41

752 56 0
                                    

Selepas beberapa minggu, ujian sekolah telah pun tamat. Cuti pun bermula.

"Jennie, Rose. Pasti ke tak nak ikut kami pergi kampung nenek Jin?" Lisa bercakap dengan Jennie di talian telefon.

"Maaflah Lisa, aku betul-betul tak boleh pergi. Rose dengan aku ada aktiviti dekat akademi kami. Cuti hujung tahun jelah kita pergi sama-sama" ujar Jennie di talian telefon.

"Kalau macam tu, takpe lah. Ada orang lain ke yang teman korang dekat sana?" Tanya Lisa.

"Selain Rose, Taehyung dan Jimin pun ikut sebab akademi kami sama. Oh ye, kami kemungkinan balik lambat sebab akademi tu latihan kat sana latihannya susah-susah belaka." Jennie menjawab pertanyaan Lisa.

"Hmm okaylah. Nanti dah sampai nanti jangan lupa mesej aku. Aku dah nak letak ni. Dah nak bergerak ke kampung nenek Jin ni." - Lisa.

"Macam tu, aku call lagi esok. Aku dah berada dalam kapal terbang ni. Bye" Jennie memutuskan talian.

"Dia tak nak ikut?" Jisoo bersuara. Lisa menggeleng. "Kalau macam tu kita bertolak lah. Nanti terlepas kapal terbang pula." Jisoo mengajak mereka untuk bergerak.

Selepas satu jam perjalanan di dalam kapal terbang. Mereka tiba juga di Pulau Jeju. Mereka menyewa sebuah van untuk mereka memandu ke kawasan pendalaman.

Di dalam Van

"Huh? Tak ada isyarat? Macam mana aku nak call eomma nanti?" Suga menggerak-gerakkan telefonnya untuk mencari isyarat.

"Hish kau ni, Suga. Dah besar panjang pun masih bergantung kepada mak dan ayah. Cuba lah jadi matang sikit." RM mengejek Suga.

"Tak ada lah sebelum perjalanan kita, eomma ada pesan kalau dah sampai Jeju kenalah call dia. Nanti tak pasal-pasal dia dari Seoul datang ke sini semata-mata nak tengok keadaan aku" Suga menceritakan hal yang sebenar.

"Tak apa lah kau pakai je telefon bimbit, boleh lah kau dapat isyarat dekat sini. Kawasan perkampungan aku ini menerima isyarat dari telefon bimbit je. Telefon moden tak payah cakaplah." Jin bersuara sambil memandu van tersebut.

"Thanks lah sebab bagitahu. Sekarang aku tak payahlah risau kalau tak ada isyarat. Sekurang-kurangnya aku boleh terima isyarat pakai telefon bimbit." Suga menghela nafas lega.

"Suka hati kau lah, Suga" Jungkook hanya memandang jengkel melihat muka 10 sen Suga.

Selepas beberapa minit perjalanan. Akhirnya Jin berhenti juga di hadapan rumah kampung yang kelihatan lebih moden daripada rumah kampung yang sepatutnya.

"Jin, ini rumah kampung ke rumah moden? Apahal lain sangat daripada rumah-rumah kampung yang lain?" J-Hope bertanya sambil tangan sebelahnya memegang bahu Jin.

"Biasalah. Nenek aku ni ketua kampung, tambah lagi dia seorang usahawan. Ala usahawan jual beli sayur je. Takde lah besar sangat." Jawab Jin yang malas hendak melayan J-Hope.

Tok! Tok! Tok!

"Halmeoni? Halmeoni? Halmeoni ada dekat rumah?" Jin berhenti mengetuk pintu apabila pintu dibuka.

"Jin? Eh masuklah! Ajak kawan-kawan kamu sekali" Mereka segera mengangkat beg dan masuk ke dalam rumah nenek Jin.

Nenek Jin mempelawa mereka semua minum di ruang tamu rumah tersebut. Dia juga menghidangkan teh untuk mereka.

"Harap kamu semua selesa duduk sini. Rumah Halmeoni tak ada banyak sangat bilik. Terpaksa kamu semua berkongsi bilik." - Puan Kim.

"Tak apa lah halmeoni, yang penting kami semua dapat tempat untuk berlindung" - RM

Seoul Music High School Love Story💞Where stories live. Discover now