Daeun's pov
Sepanjang perjalanan aku dari rumah sampai la masuk dalam kelas, aku rasa semua orang pandang aku macam aku ni tengah tak pakai baju. Diorang pandang aku, lepastu bisik bisik. What the.
Dalam kelas, Yena pun sama pandang aku pelik. "Apa?" Aku tanya dia.
"Daeun, kau tak bukak phone ke pagi tadi? Kau tak tahu apa yang jadi ke?"
"Aku tak bukak phone sangat sebab nak cepat sampai sekolah tadi. Kenapa ni Yena? Apa yang jadi?"
Yena bukak something dekat phone dia, lepastu tunjuk dekat aku. "Ni.. benda ni dah kecoh all over the internet."
Terbeliak biji mata aku baca headline news tu.
"Wannaone's Park Woojin, reportedly dating Kang Daniel's younger sister, Kang Daeun."
"What the?! Apa ni, Yena?" Aku dah mula rasa risau. Kenapa aku tak tahu pun pasal benda ni? Kenapa tak ada orang bagitahu aku awal pagi tadi? Daniel oppa? Patut la semua orang pandang aku pelik harini.
"Gambar kau dengan Woojin banyak dah tersebar. Gambar kau balik dengan dia, naik bas dengan dia, lepastu gambar kau makan dengan dia and Daniel oppa pun ada sekali."
Ternganga mulut aku, tak tahu nak jawab apa. "Woojin mana..?"
"Dia kata diorang tak datang sekolah harini, sebab schedule. Tapi dia nak jumpa kau lepas sekolah. Urmm.. sebenarnya manager dia nak jumpa korang berdua."
Aku tak tahu nak jawab apa lepas dengar jawapan Yena. Manager dia nak jumpa aku? Dia nak marah aku ke? Tapi aku dongsaeng Daniel oppa, so takkan la.. kalau dia marah aku pun, oppa mesti protect aku kan?
"Daeun, betul ke kau bercinta dengan Woojin? Daebak.." Hanbyul tanya. "Haah la Daeun. Kau baru je 2 minggu sekolah dekat sini. Macam mana Woojin boleh suka kau? Oppa kau ke yang satukan korang?" Aku dengar suara Sooji pulak menyampuk. Mata aku pandang meja je, langsung tak pandang muka diorang.
Lepas diorang tanya, orang lain pulak mula tanya aku macam macam. Ada yang even tanya, aku pernah kiss dengan Woojin ke tak. Tapi thanks to Yena yang marah diorang and suruh diorang 'mind your own business', diorang dah tutup mulut. But still, diorang bergossip pasal benda tu. Damn.. i'm so dead.
🤸🏻♂️
Aku masuk satu bilik dekat dalam Swing Entertainment ni. Daniel oppa yang bawak aku datang sini. Bila aku masuk, aku nampak Woojin dengan sorang lelaki yang umur dalam 30-an tengah duduk dekat meja macam meja mesyuarat.
Aku tunduk dekat manager dia. "Annyeonghaseyo, saya Kang Daeun."
"Duduklah." Dia suruh aku duduk, so aku pun ambik tempat sebelah Woojin, mengadap manager-nim ni.
"Nama saya Lee Minseo. Saya manager wanna one, group oppa awak. Awak boleh panggil saya Mr. Lee je. So awak tahu kan kenapa saya nak jumpa awak dengan Woojin?"
"Saya tahu," aku tunduk pandang meja. Tak berani nak pandang muka dia. "Err.. Mr. Lee. Saya betul betul mintak maaf sebab dah buat kecoh macam ni, tapi percaya la yang saya tak ada niat nak-" Aku tak jadi nak sambung cakap bila Mr. Lee gelak. The heck. Kenapa dia gelak?
"Daeun jangan risau, sebenarnya saya bukan nak marah awak pun. Woojin dah bagitahu saya benda sebenar."
"Benda sebenar?"
"Ya.. dia dah cakap dekat saya, yang dia cuma berkawan baik je dengan awak. Betul?"
"Err.. haah, betul tu. Kitorang kawan baik je. Saya tahu Woojin ni idol tapi dia pun student jugak sama macam saya so saya rasa it's normal for him to have girl friends."
