38

745 49 0
                                    

"Jennie. Kau tahu tak Lisa pergi mana? Kenapa dia tak sampai-sampai lagi ni?" tanya Jungkook yang sedang berhadapan dengan Jennie.

"Kau fikir lah sendiri. Kau rasa kenapa dia tak datang?" jawab Jennie sambil menjeling Jungkook.

"Mana lah aku tahu. Tu lah sebabnya aku tanya kau." balas Jungkook dengan rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Jennie.

"Sebelum aku jawab soalan kau. Aku nak kau yang jawab soalan aku" kata Jennie selamba, membuatkan Jungkook semakin 'panas'.

"Betul ke kau pergi remedial lesson semalam? " tanya Jennie yang tiba-tiba berdiri. Dia berpeluk tubuh dan mengangkat keningnya.

"Memang lah aku pergi. Kenapa aku tak pergi pulak? " jawab Jungkook.

"Kalau kau ada pergi, aku nak kau jelaskan ni." kata Jennie kalau mengeluarkan telefonnya.

"Jelaskan! " jerit Jennie

"Jelaskan! " jerit Jennie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Itu... Itu.... " Jungkook tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"Kau berambus dari meja aku sekarang. " kata Jennie, tidak ingin memandang wajah Jungkook.

"Jennie... Kau dah salah faham.... " Jungkook cuba untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya berlaku kepadanya masa tu.

"Aku kata sekarang!" Jennie sudah hilang sabar.

Jungkook akur. Dia menuju semula ke tempat duduknya. Dia betul-betul mahu tahu. Apa yang berlaku kepada Lisa?

Kelas Geografi, kelas Cik Jessica

Suasana di dalam kelas hanya diam menyalin nota yang diberikan oleh Cik Jessica.

Sedang Cik Jessica menulis nota di papan hitam, pintu kelas diselak.  Dan terpapar lah wajah Lisa yang sedang berpeluh.

Murid-murid mengangkat kepala. Mata Jungkook tertancap pada tangan Lisa yang dibalut kemas dengan plaster.

Cik Jessica pun berhenti menulis nota. Dia berpeluk tubuh. Dan mengangkat kening memandang Lisa yang datang lambat ke sekolah. "Lisa kenapa kamu lambat?"

"Maaf, cikgu. Saya accident tadi. Tapi nasib baik tangan saya je yang luka. Jadi saya pergi klinik berhampiran untuk rawat luka saya. " katanya lalu menunduk kepalanya.

"Dah-dah kali ni saya maafkan kamu. Dah pergi cepat ke tempat duduk kamu dan salin nota ni sebelum saya padam" katanya lalu menghadap semula papan hitam dan bersiap-sedia untuk menulis semula nota.

Lisa cepat-cepat duduk di tempatnya dan mengeluarkan buku nota dari beg. Jungkook yang sedari tadi hanya melihat tangan Lisa.

"Lisa.... Tangan kau... "

Belum sempat mahu bertanya, Lisa memotong.

"Kau tak ada hak nak tanya pasal tangan aku. Baik kau diam. " katanya tidak memandang Jungkook dan fokus terhadap nota yang perlu disalin.

Selepas waktu sekolah

"Woi Rapmon! Belanja aku aiskrim boleh tak?! " tanya Suga yang tiba-tiba muncul dari mana sambil sebelah tangannya memeluk bahu Rapmon.

"Aiskrim jelah kerja kau ni. Nanti gigi kau rosak baru tahu. Lepas tu Dahyun taknak kau! Hahahahah! " Celah Si Hoseok.

"Bukan je tak nak. Entah-entah dia kata gigi kau rongak pulak! Hahahaha" celah pulak Jin.

Suga hanya menjeling tajam sahaja kepada mereka. Namun dia membuat puppy eyes kepada Rapmon.

"Kau fikir comel ke? Dahlah sepet" ujar Rapmon selamba.

"Kalau tak nak belanja cakap jelah. " kata Suga yang kecewa.

Mereka yang lain ketawa melihat Suga yang ditolak oleh Rapmon untuk membelikannya aiskrim.

Taehyung yang dari tadi berjalan seperti hipster sambil bersiul-siul, secara tidak sengaja nampak Jennie dan Jisoo di hadapan jalan yang mereka sedang lalui.

"Memang dah ditakdirkan yang kami ada jodoh."  berangannya di dalam hati. "Jennie!" jeritnya dari belakang dan segera mengejarnya.

Ahli BTS yang lain? Hmm tak payah cakap lah, kalau V ni dah jumpa 'target' nya, memang diorang akan lari.

Jisoo yang sedar akan kehadiran V di belakang, berkata "Biar aku jelah yang angkat buku ni. Aku tinggalkan korang berdua. Bye! " lalu beredar dari situ.

Jennie hanya pelik apabila Jisoo berkata "aku tinggalkan korang berdua". V tiba-tiba muncul di belakang lalu tersenyum riang melihat wajah innocent Jennie.

Baru lah Jennie faham maksud Jisoo tadi. "Seorang je ke?". Tanya V. "Dah tu kau rasa aku dengan hantu ke?" Jennie menjawab soalan bodoh V.

"Janganlah marah. Alang-alang dah sama-sama ni, kita balik terus jelah. Tak baik perempuan balik sendiri kan" kata V dengan senyuman manisnya.

"Hmm... " hanya itu sahaja yang mampu Jennie katakan.

"Lisa dia dah semakin baik kan?"

"Petang nanti aku nak teman dia pergi tukar balutan luka dia. Taehyung-ah, boleh tak aku minta tolong?" tanya Jennie.

"Tolong apa?"

"Aku tak nak Lisa bersedih pasal kejadian semalam. Jadi boleh tak kau suruh Jungkook jangan ganggu aku dan kawan-kawan aku yang lain buat masa ni? " tanya Jennie lalu memegang kedua-dua belah tangan Taehyung.

"Boleh je.... Tapi dia akan terima ke? Kau pun tahu kan yang dia obses sangat dengan Lisa sejak kejadian 12 tahun lepas? " katanya, lembut sahaja.

"Aku nak kau rahsiakan pasal kejadian bertahun-tahun yang lepastu. Jungkook pulak kau cakap je dengan dia yang Lisa perlukan masa buat masa ni. " ujar Jennie.

"Ok boss! " jawab V, sambil tabik kepadanya. Jennie tersenyum.

Jennie dan Taehyung berjalan pulang ke rumah sambil berbual-bual, membuatkan sesetengah pelajar perempuan cemburu kerana dia rapat dengan salah seorang  kingka sekolah.

"Tunggulah Jennie, aku akan pastikan kau jadi milik aku" kata seseorang dalam hatinya melihat Jennie dan V sedang seronok berbual.


Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now