Woojin's pov
Kitorang baru je sampai dekat dorm lepas seminggu tinggalkan Korea. Member yang lain semua masih jetlag, tapi aku tengah sibuk ajak Daniel hyung pergi jumpa Daeun bila Jihoon dapat tahu dari Yohan, yang Daeun terseliuh kaki. Aku punya la risau sampai tak sempat pun nak berehat, tapi Daniel hyung nampak relax je. Tak sayang dongsaeng ke dia ni?
"Hyung, jom la kita pergi sekarang.." aku cakap dekat Daniel hyung yang tengah sibuk makan jjajangmyeon.
"Sekejap la. Bagi hyung habiskan ni dulu. Lagipun, kan hyung dah kata, Daeun okay je. Dia tu kuat so jangan la risau sangat."
"Ne ne, cepat la sikit hyung."
Daniel hyung terus habiskan makanan dia, and kitorang terus gerak pergi apartment dia. Sampai dekat apartment, aku terus masuk bilik Daeun. Aku tengok dia tengah baring atas katil sambil main phone. Sebelah dia ada Yena yang tengah tidur. Well sekarang dah pukul 11 malam, so tak pelik la kenapa perempuan tu dah terlelap.
Daeun nampak terkejut bila aku masuk. Entah kenapa, aku rasa riak wajah dia berubah bila nampak aku.
"Daeun-ah.. awak okay tak? Macam mana boleh terseliuh ni? Apa jadi? Bila awak terseliuh?" Banyak soalan aku tanya dia.
"Chill la bro." Daniel hyung tepuk bahu aku. "Daeun okay ke?"
"Hmm.. okay je. Daeun terjatuh longkang masa on the way nak balik sekolah. Sikit je ni, so don't worry. By the way.. macam mana eh korang boleh tahu yang Daeun terseliuh kaki?"
"Yohan bagitahu Jihoon, then Jihoon pun bagitahu la kitorang. Aigoo.. kenapa la Daeun nak sangat rahsia dengan oppa? Macam la oppa takkan tahu. And lain kali hati hati la." Daniel hyung membebel sambil belek belek kaki Daeun yang dah berbalut.
"Yelah.. korang baru sampai tadi kan? Kenapa tak datang esok je, mesti penat."
"Woojin ni ha, tak sabar sangat nak tengok Daeun tadi. Oppa nak makan tadi pun tak senang."
Aku garu belakang leher. "Eh hyung. Tak payah la cakap pasal tu.."
"Doktor cakap apa?" Daniel hyung tanya lagi.
"Doktor kata sikit je ni, dalam seminggu nanti baik la. Tapi esok Daeun kena pergi sekolah pakai tongkat tu." Aku dengan Daniel hyung 'ooo' sambil tengok dekat tongkat yang Daeun tunjuk. "Dah la, korang balik and rest je. Lagipun bising la, kesian Yena. Dia nak tidur."
"Okay, jom la Woo-"
"Hyung, boleh tak Woojin nak cakap dengan Daeun? Sekejap je." Aku potong Daniel hyung sebab tahu yang dia nak ajak aku balik. Dia mengeluh, lepastu angguk and keluar dari bilik.
Daeun macam pelik. Dia angkat kening. "Awak nak cakap apa?"
Aku senyum. "Saya rindu awak."
"Tu je? Balik la Woojin, esok lusa pun awak boleh cakap dengan saya." Aku pandang dia. Lama. "Kenapa awak pandang saya macam tu?"
"Awak marah saya ke? Kenapa awak taknak cakap dengan saya?"
"Tak la.. Woojin, saya tahu awak penat. Saya faham, sebab tu saya nak awak pergi balik and berehat." Dia cakap dengan suara lembut.
YOU ARE READING
Best Dancer • Park Woojin (Book 1)
Fanfiction"Kenapa awak cakap, awak paling minat saya dalam wanna one?" - Park Woojin. "Sebab bagi saya, awak best dancer." - Kang Daeun.