JADE P.O.V.
Selepas loceng tamat sekolah berbunyi aku segera sumbat segala barang aku ke dalam beg. Kemudian aku lari keluar dari kelas untuk ke locker.
Aku meletakkan semua buku yang tak mempunyi kerja rumah ke dalam locker sebelum mencapai purse aku. Purse aku disumbat kedalam beg sebelum aku berlari ke kantin.
" Acik saya nak tea o ais satu dan air jus mangga satu" kata aku sambil menghulurkan 500 won kepada mak cik kantin itu.
Sementara menunggu itu aku melihat sekeliling dan tiba-tiba kejadian ketika rehat tadi bermain difikiran. Terus rasa membahang satu badan
Ya ampun, kau dah kenapa Jade. Control yourself. Aghhhhh dia terlalu handsome untuk aku. Ish, dah stop right now.
4 minit kemudian, mak cik itu memberi dua bungkus air berikat tepi kepada aku. Langkah aku kini di aturkan terus kepadang sekolah. Tempat duduk yang redup menjadi pilihan.
" Wahh ramai sangat orang yang datang ni. " kata aku sambil menyangkutkan dua bungkus air itu di paku yang ada di bahagian tepi.
" Nasib baiklah kau ni adik aku, Jaden. Kalau tak, jangan harap aku nak datang surport." bebel aku sambil mengipaskan leher aku dengan tangan.
" GO JADEN!! " aku mula bersorak untuk adik aku yang kini sedang berlari membawa bola.
Perlawanan bola sepak bukanlah kegemaran aku, tapi untuk menyokong apa yang Jaden suka bukanlah satu masalah untuk aku.
"OIII APA MAIN KASAR NI! OIIII " jerit aku apabila pertolakkan berlaku ditengah padang.
" Apa pengadil ni? Dia tak nampak ke, budak tu yang langgar dulu."
" Aish! Sikit lagi Jaden"
Apabila separuh masa sudah berakhir aku segera mencapai dua bungkus air itu dan turun dari tempat penonton. Aku kearah Jaden untuk memberikan jus mangga kepadanya.
" Jade! Kau datang!" Kata Jaden, jelas kelihatan teruja.
Dia mendepakan tangan untuk memeluk aku tapi aku menahan dadanya.
" Woii kau berpeluhlah jangan mengada nak peluk-peluk" kata aku.
" Cish baru nak kenakan kau." Kata Jaden.
" Nah air untuk kau. By the way, sikit je lagi nak masuk gol yang ketujuh korang."
Kami berdua duduk dibangku yang tak jauh dari pondok yang kumpulan bola sepak Academy Moa berada.
" Bukan nasib, tapi aku rasa kita boleh menang ni." kata Jaden selepas menghirup jus mangganya.
" Memang sah menang ni. 6-0 kot, mana sempat sekolah tu nak kejar." kata aku.
YOU ARE READING
❝ acadeмy мoa ❞
Random❝ acadeмy мoa ❞ [ coмpleтed вυт υnder conѕтrυcтιon ] " ĸιтa вerвeza, ѕeвaв тυ laн ĸιтa lagι ѕpecιal darι yang laιn " © all rιgнт reѕerved ιdea вy @𝓪𝓹𝓻𝓲𝓵𝓫𝓵𝓸𝓼𝓼𝓸𝓶𝓮 [ #PLUTOPROJECT ] ѕтarт: ocтoвer 09 , 2019 end: janυary 15, 2020