Mr. Lee senyum sambil angguk angguk. "Betul tu. Tak apa, korang jangan risau. Nanti saya akan bagitahu pihak company, and diorang akan keluarkan official statement pasal benda ni."
"Thanks hyung." Woojin cakap. Aku diam je, senyum separuh ikhlas. "Boleh tak hyung tinggalkan kitorang sekejap? Woojin nak cakap dengan Daeun."
"Okay, 10 minutes." Mr. Lee bangun, keluar dari bilik ni.
Woojin ubah kedudukan dia, duduk menghadap aku. "Sorry, Daeun." Dia tayang muka serba salah.
"Kenapa awak mintak maaf?"
"Sebab saya libatkan awak dalam gossip ni." Hm, kecewa. Bukan ni yang aku nak dengar. Aku lowkey berharap yang dia mintak maaf sebab cakap yang kitorang ni cuma kawan baik.
What the heck, Kang Daeun.
"Oh.. tak apalah. Saya harap lepasni kita still boleh kawan macam biasa, and saya harap fans awak akan faham."
"Pasal tu awak jangan risau. Saya akan pastikan, kita sama je macam sebelum ni. Saya takkan biarkan benda ni jadi penyebab kita jauh dari each other." Look, he's such a sweet talker.
"Okay la Woojin.. awak mesti busy kan? Sorry sebab saya kacau awak pasal semua ni." Aku bangun nak keluar dari bilik ni, tapi Woojin tahan aku dengan pegang pergelangan tangan aku. Aku pusingkan badan. "Kk-kenapa?" Jantung aku berdegup laju dari biasa. Sebab.. ni pertama kali Woojin pegang tangan aku.
"Err.. hati hati balik. I'll see you tomorrow." Dia cakap lepastu lepaskan balik tangan aku dari genggaman dia. Aku angguk, and terus keluar dari bilik tu.
🤸🏻♂️
Harini aku rasa macam malas gila nak pergi sekolah, tapi aku tak boleh ponteng so aku pergi jugak even rasa terpaksa. Aku masuk kelas, and nampak Woojin, Jihoon and Yena tengah berborak dekat meja diorang.
"Look who's here, orang yang dikhabarkan bercinta dengan Woojin." Aku dengar suara classmate lain bercakap. No bukan cakap, more to perli.
"Haah la, malunya. Kita semua tertipu sebab ingatkan dia betul betul girlfriend Woojin kan."
Woojin berdiri, hentak tangan dekat meja. Kuat. "Apa masalah korang ni?"
And then, tak ada siapa berani dah nak bukak mulut. Diorang semua terdiam, and aku pun pergi dekat Woojin. Aku macam pujuk dia, and suruh dia duduk balik.
"Tak apa la Woojin, Daeun. Benda ni sekejap je, nanti diorang tutup mulut la tu." Yena cakap.
"Tu la. Tapi, kenapa kau tak mengaku je yang kau memang bercinta dengan Daeun? Biar diorang ternganga sikit."
Yena pukul Jihoon guna pencilbox dia. "Shut up please Jihoon."
"Auch.. okay fine." Jihoon balas sambil muncungkan bibir dia.
"Aku tak suka diorang cakap macam tu dekat Daeun."
"Tak apa Woojin.. kita tak payah bazirkan masa layan diorang ni. Mulut orang kan kita tak boleh tutup." Aku pandang belakang, cakap dekat Woojin. Woojin senyum and angguk.
🤸🏻♂️
Woojin's pov
Aku rasa serba salah dekat Daeun pasal apa yang jadi. Sebabkan status aku, Daeun tak boleh nak kawan rapat dengan aku macam normal students.
Bila benda ni jadi, aku teringat pasal kes tahun lepas.... Masa aku baru debut..
Ah Woojin, lupakan je la pasal tu. Bagi aku, kes tu tak sama dengan kes Daeun ni. Sebab.. Daeun ni lain daripada yang lain.
YOU ARE READING
Best Dancer • Park Woojin (Book 1)
Fanfiction"Kenapa awak cakap, awak paling minat saya dalam wanna one?" - Park Woojin. "Sebab bagi saya, awak best dancer." - Kang Daeun.