Hari jumaat, hari terakhir persekolahan. Semua menantikan loceng waktu balik berbunyi alang-alang kelas mereka tiada guru yang masuk untuk mengganti Sir Hoseok.
“ Kau orang tak nak stay back ke? ” soal Yeonjun.
“ Eh gila ke apa, sekolah dah bagi balik awal dia nak stay back pulak ” balas Janet.
“ Bukan gila, tapi kau dah lupa ke hari Isnin ni Sir Jimin nak tengok persembahan kita” kata Soobin.
“ Ye tak ye... Hum tak payah stay back tapi buat dekat rumah pasangan yang ada alat muzik tu? Okay tak? ” cadang Minjae.
“ Betul jugak tu, boleh santai-santai gitu ” kata Beomgyu.
“ So petang ni dekat rumah Hazel? ” soal Hazel pada Beomgyu. Lalu laju Beomgyu mengangguk.
“ Kita nak buat persembahan apa ? Tangan kau okay ke? ” soal Taehyun pada Jade.
“ Jade okay je, don't worry ” kata Jade.
Hueningkai melihat Yong En dan Yong En melihat Hueningkai sebelum menoleh. “ Rumah Hyuka lah ” kata Hueningkai lalu Yong En menggeleng.
“ Rumah Yanyan ” kata Yong En dan Hueningkai mengangguk akur.
Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu balik. Mereka semua mengemas kawasan itu sebelum menggalas beg masing-masing untuk pulang ke rumah.
Mereka semua berjalan menuju ke pagar sekolah sebelum masing-masing berpecah untuk ke tempat yang dibincangkan semasa ketiadaan guru dikelas sebentar tadi.
Yeonjun dan Janet menaiki bas yang kebetulan berhenti di hadapan perhentian bas berdekatan sekolah. Akibat bas sudah penuh mereka berdua hanya berdiri sambil memegang pemegang yang ada.
“ Tak sangka bas hari ni sesak ” kata Janet sambil mengipas-ngipas dirinya.
“ Hari Jumaatkan, biasalah tu. ” kata Yeonjun.
Bas bergerak menuju ke perhentian yang di tetapkan. Tiba-tiba bas berhenti sengaja mengejut dan Janet yang hampir terlelap itu terdorong kehadapan. Nasib baik Yeonjun memeluk pinggang Janet sebelum Janet sempat tercium lantai bas.
Mereka berdua menukar pandangan buat seketika. Kedua-duanya merenung antara satu sama lain. “ Maafkan saya ” kata pemandu bas itu membuatkan Yeonjun dan Janet tersedar dari lamunan mereka.
Cepat-cepat Janet berdiri semula dan mengucapkan terima kasih kepada Yeonjun. Muka mereka berdua bertukar kemerah-merahan akibat segan silu.
YOU ARE READING
❝ acadeмy мoa ❞
Random❝ acadeмy мoa ❞ [ coмpleтed вυт υnder conѕтrυcтιon ] " ĸιтa вerвeza, ѕeвaв тυ laн ĸιтa lagι ѕpecιal darι yang laιn " © all rιgнт reѕerved ιdea вy @𝓪𝓹𝓻𝓲𝓵𝓫𝓵𝓸𝓼𝓼𝓸𝓶𝓮 [ #PLUTOPROJECT ] ѕтarт: ocтoвer 09 , 2019 end: janυary 15, 2020