Lisa sedang sibuk mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja.
Dia mengeluh. "Arnab ini, nak pinjam barang tapi lepastu sepahkan barang-barang kita".
Jungkook baru sahaja balik daripada main bola sepak di padang sekolah. Lalu dia duduk di tempatnya.
"Yah, Jungkook! Lepas pinjam barang aku boleh tak jangan sampai sepahkan barang? Ingat senang ke nak kemas semua ni?"
"Mian. Aku berniat nak kemas balik tadi, tapi kawan-kawan aku yang lain dah panggil tadi. Tu lah tak sempat."
Lisa menjeling Jungkook. Jungkook hanya membuat muka apa salah aku. Dan pada waktu yang sama, Bambam datang mendekati meja Lisa.
"Lepak jom? Aku belanja aiskrim."
Lisa mengangguk lalu berdiri. Dia menjelirkan lidah pada Jungkook. Jungkook menjeling Lisa. Bambam hanya mampu ketawa kecil melihat perangai mereka berdua.
Skip
Lisa dan Bambam sedang jalan bersama-sama sambil makan aiskrim yang dibeli.
"So, macam mana khabar abang kau? Sihat?"
Lisa tersenyum. "Abang aku sihat je. Cuma sibuk dengan kerja, jadi aku agak jarang jumpa dengan dia sekarang."
Bambam mengangguk. "Malam ni, nak datang rumah aku tak? Mak ayah JB pun ada nanti."
Mata Lisa bersinar-sinar. "Nak! Pukul berapa?"
Bambam berfikir sejenak. "Tak tahulah. Tapi aku rasa pukul 5 kau dah boleh bersiap kut. Nanti aku ambil kau dekat rumah."
Lisa mengangguk. Mereka berdua berjalan bersama-sama sambil berbual di koridor sekolah.
Petang
Lisa sedang menunggu Bambam mengambilnya. Sambil-sambil itu, dia mengunyah gula-gula getah yang dibelinya tadi.
Lalu, sebuah kereta berwarna hitam berkilat berhenti dihadapan rumah Lisa. Tingkap dibuka automatik oleh suis yang terdapat di dalam dan terpaparlah wajah Bambam yang sedang duduk di bahagian pemandu.
Lisa tersenyum lalu dia segera masuk ke dalam kereta.
Semasa dalam perjalanan, suasana di antara mereka ditemani dengan pelbagai cerita yang diceritakan oleh Lisa mahupun Bambam sendiri.
"Bambam, aku rindu dengan mak lah..."
"Ye, aku tahu kau rindu mereka. Tapi Lisa, sedarlah kau kena teruskan kehidupan kau tanpa mereka. Aku jamin kalau kau berjaya nanti, mesti mereka bangga dengan kau"
Lisa mengeluh lalu memandang telefonnya. "Aku masih tertanya-tanya, apa punca kematian ibu bapa aku? Apa yang abang Dantao rahsiakan dari aku?"
Bambam mengangkat bahu. "Dah lah jangan fikir pasal tu lagi. Cuba cerita pasal benda lain."
"So, macam mana keputusan exam kau? Dapat berapa?" Tanya Lisa sambil memandang telefonnya.
"Aku dapat.."
Tiba-tiba, sebuah van berwarna hitam menyusul di hadapan mereka. Bambam segera menekan brek.
"Lisa, tunggu sini sekejap." Bambam membuka tali pinggangnya dan segera keluar melihat perkara yang berlaku.
Lalu, beberapa orang lelaki memakai sut keluar dari van tersebut dan membelasah Bambam dengan teruk.
Lisa terkejut melihat perkara tersebut. Mahu sahaja dia keluar namun, seseorang membuka pintunya secara tiba-tiba dan menekup hidung dan mulutnya hingga dia pengsan.
YOU ARE READING
Seoul Music High School Love Story💞
FanfictionKisah percintaan antara pelajar-pelajar di Seoul Music High School. (Sorry author tak pandai buat sipnosis) Cast: BLACKPINK BTS STRAY KIDS WANNA ONE EXO X1 GFRIEND G-IDLE SEVENTEEN IKON Start:4 Mac 2019 End:~~~~~