik tersebut.

Baru sahaja 10 saat dia berjalan, Minhyun dari belakang menarik tangannya lalu berlari membawa Jennie menuju ke sebuah tempat.

"Yah, kau nak buat apa ni?!" Kata Jennie yang tangannya dari tadi ditarik oleh Minhyun yang sedang berlari.

Sampai sahaja di tandas, Minhyun menolak Jennie ke dinding dengan kuat. Membuatkan Jennie menjerit kecil akibat terasa sakit di kepalanya kerana kepalanya terhantuk pada dinding.

Minhyun mendekati Jennie sambil memandang muka Jennie. "Aku tak faham. Kenapa asyik Taehyung?! Aku ni jauh lebih baik daripada dia kau tahu tak?! Kenapa kau kena pilih lelaki miskin tu?!"

"Orang pilih berdasarkan status, tapi aku pilih berdasarkan kebaikan hati. Aku pilih dia sebab dia sendiri dah buat aku jatuh cinta pada." Jennie berterus-terang dengan nada yang agak dingin, tetapi lembut.

End Flashback

Taehyung menolak Minhyun kasar ke belakang. Dan dia segera menarik Jennie ke sampingnya.

"Kau buat apa kat sini?! Lagi satu, dia tak suka kau, jadi buat lah cara yang dia tak suka kau. Yang kau nak sibuk kenapa?!" Jerit V sambil menggengam kolar baju sekolah Minhyun.

"Sudah lah, Taehyung. Ini hal aku dengan dia. Jom lah kita balik ke kelas." Pujuk Jennie sambil tangannya menarik-narik lengan V.

V segera menumbuk muka Minhyun lalu Minhyun jatuh tersungkur ke lantai. Jennie yang terkejut cuba menolong Minhyun namun dihalang oleh V.

V menarik tangan Jennie dan membawanya pergi dari situ. Minhyun mengesat darah di hujung bibirnya.

"Kau fikir Jennie mampu jadi milik kau? Hei, Kim Taehyung, kalau aku tak boleh miliki Jennie, kau pun tak akan miliki dia."

Bibir Minhyun terukir senyuman jahat.

Jennie dan Taehyung

Di kelas, Jennie melepaskan tangannya dari genggaman tangan Taehyung. Lalu dia segera berjalan ke tempat duduknya.

"Jennie, pinjam nota Geografi kau dulu" kata Rose di depannya.

"Nah, ambil lah" kata Jennie lalu menghulurkan buku nota Geografi nya kepada Rose. Rose menyambutnya dengan gembira.

Namun, Rose perasan akan angin Jennie hari ni. "Jen, kau kenapa? Datang bulan ke?" Rose menegurnya.

"Tak ada lah, aku cuma pening je." Ujar Jennie sambil memandang muka Rose.

"Ni mesti pasal Taehyung, kan?" Rose cuba meneka.

"Ah aku tak tahu lah! Fikiran aku tengah serabut ni!" Ujar Jennie dengan nada yang agak marah.

"Hmm nanti pandai-pandai lah kau settle kan hal itu dengan dia. Aku nak pergi jenguk Lisa dulu" ujarnya.

"Tangan dia dah baik ke?" Tanya Jennie, baru teringat akan tangan Lisa yang cedera tempoh hari.

"Nanti kami pergi klinik lah, buka balutan dia. Dah, bye!" Rose segera mengangkat punggung menuju ke meja Lisa.

Jennie yang baru sahaja hendak tidur, diganggu dengan ketukan tangan di mejanya.

"Nak apa, Eunwoo?" Tanya Jennie kepada Eunwoo.

"Ni, Taehyung suruh bagi. Woi, aku bukan posmen lah hantar benda-benda macam ni" kata Eunwoo sambil merungut.

"Eh, sibuk je lah kau ni. Hah, pasal bayaran baju sukan baru tu bila cikgu suruh aku kumpul?" Tanya Jennie.

"Esok pun boleh. Dahlah aku nak pergi jumpa JinJin dulu. Pasal bayaran baju sukan baru tu nanti dah kumpul semua kau bagi terus pada Cik Hyunjung."

Jennie hanya menganggukkan kepalanya. Eunwoo pun beredar dari tempat Jennie. Jennie teringat akan benda yang V suruh Eunwoo berikan kepadanya tadi.

"Aku ingat apa lah benda dia nak bagi tadi, tapi cuma surat amaran je. Buang masa betul" Jennie mengumpat V.

Di dalam surat tersebut tertulis:

Kau tu jangan mudah sangat ditarik lelaki ke sana-sini. Nanti kena kantoi dengan Cikgu baru tahu. Tak kuasa aku nak tolong kau, faham? 😑

Jennie mencebik apabila isi kandungan kertas tersebut. "Lebih baik aku tidur daripada layan dia ni, lagi bagus".

To be continue
Vote✓
Komen✓

Love Readers 😘❤️💞

Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now