twenty nine

146 20 367
                                    

Apabila semua ahli TXT berpecah untuk ke nombor katil yang berlainan, Taehyun berjalan ke arah kedai serbaneka di dalam hospital itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila semua ahli TXT berpecah untuk ke nombor katil yang berlainan, Taehyun berjalan ke arah kedai serbaneka di dalam hospital itu.

Taehyun POV.

Aku berjalan ke dalam kedai itu sambil tangan disimpan di dalam poket. Punyalah fikir-fikir benda apa yang patut di belikan untuk Jade, akhirnya aku mengambil sebekas ais krim karamel dan ais krim cookie.

Aku kearah kaunter untuk membayar, dalam perjalanan aku sempat mencapai satu botol mineral

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku kearah kaunter untuk membayar, dalam perjalanan aku sempat mencapai satu botol mineral. Selepas itu aku segera berjalan ke kawasan kecemasan semula. Aku menyelak salah satu tirai berwarna perang itu.

Aku lihat Jade masih tidur di atas katil. Jadi aku meletakkan plastik yang berisi ais krim di atas meja disebelah katil itu.

Kerusi yang ada di sebelah katil ditarik sebelum aku duduk di atasnya. Muka Jade yang kelihatan tenang itu direnung.

Tak lama kemudian,

“ aRGHH TOLONG!” jeritan dari Jade membuatkan aku terkejut.

Dengan pantas aku bangun dari kerusi sebelum memeluk tubuh Jade dengan erat.

“ Jade sabar! Jangan takut! Taehyun ada dekat sini ” kata aku sambil mengusap belakang badannya.

“ T-taehyun ” kata Jade lalu membalas pelukkan aku.

Jade POV.

Tangan aku menggeletar, dada berombak dan dahi berpeluh. Ini semua disebabkan mimpi ngeri. Mimpi ngeri atau betul-betul terjadi.. Itu aku tak pasti. Yang aku pasti ada makhluk besar yang mempunyai mata ungu dan hijau sedang berbisik tentang sesuatu.

Aku membalas semua pelukkan Taehyun untuk menenangkan diri sendiri.

Tak lama lepas tu nafas aku kembali normal dan tangan aku tidak menggeletar lagi, jadi aku meleraikan pelukkan itu. Taehyun melihat kearah aku dengan riak wajah risau.

“ Nah air ” kata Taehyun lalu menghulurkan satu botol air mineral yang sudah dibuka oleh dia kepada aku.

Aku mengambil botol itu dari tangannya sebelum meneguk air untuk membasahkan tekak. Habis setengah botol, aku hulurkan kepada Taehyun semula.

❝ acadeмy мoa ❞Where stories live. Discover now